1- Fiqh Manhaji(Fiqh
Mazhab Syafi’e)
2- Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Dr Wahbah
al-Zuhaily
Sekiranya korban itu wajib: sama ada dengan nazar atau ditentukan sebagaimana yang
telah dijelaskan, maka tidak harus bagi orang yang melakukan qurban dan mereka yang
di bawah tanggungannya memakan daging korban tersebut. Sekiranya salah seorang daripada mereka memakan sedikit
daripadanya, maka hendaklah diganti dengan daging yang lain atau dibayar dengan nilaian (sekadar daging
yang dimakan)
Sekiranya qurban itu sunat, harus baginya makan mengikut
kadar yang dikehendaki dengan syarat dia hendaklah bersedekah sedikit
daripadanya.Yang paling adhal ialah makan sedikt untuk keberkatan dan bakinya
disedekahkan.Harus baginya makan satu
pertiga, dan satu pertiga disedekahkan kepada fakir dan satu pertiga lagi
dihadiahkan kepada sahabat-sahabat dan jiran-jiran sekalipun mereka adalah
orang kaya.
Walaubagaimanapun, apa yang diberikan kepada orang kaya adalah hadiah untuk dimakan dan
mereka tidak boleh menjualnya.Dan apa yang diberikan kepada orang fakir adalah
untuk dimiliki. Oleh itu dia bebas, sama ada hendak memakannya atau menjualkannya.
Dalilnya firman Allah SWT. dalam surah Al-Haj 36:
وَالْبُدْنَ جَعَلْنَاهَا لَكُم مِّن شَعَائِرِ اللَّهِ
لَكُمْ فِيهَا خَيْرٌ ۖ فَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهَا صَوَافَّ ۖ فَإِذَا
وَجَبَتْ جُنُوبُهَا فَكُلُوا مِنْهَا وَأَطْعِمُوا الْقَانِعَ وَالْمُعْتَرَّ ۚ
كَذَٰلِكَ سَخَّرْنَاهَا لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Kami jadikan unta (yang
dihadiahkan kepada fakir miskin Makkah itu) sebahagian dari syiar agama Allah
untuk kamu; pada menyembelih unta yang tersebut ada kebaikan bagi kamu; oleh
itu sebutlah nama Allah (semasa menyembelihnya) ketika ia berdiri di atas tiga
kakinya maka apabila ia tumbang (serta putus nyawanya), makanlah sebahagian
daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak
meminta dan yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan dia untuk kamu
(menguasainya dan menyembelihnya) supaya kamu bersyukur.
Perkataan unta (الْبُدْنَ) yang terdapat
di dalam al-Quran iaitu binatang unta yang disembelih oleh orang yang berihram haji
untuk dihadiahkan kepada fakir miskin. Dan diqiaskan binatang-binatang qurban
yang lain dengannya.
Bagi orang yang berqurban,
dia boleh sedekahkan kulit binatang qurbannya atau dimanafaatkan untuk
dirinya.Tetapi tidak boleh dijual atau diberi kepada penyembelih binatang
qurban sebagai upah kepada penyembelihannya. Ini kerana perbuatan tersebut boleh menyebabkan kekurangan pada binatang
qurban dan merosakkan ibadah qurbannya. Al-Baihaqi (9/294) meriwayatkan
daripada Nabi SAW. sabdanya yang bermaksud:
“Barangsiapa yang menjual kulit
binatang qurbannya maka tidak ada qurban baginya”.
No comments:
Post a Comment