Sunday, 28 May 2017

Hukum berdua-duaan dengan tunang

Hukum berdua-duaan dengan tunang

Meminang atau melamar atau bertunang (Khitbah) menurut bahasa, adat dan syarak, bukanlah perkahwinan. Pinangan merupakan mukaddimah (pendahuluan) bagi perkahwinan.

Seluruh kitab kamus membezakan antara kata-kata khitbah (melamar) dan zawaj (kahwin); adat kebiasaan juga membezakan antara lelaki yang sudan meminang (bertunang) dengan yang sudah kahwin; dan syariat membezakan dengan jelas antara kedua istilah tersebut. Kerana itu, khitbah tidak lebih dari sekadar mengumumkan keinginan untuk kahwin dengan wanita tertentu, sedangkan zawaj (perkahwinan) merupakan aqad yang mengikat dan perjanjian yang kuat yang mempunyai batas-batas, syarat-syarat, hak-hak dan akibat-akibat tertentu.

Al-Quran telah mengungkapkan kedua perkara tersebut, iaitu ketika membicarakan wanita yang kematian suami;

وَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا عَرَّضْتُم بِهِۦ مِنْ خِطْبَةِ ٱلنِّسَآءِ أَوْ أَكْنَنتُمْ فِىٓ أَنفُسِكُمْ عَلِمَ ٱللَّهُ أَنَّكُمْ سَتَذْكُرُونَهُنَّ وَلَٰكِن لَّا تُوَاعِدُوهُنَّ سِرًّا إِلَّآ أَن تَقُولُوا۟ قَوْلًا مَّعْرُوفًا وَلَا تَعْزِمُوا۟ عُقْدَةَ ٱلنِّكَاحِ حَتَّىٰ يَبْلُغَ ٱلْكِتَٰبُ أَجَلَهُۥ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ يَعْلَمُ مَا فِىٓ أَنفُسِكُمْ فَٱحْذَرُوهُ وَٱعْلَمُوٓا۟ أَنَّ ٱللَّهَ غَفُورٌ حَلِيمٌ

Dan tidak ada dosa bagi kamu meminang wanita-wanita itu dengan sindiran atau kamu menyembunyikan (keinginan mengawini mereka) dalam hatimu. Allah mengetahui bahwa kamu akan menyebut-nyebut mereka, dalam pada itu janganlah kamu mengadakan janji kawin dengan mereka secara rahasia, kecuali sekedar mengucapkan (kepada mereka) perkataan yang ma’ruf. Dan janganlah kamu ber’azam (bertetap hati) untuk berakad nikah, sebelum habis iddahnya. Dan ketahuilah bahwasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu; maka takutlah kepada-Nya, dan ketahuilah bahwa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.  Al-Baqarah: 235

Khitbah, meskipun dilakukan dengan berbagai upacara, hal itu tidak lebih hanya untuk menguatkan dan memantapkannya sahaja. Khitbah walaubagaimanapun keadaannya tidak akan dapat memberikan hak apa-apa kepada si peminang melainkan hanya dapat menghalang lelaki lain untuk meminangnya, sebagaimana disebutkan didalam sebuah hadith,

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ اَنَّ رَسُوْلَ اللهِ ص قَالَ: اَلْمُؤْمِنُ اَخُو اْلمُؤْمِنِ فَلاَ يَحِلُّ لِلْمُؤْمِنِ اَنْ يَبْتَاعَ عَلَى بَيْعِ اَخِيْهِ وَ لاَ يَخْطُبَ عَلَى خِطْبَةِ اَخِيْهِ حَتَّى يَذَرَ
Dari ‘Utbah bin ‘Amir bahawasanya Rasulullah saw bersabda; yang bermaksud;
Orang mukmin itu saudara orang mukmin yang lain, maka tidak halal mukmin menawar atas tawaran saudaranya, dan tidak boleh ia meminang atas pinangan saudaranya sehingga saudaranya itu meninggalkannya, HR Ahmad dan Muslim

Kerana itu, yang penting dan harus diperhatikan di sini bahawa wanita yang dipinang atau dilamar tetap merupakan orang asing (bukan mahram) bagi si pelamar sehingga perkahwinan (akad nikah) dengannya. Tidak boleh si wanita diajak hidup serumah (rumah tangga) kecuali setelah dilaksanakan akad nikah yang sah menurut syarak dan rukun asasai dalam akad ini alah ijab dan qabul.

Ijab dan qabul adalah lafaz-lafaz (ucapan-ucapan) tertentu yang sudah dikenal dalam adat dan syarak.
Selagi mana akad nikah dengan ijab dan qabul belum terlaksana. Maka perkahwinan itu belum wujud dan belum terjadi, baik menurut adat, syarak, mahupun undang-undang.

Wanita tunangnya tetap sebagai orang asing bagi si peminang (pelamar) yang tidak halal bagi mereka untuk berdua-duaan dan berpergian berdua-duaan tanpa disertai seorang mahramnya seperti ayahnya atau saudara lelakinya.


No comments:

Post a Comment