Siapakah yang
layak dihukum kafir?
Orang yang layak
dihukum kafir ialah orang yang terang-terangan tanpa malu menentang dan
memusuhi agama Islam, menganggap dirinya kafir dan bangga akan perbuatannya
yang terkutuk. Bukan orang Islam yang tetap mengakui agamanya secara lahir,
walaupun dalamnya buruk dan imannya lemah, tidak konsisten antara perbuatan dan
ucapannya. Orang ini dalam Islam dinamakan “munafik”. Di dunia dia tetap
dinamakan (termasuk) orang Islam, tetapi diakhirat tempatnya di neraka pada
tingkat yang terbawah.
إِنَّ
الْمُنَافِقِينَ فِي الدَّرْكِ الْأَسْفَلِ مِنَ النَّارِ وَلَنْ تَجِدَ لَهُمْ نَصِيرًا
Sesungguhnya orang-orang munafik itu (ditempatkan) pada tingkatan yang paling bawah dari neraka. Dan kamu sekali-kali tidak akan mendapat seorang penolongpun bagi mereka. Al-Nisa: 145
Dibawah ini merupakan
golongan (orang-orang) yang layak disebut kafir tanpa diragukan lagi, iaitu:
1-Golongan komunis
atau atheis, yang percaya pada falsafah dan undang-undang yang bertentangan
dengan syariat dan hukum-hakam Islam. Mereka itu musuh agama,terutama agama
Islam. Mereka beranggapan bahawa agama adalah candu bagi masyarakat.
2-Orang atau
golongan dari fahaman sekular, yang menolak secara terang-terangan agama Allah dan
memerangi siapa sahaja yang berdakwah dan mengajak masyarakat untuk kembali
pada syariat dan hukum Allah.
3-Orang dari
golongan kebatinan, misalnya golongan Duruz, Nasyariah,Ismailiyah dan lain-lainnya.
Kebanyakkan dari mereka itu berada di Suriah dan sekitarnya.
Imam Ghazali
pernah berkata:”Pada hakikatnya mereka
itu bersifat menolak dan batinnya kufur”.
Syeikh Islam Ibnu
taimiyah juga berkata:
“Mereka lebih kufur daripada orang Yahudi dan
Nasrani kerana sebahagian besar mereka ingkar pada landasan Islam”.
Seperti halnya mereka
yang baru muncul di masa itu, iaitu yang bernama Bahaiah, agama baru yang berdiri
sendiri. Begitu juga golongan yang mendekatinya iaitu al-Qadiyaniah, yang beranggapan
bahawa pemimpinnya adalah Nabi setelah Nabi Muhammad saw.
No comments:
Post a Comment