Hukum
berubat dengan bomoh yang mengamalkan kaedah
“menurun”
Sebagai seorang muslim,
apa yang perlu diberi perhatian ialah memastikan cara dan kaedah rawatan yang
digunakan itu agar tidak bercanggah dengan hokum syarak. Antara amalan salah
yang dilakukan oleh segelintit masyarakat Melayu Islam pada hari ini sehingga
melibatkan perbuatan syirik ialah dengan meminta bantuan bomoh yang menggunakan
perantaraan jin dan makhluk halus dalam perubatan. Lantaran meminta bantuan,
pertolongan dan perlindungan jin dalam sesuatu perkara sudah pun jelas
dinyatakan hukumnya di dalam al-Quran. Antaranya ialah firman Allah dalam surah
al-Jin ayat 6 yang bermaksud:
وَأَنَّهُ
كَانَ رِجَالٌ مِنَ الْإِنْسِ يَعُوذُونَ بِرِجَالٍ مِنَ الْجِنِّ فَزَادُوهُمْ رَهَقًا
“Dan bahwasanya ada beberapa orang laki-laki di
antara manusia meminta perlindungan kepada beberapa laki-laki di antara jin,
maka jin-jin itu menambah bagi mereka dosa dan kesalahan“ (Al Jin: 6)
Seringkali kekeliruan timbul dalam
kalangan masyarakat apabila seseorang bomoh menyatakan bahawa yang
mendampinginya untuk melakukan perubatan itu bukan jin akan tetapi roh para
wali seperti Syeikh Abdul Kadir Jailani dan sebagainya yang akan datang meresap
dalam tubuh bomoh tersebut ketika upacara perubatan dilakukan. Semua ini adalah
suatu penipuan daripada jin ke atas manusia. Hal ini kerana sesuatu yang pasti
ialah alam roh tidak akan bersatu dengan alam realiti dalam kalangan manusia.
Oleh itu,adalah sesuatu yang mustahil roh’ akan datang bertemu manusia dalam
keadaan sedar atau jaga, akan tetapi sebaliknya yang dating itu bukan roh,
namun ia adalah jin dan syaitan. Lalu sam ada sedar atau pun tidak, seseorang
itu telak melakukan syirik kepada Allah dengan meminta bantuan dan
pertlindungan ‘jin” dalam menyelesaikan
sesuatu perkara. Sehubungn dengan itu, masyarakat Islam hendaklah
sentiasa berhati-hati dan berwaspada dalam setiap tindakan dan amalan agar
tidak terjebak dalam syirik yang membinasakan ini.
Namun begitu,
tidak dinafikan bahawa terdapatnya “bomoh” atau pengamal perubatan Islam yang
melaksanakan perubatan semata-mata dengan ayat-ayat suci al-Quran dan tidak
menggunakan ‘perantaraan’ sebagaimana yang dijelaskan. Oleh yang demikian, ia tidak
mendatangkan syirik kepada Allah. Justeru, sebelum berjumpa dengan mana-mana
pengamal perubatan tradisional, hendaklah dipastikan dahulu bahawa ia seorang
yang berilmu serta tahu hukum hakam agama dengan baik. Justeru, jika didapati sekiranya
pengamal perubatan itu bertukar ‘suara’ atau menggunakan kaedah ‘menurun’ dan
seumpamanya, maka hendaklah dijauhi daripadanya agar terselamat daripada
syirik. Janganlah terpedaya dengan seseorang yang boleh melakukan sesuatu
perkara ‘luar biasa’ sehingga terus menganggapnya sebagai wali dan keramat. Ingatlah
pesanan imam Syafie yang menyatakan dengan maksudnya: ‘sekiranya engkau melihat
pelaku bid’ah boleh terbang di angkasa, maka janganlah engakau tertipu dan
terpedaya dengannya’.
Bomoh yang berada
dalam keadaan ‘menurun’ adalah seorang yang redha dirinya diresapi oleh
makhluk-makhluk halus, yang terdiri daripada iblis dan syaitan. Di situlah
orang yang berkenaan samada dalam keadaan sedar atau tidak sedar telah memohon
perlindungan kepada makhluk ini untuk melakukan sesuatu tujuan seperti yang
dijelaskan. Itulah sejahat-jahat teman. Dalam al-Quran surah al-Nisa’; 38,
Allah berfirman:
وَالَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ رِئَاء النَّاسِ وَلاَ يُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَلاَ بِالْيَوْمِ الآخِرِ وَمَن يَكُنِ الشَّيْطَانُ لَهُ قَرِينًا فَسَاء قِرِينً
“Dan (juga) orang-orang yang menafkahkan
harta-harta mereka karena riya kepada manusia, dan orang-orang yang tidak
beriman kepada Allah dan kepada hari kemudian. Barang siapa yang mengambil syaitan
itu menjadi temannya, maka syaitan itu adalah teman yang seburuk-buruknya”.
Al-Nisa:38
Orang seperti ini merupakan orang yang ingkar,
iaitu berpaling daripada ketentuan Allah dan akan mendapat balasan Allah.Sebagimana
firman Allah dalam surah Taha:124,
وَمَنْ أَعْرَضَ عَنْ ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنْكًا
وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ
"Dan
sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjukKu, maka sesungguhnya
adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari
kiamat dalam keadaan buta".
Kebiasannya, orang
yang terlibat dengan amalan kebatinan yang melibatkan jin-jin akan memanggil
makhluk tersebut, iaitu makhluk yang dibela, dibuat sahabat atau saudara
melalui rangkaian jampi, mentera, serapah dan sebagainya. Pada masa yang sama,
kebiasaannya makanan atau juadah akan disajikan, seperti ayam, kuih-muih,
ataupun bakaran kemenyan, juga colok bagi mereka yang tinggal disempadan, juga
yang menyembah berhala.
Kesimpulannya di sini
ialah, sebagai Muslim, kita wajib menjauhi amalan-amalan sebegini yang boleh
membawa kepada syirik kepada Allah Ta’ala. Carilah pengamal-pengamal perubatan
yang diyakini dan dipercayai serta diketahui autoritinya dalam agama.
No comments:
Post a Comment