Friday, 8 June 2018

Keuzuran yang mengharuskan berbuka Puasa

Keuzuran yang mengharuskan berbuka Puasa

Maksud keuzuran yang mengharuskan berbuka puasa ialah perkara-perkara yang mengharus seseorang untuk tidak berpuasa, yakni ia diberi kelonggaran oleh syarak untuk meninggalkan puasa walaupun jika ia berpuasa, puasanya sah dan diterima.

Keuzuran-keuzuran tersebut adalah:

1-Sakit.

Orang yang sakit bilamana ia berpuasa dan mendatangkan kepayahan baginya atau boleh menambah kesakitan atau menyebabkan lambat sembuh***, harus baginya berbuka puasa. Namun jika dibimbangi boleh membawa maut, maka 'wajib'lah ia berbuka. Begitu juga, harus berbuka bagi orang yang sihat jika dengan berpuasa dibimbangi akan menimbulkan penyakit.

*** Iaitu berdasarkam dzan ghalib (sangkaan yang kuat) atau pengalamnya atau makluman daripada doktor Muslim yang dipercayai (Fiqh al-'badah,Hasan Ayub,hlm. 446.

2- Musafir.

Orang yang berada dalam perjalanan atau permusafiran dan jarak perjalanannya mengharuskan untuknya mengqasar dan menjamakkan solatnya*1, maka haruslah ia berbuka puasa*2, namun jika ia ingin terus mengekalkan puasanya maka itu adalah lebih baik.

*1- Iaitu dua marhalah (85 km berdasarkan kiraan hari ini) mengikut mazhab al-Syafi'i. Disyaratkan juga dalam mazhab al-Syafi'i, bermusafir itu untuk tujuan yang harus dan musafir itu mengambil masa sepanjang hari penuh. Jika pada waktu pagi ia masih belum bermusafir (yakni ia berpuasa dalam keadaan masih mukmin), kemudian pada waktu tengah hari barulah ia bermusafir, tidak harus baginya berbuka.

*2- Harus berbuka dengan makan atau dengan jimak di sisi Imam Malik, Abu Hanifah dan al-Syafi'i. Di sisi Imam Ahmad tidak harus dengan jimak. Jika seorang musafir berjimak di siang hari pada bulan Ramadhan, wajib atasnya kafarah pada pandangan beliau(Rujuk: Rahmatul Ummah,hlm. 93).

3- Tidak mampu berpuasa.

Sama ada kerana tua atau kerana sakit yang tidak punya harapan lagi untuk sembuh atau kerana hamil atau menyusukan anak dan sebagainya.

Orang-orang yang memiliki keuzuran sepertimana yang dinyatakan di atas tidak wajib atasnya puasa Ramadhan. Namun jika ia berpuasa, puasanya adalah sah dan dikira sebagai puasa wajib (yakin menggugurkan kewajipan puasa daripadanya).

Peringatan:

Orang yang meninggalkan puasa kerana keuzuran-keuzuran di atas wajib ia menggantikan pada hari lain di luar Ramadhan. Dikecualikan jika sakit atau keuzurannya berterusan hingga bila-bila (yakni tiada harapan sembuh lagi), maka diberi kelonggaran kepadanya untuk menggantikan puasanya dengan fidyah. Firman Allah Subhanahuwata'ala

أَيَّامًا مَعْدُودَاتٍ ۚ فَمَنْ كَانَ مِنْكُمْ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَنْ تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ ۚ وَأَنْ تَصُومُوا خَيْرٌ لَكُمْ ۖ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.Al-Baqarah: 184.

Tafsir Jalalayn:

(Beberapa hari) manshub atau baris di atas sebagai maf`ul dari fi`il amar yang bunyinya diperkirakan 'shiyam' atau 'shaum' (berbilang) artinya yang sedikit atau ditentukan waktunya dengan bilangan yang telah diketahui, yakni selama bulan Ramadhan sebagaimana yang akan datang nanti. Dikatakannya 'yang sedikit' untuk memudahkan bagi mualaf. (Maka barang siapa di antara kamu) yakni sewaktu kehadiran hari-hari berpuasa itu (sakit atau dalam perjalanan) maksudnya perjalanan untuk mengerjakan puasa dalam kedua situasi tersebut, lalu ia berbuka, (maka hendaklah dihitungnya) berapa hari ia berbuka, lalu berpuasalah sebagai gantinya (pada hari-hari yang lain.) (Dan bagi orang-orang yang) (tidak sanggup melakukannya) disebabkan usia lanjut atau penyakit yang tak ada harapan untuk sembuh (maka hendaklah membayar fidyah) yaitu (memberi makan seorang miskin) artinya sebanyak makanan seorang miskin setiap hari, yaitu satu gantang/mud dari makanan pokok penduduk negeri. Menurut satu qiraat, dengan mengidhafatkan 'fidyah' dengan tujuan untuk penjelasan. Ada pula yang mengatakan tidak, bahkan tidak ditentukan takarannya. Di masa permulaan Islam, mereka diberi kesempatan memilih, apakah akan berpuasa atau membayar fidyah. Kemudian hukum ini dihapus (mansukh) dengan ditetapkannya berpuasa dengan firman-Nya. "Maka barang siapa di antara kamu yang menyaksikan bulan, hendaklah ia berpuasa." Kata Ibnu Abbas, "Kecuali wanita hamil dan yang sedang menyusui, jika berbukanya itu disebabkan kekhawatiran terhadap bayi, maka membayar fidyah itu tetap menjadi hak mereka tanpa nasakh." (Dan barang siapa yang secara sukarela melakukan kebaikan) dengan menambah batas minimal yang disebutkan dalam fidyah tadi (maka itu) maksudnya berbuat tathawwu` atau kebaikan (lebih baik baginya. Dan berpuasa) menjadi mubtada', sedangkan khabarnya ialah, (lebih baik bagi kamu) daripada berbuka dan membayar fidyah (jika kamu mengetahui) bahwa berpuasa lebih baik bagimu, maka lakukanlah. Al-Baqarah: 184.

Sabda Rasulullah Sallalahu'alaihiwasallam,

إِنَّ اللهَ تَعَالَى وَضَعَ عَنِ الْمُسَافِرِ الصَّوْمَ وَشَطْرَ اصَّلَاةِ. وَعَنِ الْحَامِلِ أَوِ الْمُرْضِعِ الصَّوْمَ أوِ الصِّيَامَ.

Sesungguhnya Allah Subhanahuwata'ala menggugurkan daripada orang musafir akan kewajipan puasa dan separuh sembahyang. Menggugurkan daripada perempuan hamil atau ibu yang menyusu akan kewajipan puasa. HR Tirmizi daripada Anas bin Malik. Menurut al-Tirmizi, hadith ini hasan.

No comments:

Post a Comment