5-Tanda-tanda
Munafik:Gemar Meninggalkan solat berjamaah
Seseorang
yang sihat daripada fizikal dan jasmani, mempunyai waktu lapang dan tidak uzur
syar’i tetapi tidak mahu mendatangi masjid ketika mendengar seruan azan, maka
dia tergolong orang munafik.
Sabda
Rasulullah saw:
وَمَا
يَتَخَلَّفُ عَنْهَا إِلََّا مُنَافِقٌ مَعْلُومٌ النِّفَاقِ
“Tidak
ada yang akan meninggalkan solat berjamaah, kecuali orang munafik yang sudah
diketahui kemunafikannya”. HR Muslim
Sabda
Rasulullah saw:
عَنْ أَبِي الْأَحْوَصِ قَالَ :قَالَ عَبْدُ اللَّهِ
لَقَدْ رَأَيْتُنَا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنْ الصَّلَاةِ إِلَّا مُنَافِقٌ قَدْ عُلِمَ
نِفَاقُهُ أَوْ مَرِيضٌ إِنْ كَانَ الْمَرِيضُ لَيَمْشِي بَيْنَ رَجُلَيْنِ حَتَّى
يَأْتِيَ الصَّلَاةَ وَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
عَلَّمَنَا سُنَنَ الْهُدَى وَإِنَّ مِنْ سُنَنِ الْهُدَى الصَّلَاةَ فِي الْمَسْجِدِ
الَّذِي يُؤَذَّنُ فِيهِ
Dari
Abu Al Ahwash katanya; Abdullah mengatakan; "Kami dahulu berpendapat,
bahwa tidaklah seseorang yang tidak menghadiri solat (berjamaah) melainkan ia
seorang munafik yang telah jelas kemunafikannya, atau kalaulah ia sakit, maka
ia berjalan dengan cara dipapah diantara dua orang hingga ia hadiri solat."
Abdullah bin Mas'ud berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam telah
mengajari kami sunnah-sunnah petunjuk, dan diantara sunnah petunjuk adalah
solat wajib di masjid yang kerananya dikumandangkan azan. HR Muslim
Juga
sabda Rasulullah s.w.a,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
رَجُلٌ أَعْمَى فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ لَيْسَ لِي قَائِدٌ يَقُودُنِي
إِلَى الْمَسْجِدِ فَسَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ
يُرَخِّصَ لَهُ فَيُصَلِّيَ فِي بَيْتِهِ فَرَخَّصَ لَهُ فَلَمَّا وَلَّى دَعَاهُ فَقَالَ
هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ بِالصَّلَاةِ قَالَ نَعَمْ قَالَ فَأَجِبْ
Dari
Abu Hurairah dia berkata; "Seorang buta pernah menemui Nabi shallallahu
'alaihi wasallam dan bekata "Wahai Rasulullah, saya tidak memiliki
seseorang yang akan menuntunku ke masjid." Lalu dia meminta keringanan
kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam untuk shalat di rumah. Ketika
sahabat itu berpaling, beliau kembali bertanya: "Apakah engkau mendengar
panggilan shalat (azan)?" laki-laki itu menjawab; "Benar."
Beliau bersabda: "Penuhilah seruan tersebut (hadiri solat berjamaah)."
No comments:
Post a Comment