Tuesday, 30 May 2017

Hukum menggugurkan kandungan sebelum 4 bulan

Hukum menggugurkan kandungan sebelum 4 bulan

Sumber rujukan:
Hadith Bukhari
Syarah Fathul Qadir
Hasyiyah Ibnu Abidin dan Nihayatul Muhtaj
Syarah Kabir,Ihya Ulumiddin dan Inshof


عَنْ عَبْدِ اللهِ بنِ مَسْعوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قالَ: حَدَّثَنَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وهُوَ الصَّادِقُ الْمَصْدُوْقُإنَّ أَحَدَكُم يُجْمَعُ خلقُهُ فِيْ بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا نُطْفَةً، ثُمَّ يَكُوْنُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُوْنُ مُضْغَةً مِثلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يُرْسَلُ إِلَيْهِ الْمَلَكُ فيَنْفُخُ فِيْهِ الرُّوْحَ، وَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ: بِكَتْبِ رِزْقِهِ، وَأَجَلِهِ، وَعَمَلِهِ، وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيْدٌ، فَوَاللهِ الَّذِيْ لاَ إِلَهَ غُيْرُهُ، إِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا، وَإِنَّ أَحَدَكُمْ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ حَتَّى مَا يَكُوْنُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا إِلاَّ ذِرَاعٌ فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الْكِتَابُ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَيَدْخُلُهَا.

Dari Abu ‘Abdir-Rahman ‘Abdullah bin Mas’ud Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menuturkan kepada kami, dan beliau adalah ash-Shadiqul Mashduq (orang yang benar lagi dibenarkan perkataannya), beliau bersabda,”Sesungguhnya seorang dari kalian dikumpulkan penciptaannya dalam perut ibunya selama 40 hari dalam bentuk nuthfah (bersatunya sperma dengan ovum), kemudian menjadi ‘alaqah (segumpal darah) seperti itu pula. Kemudian menjadi mudhghah (segumpal daging) seperti itu pula. Kemudian seorang Malaikat diutus kepadanya untuk meniupkan ruh di dalamnya, dan diperintahkan untuk menulis empat hal, yaitu menuliskan rizkinya, ajalnya, amalnya, dan celaka atau bahagianya. Maka demi Allah yang tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar melainkan Dia, sesungguhnya salah seorang dari kalian beramal dengan amalan ahli surga, sehingga jarak antara dirinya dengan surga hanya tinggal sehasta, tetapi catatan (takdir) mendahuluinya lalu ia beramal dengan amalan ahli neraka, maka dengan itu ia memasukinya. Dan sesungguhnya salah seorang dari kalian beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antara dirinya dengan neraka hanya tinggal sehasta, tetapi catatan (takdir) mendahuluinya lalu ia beramal dengan amalan ahli surga, maka dengan itu ia memasukinya”. Diriwayatkan oleh al Bukhari  

Berdasarkan hadith di atas, ruh akan ditiupkan kepada janin yang berada dalam rahim siibu ketika usianya empat bulan. Manakala sebelum empat bulan janin tersebut tidak bernyawa apatah lagi jika usianya baru berusia satu atau dua minggu.

Sebahagian ulama’ menghukumkan bahawa menggugurkan kandungan sebelum tempoh empat bulan ”beserta dengan alasan yang kukuh” adalah dibolehkan. Manakala selepas empat bulan majoriti ulama’ mengharamkan kecuali dalam suatu keadaan, iaitu sekiranya janin tersebut jika dilahirkan akan mengancam nyawa si ibu. Ini kerana dalam hal ini nyawa ibu lebih diutamakan.

Walaupun majoriti fuqaha’ memfatwakan boleh menggugurkan janin sebelum empat bulan dengan sebab-sebab yang kongkrit, terdapat sebahagian kecil ulama'. Yang mengharamkannya dalam semua peringkat umur janin, ia adalah pandangan Imam Hamid al-Ghazali (wafat 505 H), serta sebahagian Fuqaha’ Mazhab Maliki.

Kesimpulannya, menggugurkan janin sebelum ditiupkan roh terbahagi kepada tiga pendapat:

Pertama:

Menggugurkan janin sebelum ditiupkan roh hukumnya dibolehkan. Bahkan sebahagian daripada ulama membolehkan menggugurkan janin tersebut dengan ubat (Hasyiah al-Qaliyubi: 3/159) pendapat ini dipelopori oleh para ulama daripada mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali. Tetapi kebolehan atau keharusan ini disyaratkan dengan adanya keizinan atau kerelaan daripada kedua orang tuannya.    (Syarah Fathul Qadir: 2/495)

Kedua:
Menggugurkan janin sebelum ditiupkan roh hukumnya makruh. Dan apabila sampai pada waktu ditiupkan ruh, maka hukumnya menjadi haram. Dalilnya bahawa waktu ditiupkan ruh itu tidak diketahui secara tepat, maka tidak boleh menggugurkan janin jika telah mendekati waktu ditiupkan ruh, demi untuk berhati-hati / berjaga-jaga. Pendapat ini dipegang oleh sebahagian ulama’ mazhab Hanafi dan Imam Ramli yang merupakan salah seorang ulama’ dari mazhab Syafie. (Hasyiah Ibnu Abidin: 6/591, Nihayatul Muhtaj: 7/416)

Ketiga:

Menggugurkan janin sebelum ditiupkan roh hukumnya haram. Dalilnya bahawa air mani yang masuk ke dalam faraj wanita itu telah tertanam dalam rahim dan telah bercampur dengan ovum wanita sehingga dikatakan telah bersedia untuk menjadi satu jenis/ sepsis kehidupan, maka menggugurkannya adalah merupakan satu tindakan buruk. Pendapat ini dipegang oleh Ahmad Dardir, Imam Ghazali dan Ibnu Jauzi. (Syarah Kabir: 2/267, Ihya Ulumuddin: 2/53, Inshof: 1/386)

Monday, 29 May 2017

Jangan lalai

Jangan lalai

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلا أَوْلادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ ٩ وَأَنْفِقُوا مِنْ مَا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ أَحَدَكُمُ الْمَوْتُ فَيَقُولَ رَبِّ لَوْلا أَخَّرْتَنِي إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ فَأَصَّدَّقَ وَأَكُنْ مِنَ الصَّالِحِينَ ١٠ وَلَنْ يُؤَخِّرَ اللَّهُ نَفْسًا إِذَا جَاءَ أَجَلُهَا وَاللَّهُ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ ١١

9. Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah harta bendamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati Allah. Dan barang siapa berbuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
10. Dan infakkanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesali), "Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang saleh."
11. Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Mahateliti terhadap apa yang kamu kerjakan. Al-Munafiqun: 9-11

اقْتَرَبَ لِلنَّاسِ حِسَابُهُمْ وَهُمْ فِي غَفْلَةٍ مُعْرِضُونَ ١

Telah semakin dekat kepada manusia hari menghisab amal mereka[2], sedang mereka dalam lalai (dengan dunia)[3] lagi berpaling (dari akhirat). Al-Anbiya:1

Diantara faktor yang menyebabkan jadi lalai:

1-Terlalu lama meninggalkan ziarah kubur, mengingat kematian serta akhirat.,
أَلۡهَىٰكُمُ ٱلتَّكَاثُرُ ١ حَتَّىٰ زُرۡتُمُ ٱلۡمَقَابِرَ ٢
Bermegah-megahan telah melalaikan kamu. Sampai kamu masuk ke dalam kubur".   at-Takaatsur: 1-2.

زُورُوا الْقُبُورَ فَإِنَّهَا تُذَكِّرُكُمْ الْآخِرَةَ
"Berziarahlah kubur sesungguhnya dalam ziarah kubur bisa mengingatkan kalian (tentang) akhirat". HR Muslim ,Ibnu Majah

2-Tengelam dalam perkara harus dan sibuk dengan urusan dunia, kesenangan serta kelazatannya,sibuk dalam urusan demi meraih keuntungan yang sebanyak-banyaknya.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

3-Terputus dari majlis ilmu serta tidak menjaga dzikir-dzikir yang syar'i, seperti dzikir pagi dan petang, masuk dan keluar masjid, ketika masuk dan keluar rumah, dan do'a-do'a lainnya yang telah disyari'atkan.

وَٱذۡكُر رَّبَّكَ فِي نَفۡسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً وَدُونَ ٱلۡجَهۡرِ مِنَ ٱلۡقَوۡلِ بِٱلۡغُدُوِّ وَٱلۡأٓصَالِ وَلَا تَكُن مِّنَ ٱلۡغَٰفِلِينَ 
Dan sebutlah (nama) Tuhannmu dalam hatimu dengan merendahkan diri dan rasa takut, dan dengan tidak mengeraskan suara, di waktu pagi dan petang, dan janganlah kamu Termasuk orang-orang yang lalai".  al-A'raaf: 205.

4-Jarang mendatangi rumah-rumah Allah dan meninggalkan solat berjama'ah serta membaca al-Qur'an.
فِي بُيُوتٍ أَذِنَ ٱللَّهُ أَن تُرۡفَعَ وَيُذۡكَرَ فِيهَا ٱسۡمُهُۥ يُسَبِّحُ لَهُۥ فِيهَا بِٱلۡغُدُوِّ وَٱلۡأٓصَالِ ٣٦ رِجَالٌ لَّا تُلۡهِيهِمۡ تِجَٰرَةٌ وَلَا بَيۡعٌ عَن ذِكۡرِ ٱللَّهِ وَإِقَامِ ٱلصَّلَوٰةِ وَإِيتَآءِ ٱلزَّكَوٰةِ يَخَافُونَ يَوۡمًا تَتَقَلَّبُ فِيهِ ٱلۡقُلُوبُ وَٱلۡأَبۡصَٰرُ ٣٧
"Bertasbih kepada Allah di masjid-masjid yang telah diperintahkan untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya di dalamnya, pada waktu pagi dan waktu petang. Laki-laki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan tidak (pula) oleh jual beli dari mengingati Allah, dan (dari) mendirikan sembahyang, dan (dari) membayarkan zakat. mereka takut kepada suatu hari yang (di hari itu) hati dan penglihatan menjadi goncang".  Al--Nuur: 36-37)
.
وَقَالَ ٱلرَّسُولُ يَٰرَبِّ إِنَّ قَوۡمِي ٱتَّخَذُواْ هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ مَهۡجُورٗا ٣٠
"Berkatalah Rasul: "Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Qur'an itu sesuatu yang tidak diacuhkan".  al-Furqaan: 30


Sunday, 28 May 2017

Hukum berdua-duaan dengan tunang

Hukum berdua-duaan dengan tunang

Meminang atau melamar atau bertunang (Khitbah) menurut bahasa, adat dan syarak, bukanlah perkahwinan. Pinangan merupakan mukaddimah (pendahuluan) bagi perkahwinan.

Seluruh kitab kamus membezakan antara kata-kata khitbah (melamar) dan zawaj (kahwin); adat kebiasaan juga membezakan antara lelaki yang sudan meminang (bertunang) dengan yang sudah kahwin; dan syariat membezakan dengan jelas antara kedua istilah tersebut. Kerana itu, khitbah tidak lebih dari sekadar mengumumkan keinginan untuk kahwin dengan wanita tertentu, sedangkan zawaj (perkahwinan) merupakan aqad yang mengikat dan perjanjian yang kuat yang mempunyai batas-batas, syarat-syarat, hak-hak dan akibat-akibat tertentu.

Al-Quran telah mengungkapkan kedua perkara tersebut, iaitu ketika membicarakan wanita yang kematian suami;

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِۦ مِنْ خِطْبَةِ ٱلنِّسَآءِ أَوْ أَكْنَنتُمْ فِىٓ أَنفُسِكُمْ عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَٰكِن لَّا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرًّا إِلَّآ أَن تَقُولُوا۟ قَوْلًا مَّعْرُوفًا وَلَا تَعْزِمُوا۟ عُقْدَةَ ٱلنِّكَاحِ حَتَّىٰ يَبْلُغَ ٱلْكِتَٰبُ أَجَلَهُۥ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِىٓ أَنفُسِكُمْ فَٱحْذَرُوهُ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ

Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengawini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali sekedar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma’ruf. Dan janganlah kamu ber’azam (bertetap hati) untuk berakad nikah, sebelum habis iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.  Al-Baqarah: 235

Khitbah, meskipun dilakukan dengan berbagai upacara, hal itu tidak lebih hanya untuk menguatkan dan memantapkannya sahaja. Khitbah walaubagaimanapun keadaannya tidak akan dapat memberikan hak apa-apa kepada si peminang melainkan hanya dapat menghalang lelaki lain untuk meminangnya, sebagaimana disebutkan didalam sebuah hadith,

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ ص قَالَ: اَلْمُؤْمِنُ اَخُو اْلمُؤْمِنِ فَلاَ يَحِلُّ لِلْمُؤْمِنِ اَنْ يَبْتَاعَ عَلَى بَيْعِ اَخِيْهِ وَ لاَ يَخْطُبَ عَلَى خِطْبَةِ اَخِيْهِ حَتَّى يَذَرَ
Dari ‘Utbah bin ‘Amir bahawasanya Rasulullah saw bersabda; yang bermaksud;
Orang mukmin itu saudara orang mukmin yang lain, maka tidak halal mukmin menawar atas tawaran saudaranya, dan tidak boleh ia meminang atas pinangan saudaranya sehingga saudaranya itu meninggalkannya, HR Ahmad dan Muslim

Kerana itu, yang penting dan harus diperhatikan di sini bahawa wanita yang dipinang atau dilamar tetap merupakan orang asing (bukan mahram) bagi si pelamar sehingga perkahwinan (akad nikah) dengannya. Tidak boleh si wanita diajak hidup serumah (rumah tangga) kecuali setelah dilaksanakan akad nikah yang sah menurut syarak dan rukun asasai dalam akad ini alah ijab dan qabul.

Ijab dan qabul adalah lafaz-lafaz (ucapan-ucapan) tertentu yang sudah dikenal dalam adat dan syarak.
Selagi mana akad nikah dengan ijab dan qabul belum terlaksana. Maka perkahwinan itu belum wujud dan belum terjadi, baik menurut adat, syarak, mahupun undang-undang.

Wanita tunangnya tetap sebagai orang asing bagi si peminang (pelamar) yang tidak halal bagi mereka untuk berdua-duaan dan berpergian berdua-duaan tanpa disertai seorang mahramnya seperti ayahnya atau saudara lelakinya.


Saturday, 27 May 2017

Rumah idaman Islami

 Rumah idaman Islami

Allah mengingatkan kita akan kenikmatan ini dalam surat An-Nahl: 80,
وَاللَّهُ جَعَلَ لَكُمْ مِنْ بُيُوتِكُمْ سَكَنًا
“Allah menjadikan bagimu rumah-rumahmu sebagai tempat tinggal …”.

Rumah idaman adakah :
-          Rumah mewah
-          Rumah yang ada serba fasilitis.
-           
Rumah idaman adalah:
1-      Rumah yang sesuai dengan perintah Allah dan Rasul-Nya.
2-      Rumah yang diberkati oleh Allah.
3-      Rumah yang yang dimasuki oleh Malaikat Rahmat.

Bagaimana menjadikan rumah kita rumah idaman yang penuh dengan keberkatan dan rahmat dari الله سبحانه و تعالى  ? :

1-      Jangan sampai rumah kita mengundang jin dan mengusir Malaikat rahmat, iaitu dengan mempamirkan foto(gambar-gambar) makhluk benyawa dan patung-patung bernyawa (3 dimensi).

Sabda Rasulullah saw:

سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تَدْخُلُ الْمَلَائِكَةُ بَيْتًا فِيهِ كَلْبٌ وَلَا صُورَةُ تَمَاثِيلَ
Aku (Abu Thalhah) mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Malaikat (rahmat) tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing dan (atau) gambar patung” (HR. Bukhari)
Sabda Rasulullah Saw
أَبُو هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَتَانِي جِبْرِيلُ فَقَالَ إِنِّي كُنْتُ أَتَيْتُكَ الْبَارِحَةَ فَلَمْ يَمْنَعْنِي أَنْ أَكُونَ دَخَلْتُ عَلَيْكَ الْبَيْتَ الَّذِي كُنْتَ فِيهِ إِلَّا أَنَّهُ كَانَ فِي بَابِ الْبَيْتِ تِمْثَالُ الرِّجَالِ وَكَانَ فِي الْبَيْتِ قِرَامُ سِتْرٍ فِيهِ تَمَاثِيلُ وَكَانَ فِي الْبَيْتِ كَلْبٌ فَمُرْ بِرَأْسِ التِّمْثَالِ الَّذِي بِالْبَابِ فَلْيُقْطَعْ فَلْيُصَيَّرْ كَهَيْئَةِ الشَّجَرَةِ وَمُرْ بِالسِّتْرِ فَلْيُقْطَعْ وَيُجْعَلْ مِنْهُ وِسَادَتَيْنِ مُنْتَبَذَتَيْنِ يُوطَآَنِ وَمُرْ بِالْكَلْبِ فَيُخْرَجْ فَفَعَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكَانَ ذَلِكَ الْكَلْبُ جَرْوًا لِلْحَسَنِ أَوْ الْحُسَيْنِ تَحْتَ نَضَدٍ لَهُ فَأَمَرَ بِهِ فَأُخْرِجَ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَفِي الْبَاب عَنْ عَائِشَةَ وَأَبِي طَلْحَةَ

Jibril datang kepadaku, kemudian dia berkata; Sesungguhnya malam tadi aku datang kepadamu, dan tidak ada yang menghalangiku masuk menemuimu didalam rumah yang kamu duduki, kecuali karena pada pintu rumah ada gambar seorang lelaki(patung), dan di dalam rumah ada tabir nipis yang bergambar dan ada anjingnya, perintahkan agar kepala gambar-gambar yang ada di pintu diptong dan jadikan seperti bentuk pohon, perintahkan agar tabir itu dipotong kemudian dijadikan dua bantal yang di hamparkan dan di jadikan tempat sandaran serta perintahkan agar anjing itu dikeluarkan dari rumah. Lalu Rasulullah melakukannya, anjing itu adalah anak anjing yang di jadikan mainan untuk Hasan atau Husain, kemudian Rasulullah memerintahkan supaya anjing tersebut di keluarkan. Abu Isa berkata; Hadits ini hasan shahih, & dalam bab ini, ada juga hadits dari 'Aisyah & Abu Thalhah. HR Tirmizi

2-      Perhatikan ruang-ruang yang ada didalam rumah kita.

Diriwayatkan oleh Jabir Bin Abdullah r.a, bahawa Rasullullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Bilik pertama untuk lelaki, bilik kedua untuk isterinya, bilik ketiga untuk tetamu, dan bilik keempat untuk syaitan

Maksudnya: Jika ada bilik-bilik yang tidak digunakan di rumah kita maka ianya adalah untuk dihuni oleh syaitan.

3-      Mengisi rumah sebagai tempat untuk berzikir kepada Allah,membaca al-Qur’an,membaca buku-buku agama dan sebagainya.

Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

لاَ تَجْعَلُوا بُيُوتَكُمْ مَقَابِرَ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْفِرُ مِنَ الْبَيْتِ الَّذِى تُقْرَأُ فِيهِ سُورَةُ الْبَقَرَةِ
Janganlah jadikan rumah kalian seperti kuburan karena syaitan itu lari dari rumah yang didalamnya dibacakan surat Al Baqarah.” HR. Muslim


Maksud kubur, ialah bukan tempat untuk bersolat,bukan tempat membaca al-Quran. Jika rumah bukan tempat untuk dibaca al-Qur’an,zikir dan solat, maka ianya seperti kubur.

Dalam sebuah hadits dalam kitab sunan disebutkan sebagai berikut,

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا النَّجَاةُ قَالَ « أَمْسِكْ عَلَيْكَ لِسَانَكَ وَلْيَسَعْكَ بَيْتُكَ وَابْكِ عَلَى خَطِيئَتِكَ

Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, ia berkata, “Aku pernah bertanya pada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, “Apa itu sebab keselamatan?” Jawab beliau dengan sabdanya, “(Keselamatan itu) yaitu hendaklah engkau menahan lisanmu, sibukkanlah rumahmu dengan ibadah pada Allah, dan tangisilah dosa-dosamu.” HR. Tirmidzi no. 2406 dan Ahmad 5: 259-260. Abu ‘Isa At Tirmidzi mengatakan bahwa hadits ini hasan..

4-      Rumah itu dihuni oleh penghuni-penghuni yang bertakwa kepada Allah:

-Suami betanggungjawab mendidik anak dan isterinya dengan apa yang diredhai dan dicintai oleh Allah.
-Isteri yang begitu taat kepada suaminya dalam mencari keredhaan allah.
-Anak-anak yang setiasa berbuat bakti kepad Allah dan kepada kedua orang tuanya.

Subhanallah, sebuah rumah yang sangat kita idamkan tentunya, bukan rumah yang mewah tapi kosong dari zikir kepada Allah (الله سبحانه و تعالى). Akan tetapi rumah yang banyak padanya zikir kepada Allah. Sehingga akhirnya rumah itu memberikan ketenteraman dalam hati.

Wednesday, 24 May 2017

Al-Qur’an di Hari Akhirat

Al-Qur’an di Hari Akhirat

Pada Hari Akhirat a-Qur’an akan menjadi syafaat kepada ahlinya. Banyak hadith menunjukkan perkara ini. Antaranya:

اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ

Maksudnya: "Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya pada hari kiamat ia datang memberi syafa'at kepada orang yang membacanya. HR Muslim

Malah, ketika ahli Quran memasuki syurga, mereka membaca Quran dan setaip ayat yang dibaca akan ditambah satu darjat,sebagaimana tersebut dalam hadith:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَالَ :يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ: اقْرَأْ وَارْتَقِ، وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا، فَإِنَّ مَنْزِلَتَكَ عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَأُ بِهَا.

“Dikatakan kepada ahli Quran:Bacalah dan naiklah (ke darjat-darjat syurga). Dan bacalah dengan tartil sebagaimana kamu membacanya dengan tartil di dunia. Maka sesungguhnya kedudukan kamu ialah di akhir ayat yang kamu baca. HR Abu Daud,Tirmizi

Ini menunjukkan bahawa al-Quran akan menjadi syafaat kepada ahli Quran iaitu mereka yang membacanya dengan baik, menghafalnya dan beramal degannya.

Dan mereka membaca al-Quran didalam syurga, dan bacaan mereka umpama zikir bagi para mlaikat, iaitu yang tidak menyibukkan mereka daripada kelazatan nikmat syurga. 

Monday, 22 May 2017

Adakah Syurga dan Neraka telah wujud sekarang?

Adakah Syurga dan Neraka telah wujud sekarang?

Perkataan Syurga dan Neraka adalah berasal dari perkataan Sanskrit. Dalam al-Quran dan Hadith tidak terdapat perkataan Syurga dan Neraka. Sebaliknya perkataan yang digunakan adalah “Jannah” dan “Naar” atau “Jahannam”.

Perkataan ‘Jannah’, berdasarkan beberapa potong ayat al-Quran dan Hadith berkaitan, serta beberapa penerangan mengenai sifatnya, tidak memberikan apa-apa maksud lain melainkan ‘suatu’ negeri atau tempat kesenangan yang disediakan oleh Allah untuk orang-orang mukmin’. Inilah yang digelar syurga oleh masyarakat kini.

Manakala ‘Naar’, berdasarkan beberapa potong ayat al-Quran dan Hadith berkaitan, serta beberapa penerangan mengenai sifatnya, tidak memberikan apa-apa maksud lain melainkan suatu negeri atau tempat seksaan yang disediakan oleh Allah bagi orang-orang kafir. Inilah yang biasa disebut sebagai neraka.
Setelah meneliti keadaan syurga dan neraka sebagaimana yang disebut di atas, persoalan yang timbul adakah kedua-duanya itu telah wujud atau belum pada ketika ini?

Sebahagian ulama berpendapat bahawa syurga dan neraka belum dibina oleh Allah. Pendapat sedemikian adalah berdasarkan al-Quran, dimana tidak terdapat didalamnya ayat yang jelas menyatakan bahawa syurga dan neraka telah wujud. Yang dinyatakan di dalam al-Quran selalunya berbentuk “Syurga disediakan untuk orang-orang yang berbuat baik” dan ‘neraka disediakan untuk orang-orang kafir”.

إِنَّ الَّذِينَ آَمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah). al-Kahfi:107

فَاتَّقُواْ النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ
“Maka takutlah kamu akan api neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu yang disediakan bagi orang-orang kafir”. Al-Baqarah 24

Menerusi perkataan ‘disediakan” ini,kita masih belum boleh menetapkan bahawa syurga dan neraka sudah wujud. Ini kerana perkataan “disediakan” itu boleh membawa maksud sudah wujud dan juga boleh membawa maksud belum wujud. Kenyataan tersebut sama  seperti ungkapan seorang guru kepada muridnya: “hadiah buku disediakan untuk mereka yang mendapat markah yang tinggi

Perkataan ‘disediakan’ yang diucapkan oleh guru itu tidak semistinya menunjukkan bahawa buku hadiah itu, pada waktu ia diucapkan telah wujud. Ada kemungkinan ia telah wujud dan kemungkinan juga bahawa ia masih belum wujud. Untuk menentukan bahawa hadiah itu telah wujud memerlukan bukti yang lain. Begitu juga halnya terhadap syurga dan neraka. Demikianlah bagi pendapat bagi golongan yang mengatakan kedua-duanya masih belum dibina.

Apa yang disandarkan oleh golongan tersebut adalah benar. Namun, jika dilihat kepada dalil-dalil yang akan dihuraikan di bawah, adalah sukar untuk dinafikan bahawa syurga dan neraka telah wujud sekarang.

Sabda Rasulullah saw:
أَوَلَا تَدْرِيْنَ أَنَّ الله خَلَقَ الجَنَّةَ وَخَلَقَ النَّارَ فَخَلَقَ لِهَذِهِ أَهْلاً وَلِهَذِهِ أَهْلاً
“Tidakkah engkau tahu bahawa Allah telah menciptakan syurga dan neraka, lalu Dia telah menetapkan ahli-ahlinya bagi syurga tersebut dan ahli-ahlinya bagi neraka tersebut”. HR Muslim

Sabda Rasulullah saw:
خَلَقَ اللهُ  الجَنَّةَ  عَدْنٍ وَغَرَسَ أَشْجَارَهَا بَيَدِهَ
“Allah telah menciptakan syurga yang kekal dan Dia telah menanam pokok-pokok menerusi kekeuasaaan-Nya”.HR Hakim. Sahih(Jami’ al-saghir)

Sabda rasulullah saw:
خَلَقَ اللهُ  الجَنَّةَ  عَدْنٍ بِيَدَهَ لُبْنَةً مِنْ ذَهَبٍ  وَ لُبْنَةً مِنْ فِضَّةٍ
“Sesungguhnya Allah menerusi kudrat-Nya telah menciptakan syurga yang kekal, menggunakan bata daripada emas dan bata daripada perak”.HR Thabrani Hassan

Sabda Rasulullah saw:
لَمَّا خَلَقَ اللهُ  الجَنَّةَ  قَلَ لِجِبْرِيْل اِذْهَبْ فَانْظُرْ إِلَيْهَا فَذَهَبَ فَنَظَرَ  إِلَيْهَا ٠٠٠فَلَمَّا خَلَقَ اللهُ النّارَ قَالَ يَا جِبْرِيْلُ اِذْهَبْ فَانْظُرْ إِلَيْهَا
“Ketika Allah menciptakan syurga, Dia berkata kepada Jubril as. “Pergi dan lihat syurga itu.”Lalu Jibril pun pergi melihatnya... dan ketika Allah menciptakan neraka, Dia berkata kepada Jibril, “Pergi dan lihat neraka itu,”Lalu Jibril pun pergi melihatnya.”HR Abu Daud

Sabda Rasulullah saw:
لَمَّا خَلَقَ اللهُ  الجَنَّةَ عَدْنٍ خَلَقَ فِيْهَا مَا لاَ عَيْنٌ رَأَتْ وَلَا أُذُنٌ سَمِعَتْ وَلَا خَطْرٌ عَلَى قَلْبِ بَشَرَ
“Ketika Allah mencipta syurga yang kekal, lalu diisi di dalamnya (nikmat-nikmat) yang tidak pernah dilihat oleh mata, tidak pernah didengar oleh telinga dan tidak pernah terlintas oleh hati manusia”.HR Thabrani. Dalam Majma’ zawaid (Bagus)

Sabda Rasulullah saw.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ سَمِعَ وَجْبَةً فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَدْرُونَ مَا هَذَا قَالَ قُلْنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ هَذَا حَجَرٌ رُمِيَ بِهِ فِي النَّارِ مُنْذُ سَبْعِينَ خَرِيفًا فَهُوَ يَهْوِي فِي النَّارِ الْآنَ حَتَّى انْتَهَى إِلَى قَعْرِهَا

“Dari Abu Hurairah ra, dia berkata, "Kami pernah bersama Rasulullah saw. Tiba-tiba Rasulullah mendengar suara keras seperti suara sesuatu terjatuh. Lalu beliau bertanya, 'Tahukah kalian, suara apakah itu?' Abu Hurairah berkata, "Kemudian kami pun menjawab, 'Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.' . Maka Nabi saw berkata, ‘Ini adalah satu batu yang dilemparkan ke dalam neraka semenjak dari tujuh puluh tempoh (yang lalu), sekarang ia sedang jatuh ke dalam neraka dan akan berhenti setelah sampai ke permukaannya”. HR Muslim

Di dalam hadith yang pertama sehingga ke lima, perkataan yang digunakan adalah ‘khalaqa خَلَقَ ‘ yang berbentuk feel madhi iaitu perbuatan yang telah lalu. Perkataan-perkataan tersebut jika ditukar ke Bahasa Melayu akan membawa maksud:
a-      Telah menjadikan
b-      Telah mewujudkan
c-      Telah menciptakan


Kesimpulan daripada makna ‘telah menjadikan’, telah mewujudkan’ dan ‘telah menciptakan’ tadi jelas menunjukkan bahawa syurga dan neraka telah wujud sekarang. Ini kerana jika perkataan yang digunakan adalah berbunyi seperti ‘telah dijadikan’, ‘telah diwujudkan’ atau ‘telah diciptakan’, sudah pasti barang tersebut telah wujud. Keadaan tersebut tidak dinafikan kecuali jika terdapat dalil lain yang menolak.

Tuesday, 16 May 2017

Qada dan Qadar

Qada dan Qadar

Qada bermaksud perlaksanaan. Manakala Qadar bermakna sukatan

Ia terbahagai kepada dua bahagian iaitu:

1-      Qada Mubram: Adalah ketentuan Allah yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun jua (contohnya: Mati pasti akan berlaku).

Firman Allah Ta’ala:
وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ ۚ
Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri,Al-An’am:59

2-      Qada Muallaq:  Adalah ketentauan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. Contohnya panjang umur bergantung kepada hubungan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain.

Dari Abu Hurairah, Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ ، وَأَنْ يُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Siapa yang suka dilapangkan rizkinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahmi.” HR. Bukhari dan Muslim

Kedua-dua jenis Qada di atas adalah di dalam pengetahuan Allah Ta’ala, seperti Firman Allah:

وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ ۚ
Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri,Al-An’am:59


Segala perbuatan hamba diketahui oleh Allah Ta’ala melalui ilmu-ilmuNya. Ianya terlindung dan tidak diketahui oleh hamba-hambaNya dan sebab itulah kita disuruh untuk sentiasa berusaha dan taat kepada-Nya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita nanti.

Sunday, 14 May 2017

Bagaiman cara Jin Beragama?

Bagaiman cara Jin Beragama?

Nabi Muhammad saw. diutuskan untuk sekalian manusia dan jin-jin. Walaupun bagaimanapun, manusia ditinggalkan dengan pegangan al-Quran dan as-Sunnah. Bagaimana pula halnya dengan jin-jin? Apakah pegangan mereka?
Surah al-Ahqaf:: 29-32

وَإِذْ صَرَفْنَا إِلَيْكَ نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ يَسْتَمِعُونَ الْقُرْآنَ فَلَمَّا حَضَرُوهُ قَالُوا أَنْصِتُوا فَلَمَّا قُضِيَ وَلَّوْا إِلَى قَوْمِهِمْ مُنْذِرِينَ (٢٩) قَالُوا يَا قَوْمَنَا إِنَّا سَمِعْنَا كِتَابًا أُنْزِلَ مِنْ بَعْدِ مُوسَى مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى طَرِيقٍ مُسْتَقِيمٍ (٣٠) يَا قَوْمَنَا أَجِيبُوا دَاعِيَ اللَّهِ وَآمِنُوا بِهِ يَغْفِرْ لَكُمْ مِنْ ذُنُوبِكُمْ وَيُجِرْكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ (٣١) وَمَنْ لا يُجِبْ دَاعِيَ اللَّهِ فَلَيْسَ بِمُعْجِزٍ فِي الأرْضِ وَلَيْسَ لَهُ مِنْ دُونِهِ أَولِيَاءُ أُولَئِكَ فِي ضَلالٍ مُبِينٍ (٣٢)
Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Kami hadapkan kepadamu (Muhammad) serombongan jin yang mendengarkan (bacaan) Al Quran, maka ketika mereka menghadiri (pembacaan)nya mereka berkata, "Diamlah kamu (untuk mendengarkannya).” Maka ketika telah selesai, mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan.
Mereka berkata, "Wahai kaum kami! Sungguh, kami telah mendengarkan kitab (Al Quran) yang diturunkan setelah Musa, membenarkan (kitab-kitab) yang datang sebelumnya, membimbing kepada kebenaran, dan kepada jalan yang lurus.
 Wahai kaum kami! Terimalah seruan orang (Muhammad) yang menyeru kepada Allah. Dan berimanlah kepada-Nya, niscaya Dia akan mengampuni dosa-dosamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih.
Dan barang siapa tidak menerima (seruan) orang yang menyeru kepada Allah (Muhammad) maka dia tidak akan dapat melepaskan diri dari siksaan Allah di bumi, padahal tidak ada pelindung baginya selain Allah. Mereka berada dalam kesesatan yang nyata.

Surah al-Ahqaf:: 29-32 menceritakan bahawa Allah mengirim segolongan daripada jin kepada Nabi Muhammad saw. untuk mendengar al-Quran. Waktu mendengar itu, mereka telah menyuruh kaum mereka untuk diam dan memberi tumpuan. Setelah selesai, mereka pulang dan membawa perkhabaran bahawaa mereka baru sahaja mendengar suatu kitab yang diturunkan selepas Musa as. Yang menyeru kepada jalan yang lurus. Lantaran itu, mereka mengajak kaum mereka supaya beriman dan berkata:
sesiapa yang tidak mahu beriman maka dia akan sesat

Surah al-Jin 1-4:

قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ مِنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا (١)يَهْدِي إِلَى الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا (٢)وَأَنَّهُ تَعَالَى جَدُّ رَبِّنَا مَا اتَّخَذَ صَاحِبَةً وَلا وَلَدًا (٣)وَأَنَّهُ كَانَ يَقُولُ سَفِيهُنَا عَلَى اللَّهِ شَطَطًا (٤

Surah al-Jin 1-4 pula menerangkan bahawa mereka telah mendengar bacaan al-Quran lalu beriman. Di antara mereka terdapat golongan yang baik, golongan yang jahat, golongan yang Muslim serta golongan yang kafir.

Daripada dalil-dalil yang tersebut dapat difahami bahawa dari sudut agama, golongan jin juga sama seperti manusia, ada golongan yang berada di sudut yang betul dan ada golongan yang berada disudut yang salah.

Seterusnya, ayat ke 14 dari surah Saba’ menyatakan bahawa golongan jin tidak mengetahui perkara ghaib.

فَلَمَّا قَضَيْنَا عَلَيْهِ الْمَوْتَ مَا دَلَّهُمْ عَلَىٰ مَوْتِهِ إِلَّا دَابَّةُ الْأَرْضِ تَأْكُلُ مِنْسَأَتَهُ ۖ فَلَمَّا خَرَّ تَبَيَّنَتِ الْجِنُّ أَنْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ الْغَيْبَ مَا لَبِثُوا فِي الْعَذَابِ الْمُهِينِ

Maksudnya: Maka tatkala Kami telah menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka kematiannya itu kecuali rayap yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah tersungkur, tahulah jin itu bahwa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib tentulah mereka tidak akan tetap dalam siksa yang menghinakan.


Oleh yang demikian, setelah Nabi saw. pergi meninggalkan kita, jin juga seperti manusia dalam urusan agama, ada yang berpegang kepada al-Qur’an dan hadith-hadithnya , ada juga yang sebaliknya.

Saturday, 13 May 2017

Hukum berubat dengan bomoh yang mengamalkan kaedah “menurun”

Hukum berubat dengan  bomoh yang mengamalkan kaedah “menurun”

Sebagai seorang muslim, apa yang perlu diberi perhatian ialah memastikan cara dan kaedah rawatan yang digunakan itu agar tidak bercanggah dengan hokum syarak. Antara amalan salah yang dilakukan oleh segelintit masyarakat Melayu Islam pada hari ini sehingga melibatkan perbuatan syirik ialah dengan meminta bantuan bomoh yang menggunakan perantaraan jin dan makhluk halus dalam perubatan. Lantaran meminta bantuan, pertolongan dan perlindungan jin dalam sesuatu perkara sudah pun jelas dinyatakan hukumnya di dalam al-Quran. Antaranya ialah firman Allah dalam surah al-Jin ayat 6 yang bermaksud:

وَأَنَّهُ كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا

“Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin, maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan“ (Al Jin: 6)

Seringkali kekeliruan timbul dalam kalangan masyarakat apabila seseorang bomoh menyatakan bahawa yang mendampinginya untuk melakukan perubatan itu bukan jin akan tetapi roh para wali seperti Syeikh Abdul Kadir Jailani dan sebagainya yang akan datang meresap dalam tubuh bomoh tersebut ketika upacara perubatan dilakukan. Semua ini adalah suatu penipuan daripada jin ke atas manusia. Hal ini kerana sesuatu yang pasti ialah alam roh tidak akan bersatu dengan alam realiti dalam kalangan manusia. Oleh itu,adalah sesuatu yang mustahil roh’ akan datang bertemu manusia dalam keadaan sedar atau jaga, akan tetapi sebaliknya yang dating itu bukan roh, namun ia adalah jin dan syaitan. Lalu sam ada sedar atau pun tidak, seseorang itu telak melakukan syirik kepada Allah dengan meminta bantuan dan pertlindungan ‘jin” dalam menyelesaikan  sesuatu perkara. Sehubungn dengan itu, masyarakat Islam hendaklah sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam setiap tindakan dan amalan agar tidak terjebak dalam syirik yang membinasakan ini.

Namun begitu, tidak dinafikan bahawa terdapatnya “bomoh” atau pengamal perubatan Islam yang melaksanakan perubatan semata-mata dengan ayat-ayat suci al-Quran dan tidak menggunakan ‘perantaraan’ sebagaimana yang dijelaskan. Oleh yang demikian, ia tidak mendatangkan syirik kepada Allah. Justeru, sebelum berjumpa dengan mana-mana pengamal perubatan tradisional, hendaklah dipastikan dahulu bahawa ia seorang yang berilmu serta tahu hukum hakam agama dengan baik. Justeru, jika didapati sekiranya pengamal perubatan itu bertukar ‘suara’ atau menggunakan kaedah ‘menurun’ dan seumpamanya, maka hendaklah dijauhi daripadanya agar terselamat daripada syirik. Janganlah terpedaya dengan seseorang yang boleh melakukan sesuatu perkara ‘luar biasa’ sehingga terus menganggapnya sebagai wali dan keramat. Ingatlah pesanan imam Syafie yang menyatakan dengan maksudnya: ‘sekiranya engkau melihat pelaku bid’ah boleh terbang di angkasa, maka janganlah engakau tertipu dan terpedaya dengannya’.

Bomoh yang berada dalam keadaan ‘menurun’ adalah seorang yang redha dirinya diresapi oleh makhluk-makhluk halus, yang terdiri daripada iblis dan syaitan. Di situlah orang yang berkenaan samada dalam keadaan sedar atau tidak sedar telah memohon perlindungan kepada makhluk ini untuk melakukan sesuatu tujuan seperti yang dijelaskan. Itulah sejahat-jahat teman. Dalam al-Quran surah al-Nisa’; 38, Allah berfirman:

وَالَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ رِئَاء النَّاسِ وَلاَ يُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلاَ بِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَن يَكُنِ الشَّيْطَانُ لَهُ قَرِينًا فَسَاء قِرِينً

“Dan (juga) orang-orang yang menafkahkan harta-harta mereka karena riya kepada manusia, dan orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian. Barang siapa yang mengambil syaitan itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah teman yang seburuk-buruknya”. Al-Nisa:38
Orang seperti ini merupakan orang yang ingkar, iaitu berpaling daripada ketentuan Allah dan akan mendapat balasan Allah.Sebagimana firman Allah dalam surah Taha:124,

وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ

"Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta".

Kebiasannya, orang yang terlibat dengan amalan kebatinan yang melibatkan jin-jin akan memanggil makhluk tersebut, iaitu makhluk yang dibela, dibuat sahabat atau saudara melalui rangkaian jampi, mentera, serapah dan sebagainya. Pada masa yang sama, kebiasaannya makanan atau juadah akan disajikan, seperti ayam, kuih-muih, ataupun bakaran kemenyan, juga colok bagi mereka yang tinggal disempadan, juga yang menyembah berhala.


Kesimpulannya di sini ialah, sebagai Muslim, kita wajib menjauhi amalan-amalan sebegini yang boleh membawa kepada syirik kepada Allah Ta’ala. Carilah pengamal-pengamal perubatan yang diyakini dan dipercayai serta diketahui autoritinya dalam agama.