Hal-hal
yang membatalkan keIslaman seseorang
Setiap
manusia mengucap dua kalimah syahadah, maka dia menjadi orang Islam. Baginya
wajib dan berlaku hukum-hukam Islam, iaitu beriman akan keadilan dan kesucian
Islam. Wajib baginya menyerah dan mengamalkan hukum Islam yang jelas, yang
ditetapkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah. Tidak ada pilihan baginya menerima dan
meninggalkan sebahagian. Dia harus menyerah pada semua hukum yang dihalalkan
dan diharamkan, sebagaimana erti(maksud) dari ayat dibawah ini:
وَمَا كَانَ
لِمُؤْمِنٍ وَلَا مُؤْمِنَةٍ إِذَا قَضَى اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَمْرًا أَنْ يَكُونَ
لَهُمُ الْخِيَرَةُ مِنْ أَمْرِهِمْ ۗ وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ ضَلَّ
ضَلَالًا مُبِينًا
Dan
tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang
mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada
bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa
mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang
nyata. Al-Ahzab:36
Perlu
diketahui bahawa ada di antara hukum-hukum Islam yang sudah jelas menjadi kewajipan
atau yang sudah jelas diharamkan (dilarang) dan hal itu jelas menjadi ketetapan
yang tidak diragukan lagi yang telah diketahui oleh umat Islam pada umumnya. Hal
yang demikian dinamakan oleh para ulama: “Hukum-hakam
agama yang sudah jelas diketahui”. Contohnya, kewajipan solat,puasa,zakat
dan sebagainya. Hal ini termasuk rukun-rukun Islam. Ada yang diharamkan contohnya
membunuh, zina, melakukan riba, minum arak dan sebagainya. Hal itu termasuk
dalam dosa besar.
Begitu
juga hukum pernikahan,talak, waris dan qisas, semua itu termasuk perkara yang
tidak diragukan lagi hukumnya. Sesiapa yang mengingkari sesuatu daripada hukum-hakam
tersebut, menganggap ringan atau mempermain-mainkan maka dia menjadi kafir dan
murtad. Hukum-hakam tersebut telah dijelaskan oleh al-Quran dan dikuatkan
dengan hadith-hadith Nabi saw yang sahih dan mutawattir serta menjadi ijma’
dari generasi ke generasi. Maka, sesiapa yang mendustakan hal ini bererti
mendustakan al-Quran dan al-Sunnah. Mendustakan (mengingkari) hal-hal tersebut
dianggap kufur, kecuali orang yang baru masuk Islam (muallaf) dan mereka yang
jauh daripada sumber informasi. Contohnya mereka yang tinggal di hutan atau
jauh dari kota dan masyarakat kaum Muslimin. Setelah mengetahui ajaran agama
Islam, maka berlakulah pentaklifan hukum baginya.
No comments:
Post a Comment