Amalan-amalan utama pada Bulan Ramadhan
Ketika bulan Ramadhan umat Islam digalakkan memperbanyakkan amal ibadat sebaik mungkin bagi mendapatkan fadilat yang tinggi di sisi Allah Subhanahuwata'ala. Antara amalan utama dan besar pahalanya pada bulan ini adalah:
9- Banyak berdoa(terutamanya ketika sedang berpuasa, ketika berbuka puasa dan doa ketika lailatulqadar)
Daripada Abu Hurairah ra berkata bahawa Nabi Sallalahu'alaihiwasallam ada bersabda:
ثَلَاثَةٌ لَا تُرَدُّ دَعْوَتُهُمْ: الْإِمَامُ الْعَادِلُ، وَالصَّائِمُ حَتَّى يُفْطِرَ، وَدَعْوَةُ الْمَظْلُومِ
Maksudnya: “Tiga golongan doa mereka tidak akan ditolak: Imam yang adil, orang yang berpuasa sehingga dia berbuka dan doa orang yang dizalimi”.HR Ibn Majah ,1752. Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan hadith ini adalah hasan.
Daripada Abdullah bin ‘Amr ra berkata bahawa Nabi Sallalahu'alaihiwasallam bersabda:
إِنَّ لِلصَّائِمِ عِنْدَ فِطْرِهِ لَدَعْوَةً مَا تُرَدُّ
Maksudnya: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu ketika dia berbuka, doa yang tidak akan ditolak”. HR Ibn Majah ,1753.Syeikh Syuaib al-Arna’outh mengatakan sanad hadith ini adalah hasan
Daripada Abdullah bin ‘Amr RA berkata bahawa beliau mendengar Nabi Sallalahu'alaihiwasallam bersabda:
لِلصَّائِمِ عِنْدَ إِفْطَارِهِ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ
Maksudnya: “Bagi orang yang berpuasa ketika dia berbuka doa yang mustajab”. Musnad Abi Daud al-Thoyalisi,2376.
Melihat kepada hadith-hadith di atas, maka jelaslah bahawa doa orang yang berpuasa adalah mustajab di sisi Allah Subhanahuwata'ala. Ini kerana, orang yang berpuasa mempunyai kedudukan yang tinggi dan istimewa kerana mereka berpuasa demi Allah Subhanahuwata'ala. Tambahan pula, Allah Subhanahuwata'ala amat suka kepada hamba-Nya yang sentiasa berdoa memohon kepadanya dalam apa jua keadaan. Untuk itu, kita sebagai seorang yang beriman kepada Allah Subhanahuwata'ala perlu mengambil kesempatan ini dalam mengecapi tawaran yang berharga ini.
Doa yang ma'tsur iaitu daripada Rasulullah Sallalahu'alaihiwasallam untuk dibaca ketika berbuka puasa boleh dirujuk dalam kitab-kitab hadith.
Adapun doa lailatulqadar,maka diriwayatkan daripada Sayidatina Aisyah r.ha. yang menceritakan, "Aku bertanya Rasulullah Sallalahu'alaihiwasallam, Ya Rasulullah, jika aku menemui lailatulqadar(malam qadar) apakah doa paling baik untuk aku ucapkan? Jawab Rasulullah, "Kamu bacalah doa;
اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي
Ya Allah! Sesungguhnya Engkau ialah Tuhan Yang Maha Pemaaf. Engkau suka memaafkan (dosa hamba-hamba-Mu). Maka maafkanlah daku(Yakni smpunkanlah dosa-dosaku) HR Ibnu Majah. Dari Abdullah bin Amru al-'As ra.
Doa lailatulqadar ini sebaiknya kita bacakan setiap malam pada bulan Ramadhan kerana pasti salah satu doa kita akan bertemu malam al-Qadar sekalipun tanpa kita menyedarinya.
Kata ulama,kita digalakkan supaya berdoa pada setiap ketika dan lebih lagi digalakkan berdoa pada bulan Ramadhan terutamanya pada sepuluh hari terakhir daripadanya (terutama hari yang ganjil). Al-asas fi at-Tafsir. Syeikh Said Hawa. Surah al-Qadr.
No comments:
Post a Comment