Wednesday, 12 August 2015

Rahsia Haji Mabrur: Menunaikan Ibadah Haji Adalah Rahmat Daripada Allah SWT.

Sumber rujukan:

Rahsia Haji Mabrur oleh Prof  Dr. Muhammad Mutawali Asy-Sya’rawi     

Allah Ta’ala telah memerintahkan Nabi Ibrahim as. agar ‘berazan’ dengan menyeru manusia supaya datang menunaikan ibadah haji. Ini dapat kita lihat dalam salah satu ayat yang terdapat dalam surah al-Hajj, ayat 27:
وَأَذِّن فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ
Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh.

Ibrahim as. berdiri disuatu tempat di lembah yang kering dan tandus.Tidak ada air dan tumbuh-tumbuhan. Disitu beliau menyeru orang agar datang berhaji.Pada waktu itu disekitar tempat itu belum ada seorang manusia pun.Dia menyeru manusia kerana mematuhi perintah Allah Ta’ala semata-mata.Allah memerintahkannya: “Serulah umat manusia berhaji kerumahKu.Nanti aku yang akan menyampaikan seruanmu kepada mereka yang ditakdirkan menunaikan kewajipan mulia ini hingga hari Qiamat.”
Ternyata para calon jamaah haji beramai-ramai datang ke Baitullah al-Haram di Makkah.,baik dengan berjalan kaki mahupun berkenderaan kerana merasa gerak terseru oleh seruan Ibrahim as. Allah Ta’ala menjadikan rumahNya yang haram itu sebagai qiblat kaum mukmin pada waktu menunaikan solat, paling sedikit lima kali sehari-semalam. Sudah menjadi iradat Allah Ta’ala untuk mengisi Qabu mukmin dengan’Rumah’ itu, meski pun jauh sehingga dia ditakdirkan menuniakan kewajipan hajinya.Dengan demikian akan lebih lengkaplah curahan kenikmatan iman kepada Allah Ta’ala. Seolah-olah Allah Ta’ala telah mempersiapkan mental manusia muslim untuk berhaji beberapa tahun lamanya sebelum dia sempat berhaji secara fizikalnya.Boleh jadi dia meninggal dunia sebelum sempat berhaji.Namun jiwanya sentiasa rindu hendak pergi ke sana bila setiap kali menghadapkan wajahnya lima kali sehari.
            Kewajipan haji menuntut berbagai hal dalam arena kehidupan ini.haji menuntut peningkatan semangat dan kerja keras dan menuntut bantuan Allah berupa kekuatan, kesihatan, taufiq dan hidayah-Nya.Setiap calon haji dituntut bekerja keras lebih daripada keperluan hidupnya agar boleh menabung biaya  untuk mengerjakan haji.Kalau dia bekerja sambil lewa sahaja, tentu dia tidak dapat mengumpul biaya untuk naik haji.Kerana itu pada umumnya orang  mukmin selalu bekerja keras dan rajin berdoa supaya Allah Ta’ala menolong dan mentakdirkannya pergi menunaikan haji dengan sempurna.Semua persiapan yang disediakan oleh calon haji, baik berupa kekuatan,kesihatan,taufiq,hidayah dan berupa biaya perjalanan yang lebih daripada keperluan keluarga merupakan nikmat Allah Ta’ala.Apabila sudah dapat memenuhi syarat pergi haji, maka dia patut mengucap  dan mengunkapkan rasa syukurnya kepada Allah Ta’aala.Lalu mengumandangkan:
لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك إن الحمد ونعمة لك والملك لا شريك لك
“Ya Allah,aku sambut panggilan–Mu. Tuhan yang tidak ada sekutu bagiNya.Sesungguhnya tahmid dan nikmat dipanjatkan hanya untuk engkau.Begitu pula kerajaan.Tiada sekutu bagi-Mu, ya Allah”

“Semua tahmid dan pujian diperuntukkan bagi-Mu, ya Allah.Engkau telah melapangkan jalan bagiku pergi haji ke rumah-Mu.Aku tidak berdaya melakukan semua melainkan dengan bantuan-Mu, dan aku tidak mampu memenuhi kewajipan ku bertahmid dan bersyukur dengan sebaik-baiknya tanpa pertolongan-Mu,ya Allah.
Marilah kita renungi dengan cermat ungkapan syi’ar haji itu.seorang haji mengucapkan:
لبيك اللهم لبيك لبيك لا شريك لك لبيك إن الحمد ونعمة لك والملك لا شريك لك
Ketika anda membaca ungkapan tahmid seperti diatas, anda mengucapkannya atas semua kurniaan nikmat,Iaitu yang telah melapangkan jalan kepada anda untuk menunaikan ibadah haji anda.Anda telah menyatakan tahmid atas berbagai kurniaan nikmat-Nya yang sudah-sudah, dan anda juga memanjatkan tahmid atas kurniaan nikmat-Nya yang akan datang, iaitu nikmat keimanan yang yang telah memungkinkan anda menunaikan manasik haji.Seolah-olah kurniaan nikmat daripada Allah terus bercucuran, dan tahmid kepada-Nya dipanjatkan berterusan.Kita telah memanjatkan tahmid kepada Allah atas semua kurniaan nikmat-Nya., baik yang lalu taupu yang akan datang.Nikmat Allah tetap berterusan dan tidak pernah berhenti.Hal ini seperti yang diucapkan oleh Allah SWT. dalam surah al-Nahl,96:

مَا عِندَكُمْ يَنفَدُ ۖ وَمَا عِندَ اللَّهِ بَاقٍ ۗ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُم بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

(Sebenarnya) apa yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar dengan memberikan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.

Para haji dalam talbiahnya mengumandangkan : إن الحمد ونعمة لك والملك لا شريك لك
“Sesungguhnya tahmid dan nikmat hanya untuk-Mu dan begitu juga kerajaan.”
            Selama kerajaan itu milik Allah SWT.,maka umat manusia, hendaknya tidak merasa takut, gentar gerun dan ngeri pada sesiapa dan pada apa-apapun di dunia ini.
Dalam sebuah hadis Qudsi Allah SWT. berfirman yang bermaksud:
“Hai anak Adam! Janganlah kamu takut terhadap penguasa, selama kekuasaan-Ku dan kerajaan-Ku masih ada. Janganlah kamu takut kehabisan rezeki, selama perbendaharaan-Ku melimpah ruah dan tidak boleh dikeringkan. Aku menciptakan segala sesuatu demi kamu,Aku menciptakan kamu demi Aku..Maka tempuhilah jalan keta’tan-Ku, nescayaa segala sesuatu akan mengikutimu.Aku mewajibkan atas mu berberapa fardu, dan Aku menjamin untukmu rezeki.Kalau kamu melanggar kefardhuan yang-Ku fadhukan kepada-mu.Aku tidak melanggar rezekimu yang telah ditetapkan untukmu.Kalau kamu reda dengan bahagian yang telah-Ku tetapkan bagimu, maka kamu telah memuaskan hatimu.Namun kalau kamu tidak redha dengan apa yang telah  aku tetapkan untukmu, maka demi kemulian-Ku dan keagungan-Ku.Aku akan kuasakan dunia atas mu sehingga kamu mengejar-ngejarnya sepererti binatang buas mengejar mangsanya digurun.Sesungguhnya begitu,kamu tidak akan memperolehi kecuali apa yang telah aku tetapkan untukmu dan dalam hal seperti itu kamu tercela disisiu.
Ucapan  لا شريك لك bertujuan agar qalbu kita sebagai orang mukmin tenang dan tenteram menyakini Allah itu satu dan Maha esa.Allah ingin agar kita yakin benar bahawa Dia Maha Esa, tiada sekutu yang boleh menghalang kehendak-Nya. Suatu kurnia kenikmatan yang besar.,yang wajib kita imbali dengan bacaan tahmid yang sebanyak-banyaknya, sebab jikakalau Allah Ta’ala mempunyai sekutu, tentu dunia ini akan rosak dan kepentingan semua orang akan musnah, oleh kerana rebutan antara keinginan tuhan yang satu dan ketidakinginan tuhan yang lain.

No comments:

Post a Comment