Saturday, 16 June 2018

Masa mengeluarkan zakat fitrah

Masa mengeluarkan zakat fitrah
Waktu Wajib
Masuknya wajib mengengeluarkan zakat firah menurut jumhur ulama termssuk mazhab al'Syafi'i adalah dengan tenggelam matahari pada hari terakhir Ramadhan. Oleh demikian, orang yang menempuh waktu wajib ini, maka wajib zakat fitrah untuknya.
Jika seseorang meninggal dunia sebelum masuknya waktu wajib ini, tidak wajib dikeluarkan zakat fitrah untuknya kerana ia tidak sempat menemui waktu wajib. Begitu juga, jika berlaku kelahiran selepas waktu wajib itu, tidak wajib zakat fitrah baginya kerana kelahirannya itu berlaku selepas waktu wajib. Samalah hukumnya bagi masaalah perkahwinan, pembebasan hamba dan sebagainya.
Waktu Harus
Walaupun waktu wajib ditetapkan di penghujung bulan Ramadhan(iaitu apabila terbenam matahari pada hari terakhir Ramadhan) namun zakat fitrah harus dibayar lebih awal dari dari masa tersebut. Ulama berkhilaf tentang bilakah waktu harus untuk mula membayar zakat fitrah,
1- Menurut mazhab al-Syafi'i, zakat fitrah boleh dibayar seawal bermula bulan Ramadhan lagi, iaitu dari hari pertama Ramadhan.
2-Menurut mazhab Malik, pembayaran sah dilakukan dalam tempoh dua atau tiga hari sebelum hari raya.
3- Sebahagian ulama mazhab Ahmad berpandangan, harus pembayaran dibuat setengah bulan (15 hari) sebelum hari raya.
3- Waktu Terbaik (Afdhal)
Waktu terbaik (afdhal) mengeluarkan zakat fitrah adalah pada pagi hari raya sebelum ditunaikan solat hari raya. Dalam sebuah hadith, Ibn Umar r.huma menceritakan
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ صَاعًا مِنْ تَمْرٍ أَوْ صَاعًا مِنْ شَعِيرٍ عَلَى الْعَبْدِ وَالْحُرِّ وَالذَّكَرِ وَالْأُنْثَى وَالصَّغِيرِ وَالْكَبِيرِ مِنْ الْمُسْلِمِينَ وَأَمَرَ بِهَا أَنْ تُؤَدَّى قَبْلَ خُرُوجِ النَّاسِ إِلَى الصَّلَاةِ
Dari 'Umar bin Nafi' dari bapaknya dari 'Abdullah bin 'Umar radliallahu 'anhua berkata: "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mewajibkan zakat fithri satu sha' dari kurma atau sha' dari gandum bagi setiap hamba sahaya (budak) mahupun yang merdeka, laki-laki maupun perempuan, kecil maupun besar dari kaum Muslimin. Dan Beliau memerintahkan agar menunaikannya sebelum orang-orang berangkat untuk solat hari raya('Ied) ". HR Bukhari,1407.
4-Waktu Makruh dan Haram
Makruh melewatkan pembayaran zakat fitrah hingga selepas solat hari raya. Hukum makruh ini berterusan hingga terbenamnya matahari. Jika dilewatkan lagi hingga selepas terbenam matahari, maka hukumnya adalah haram dan berdosa. Dalam hadith yang disampaikan oleh Ibn Abbas r.huma. ada dinyatakan,
َ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَكَاةَ الْفِطْرِ طُهْرَةً لِلصَّائِمِ مِنْ اللَّغْوِ وَالرَّفَثِ وَطُعْمَةً لِلْمَسَاكِينِ مَنْ أَدَّاهَا قَبْلَ الصَّلَاةِ فَهِيَ زَكَاةٌ مَقْبُولَةٌ وَمَنْ أَدَّاهَا بَعْدَ الصَّلَاةِ فَهِيَ صَدَقَةٌ مِنْ الصَّدَقَاتِ
Dari Ibnu Abbas, ia berkata; Rasulullah SallAllahu wa'alaihi wa sallam mewajibkan zakat fitrah untuk mensucikan orang yang berpuasa dari bersenda gurau dan kata-kata keji, dan juga untuk memberi makan miskin. Barangsiapa yang menunaikannya sebelum solat maka zakatnya diterima dan barangsiapa yang menunaikannya setelah solat maka itu hanya sedekah diantara berbagai sedekah. HR Abu Daud,1371. Hasan
Hukum orang yang melewatkan pembayaran zakat fitrah,
Para ulama sepakat bahawa kewajipan mengeluarkan zakat fitrah tidak akan gugur dengan melewatkannya setelah diwajibkan ke atas seseorang, bahkan akan menjadi hutang yang berada dibawah tanggungannya hingga ia membayarnya walaupun di akhir umur.
Jika ditakdirkan berlaku kematian ke atasnya sebelum ia sempat menunaikan zakat fitrah tersebut, maka hendaklah dikeluarkan daripada harta peninggalannya, kerana zakat ialah kewajipan harta yang mesti ditunaikan ketika hidup, maka kewajipan tersebut tidak akan gugur dengan sebab berlakunya kematian sama seperti hutang dengan manusia.

No comments:

Post a Comment