Tanda-tanda
Munafik-Meninggalkan Solat Jumaat
Dalam
Islam solat Jumaat adalah wajib, maka barangsiapa yang meninggalkannya dengan
sengaja tanpa ada sebarang keuzuran yang dibolehkan syarak adalah termasuk
meninggalkan kewajipan yang bererti ia telah berbuat dosa dan tergolong orang
munafik.
Dalil
kewajipannya adalah firman Allah swt:
Fiman
Allah SWT:
يَا
أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا
إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ
Maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan
sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk
mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah
berjual-beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu
mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”. al-Jumu’ah:9
Dan
juga sabda Rasulullah saw.:
الجُمُعَةُ
حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَربَعَة : عَبدٌ مَملُوكٌ
، أَو امرَأَةٌ ، أَو صَبِيٌّ ، أَو مَرِيضٌ
Maksudnya:
“Jumaat adalah hak wajib bagi setiap muslim secara berjemaah melainkan empat
(golongan): Hamba, wanita, bayi atau orang yang sakit”. [Riwayat Abu Daud
(1067). Imam al-Nawawi berkata bahawa hadis ini sanadnya sahih mengikut syarat
al-Bukhari dan Muslim
Dalil tentang
kemunafikannya ialah, Sabda Rasulullah saw.
مَنْ
تَرَكَ الْجُمُعَةَ مِنْ غَيْرِ عُذْرٍ كُتِبَ مُنَافِقً فِيْ دِيْوَانِ لَا يُمحَى
وَلَا يُبدَلْ
Maksudnya:”Barangsiapa
meninggalkan solat Jumaat tanpa ada halangan atau bahaya, maka ia menjadi orang
munafik dalam sebuah catatan yang tidak akan dihapuskan dan tidak akan
ditukar”. HR Abu Daud dan Nasae’i
لَيَنْتَهِيَنَّ
أَقْوَامٌ وَدْعُهُمُ الْجَمَاعَاتِ أَوْلَيَخْتَمَنَّ
اللهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُونَنَّ مَنْ الْغَافِلِيْنَ
Maksudnya:”Sungguh
berhentilah orang-orang daripada perbuatan mereka meninggalkan Jamaah Jumaat
atau sungguh Allah akan mematri hati mereka, kemudian mereka menjadi (munafik)
yang lalai. HR Muslim
No comments:
Post a Comment