Monday, 10 August 2015

Rahsia Haji Mabrurلَبَّيْكَ اللَّهُمَّ لَبَّيْكَ

Sumber rujukan:

Rahsia Haji Mabrur oleh Prof  Dr. Muhammad Mutawali Asy-Sya’rawi     
Menjelang  setiap musim haji,hati semua kaum muslimin amat tergerak hendak pergi menunaikan kewajipan haji ke Baitullah al-Haram. Sekaligus berziarah kekubur Rasulullah SAW. Perjalanan menunaikan ibadah haji merupakan nikmat dan kebahagian rohaniah yang tiada tandingan indahnya kerana rasanya begitu dekat dengan Allah SWT. Pencipta yang Maha Agong. Hati dipenuhi dengan Allah melebihi seluruh makhlukNya yang lain, baik keluarga sendiri atau sanak saudara terdekat yang lain.
Seorang musafir yang hendak menunaikan ibadah haji akan menumpukan hatinya untuk beribadah kepada Allah SWT. semata. Ia meninggalkan sanak saudara, harta, handai taulan, pekerjaan dan kekuasaannya. Ia rela meninggalkan kebiasaan dan kehidupan rutinnya.untuk mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. dengan meningkatkan taat dan khusyuk dalam solat, tawaf, talbiah,zikir dan tasbih tanpa mengenal lelah dan letih. Qalbunya telah ditundukkan dan diserahkan kepada khaliqnya dengan memperbanyakan taat dan ibadah setiap hari. Sehingga bercucuranlah rahmat Allah kepada qalbu orang yang merintih dan berkeluh kesah dengan syahdu di hadapanNya.Dari kedua kelopak matanya mengalir air mata haru dan puas, seakan-akan segala dosa yang selama ini dipikul oleh bahu sudah jatuh berguguran bersama titisan air mata.Pada saat itu ketika menyedari bahawa didunia dengan semua keindahannya tidak bererti apa-apa dibandingkan bila hati dekat kepada Allah dan berusaha mencapai redaNya.
Haji adalah rukun Islam yang kelima yang diwajibkan oleh Allah SWT. kepada orang-orang yang mampu menunaikannya, iaitu mempunyai kesanggupan biaya serta sihat jasmani dan rohani untuk menunaikan perintah tersebut.
Menunaikan ibadah haji(seperti halnya semua tuntutan keimanan) merupakan tuntutan Ilahiah, bukan kurnian Rububiyah. Allah SWT. berkenaan memberikan kenikmatan kepada semua makhlukNya untuk mempertahankan kehidupan dengan memberi makanan, minuman, dan tempat berrteduh. Namun apabila memasuki bab keimanan, Allah SWT. hanya akan memberikan taklif kepada orang-orang yang sudah menyatakan keimanannya. Mereka yang sudah menyatakan :”Ya Allah, aku beriman kepada Mu sebagai satu-satunya Robb yang Maha Pencipta,. Maka ajarilah aku bagaimana cara menyembah Mu dan laranglah aku. Aku akan menghindari larangan Mu!”   
Perjalanan haji dimulai dengan mengumandangkan seruan: “لبيك اللهم لبيك” Erti talbiah itu: “Aku akan menyambut panggilan Mu, ya Allah…”
Hanya dialah yang mempermudahkan menunaikan ibadah haji ke rumahNya. Dialah yang telah menolong anda meringankan langkah dan melapangkan jalan pergi kesana.Dengan itu, bila anda telah mengucapkan talbiah maka bererti anda telah menyatakan kebulatan tekad untuk keluar memenuhi undangan Allah Rabbul ‘Alamin yang telah memberikan berbagai kenikmatan lahir dan batin yang begitu besar kepada anda.Dia jugalah yang telah membuat anda berhasil mengatasi berbagai rintangan dalam menunaikan ibadah haji.
Sesudah memakai kain ihram untuk berhaji atau ber’umrah maka para jamaah mengatakan: Labbaik Allahumma Hujjan atau Labbaika Allahumma ‘Umratan. Ertinya “Aku menyambut undangan Mu untuk berhaji, Wahai Zat yang yang telah memerentahkan kepadaku menunaikan upacara kewajipan ini.” Ini juga bererti aku telah sanggup menunaikan kewajipan ini.” Ini juga bererti, anda telah sanggup menunaikan kewajipanNya dengan penuh kesedaran dan kerelaan jiwa. Juga untuk membuktikan bahawa semua taklif yang dibebankan Allah SWT. sekiranya diterima dengan kesedaran maka akan memberikan kepuasan dalam jiwa seseorang.
Biasanya taklifat daripada Allah terasa berat ditunaikan kerana pada umumnya orang beranggapan, ibadah haji mengongkong kebebasan seseorang.
Apa pun sikap hati anda,senang atau tidak senang, yang jelas menunaikan perintah allah SWT. merupakan petanda kuatnya iman seseorang.
Seseorang mukmin yang menunaikan perintah allah SWT. dengan taat dan sedar, baik untuk menunaikan perintah mahupun untuk menjauhi laranganNya akan terasa mendapatkan kesenangan dan kepuasan hati sendiri.
Seorang calon haji akan meninggalkan segala macam kebiasannya,rumah,tahnah air,keluarga dan sanak saudara keluarga,harta,bahkan meninggalkan pakaian yang biasa dikenakannya.Dalam perjalanan haji, setiap calon haji banyak melepaskan apa yang menjadi kebiasaannya sehari-hari.Mereka berusaha keras menyesuaikan  diri dengan alam sekitar serta berlaku sopan meskipun terhadap berbagai benda mati,tumbuh-tumbuhan,haiwan dan semua makhluk Allah lainnya.
Setiap calon haji tidak dibenarkan menghampiri pepohon sekalipun untuk memetik daunnya.Mereka tidak dibenarkan berburu atau membunuh burung dan haiwan lain.Bahkan dia dilarang berdebat,bertengkar dan melakukan kerosakan atau kemungkaran selama menunaikan ibadah haji.Kerana itulah dalam firmanNya Allah SWT. menerangkan dengan tegas:

الْحَجُّ أَشْهُرٌ مَّعْلُومَاتٌ ۚ فَمَن فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ ۗ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّهُ ۗ وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ ۚ وَاتَّقُونِ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ

(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi. Barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, Maka tidak boleh rafats, berbuat Fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku, hai orang-orang yang berakal. Al-Baqarah:197

 

No comments:

Post a Comment