Rahsia Haji Mabrur oleh Prof Dr.
Muhammad Mutawali Asy-Sya’rawi
Dalam
menetapkan taklifat-Nya, Allah SWT. telah mengongkong kebebasan atau hak
memilih manusia, baik dalam menentukan sediri tempat ataupun waktunya.Ada ibadah yang tidak
ditetapkan waktu dan tempatnya, seperti dalam mengucapkan kalimah syahadat: أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَ أَشْهَدُ
أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ
.Anda mengucapkanya
sekali seumur hidup, dan diucapkan di pagi hari atau di malam hari, baik di
rumah, di tempat kerja mahupun diperjalanan.
Tidak ada ikatan yang mengikat waktu mahupun tempatnya.
Lain halnya dengan solat, yang waktunya ditetapkan oleh Allah
meskipun tempatnya tidak ditentukan anda boleh solat di Masjid, di pejabat, di
rumah atau di sawah, anda bebas memilih tempat , namun Allah Ta’ala telah menetapkan
waktunya. Semua solat yang lima waktu itu diwajibkan dengan waktunya sekali.
Maka tidak sah apabila solat wajib dilakukan diluar waktu.
Puasa Ramadhan diwajibkan dilakukan pada bulan Ramadhan
setiap tahun.Namun Allah Ta’ala memberikan kebebasan kepada anda untuk
melakukannya di manapun anda berada.Anda boleh menunaikan dinegeri manapun.
Kewajipan berzakat diwajibkan oleh Allah Ta’ala dengan
menetapkan kadar dan tempoh masanya, namun tidak ditetapkan waktu dan
tempatnya. Zakat fitrah pun ditetapkan waktunya, iaitu ditunaikan pada akhir
bulan Ramadhan,menjelang hari Raya ‘Aidil Fitri hingga sebelum solat Hari Raya.Zakat
hasil bumi ditunaikan selepas selesai dituai, sebelum hasil bumi dipindahkan ke
gudang atau dijual dipasar,sesuai dengan firman Allah dalam surah al-An’am:141:
وَهُوَ الَّذِي أَنشَأَ جَنَّاتٍ مَّعْرُوشَاتٍ وَغَيْرَ
مَعْرُوشَاتٍ وَالنَّخْلَ وَالزَّرْعَ مُخْتَلِفًا أُكُلُهُ وَالزَّيْتُونَ
وَالرُّمَّانَ مُتَشَابِهًا وَغَيْرَ مُتَشَابِهٍ ۚ كُلُوا مِن ثَمَرِهِ إِذَا
أَثْمَرَ وَآتُوا حَقَّهُ يَوْمَ حَصَادِهِ ۖ وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا
يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ
Dan Dialah
yang menjadikan kebun-kebun yang berjunjung dan yang tidak berjunjung, pohon
kurma, tanam-tanaman yang bermacam-macam buahnya, zaitun dan delima yang serupa
(bentuk dan warnanya), dan tidak sama (rasanya). Makanlah dari buahnya (yang
bermacam-macam itu) bila dia berbuah, dan tunaikanlah haknya di hari memetik
hasilnya (dengan dikeluarkan zakatnya); dan janganlah kamu berlebih-lebihan.
Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.
Zakat mal
wajib ditunaikan bagi harta yang sudah mencapai nisabnya, iaitu kadar harta
yang dikenakan kewajipan zakatnya daripada tahun ketahun(dengan berlalu setahun
penuh). Begitulah, hampir semua jenis zakat terikat dengan waktunya, namun ia
tidak terikat tempatnya. Di manapun anda berada, anda diwajibkan mengeluarkan
zakat.
Kewajipan haji pula, berbeza dengan
kewajipan ibadah lain kerana ibadah haji terikat pada waktu dan tempat. Haji
anda tidak sah jika anda menunaikannya di rumah atau di negeri anda.Ibadah haji
hanya wajib ditunaikan di Baitulah al-Haram, Makkah.
Anda juga
tidak dibenarkan menunaikan wukuf pada hari ‘Arafah di luar kawasan ‘Arafah.
Anda wajib melakukan wukuf pada tarikh sembilah zulhijjah dan di tempat yang
telah ditetapkan. Anda tidak boleh keluar dari daerah tersebut.Selain itu anda
tidak dibenarkan menunaikan kewajipan haji pada sebarang bulan, melainkan bulan
Zulhijjah sahaja.
Dengan demikian tahulah kita, bahawa
pekerjaan haji merupakan satu-satunya kewajipan yang terikat oleh waktu dan
tempat. Namun pahala yang diperolehi daripada beribadah haji diampuninya segala
dosa. Ini disebabkan ibadah haji merupakan kewajipan yang paling berat bebannya
bagi seseorang mukmin. Firman Allah Ta’ala dalam surah ali-Imran,97:
فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَّقَامُ إِبْرَاهِيمَ ۖ وَمَن
دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا ۗ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ
اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ
الْعَالَمِينَ
Di situ ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan
kemuliaannya; di antaranya ialah) Makam Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke
dalamnya aman tenteramlah dia. Dan Allah
mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu
sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan
ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu
pun) dari sekalian makhluk.
No comments:
Post a Comment