Monday, 17 August 2015

Rahsia Haji Mabrur: Maqam Ibrahim

Sumber rujukan: Rahsia Haji Mabrur oleh Prof  Dr. Muhammad Mutawali Asy-Sya’rawi

Secebis sejarah al-Bait Haram, firman Allah SWT dalam surah ali-Imran 96
إِنَّ أَوَّلَ بَيتٍ وُضِعَ لِلنّاسِ لَلَّذى بِبَكَّةَ مُبارَكًا وَهُدًى لِلعٰلَمينَ﴿٩٦﴾
Sesungguhnya Rumah Ibadat yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah yang di Makkah yang dberkati dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.

Itulah sejarah pertama al-Bait dibangunkan, iaitu dengan tujuan menjadi tempat beribadah, sejak zaman Adam as. hingga hari kiamat.Sudah boleh diramalkan,yang mempersiapkan tempat dan mendirikan bangunannya adalah Allah SWT. kerana bangunan itu disiapkan dan dibangunankan untuk umat manusia.Kerana itu sudah tentu bangunan tersebut telah ada sebelum adanya manusia yang pertama(Adam).Al-Bait diciptakan bersamaan dengan penciptaan alam semesta.Sudah menjadi takdir dan kehendak Allah ta’ala ketika menciptakan alam ini.Dia juga akan menciptakan Bait-Nya supaya dijadikan tempat berhajinya Adam dan anak keturunanya dikemudian hari.
            Sesetengah orang hanya menghubungkan al-Bait dengan Ibrahim as..Mereka berpendapat bahawa Allah Ta’ala telah memerentahkan Ibrahim as. membangunkan al-Bait.Untuk lebih jelas lagi marilah kita renungkan kembali firman Allah Ta’ala

إِنَّ أَوَّلَ بَيتٍ وُضِعَ لِلنّاسِ لَلَّذى بِبَكَّةَ مُبارَكًا وَهُدًى لِلعٰلَمينَ﴿٩٦﴾
Dalam petikan ayat diatas seolah-olah dinyatakan bahawa sejak Adam as. lagi rumah ibadah itu sudah ada.Sekiranya Allah Ta’ala kemudiannya memerintahkan Ibrahim dan isterinya, Hajar serta puteranya,Ismail berpindah kelembah yang tandus disisi al-Bait Haram, itu hanyalah untuk menerima tugas-tugas lain yng hendak dibebankan ke atas mereka, Firman Allah SWT. dalam surah al-Hajj 26

وَإِذْ بَوَّأْنَا لِإِبْرَاهِيمَ مَكَانَ الْبَيْتِ أَن لَّا تُشْرِكْ بِي شَيْئًا وَطَهِّرْ بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْقَائِمِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ
Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami memberikan tempat bagi Nabi Ibrahim tempat Baitullah (dengan berfirman kepadanya): "Janganlah engkau sekutukan sesuatu pun denganKu, dan sucikanlah rumahKu ini bagi orang-orang yang tawaf, dan orang-orang yang berdiri(beribadah) dan yang rukuk serta yang sujud .

            Erti perkataan بَوَّأْنَا'Kami tunjukkan kepada Ibrahim tempat dan batas-batas al-Bait itu’. Firman Allah menghuraikan doa Ibrahim as.:
رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُوا الصَّلَاةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Makkah) yang tidak tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ), dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur. Ibrahim: 37
            Ibrahim as. membawa isteri dan bayinya, Ismail berpindah disisi al-Bait Haram,mereka kemudian ditinggalkan disana.Lalu apakah peranan Ibrahim as., dan apa pula yang telah dilakukannya?
            Allah Ta’ala telah memerintahkan membangunakan tiang-tiang al-Bait.Ertinya meninggikan bangunan al-Bait diatas tanah agar orang-orang tahu letaknya al-Bait Haram.

No comments:

Post a Comment