Tuesday 30 June 2015

Kehadiran Kaum Wanita di Masjid untuk Mengerjakan Solat Berjemaah : Sudut Feqah

Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq
2-Nailul Authar oleh asy-Syaukani

Sebenarnya,Kaum wanita dibolehkan datang kemasjid untuk mengikuti solat berjemaah,dengan syarat wajib ke atas mereka menjauhi segala sesuatu yang menyebabkan timbulnya syahwat atau fitnah, sama ada kerana perhiasan atau bau wangi-wangian.Dari Ibnu Umar,Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud:
"Janganlah kamu melarang kaum wanita daripada mendatatangi masjid, meskipun mereka lebih diutamakan untuk mengerjakan solat di dalam rumah" (HR: Ahmad dan Abu Daud)

Dari Ibnu Umar,Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud:
"Jika isteri-isteri kamu minta izin untuk pergi kemasjid pada waktu malam, maka izinkanlah mereka itu." HR: Jamaah, kecuali Ibnu Majah

Syarih berkata disebutkan waktu malam secara khusus kerana waktu malam itu penuh dengan kegelapan .Jadi jika dipandang dari satu segi bahawa solat mereka dirumah adalah lebih selamat dari fitnah.

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda yang bermaksud:
"Janganlah kamu melarang kaum wanita daripada mendatangi masjid-masjid Allah. Jika mereka datang ke Masjid, hendaklah mereka keluar tanpa memakai wangi-wangian". (HR: Ahmad dan Abu Daud)

Dari Abu Hurairah Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda yang bermaksud:
"Mana-mana perempuan yang memakai wangi-wangian, maka janganlah dia ikut sama mengerjakan solat Isyak bersama kami!. (HR: Muslim,Abu Daud dan al-Nasai dengan sanad yang hasan)

Bagaimanapun, kaum wanita lebih di utamakan mengerjakan solat di rumah.Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan Ahmad dan ath-Thabrani dan Ummu Humaid al-Sa'idiyah yang bermaksud,
"Dia pernah datang mengadap Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam dan berkata: "Wahai Rasulullah! Aku amat suka apabila dapat mengerjakan solat bersamaMu. 'Beliau bersabda: 'Aku tahu perkara itu, tetapi solatmu di rumahmu adalah lebih baik daripada kamu mengerjakan solat di masjid kaummu ini, dan solatmu di masjid kaummu adalah lebih baik daripada solatmu di masjid umum! ". (HR: Ahmad )