Saturday, 15 August 2015

Rahsia Haji Mabrur: Menangis Di Baitullah


Sumber rujukan: Rahsia Haji Mabrur oleh Prof  Dr. Muhammad Mutawali Asy-Sya’rawi

Ketika memasuki Baitullah al-Haram dan melakukan tawaf disekitarnya,tiba-tiba air mata anda menitis tanpa disedari.Mengapa demikian?
Ramai orang yang tidak tahu mengapa mereka menangis.Namun dalam situasi seperti itu air mata yang mengalir merupakan ungkapan cairnya rasa sombong dan angkuh yang selama ini wujud dalam kehidupan kita.Semakin banyak kita menitiskan air mata maka bertambah banyak pula kesombongan dan keangkuhan yang mencair dan turut keluar.Kalau tangisan seseorang itu biasanya dikatakan ungkapan rasa lemah dan sedih,maka dalam beribadah haji ia bukan demikian.
Menangis di Baitullah merupakan ungkapan rasa rendah diri dan kepatuhan sebagai hamba Allah.Perasaan bahawa anda telah menaggalkan segala-segalanya,dan kini anda sudah mulai mengenal diri anda yang sebenarnya.Anda datang ketempat ini untuk menyatakan penyesalan atas belbagai perbuatan dosa yang telah anda himpun.Anda juga mermohon kepada Allah dengan harapan,Dia mengampuni anda  daripada dosa-dosa yang lalu dan yang akan datang.
Rasa dekat sekali dengan Allah pada setiap saat itulah yang mendorong air mata anda keluar tanpa disedari.Ini merupakan ungkapan rasa terharu dan gembira kerana terlepas daripada berbagai dosa yang mencengkam diri.Rasa sukcita menghangatkan jiwa dan semangat anda  kerana seolah-olah Allah Ta’ala telah meredaai diri anda.Gembira kerana anda telah mengakui dosadosa, dan gembira kerana anda telah dapat menyampaikan taubat nasuha. Frman allah SWT dalam surah al-Tahrim 8,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَن يُكَفِّرَ عَنكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ ۖ نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا ۖ إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan Taubat Nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Menangis di Baitullah al-Haram juga merupakan suatu kekuatan iman yang mendorong manusia melepaskan diri daripada berbagai kerosakan yang membinasakan aqidahdan perangai sedikit demi sedikait,kerana memang semangat untuk meninggalkan kesombongan dan keangkuhan merupakan suatu kekuatan.Permohonan rahmat dan keampunan yang gigihpun merupakan symbol kekuatan.

            Orang-orang yang telah merasakan gelora perasaan itu akan benar-benar menyedari bahawa dirinya berasa amat puas selepas melepaskan tangisan,seolah-olah qalbu tersuci bersih oleh air mata.Setiap orang menangisi dirinya kerana selama ini kurang mampu mengawal gelora nafsu sehingga banyak melakukan dosa dan berbuat derhaka.
Anehnya, sesudah anda menunaikan ibadah yang hanya diwajibkan sekali seumur hidup,tiba-tiba batin anda merinduinya dan ingin kembali lagi menunaikan ibadah yang membuatkan air mata berderai.Anda pun atas izin Allah memenuhi tuntutan batin dan pergi menunaikan haji untuk yang kedua kali dan ketiga kalinya. Namun anda akan merasakan bahawa tangisan anda yang pertama dengan tangisan-tangisan yang berikutnya berbeza.Kali pertama kelihatan bahawa air mata lebih deras dan hangat mengalir,sedangkan pada kali yang kedua dan ketiga kalinya agak berkurangan.Mengapa demikain?

            Ini sudah tentu disebabkan oleh gaya dan cara hidup anda setiap kali kembali beribadah haji semakin meningkat baik.Setiap kali anda memasuki masjidil Haram,setiap kali anda melihat Ka’abah al-Musyarrafah, maka setiap itu pula anda berusaha melupakan segala-galanya.Anda memurnikan qalbu dan mengikhlaskan niat, meningkatkan khusuk dalam solat,tawaf dan saei dengan berbagai doa yang diharapkan boleh mengetuk pintu’arsyi Allah.Anda sibuk dengan berbagai ibadah apa pun yang boleh menerbitkan keredhaan Ilahi Rabbi.Hati  anda padat dengan Allah,sampai tidak terlintas dalam benak anda untuk memikirkan tentang anak-anak,apalagi pada urusan yang selain dari ibadah itu.Kerana itulah orang sering hairan melihat para jamaah haji tidak teringat langsung keluarga sanak saudara.Namun kenyataannya memang sedemikain dan tidak ada yang perlu dihairankan.

No comments:

Post a Comment