Saturday, 8 July 2017

Facebook dan Maksiat

Facebook dan Maksiat

Facebook ialah sebuah tapak web rangkaian sosial yang dikendali dan dimiliki secara persendirian oleh Facebook, Inc
Facebook diasaskan oleh Mark Zuckerberg bersama teman-teman sebiliknya dan rakan-rakan sekursus sains komputer Eduardo Saverin, Dustin Moskovitz dan Chris Hughes. Pada mulanya, keahlian tapak web ini terhad kepada penuntut Harvard, tetapi kemudian beransur-ansur diperluaskan kepada kolej-kolej lain di kawasan Boston, Liga Ivy, dan Universiti Stanford. Selepas itu, Facebook berkembang lagi untuk merangkumi mana-mana pelajar universiti, kemudian pelajar sekolah tinggi, dan akhirnya, sesiapa sahaja.

Menurut statastik yang dikeluarkan oleh pihak Facebook sehingga bulan Disember 2011,statistic pengguna adalah seperti berikut:
Ø  Lebih dari 800 juta pengguna aktif.
Ø  Lebih daripada 50% pengguna Facebook lpg masuk setiap hari.
Ø  Secara purata pengguna Facebook memiliki 130 kenalan.
Aktiviti di Facebook
Ø  Pengguna berinteraksi dengan lebih 900 juta objek melalui (laman individu, group,acara dan laman komuniti)
Ø  Secara purata pengguna Facebook melayari 80 laman komuniti,kumpulan dan acara.
Ø  Secara purata lebih daripada 250 juta gambar dimuat naik setiap hari- Global Reach.
Ø  Terdapat lebih dari 70 jenis Bahasa dalam laman Facebook.
Ø  Dianggarkan 80% pengguna berada diluar Amerika Syarikat.
Ø  Lebih 300 000 pengguna membantu terjemahan Facebook menggunakan aplikasi terjemahan.
Platform
Ø  Secara purata, pengguna Facebook memasukkan aplikasi lebih daripada 20 juta kali setiap hari.
Ø  Lebih daripada 500 juta pengguna menggunakan aplikasi Facebook atau perkaitan Facebook Platform melalui laman web lain.
Ø  Lebih daripada 7 juta aplikasi dan laman web dihubungkan dengan Facebook.
Telefon Mudah Alih
Ø  Lebih daripada 350 juta pengguna aktif Facebook yang terkini melayari laman Facebook melalui telefon mudah alih.
Ø  Lebih daripada 475 juta operator brtugas bagi memperomosi dan membangun Facebook menggunakan telefon mudah alih.

Menurut statistik pada bulan Jun 2011 pula, daripada jumlah 16,902,600 rakyat Malaysia menggunakan Internet, seramai 11,221,040 daripada mereka mempunyai akaun Facebook.

Dengan momentum yang begitu kuat dan perinsip yang terbuka menerima pembaharuan dalam hal duniawi dan teknikaliti dalam ruang lingkup Muamalat. Namun setiap status, gambar,profil dan apa jua perincian yang dimasukkan yang menentukan halal dan haram. Sebagai seorang Islam yang beriaman kepada Allah dan Hari akhirat, maka sewajibnyalah kita mengambil kira batasan halal dan haram sebagimana yang disabdakan oleh Rasulullah saw dalam hadith berikut:

عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله وسلم یَقُوْلُ:  إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ  وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ ر مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ ن حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دالْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ.

Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati."    HR-Bukhari, Muslim dan Abu Daud

Allah subhanahu wa ta’ala berfirman,

أَمْ يَحْسَبُونَ أَنَّا لَا نَسْمَعُ سِرَّهُمْ وَنَجْوَاهُم بَلَى وَرُسُلُنَا لَدَيْهِمْ يَكْتُبُونَ

“Apakah mereka mengira bahwa Kami tidak mendengar rahsia dan bisikan mereka? Benar [Kami mendengar semuanya] dan utusan-utusan Kami [para malaikat] selalu mencatat di sisi mereka.”Az Zukhruf: 80

Berbagai macam kegiatan dilalui oleh manusia di setiap waktunya. Di setiap detik, minit, jam kita bergerak dan berbuat. Namun, apakah kita semua menyadari bahwa di setiap gerak-gerak kita ada yang mencatat di sebelah kanan dan kiri?

Ada malaikat yang senantiasa mencatat apa yang kita lakukan tanpa terkecuali. Perbuatan baik atau buruk, kecil ataupun besar, yang nampak atau tersembunyi—tidak ada yang terluput dari catatan malaikat.

Dengarlah keluh-kesah, penyesalan para pelaku maksiat ketika mereka dihisab amalannya di hadapan Allah, sebagaimana Allah subhanahu wa ta’ala berfirman,

وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِراً وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَداً

“Dan diletakkanlah kitab. Lalu, engkau akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya dan mereka berkata, ‘Aduh, celakalah kami. Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan sesuatu yang kecil dan tidak pula yang besar melainkan dicatat semuanya?’. Dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan tertulis pula. Dan Rabbmu tidak menganiaya seorang pun.” Al Kahfi: 49

Sadarilah, semua perbuatan kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah subhanahu wa ta’ala. Semua makhluk akan diadili di pengadilan Allah yang maha adil. Tidak ada satu makhluk pun yang Allah zalimi.

Oleh kerana ini, masih mahukah kita menggunakan anggota badan kita sesuai dengan keinginan dan hawa nafsu kita? Mata yang Allah beri,untuk apa kita gunakan? Apakah untuk melihat perkara-perkara yang menggugah syahwat atau kesia-siaan yang tidak mendatangkan manfaat dan kebaikan?. Tangan yang Allah karuniakan,apakah digunakan untuk mengambil usaha yang haram atau untuk melakukan kezaliman terhadap diri dan orang lain? Pendengaran dan mulut yang diberikan,apakah dipakai untuk mendengarkan lantunan-lantunan suara yang melalaikan kita dari berzikir kepada Allah?
Lalu, mulut ini,apakah dijadikan sarana untuk mencerca, mengumpat(ghibah),memfitnah.mengadu domba (namimah),menyuburkan permusuhan dan menyakiti perasaan orang lain?

Semua itu akan diminta dipertangggung-jawabankan di hadapan Allah subhanahu wa ta’ala, sebagaimana disebutkan di dalam Al Qur-an,

وَلاَ تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولـئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْؤُولاً

“Dan janganlah engkau mengikuti apa yang engkau tidak punya pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan, dan hati semuanya itu akan dimintai pertanggungan-jawabnya.”  Al Isra’: 36

Jagalah kenikmatan yang telah Allah berikan kepada kita. Jadikanlah semuanya perkara yang akan memberatkan timbangan kebaikan di hadapan Allah subhanahu wa ta’ala, memudahkan hisab di hadapan-Nya, dan menjadi saksi amalan-amalan baik kita. Bukan sebagai penggugat kita, karena perkara kekejian dan maksiat yang telah kita lakukan. Ingatlah akan suatu hari ketika Allah subhanahu wa ta’ala mengunci mulut-mulut kita, tidak dapat berbicara ataupun bersaksi untuk diri kita, namun anggota badan kitalah yang akan bersaksi atas perbuatan yang kita lakukan. Allah telah menegaskan hal ini di dalam Al-Qur’an,

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَى أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

“Hari ini Kami tutup mulut mereka. Lau, tangan mereka bercerita kepada Kami dan kaki mereka bersaksi tentang segala yang dahulu mereka usahakan.”Yasin: 65

Tidak ada jalan bagi kita untuk mengingkari dari kekejian yang telah kita lakukan. Tidak ada yang mampu mengelak dari kemaksiatan yang telah dikerjakan, karena semua kejadian tercatat dengan sempurna. Kerana itu, hendaklah setiap kita melihat dan memerhatikan perbuatan yang akan dilakukan.

Facebook menjadi tempat promosi maksiat dan buka aib sendiri

Ingatlah amaran Nabi SAW terhadap perbuatan sedemikian sebagaimana sabda Rasulullah SAW

كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلاً ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ

“Setiap umatku (boleh) diampunkan kecuali mereka yang mendedahkan dosanya, ada dalam kalangan mereka yang mendedahkan ini, melakukan dosa di waktu malam, kemudian apabila tiba waktu siang, sedang Allah menutup keaiban dosa itu, namun tiba-tiba dia mendedahkan dengan berkata: Wahai fulan, semalam aku lakukan itu dan ini. Maka terhapuslah lindungan Tuhan-Nya dan jadilah dia membuka rahmat Allah yang sebelum ini menutup keaibannya.” HR Bukhari dan Muslim

Ø  Di laman facebook atau media social yang lain sangat  mudah dan senang bagi seseorang untuk mendedahkan aib dan keburukan diri sendiri. Contohnya mungkin dengan mendedahkan gambar-gambar lama dalam koleksi, kononnya sebagai kenangan, gambar itu tidak menutup tutup aurat atau percampuran bebas. Atau mungkin seseorang itu membuka aurat dalam rumah dan bersama famili secara tertutup. Tetapi gambar itu disebarkan, samada melalui  facebook yang boleh dilihat oleh ratusan atau ribuan orang yang haram kita perlihatkan aurat kepada mereka.

Nabi SAW pernah bersabda:

مَا مِنْ امْرَأَةٍ تَضَعُ ثِيَابَهَا فِي غَيْرِ بَيْتِ زَوْجِهَا، إِلا هَتَكَتْ السِّتْرَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ رَبِّهَا

"Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di luar rumah atau tempat selain rumahsuaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan Tuhannya”HR Ahmad, At-Tirmizi; Katanya: “Hadis Hasan”)

Ini realiti bukan lagi fantasi, apabila buka tengok foto-foto di Facebook sesetengah orang, (yang kita lihat profil  terdapat gambar separa menutup aurat yang tak sepatutnya dipublishkan untuk umum, Mungkin gambar itu sekadar suka-suka semasa bersantai bersama keluarga dan rakan terdekat, tapi yang malangnya tangan kita sendiri pula yang postkannya di Facebookb yang boleh menjadi tatapan ribuan bahkan jutaan mata termasuk lelaki yang bukan mahram! Ini bukan lagi tak sengaja dan tanpa niat namanya.Jika yang lelaki mungkin gambar anak isteri atau keluarga terdekat, juga gambar ikhtilat yang tidak sepatutnya.

Nabi SAW pernah bersabda:

مَا مِنْ امْرَأَةٍ تَضَعُ ثِيَابَهَا فِي غَيْرِ بَيْتِ زَوْجِهَا، إِلا هَتَكَتْ السِّتْرَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ رَبِّهَا
"Tiada seorang wanita pun yang membuka auratnya (pakaiannya) di luar rumah atau tempat selain rumahsuaminya (atau ayahnya tanpa kewujudan orang luar) kecuali dia telah merempuh tabir (sempadan yang digariskan) di antaranya dan Tuhannya”HR Ahmad, At-Tirmizi; Katanya: “Hadis Hasan”

Ø  Ada juga pegguna-pengguna Facebook yang berkongsi dengan rakan-rakan facebook yang lain gambar-gambar atau video-video yang berbentuk maksiat seperti artis-artis atau individu-individu yang tertentu yang berpakain tidak menutup aurat atau hiburan-hiburan yang lucah dan berbagai maksiat yang lain, kita binbang individu terbabit tergolong dalam kategori penyebar dosa.Seperti yang digambarkan dalam hadith diatas.

Tadabburilah ( دَبَّرَ ) firman Allah Ta’ala berikut

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ 

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman, "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat." Al-Nur:30

وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آَبَائِهِنَّ أَوْ آَبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُولِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاءِ وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِنْ زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) Nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau  budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. al-Nur:31

Allah swt berpesan  kepada lelaki dan wanita beriman untuk menjaga kehormatan dan rasa malu dalam hubungan sosial mereka demi mencegah meluasnya penyimpangan akhlak dalam masyarakat. Pada hakikatnya, mata manusia dapat menyaksikan banyak hal dari jarak jauh dan dengannya manusia dapat mengetahui apa yang terjadi di sekelilingnya. Tapi pandangan manusia ini harus dikawal, bukannya melihat apa saja yang dapat disaksikannya.

Ayat ini secara umum mengatakan bahwa lelaki beriman hendaknya menguasai matanya dan tidak melihat apa yang dibenci Allah. Sesuai dengan sejumlah riwayat yang menjadi penerapan ayat ini adalah memandang perempuan yang bukan mahram. Artinya, tidak memandang perempuan bukan mahram kerana itu adalah haram hukumnya secara mutlak dan bila mereka menutupi dirinya, maka hanya dibolehkan melihat wajahnya sesuai dengan keperluan.

Dalam ayat ini, sekalipun pada awalnya menjelaskan bagaimana manusia harus mengawal matanya, tetapi pada dasarnya ingin mengajar manusia bagaimana untuk mengawal anggota badannya dari segala bentuk syahwat. Dalam masyarakat modern saat ini, sudah begitu tersebar gaya hidup hedonis dan hubungan seksual dengan pelbagai bentuknya antara lelaki dan wanita. Fenomena penyimpangan seksual ini memunculkan banyak masalah keluarga dan penyakit kelamin. Sementara dalam pandangan Islam, hubungan antara lelaki dan wanita hanya diperbolehkan dalam kerangka pernikahan dan di luar pernikahan maka segala bentuk hubungan seksual menjadi haram hukumnya.

Menerusi ayat ini juga Allah swt. memberi peringatan kepada semua manusia, khususnya orang-orang Mukmin agar tidak ada dalam fikiran mereka bahwa pandangan mereka tidak diketahui oleh Allah Swt. Kerana bukan saja pandangan mereka, tapi motivasi manusia dalam memandang sesuatu juga diketahui oleh-Nya. Allah mengetahui apa yang dilakukan oleh manusia, baik bentuk lahiriahnya mahupun batiniahnya.

Pada ayat yang ke 30 Allah swt. mengeluarkan dua perintah terhadap kaum lelaki : mengawal mata dan syahwat, maka pada ayat yang seterusnya(ayat ke 31) giliran kaum wanita pula yang diperintahkan untuk mengawal dua hal itu. Tapi ayat ini kemudian memberikan penekanan terhadap tiga hal untuk melindungi wanita dari pandangan tidak baik. Pertama adalah memakai jilbab yang menutup kepala, leher hingga dada. Kedua, menyembunyikan perhiasan seperti anting-anting, kalung dan gelang dihadapan lelaki byang bukan mahram. Ketiga, perempuan ketika berjalan tidak menjejakkan kaki ke tanah yang dapat menarik perhatian orang lain.

Jelaslah bahwa gaya bertutur, perbuatan dan berpakaian perempuan dan laki-laki sangat berpengaruh bagi kebaikan hubungan sosial, menjaga kehormatan dan rasa malu.Kerana itulah mengapa dari satu sisi Allah mengharamkan pandangan yang tidak layak dan di sisi lain melarang penampilan perempuan di tengah masyarakat agar tidak mepamerkan sesuatu yang dapat menggerakkan nafsu orang lain.

Menyaksikan secara sepintas lalu apa yang terjadi di dunia saat ini, menunjukkan di Barat yang menaja slogan kebebasan wanita, tetapi yang sebenarnya yang ditargetkan adalah kebebasan hubungan seksual dan ketelanjangan perempuan. Itupun agar para lelaki dapat memuaskan nafsu seksualnya. Sementara yang pastinya hubungan jenis ini, yang utamanya meletakkan anak gadis dan wanita menjadi objek pemuasan nafsu, bunuh diri dan tekanan prasaan.

Dengan mencermati impak negatif hubungan seksual seperti ini, maka pada dasarnya kebebasan seksual tidak lebih dari kemanfaatan perempuan demi memuaskan hawa nafsu lelaki. Sesuai dengan ajaran agama, lelaki dan wanita yang menjaga dirinya hanya melakukan hubungan seksual dengan suami atau isterinya. Dengan demikian lingkungan masyarakat menjadi dilingkungan yang sihat dari segala bentuk daya tarikan seksual.


No comments:

Post a Comment