Al-Qur’an di Hari Akhirat
Pada Hari Akhirat a-Qur’an akan menjadi syafaat kepada ahlinya.
Banyak hadith menunjukkan perkara ini. Antaranya:
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ
الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لِأَصْحَابِهِ
Maksudnya:
"Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya pada hari kiamat ia datang memberi
syafa'at kepada orang yang membacanya. HR Muslim
Malah,
ketika ahli Quran memasuki syurga, mereka membaca Quran dan setaip ayat yang dibaca
akan ditambah satu darjat,sebagaimana tersebut dalam hadith:
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
عَنْ النَّبِيِّ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم قَالَ :يُقَالُ لِصَاحِبِ الْقُرْآنِ:
اقْرَأْ وَارْتَقِ، وَرَتِّلْ كَمَا كُنْتَ تُرَتِّلُ فِي الدُّنْيَا، فَإِنَّ مَنْزِلَتَكَ
عِنْدَ آخِرِ آيَةٍ تَقْرَأُ بِهَا.
“Dikatakan
kepada ahli Quran:Bacalah dan naiklah (ke darjat-darjat syurga). Dan bacalah
dengan tartil sebagaimana kamu membacanya dengan tartil di dunia. Maka
sesungguhnya kedudukan kamu ialah di akhir ayat yang kamu baca. HR Abu
Daud,Tirmizi
Ini
menunjukkan bahawa al-Quran akan menjadi syafaat kepada ahli Quran iaitu mereka
yang membacanya dengan baik, menghafalnya dan beramal degannya.
Dan
mereka membaca al-Quran didalam syurga, dan bacaan mereka umpama zikir bagi
para mlaikat, iaitu yang tidak menyibukkan mereka daripada kelazatan nikmat
syurga.
No comments:
Post a Comment