Monday, 3 August 2015

Sudut Feqah:Nama-nama Madinah


Sumber Rujukan:
1- Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Dr. Wahbah al-Zuhaily

2-Madinah al-Munawwarah oleh Dr.Abdul Basit Bin Abdul Rahman

3-Syarah Sahih Muslim oleh Imam Al-Nawawi

Nama asal Madinah

Para Ulama begitu mengambil berat terhadap nama-nama Madinah,hal ini kerana banyaknya nama bagi Madinah yang menunjukan kebesaran dan ketinggiannya.

Kata Imam Nawawi r.hm, yang bermaksud:

“Ketahuilah bahawa banyaknya nama menunjukkan kepada kebesaran yang di namakan.Sebagaimana banyaknya nama Allah SWT dan Rasul-Nya SAW. Kita tidak mengetahui suatu tempat yang mempunyai banyak nama selain dari Makkah dan Madinah.Kerana kedua-duanya merupakan sebaik-baik bumi,disebabkan banyaknya sifat yang boleh dinamakan pada kedua-duanya.”

Yathrib

Nama asal Madinah sebelum hijrah Rasulullah SAW. ialah Yathrib, diambil daripada nama pengasasnya iaitu Yathrib bin qaniah daripada keturunan Nabi  Nuh a.s Nama Yathrib disebut di dalam al-Quran merujuk kepada sebutan yang digunakan oleh golongan munafiqun, Firman Allah SWT. dalam surah al-Ahzab,12-13:

وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ مَّا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُورًا

وَإِذْ قَالَت طَّائِفَةٌ مِّنْهُمْ يَا أَهْلَ يَثْرِبَ لَا مُقَامَ لَكُمْ فَارْجِعُوا

Ertinya: Dan(ingatlah) ketika orang munafik dan orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata:”Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada  kami melainkan tipu daya.” Dan(ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata:”Wahai penduduk Yathrib(Madinah), tidak ada tempat bagimu maka kembalilah kamu.”

Hadis yang bermaksud:

“Aku diperintahkan (untuk berhijrah) ke sebuah Bandar yang akan menelan(menguasai) negeri-negeri lain, mereka(munafiq) memanggilnya Yathrib, dan itulah Madinah.Ia akan mengeluarkan orang(jahat) sebagaimana api mengeluarkan karat daripada besi.”HR Bukhari, Muslim

Imam al-Nawawi berkata:

“Yakni sebahagian orang munafik dan orang lain yang menamakannya Yathrib.Sedangkan namanya ialah al-Madinah, Tobah,Taibah.Difahamkan daripada hadis adalah makruh menamakannya Yathrib.”

Terdapat beberapa hadis yang meriwayatkan bahawa  melarang umat Islam daripada menamakan Yathrib,hadis yang bermaksud:

“Sesiapa yanmg menamakan Madinah Yathrib,hendaklah dia meminta ampun daripada Allah SWT.Ia adalah Tobah’ia adalah Tobah.” HR Ahmad, sanadnya Dhaif

Rasulullah SAW. tidak menyukai nama Yathrib kerana Yathrib ini dari perkataan tharaba(ثْربَ ) yang bermaksud kerosakan atau fasad,Ataupun daripada perkataan tathrib  (تَثْرِيبَ) yang bermaksud membalas dendam,mencerca dan mengeji. Imam Nawawi Syarah Muslim.

Nama-nama Madinah

Madinah mempunyai begitu banyak nama.Ada ulama mengatakan ia mempunyai 95 buah nama. Ada juga mengatakan mempunyai 115 buah nama. Antara yang terkenal ialah:

1-Al-Madinah

Yang bermaksud Bandar.Al-Madinah ialah nama yang biasa digunakan untuk Madinah(Bandar) Rasulullah SAW. Nama ini telah disebut sebanyak empat kali didalam al-Quran dalam surah:

·         Al-Taubah 9:101

·         Al-Taubah 9:120

·         Al-Ahzab 30:60

·         Al-Munafiqun 63:8

Ia juga banyak disebut didalam hadis-hadis Rasulullah SAW. diantaranya hadis diatas yang bermaksud:

“Aku diperintahkan (untuk berhijrah) ke sebuah Bandar yang akan menelan(menguasai) negeri-negeri lain, mereka(munafiq) memanggilnya Yathrib, dan itulah Madinah.Ia akan mengeluarkan orang(jahat) sebagaimana api mengeluarkan karat daripada besi.”HR Bukhari, Muslim

2-Taibah dan Tobah

Berasal dari perkataan al-tib(الطيب‎) yang bermaksud bauan yang harum mewangi, Ataupun daripada perkataan al-tayyib(الطيب) yang bermaksud baik, bersih.Ini kerana ia adalah sebuah bandar yang bebas dan bersih daripada syirik atau bererti kehidupan yang baik. Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:

“Allah SWT. telah menamakan Madinah: Tobah.” HR Muslim

Dalam Hadis lain.Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud:

“Ini ialah Taibah(Madinah). Menghapuskan kekotoran(dosa atau golongan yang tidak beriman) sebagaimana api membersihkan kotoran daripada perak.”HR Bukhari, Muslim

Nama-nama lain Madinah diantaranya:

·        Al-Dar                        Al-Iman                      Al-Haram                   Al-Balad                                            

·         Al-Dir                          A-Hasinah                   Al-Madkhal Sidqin     Al-Bahrah

·         Al_Buhairah                Al-Qaryah                   Al-Mahfuzah               Al-Habibah    

·         Al-Mahabbah              Al-Muhabbabah          Al-Mahbubah              Al-Miskinah

·         Al-Qasimah                 Darul-Iman                  Darul-Hijrah                Darus-Sunnah

·         Darus-Salamah            Jabirah                         Hasanah                      Majburah

·         Marhumah                   Yandad                       Qubbatul-Islam dan sebagainya

Kini ia lebih dikenali dengan nama al-Madinah al-Munawwarah bermaksud kota yang bercahaya atau al-Madinah al-Nabawiyyah yang bermaksud Bandar Nabi SAW.

No comments:

Post a Comment