Ketika bulan Ramadhan umat Islam digalakkan memperbanyakkan amal ibadat sebaik mungkin bagi mendapatkan fadilat yang tinggi di sisi Allah Subhanahuwata'ala. Antara amalan utama dan besar pahalanya pada bulan ini adalah:
7- Membanyakkan Sedekah dan melakukan kebaikan untuk orang lain.
ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ وَكَانَ أَجْوَدُ مَا يَكُونُ فِي رَمَضَانَ حِينَ يَلْقَاهُ جِبْرِيلُ وَكَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ لَيْلَةٍ مِنْ رَمَضَانَ فَيُدَارِسُهُ الْقُرْآنَ فَلَرَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدُ بِالْخَيْرِ مِنَ الرِّيحِ الْمُرْسَلَة
Daripada Ibn Abbas, katanya:
“Rasulullah Sallalahual'aihiwasallam. adalah orang yang paling pemurah. Baginda lebih pemurah lagi pada bulan Ramadan ketika Jibril menemuinya. Dan Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadan untuk bertadarus (mengulang-ulang) al-Qur`an dengan Rasulullah s.a.w. Baginda pada ketika itu lebih pemurah dalam memberi kebaikan berbanding dengan angin yang dilepaskan . ”
HR Bukhari, no: 6, 1906, 3220, 3554, 4997, Muslim, no: 2308.
Kata Imam al-Mawardi:
Disunatkan kepada seorang lelaki melapangkan ahli-ahli rumahnya (yakni melebihkan belanja kepada mereka dan sebagainya) pada bulan Ramadhan dan melakukan kebaikan kepada kaum kerabatnya dan jiran-jirannya, terutama pada sepuluh hari tetakhir daripadanya. Al-Majmu, Imam Nawawi,jil 6,hlm. 398.
Anas ra. menceritakan, Rasulullah Sallalahual'aihiwasallam, "Manakah sedekah yang paling baik (afdal), jawab Baginda Sallalahual'aihiwasallam,
ٍ عَنْ أَنَسٍ قَالَ
سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الصَّوْمِ أَفْضَلُ بَعْدَ رَمَضَانَ فَقَالَ شَعْبَانُ لِتَعْظِيمِ رَمَضَانَ قِيلَ فَأَيُّ الصَّدَقَةِ أَفْضَلُ قَالَ صَدَقَةٌ فِي رَمَضَانَ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ وَصَدَقَةُ بْنُ مُوسَى لَيْسَ عِنْدَهُمْ بِذَاكَ الْقَوِيِّ
Dari Anas dia berkata, Nabi Sallallaahu 'alaihi wasallam ditanya tentang puasa yang paling utama setelah Ramadlan, Beliau menjawab: "Bulan Sya'ban untuk memuliakan Ramadhan, " Beliau ditanya lagi, lalu Shadaqah apa yang paling utama? Beliau menjawab: "Shadaqah di bulan Ramadlan." Abu 'Isa berkata, ini adalah hadits gharib dan menurut ahlul hadits Shadaqah bin Musa bukanlah rawi yang kuat.
No comments:
Post a Comment