Sunday, 16 August 2015

Rahsia Haji Mabrur: Mengagungkan Kaabah

Sumber rujukan: Rahsia Haji Mabrur oleh Prof  Dr. Muhammad Mutawali Asy-Sya’rawi

Ada orang yang berkata bahawa campur gaul antara laki-laki dan perempuan diharamkan oleh agama.Tetapi mengapa campur gaul ini tidak dilarang dalam tawaf? Kita melihat laki-laki dan perempuan sama-ama bertawaf mengelilingi kaabah. Mereka masing-masing berusaha keras menembusi kepadatan itu untuk melakukan tawafnya dengan baik. Para haji baik laki-laki mahupun perempuan sibuk menguruskan  kesempurnaan ibadahnya.Naluri haiwan dan nafsu pudar sehingga hampir semua orang tidak tahu apa dan siapa yang ada disekitarnya. Semuanya sibuk dengan Allah Ta’ala, sibuk beribadah kepada-Nya,dan masing-masing sibuk membersihkan dosa-dosanya.

Anda juga melihat di Baitullah al-Haram,Jemaah solat menghadap keseluruh arah Kaabah sehingga membentuk suatu lingkaran.Apakah ini dibenarkan?
Ketika bersolat diberbagai masjid,kita mengetahui ada masjid berkiblat kearah utara,keselatan,ke timur dan ada pula yang berkiblat ke barat.Namun ketika kita tiba di Baitullah al-Haram kita tidak harus terikat dengan hukum yang demikian lagi.Kerana itulah Allah berfirman dalam surah al-Baqarah 115,
وَلِلَّهِ الْمَشْرِقُ وَالْمَغْرِبُ ۚ فَأَيْنَمَا تُوَلُّوا فَثَمَّ وَجْهُ اللَّهِ ۚ إِنَّ اللَّهَ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Dan Allah jualah yang memiliki timur dan barat, maka ke mana sahaja kamu menghadap disitulah wajah Allah; sesungguhnya Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi sentiasa Mengetahui.
            Itulah makna keagungan ibadah.Ketika di Baitullah al-Haram,seluruh kaabah ada di hadapan anda.Anda wajib mengagungkan semua tempat dan semua bahagian yang ada di situ, dan hal ini hanya boleh tercapai dengan bertawaf mengelilinginya.
            Mungkin ada orang mengatakan bahawa bertawaf sekali sahaja sudah cukup untuk mencapai maksud tersebut.Akan tetapi dalam menunaikan  kewajipan haji kita melakukan ketataan dan kepatuhan kepada Allah SWT. sebagai bukti keimanan kita kepadaNya. Pernah dikatakan bahawa, bentuk Kaabah itu seperti al-Baitul Ma’mur diatas langit ketujuh, dan kalau anda bertolak tegak lurus dari Kaabah anda akan berakhir dan condong pada Baitul Ma’mur.
            Solat yang dilakukan di tingkat atas dalam al-Haram yang mengatasi ketinggian Kaabah dinyatakan sah kerana udara diatas Kaabah sama dengan Kaabah hingga ke Baitul Ma’mur di atas langit ketujuh.
Kalau anda naik kapal terbang dan solat menghadap Kaabah pun adalah sah.Langit terdiri daripada tujuh buah.Dengan demuikian,tawaf di sekitar Kaabah dilakukan tujuh kali putaran,seolah-olah suatu perjalanan Mi’raj kita dari langit pertama kelangit ketujuh,ke Baitul Ma’mur dengan syarat qalbu anda dimurnikan dan dicerahkan.
Demikian besarnya kuniaan Allah Ta’ala yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya
 

No comments:

Post a Comment