Bagaiman cara Jin Beragama?
Nabi
Muhammad saw. diutuskan untuk sekalian manusia dan jin-jin. Walaupun
bagaimanapun, manusia ditinggalkan dengan pegangan al-Quran dan as-Sunnah.
Bagaimana pula halnya dengan jin-jin? Apakah pegangan mereka?
Surah al-Ahqaf:: 29-32
وَإِذْ صَرَفْنَا إِلَيْكَ
نَفَرًا مِنَ الْجِنِّ يَسْتَمِعُونَ الْقُرْآنَ فَلَمَّا حَضَرُوهُ قَالُوا
أَنْصِتُوا فَلَمَّا قُضِيَ وَلَّوْا إِلَى قَوْمِهِمْ مُنْذِرِينَ (٢٩) قَالُوا
يَا قَوْمَنَا إِنَّا سَمِعْنَا كِتَابًا أُنْزِلَ مِنْ بَعْدِ مُوسَى مُصَدِّقًا
لِمَا بَيْنَ يَدَيْهِ يَهْدِي إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى طَرِيقٍ مُسْتَقِيمٍ (٣٠)
يَا قَوْمَنَا أَجِيبُوا دَاعِيَ اللَّهِ وَآمِنُوا بِهِ يَغْفِرْ لَكُمْ مِنْ
ذُنُوبِكُمْ وَيُجِرْكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ (٣١) وَمَنْ لا يُجِبْ دَاعِيَ
اللَّهِ فَلَيْسَ بِمُعْجِزٍ فِي الأرْضِ وَلَيْسَ لَهُ مِنْ دُونِهِ أَولِيَاءُ
أُولَئِكَ فِي ضَلالٍ مُبِينٍ (٣٢)
Maksudnya: Dan (ingatlah)
ketika Kami hadapkan kepadamu (Muhammad) serombongan jin yang mendengarkan
(bacaan) Al Quran, maka ketika mereka menghadiri (pembacaan)nya mereka berkata,
"Diamlah kamu (untuk mendengarkannya).” Maka ketika telah selesai, mereka kembali kepada kaumnya
(untuk) memberi peringatan.
Mereka berkata,
"Wahai kaum kami! Sungguh, kami telah mendengarkan kitab (Al Quran) yang
diturunkan setelah Musa, membenarkan (kitab-kitab) yang datang sebelumnya,
membimbing kepada kebenaran, dan kepada jalan yang lurus.
Wahai kaum kami! Terimalah seruan orang
(Muhammad) yang menyeru kepada Allah. Dan berimanlah kepada-Nya, niscaya Dia
akan mengampuni dosa-dosamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih.
Dan barang siapa tidak
menerima (seruan) orang yang menyeru kepada Allah (Muhammad) maka dia tidak
akan dapat melepaskan diri dari siksaan Allah di bumi, padahal tidak ada
pelindung baginya selain Allah. Mereka berada dalam kesesatan yang nyata.
Surah al-Ahqaf::
29-32 menceritakan bahawa Allah mengirim segolongan daripada jin kepada Nabi
Muhammad saw. untuk mendengar al-Quran. Waktu mendengar itu, mereka telah
menyuruh kaum mereka untuk diam dan memberi tumpuan. Setelah selesai, mereka
pulang dan membawa perkhabaran bahawaa mereka baru sahaja mendengar suatu kitab
yang diturunkan selepas Musa as. Yang menyeru kepada jalan yang lurus. Lantaran
itu, mereka mengajak kaum mereka supaya beriman dan berkata:
‘sesiapa yang tidak
mahu beriman maka dia akan sesat’
Surah al-Jin 1-4:
قُلْ أُوحِيَ إِلَيَّ أَنَّهُ اسْتَمَعَ نَفَرٌ
مِنَ الْجِنِّ فَقَالُوا إِنَّا سَمِعْنَا قُرْآنًا عَجَبًا (١)يَهْدِي إِلَى
الرُّشْدِ فَآمَنَّا بِهِ وَلَنْ نُشْرِكَ بِرَبِّنَا أَحَدًا (٢)وَأَنَّهُ
تَعَالَى جَدُّ رَبِّنَا مَا اتَّخَذَ صَاحِبَةً وَلا وَلَدًا (٣)وَأَنَّهُ كَانَ
يَقُولُ سَفِيهُنَا عَلَى اللَّهِ شَطَطًا (٤
Surah
al-Jin 1-4 pula menerangkan bahawa mereka telah mendengar bacaan al-Quran lalu
beriman. Di antara mereka terdapat golongan yang baik, golongan yang jahat, golongan
yang Muslim serta golongan yang kafir.
Daripada
dalil-dalil yang tersebut dapat difahami bahawa dari sudut agama, golongan jin
juga sama seperti manusia, ada golongan yang berada di sudut yang betul dan ada
golongan yang berada disudut yang salah.
Seterusnya,
ayat ke 14 dari surah Saba’ menyatakan bahawa golongan jin tidak mengetahui
perkara ghaib.
فَلَمَّا
قَضَيْنَا عَلَيْهِ الْمَوْتَ مَا دَلَّهُمْ عَلَىٰ مَوْتِهِ إِلَّا دَابَّةُ الْأَرْضِ
تَأْكُلُ مِنْسَأَتَهُ ۖ فَلَمَّا خَرَّ تَبَيَّنَتِ الْجِنُّ أَنْ لَوْ كَانُوا يَعْلَمُونَ
الْغَيْبَ مَا لَبِثُوا فِي الْعَذَابِ الْمُهِينِ
Maksudnya:
Maka tatkala Kami telah
menetapkan kematian Sulaiman, tidak ada yang menunjukkan kepada mereka
kematiannya itu kecuali rayap yang memakan tongkatnya. Maka tatkala ia telah
tersungkur, tahulah jin itu bahwa kalau sekiranya mereka mengetahui yang ghaib
tentulah mereka tidak akan tetap dalam siksa yang menghinakan.
Oleh
yang demikian, setelah Nabi saw. pergi meninggalkan kita, jin juga seperti
manusia dalam urusan agama, ada yang berpegang kepada al-Qur’an dan hadith-hadithnya
, ada juga yang sebaliknya.
No comments:
Post a Comment