1- Fiqh Manhaji(Fiqh
Mazhab Syafi’e)
2- Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Dr Wahbah
al-Zuhaily
3- Fiqh Sunnah
oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq
Pengertian
Korban ialah binatang yang disembelih yang terdiri
daripada unta,lembu atau kambing untuk mendekatkan diri kepada Allah pada hari
raya.
Dalil
Disyariatkan
Dalil disyariatkannya
ialah firman Allah SWT. dalam surah al-Kauthar 2
فَصَلِّ
لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maka dirikanlah solat
kerana Tuhanmu dan berkorbanlah.
Al_Bukhari(5245) dan
Muslim(1966) meriwayatkan dengan maksudnya:
Nabi SAW. telah
berkorban dengan menyembelih dua ekor kibasy yang berwarna putih dan bertanduk.
Baginda sendiri yang menyembelih kedua-duanya dan Baginda telah menyebut Nama
Allah, bertakbir sambil meletakkan kakinya di atas tengkok kibasy tersebut.
Hikmat
Disyariatkan
Seharusnya
diketahui bahawa korban merupakan satu ibadah kepada Allah Ta’ala, dan hikmah serta
faedah bagi sesuatu ibadah(selain dari hikmahnya untuk menyatakan pengabdian
diri dan tunduk kepada Allah), merupakan satu perkara yang pasti ada pada
setiap ibadat-ibadat yang disyariatkan.
Diantara hikmat yang
paling unggul dan jelas yang berkait dengan ibadat Qurban ialah menghidupkan
erti pengorbanan yang besar yang telah dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim as.
ketika Allah mengujinya dengan perintah supaya menyembelih anaknya. Kemudian
Allah menebusnya dengan suatau penyembelihan yang agung iaitu seekor kibasy
yang diturunkan oleh Allah dan memerintahkan Nabi Ibrahim menyembelihnya sebagai
tebusan kepada anaknya). Semuanya berlaku setelah nabi Ibrahim dan anaknya
Ismail as. berusaha melaksanakan perintah Allah dengan keimanan yang benar dan
yakin.
Selain daripada hikmat tersebut, ibadat korban juga
mengandungi pengertian pertolongan kepada orang-orang fakir dan orang yang
memerlukan pertolongan.Serta menambah rasa gembira kepada mereka. ahli keluarga
dan tanggungan pada hari raya.Dengan itu, akan lahirlah ikatan persaudaraan
Islam yang kuat antara individu dalam masyarakat Islam dan dapat menanam
semangat hidup bermasyarakat dan rasa
kasih sayang ke dalam hati mereka.
Hukum
Korban
Hukumnya: Sunat Muakkad dan boleh menjadi wajib dengan
dua sebab:
1-Apabila seseorang mengisyaratkan
kepada binatang miliknya yang sesuai untuk qurban, seperti dia menyatakan: “Ini
korbanku” atau “Aku akan qurbankan kambing ini”, ketika itu qurban menjadi
wajib keatasnya.
2-Apabila dia
mewajibkan keatas dirinya untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan qurban.
Seperti dia berkayta: “Wajib ke atasku qurban kerana Allah”, Ketika itu, qurban
menjadi wajib ke atasnya sebagaimana jika dia mewajibkan mana-mana ibadat lain
keatas dirinya kerana perbuatan tersebut merupakan nazar yang wajib
ditunaikan.
Siapakah
yang dituntut supaya berkorban
Sesungguhnya
qurban disunatkan kepada sesiapa yang memenuhi syarat-syarat berikut:
1-Islam: Oleh itu ia tidak ditujukan kepada bukan Islam
2-Baligh dan beraqal: Oleh itu orang yang belum baligh dan tidak
beraqal, gugur taklif tersebut daripadanya.
3-Berkemampuan: Dengan memiliki harta yang lebih untuk qurban iaitu
melebihi daripada nafkah untuk dirinya dan mereka yang dibawah tanggungannya
sama ada makanan, pakaian dan tempat tinggal, pada hari raya dan hari-hari
Tasyrik
No comments:
Post a Comment