Saturday, 1 August 2015

Sudut Feqah:Sempadan Tanah Haram Madinah

Sumber Rujukan:

1- Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Dr. Wahbah al-Zuhaily

2-Madinah Munawwarah oleh Dr.Abdul Basit Bin Abdul Rahman

3-Fath Bari oleh Ibnu Hajar al-Asaqollani

Tanah Haram

Dari segi bahasa: Al-Tahrim, Ertinya”menahan atau menegah”. Makkah dan Madinah dinamakan dua Tanah Haram kerana kehormatan kedua-duanya.Allah SWT. mengharamkan beberapa perkara dilakukan didalamnya yang tidak dilarang ditempat lain.Ini menunjukkan perbezaan dan kemulian di dalamnya, kedua-duanya berbanding dengan tempat-tempat lain didunia ini.

Pengisytiharan Tanah Haram Madinah melalui lisan Nabi SAW. yang bermaksud:

“Sesungguhnya Nabi Ibrahim telah mengharamkan Makkah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sepertimana Nabi Ibrahim mengharamkan Makkah.Dan aku berdoa untuk (keberkatan) cupak dan gantangnya sepertimana Ibrahim berdoa untuk Madinah. HR: Bukhari dan Muslim

Bilakah pengisytiharan Tanah Haram Madinah

Menurut al-Hafiz, Ali bin Hajar r.hm.:

“Hadis pengisytiharan Tanah Haram Madinah ialah selepas Rasulullah SWA. Pulang dari peperangan Khaibar(pada tahun ke7 Hijrah).

Anas ra. berkata yang bermaksud:

Saya keluar bersama Rasulullah SAW. ke Khaibar, berkhidmat untuk baginda. Semasa pulang menuju ke Madinah, selepas terpandang Bukit Uhud, Baginda bersabda yang bermaksud:

“Ini Bukit yang sayang kepada kami dan kami sayang kepadanya.”

Kemudian Baginda memandang kea rah Madinah dan bersabda yang bermaksud:

“Ya Allah, aku mengharamkan bumi di antara dua tanah hitam(sempadan Madinah) sebagaimana Nabi Ibrahim as. mengharamkam Makkah. Ya Allah berilah keberkatan kepada mereka dalam cupak dan gantang mereka. HR Bukhari dan Muslim

Sempadan Tanah Haram Madinah

1-Dari utara ke Selatan

Rasulullah SAW. menjelaskan sempadan Tanah Haram Madinah melalui sabdanya yang bermaksud:

“Tanah Haram Madinah itu diantara Bulit’Eir(selatan Madinah) dan Bukit Thaur(utara Madinah)

Bukut ‘Eir ialah sebuah bukit besar  terletak di sebelah selatan Madinah, dapat dilihat dengan jelas dari masjid Quba’ dan Masjid Miqat Zulhulaifah.Bahkan  ianya kelihatan dari segenap penjuru Madinah, bertentangan dengan Jabal Uhud.Manakala Bukit Thaur pula ialah sebuah bukit kecil yang terletak di belakang Bukit Uhud.

2-Dari timur ke barat

Sepertimana sabda Nabi SAW. yang bermaksud:

‘Diantara dua tanah hitamnya(Madinah) itu adalah Tanah Haram”.

Al-labah: Tanah yang berbatu hitam.Dikenali dengan nama Harrah Syarqiyyah dan Harrah Gharbiyyah.

            Menurut sebahagian ahli sejarah, ukuran Tanah Haram Madinah dari utara ke selatan ialah sepanjang 15km.Ini bertepatan jika diukur jarak di antara Jabal Thaur an Jabal ‘Eir ialah kira-kira 15km.Sekarang ini sempadan Tanah Haram Madinah telah ditanda dengan batu yang bertulis permulaan dan akhir tanah haram. Sebanyak 161 tanda telah dibuat.Ianya dilihat dengan jelas daripada setiap penjuru.  

 

No comments:

Post a Comment