Amalan-amalan utama pada Bulan Ramadhan: Bersahur
Ketika bulan Ramadhan umat Islam digalakkan memperbanyakkan amal ibadat sebaik mungkin bagi mendapatkan fadilat yang tinggi di sisi Allah Subhanahuwata'ala. Antara amalan utama dan besar pahalanya pada bulan ini adalah:
10- Bersahur
Ramai dari kalangan kita yang suka mengabaikan "amalan bersahur" pada bulan Ramadhan. Mungkin kita menganggap bersahur itu semata-mata untuk mengelakkan kita daripada terlalu letih pada siangnya. Namun bersahur sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah Sallalahu'alaihiwasallam dalam sabda Baginda,
حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ صُهَيْبٍ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَسَحَّرُوا فَإِنَّ فِي السَّحُورِ بَرَكَةً
Telah menceritakan kepada kami Adam bin Abu Iyas telah menceritakan kepada kami Syu'bah telah menceritakan kepada kami 'Abdul 'Aziz bin Shuhaib berkata, aku mendengar Anas bin Malik radliallahu 'anhu berkata; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Bersahurlah kalian, kerana didalam sahur ada barakah". HR Bukhari,1789.
Pahala sahur akan diperoleh dengan makan atau minum walau seteguk air.
تَسَحَّرُوْا وَلَوْ بِجُرْعَةٍ مِنَ الْمَاءِ
Bersahurlah walaupun dengan seteguk air. Riwayat Ibn Hibban. Tuhfaz al-Ahwazi,642.
Waktu bersahur bermula apabila sudah masuk tengah malam. Walau bagaimanapun, disunatkan melambatkan sahur yakni sebelum terbitnya fajar. Ini berdasarkan sabda Rasulullah Sallalahu'alaihiwasallam,
حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ دَاوُدَ حَدَّثَنَا ابْنُ لَهِيعَةَ عَنْ سَالِمِ بْنِ غَيْلَانَ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ أَبِي عُثْمَانَ عَنْ عَدِيِّ بْنِ حَاتِمٍ الْحِمْصِيِّ عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ مَا عَجَّلُوا الْإِفْطَارَ وَأَخَّرُوا السُّحُورَ
Telah menceritakan kepada kami Musa bin Dawud telah menceritakan kepada kami Ibnu Lahi'ah dari Salim bin Ghailan dari Sulaiman bin Abu Utsman dari Adi bin Hatim Al Himshi dari Abu Dzar dia berkata, "Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ummatku akan senantiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka dan mengakhirkan makan sahur." HR Ahmad,20350.
No comments:
Post a Comment