Amalan-amalan utama pada Bulan Ramadhan
Ketika bulan Ramadhan umat Islam digalakkan memperbanyakkan amal ibadat sebaik mungkin bagi mendapatkan fadilat yang tinggi di sisi Allah Subhanahuwata'ala. Antara amalan utama dan besar pahalanya pada bulan ini adalah:
11- Segera berbuka sebaik sahaja masuk waktu berbuka
حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ دَاوُدَ حَدَّثَنَا ابْنُ لَهِيعَةَ عَنْ سَالِمِ بْنِ غَيْلَانَ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ أَبِي عُثْمَانَ عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ الْحِمْصِيِّ عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْإِفْطَارَ وَأَخَّرُوا السُّحُورَ
Dari Abu Dzar dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ummatku akan senantiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan makan sahur." HR Ahmad,20350. Menurut al-Suyuti,Sahih. Lihat Jami' as-Syaghir.
Menjadi sunnah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam berbuka terlebih dahulu sebelum menunaikan solat Maghrib.
Di dalam hadith daripada Anas ra katanya:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ
Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. HR al-Imam Ahamd dan al-Tirmizi, katanya hadith ini hasan) Al-Diya al-Maqdisi (meninggal 643H) telah mensahihkan hadith ini.Rujuk: al-Ahadith al-Mukhtarah, 4/411.
Melamba-lambatkan berbuka puasa hukumnya makruh kecuali jika ada sebab yang tidak dapat dielakkan. Selain itu, juga disunatkan melakukan perkara-perkara berikut ketika berbuka:
1) Berbuka dengan buah kurma basah, jika tiada berbukalah dengan kurma kering. Dan jika tiada kurma,disunatkan dengan air,
Di dalam hadith daripada Anas ra katanya:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُفْطِرُ قَبْلَ أَنْ يُصَلِّيَ عَلَى رُطَبَاتٍ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ رُطَبَاتٌ فَتُمَيْرَاتٌ فَإِنْ لَمْ تَكُنْ تُمَيْرَاتٌ حَسَا حَسَوَاتٍ مِنْ مَاءٍ
Bahawa Rasulullah s.a.w. berbuka puasa sebelum bersolat dengan beberapa biji rutab, sekiranya tiada rutab maka dengan beberapa biji tamar, dan sekiranya tiada tamar maka baginda minum beberapa teguk air. HR al-Imam Ahamd dan al-Tirmizi,
2) Membaca doa ketika berbuka atau sesudahnya,
اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْت
Ya Allah! bagi-Mu aku berpuasa dan dengan rezeki-Mu aku berbuka. HR Abu Daud daripada
Mu'az bin Zuhrah. Menurut Imam Nawawi, hadith ini mursal kerana Mu'az bin Zuhrah adalah tabiin.Rujuk:al-Azkar, hadith no:481.
Ada doa yang ditunjukkan oleh Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam ketika berbuka dan disunatkan kita membacanya:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَفْطَرَ قَالَ ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابْتَلَّتِ الْعُرُوقُ وَثَبَتَ الْأَجْرُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ
“Adalah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam apabila berbuka, baginda bersabda: “Telah hilanglah dahaga, telah basahlah peluh (hilang kekeringan) dan telah tetaplah pahala, insyaAllah”. HR Abu Daud, sanadnya hasan.
Berdoa ketika berbuka. Ini berdasarkan hadith Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam .:
إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ
“Sesungguhnya bagi orang berpuasa itu, do`a yang tidak ditolak ketika dia berbuka.
HR Ibn Majah, sanadnya pada nilaian hasan dan ke atas. Ishaq bin ‘Abd Allah al-Madani dithiqahkan oleh Abu Zur‘ah dan disebut saduq oleh al-Zahabi dalam al-Kasyif.
Justeru itu, kita boleh berdoa dengan apa sahaja doa yang dihajati. Doa orang berpuasa makbul disebabkan jiwa yang telah dibersihkan dari kotoran dosa dan syahwat. Oleh kerana itu al-Munawi menyebut: Hadith di atas hanya untuk sesiapa yang telah menunaikan tanggunjawab puasa dengan menjaga lidah, hati dan anggota” . Rujuk:Faidh al-Qadir, 2/500.
3) Tidak berlebihan ketika berbuka puasa.
Antara adab yang digalakkan oleh ulama ketika berbuka puasa adalah tidak berlebihan ketika menikmati juadah berbuka. Makanlah dengan kadar sederhana sahaja,tidak terlalu banyak supaya tidak keletihan untuk menunaikan ibadah pada malamnya (solat terawih, tadarus al-Qur'an dan sebagainya.
Kata ulama:
"Sesiapa yang kenyang pada awal malam nescaya dia akan ketinggalan pada baki malamnya".
No comments:
Post a Comment