Tuesday, 16 May 2017

Qada dan Qadar

Qada dan Qadar

Qada bermaksud perlaksanaan. Manakala Qadar bermakna sukatan

Ia terbahagai kepada dua bahagian iaitu:

1-      Qada Mubram: Adalah ketentuan Allah yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun jua (contohnya: Mati pasti akan berlaku).

Firman Allah Ta’ala:
وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ ۚ
Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri,Al-An’am:59

2-      Qada Muallaq:  Adalah ketentauan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. Contohnya panjang umur bergantung kepada hubungan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain.

Dari Abu Hurairah, Rasul shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ ، وَأَنْ يُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Siapa yang suka dilapangkan rizkinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahmi.” HR. Bukhari dan Muslim

Kedua-dua jenis Qada di atas adalah di dalam pengetahuan Allah Ta’ala, seperti Firman Allah:

وَعِنْدَهُ مَفَاتِحُ الْغَيْبِ لَا يَعْلَمُهَا إِلَّا هُوَ ۚ
Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri,Al-An’am:59


Segala perbuatan hamba diketahui oleh Allah Ta’ala melalui ilmu-ilmuNya. Ianya terlindung dan tidak diketahui oleh hamba-hambaNya dan sebab itulah kita disuruh untuk sentiasa berusaha dan taat kepada-Nya kerana kita tidak mengetahui apa yang akan berlaku kepada kita nanti.

No comments:

Post a Comment