Alah Ta’ala telah
memisahkan jamaah haji dari kampong halamannya,daripada sanak saudara, daripada
kebiasaan hidupnya,daripada penonjolan dan keistimewaan hidup serta pakaian. Allah
Ta’ala menyesuaikan mereka dengan alam sekitar dengan memerintahkan mereka
mencium Hajar al-Aswad atau memberikan isyarat kepadanya.Allah Ta’ala juga
melarang mereka daripada memotong pepohon,memburu haiwan ,tidak boleh
bertengkar dan berdebat dengan sesama sendiri.Begitulah Allah Ta’ala mengajar
kita bersikap sopan terhadap berbagai makhluk-Nya yang lain.
Dalam perjalanan berkeberkatan ini manusia mengetahui dan merasakan
bagaimana menaggalkan rasa sombong dan angkoh dalam alam ini, meskipun terhadap
makhluk yang paling rendah yang harus mati(benda mati) dicium dan berebut-rebut
pula untuk menciumnya.Dengan demikian,wahai saudaraku semuslim,sedarilah bahawa
tiada zat apapun yang boleh dipandang agong selain Allah Yang Maha Agong.Keagongan
itu boleh dicapai dengan menyesuaikan pilihan dan kehendak kita dengan Iradat
dan ajaran-Nya.
Dalam rukun Islam yang
terakhir ini Allah Ta’ala berfirman kepada hamba-Nya: “Peliharalah kesopananmu terhadap
berbagai makhluk-Ku yang lain di alam ini.Kamu tidak dengan sendirinya memiliki
kekuasaan keatas mereka, akan tetapi kekuasaanmu terhadap merka diperolehi
berkat kurniaan Allah Ta’ala kepadamu”.
Anda harus mengamati dengan cermat apa-apa
yang diwajibkan manasik.Anda harus merenungi dan memikirkan dengan
bersungguh-sungguh agar memahami apa yang dituntut oleh Allah Ta’ala untuk
dipenuhi.Anda harus menyedari bahawa tabir dalam perintah itu terletak dalam
keimanan dan ketaatan. Allah memerintahkan anda untuk mencium bau Hajar al-Aswad
serta melempar batu.
Yang dicium dan yang dilempar itu batu.Kedua-duanya tidak memiliki
keutamaan dan keistimewaan dalam zatnya,baik pada yang dicum mahupun pada batu
yang dilontar.Akan tetapi semua itu dilakukan kerana mematuhi perintah
Allah.Hal ini tidak boleh ditundukkan dengan falsafah akal,akan tetapi kerana
bersumber pada kepatuhan dan keimanan semata-mata.
Pekerjaan yang pertama anda lakukan dalam perjalanan haji ialah
mengumandangkan kalimat talbiyah sebagai sambutan atas undangan Allah Ta’ala yang disampaikkan melalui Ibrahim as. ketika
ia mengundang umat manusia pergi haji ke Baitullah. Kemudian anda juga dituntut
untuk menaggalkan rasa sombong serta keangkuhan terhadap saudara semuslim lain
dengan melepaskan pakaian kebesaran,pangkat,pekerjaan,rumah
mewah,anak-anak,keluarga,teman-teman,harta dan kedudukan.Semua itu harus anda
tinggalkan dibelakang.Anda pergi ke Baitullah al-Haram dengan mengenakan baju
ihram.Tubuh anda hanya ditutupi oleh kain yang tidak berjahit,serupa seperti
kain ketika dipakai oleh otang-orang yang hendak keluar dari alam dunia ini.
Allah Ta’ala telah
memerintahkan Nabi Ibrahim as. agar ‘berazan’ dengan menyeru manusia
supaya datang menunaikan ibadah haji. Ini dapat kita lihat dalam salah satu
ayat yang terdapat dalam surah al-Hajj, ayat 27:
وَأَذِّن
فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَىٰ كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِن
كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ
Dan berserulah kepada manusia untuk mengerjakan haji,
niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki, dan mengendarai unta
yang kurus yang datang dari segenap penjuru yang jauh.
No comments:
Post a Comment