Thursday 29 November 2018

Memakmurkan( عمارة ) rumah Allah (Masjid)


Apabila seorang hamba tenggelam dalam rasa terimakasih dan syukurnya, maka di rumah Allah tempat dia melepaskan kerinduan dan sebagai bukti tanda kasihnya dan sekali gus menjadi kayu ukur sejauh mana tahap keimanannya kepada Allah.

Adapun kata "memakmurkan" berasal daripada kalimah Arab iaitu ( عمارة ) dan memiliki banyak maksud antaranya: Menghuni (mendiami), menetapi, menyembah, mengabdi (berbakti), membangunkan(mendirikan), mengisi, memperbaiki, mencukupi,menghidupkan,menghormati dan memelihara.

Dengan demikian,"memakmurkan masjid" bermaksud membangun dan mendirikan masjid, mengisi dan menghidupkanya dengan berbagai ibadah (terutama solat fardu berjamaah), majlis ilmu dan ketaatan kepada Allah Subhanahuwata'ala, merancang dan berbincang untuk kebaikan umat Islam, menghormati dan memeliharanya dengan cara membersihkannya daripada kotoran-kotoran dan sampah serta menghulurkan bantuan keewangan untuk aktiviti masjid.

Perlu ditegaskan di sini bahawa memakmurkan masjid bukan sekadar membangunkan prasarananya dan menghiasinya semata-mata, bahkan yang kebih jauh lebih dituntut ialah memakmurkannya dengan Ibadah dan ketaatan. Sabda Baginda Sallallahu 'alaihi wasallam,

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَبَاهَى النَّاسُ فِي الْمَسَاجِدِ

Dari Anas bin Malik ia berkata; Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kiamat tidak akan datang hingga manusia berbangga-bangga dengan masjid."
HR Ibn Majah 731.

Kesimpulannya, maksud mengimarahkan masjid menurut tafsiran ulama mengandungi dua maksud:

1) Membina, memelihara, membersihkannya, mengharumkannya, memperbaikinya dan meluaskannya sekiranya ada keperluan;

Sebagaimana besarnya ganjaran membina masjid, maka menjaga kebersihannya juga amat digalakkan. Justeru supaya kelihatan selesa untuk melakukan aktiviti ibadah di dalamnya dan cantik dipandang mata.

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam,

َ إِنَّ اللَّهَ جَمِيلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ

"Sesungguhnya Allah itu indah dan menyukai keindahan. HR Muslim,131.

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam,

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَخْرَجَ أَذًى مِنْ الْمَسْجِدِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ

Dari Abu Sa'id Al Khudri ia berkata; Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa mengeluarkan kotoran dari dalam masjid, maka Allah akan membuatkan baginya rumah di syurga." HR Ibn Majah, 749

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam,

ِ عَنْ عَائِشَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِالْمَسَاجِدِ أَنْ تُبْنَى فِي الدُّورِ وَأَنْ تُطَهَّرَ وَتُطَيَّبَ

Dari Aisyah berkata; "Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam memerintahkan agar masjid dibina di perkampungan, dibersihkan dan diwangikan." HR Ibn Majah.

2) Berulang-alik ke masjid untuk tujuan solat berjamaah dan aktiviti-aktiviti keagamaan lain seperti menghadiri majlis ilmu, kursus, i'tikaf dan lain-lain;

Inilah bentuk pengimarahan masjid yang paling bernilai. Lantaran kerana tujuan inilah masjid dibina. Masjid bukan sekadar untuk tempat ibadah, bahkan ia pusat pentadbiran pada zaman Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Terlalu banyak untuk disenaraikan,ringkasnya masjid ialah tempat tumpuan umat Islam.

Jika manusia selalu didatangi tentu dia merasa bosan, akan tetapi bagi Allah sebaliknya pula. Allah akan semakin sayang dan melimpahkan rahmat kepada para pengunjung-Nya. Jangan kita biarkan masjid-masjid di sekitar kita megah dengan bangunannya namun sepi daripada solat berjamaah,majlis ilmu, alunan bacaan al-Quran dan lantunan zikrullah.

Bagi pemakmur-pemakmur rumah Allah, mereka dijanjikan dengan keutamaan yang tersendiri diantaranya:

a- Pemakmur masjid digolongkan dalam kalangan mereka yang mendapat petunjuk.

Firman Allah Subhanahuwata'ala, 

إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk. Al-Taubah,18.

b- Pemakmur Masjid disaksikan dengan memiliki keimanan.

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا رَأَيْتُمْ الرَّجُلَ يَعْتَادُ الْمَسَاجِدَ فَاشْهَدُوا لَهُ بِالْإِيمَانِ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى
{ إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ }
الْآيَةَ

Dari Abu Sa'id dari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Jika engkau melihat seorang laki-laki selalu mendatangi masjid, maka bersaksilah bahwa ia seorang yang beriman, Allah Ta'ala berfirman; '(Hanya yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah...) " HR Ibn Majah, 802. Dhaif

Berdalilkan penerangan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam dalam hadith di atas dengan mengaitkan firman Allah tersebut telah menguatkan lagi bahawa "
Pemakmur Masjid disaksikan dengan memiliki keimanan".

c- Pemakmur masjid dijamin Syurga daripada Allah Subhanahuwata'ala.

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam,

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثَةٌ كُلُّهُمْ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ رَجُلٌ خَرَجَ غَازِيًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَهُوَ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ حَتَّى يَتَوَفَّاهُ فَيُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ أَوْ يَرُدَّهُ بِمَا نَالَ مِنْ أَجْرٍ وَغَنِيمَةٍ وَرَجُلٌ رَاحَ إِلَى الْمَسْجِدِ فَهُوَ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ حَتَّى يَتَوَفَّاهُ فَيُدْخِلَهُ الْجَنَّةَ أَوْ يَرُدَّهُ بِمَا نَالَ مِنْ أَجْرٍ وَغَنِيمَةٍ وَرَجُلٌ دَخَلَ بَيْتَهُ بِسَلَامٍ فَهُوَ ضَامِنٌ عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

Dari Abu Umamah Al Bahili, dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau berkata: "Tiga golongan, seluruhnya mendapat jaminan dari Allah 'azza wajalla, yaitu: orang yang keluar untuk berperang di jalan Allah, maka ia mendapat jaminan dari Allah hingga Allah mematikannya dan memasukkannya ke dalam Syurga, atau memberikan kepadanya apa yang ia peroleh berupa pahala atau rampasan perang. Dan seorang laki-laki yang pergi ke masjid, maka ia mendapat jaminan dari Allah hingga Dia mematikannya dan memasukkannya ke dalam surga atau memberikan kepadanya apa yang ia peroleh berupa pahala dan ghanimah, serta seorang laki-laki yang memasuki rumahnya dengan mengucapkan salam maka ia mendapat jaminan dari Allah 'azza wajalla." HR Abu Daud,2494. Sahih

Antara yang terkandung dalam hadith di atas ialah jaminan daripada Allah bahawa orang yang akan pergi ke masjid untuk sembahyang berjamaah,dia dimasukkan ke dalam syurga-Nya.

d- Pemakmur masjid mendapat tempat di hati Rasulullah.

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَجُلًا أَسْوَدَ أَوْ امْرَأَةً سَوْدَاءَ كَانَ يَقُمُّ الْمَسْجِدَ فَمَاتَ فَسَأَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْهُ فَقَالُوا مَاتَ قَالَ أَفَلَا كُنْتُمْ آذَنْتُمُونِي بِهِ دُلُّونِي عَلَى قَبْرِهِ أَوْ قَالَ قَبْرِهَا فَأَتَى قَبْرَهَا فَصَلَّى عَلَيْهَا

Dari Abu Hurairah, "Ada seorang laki-laki kulit hitam atau wanita kulit hitam yang menjadi tukang sapu Masjid meninggal dunia. Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam lalu bertanya tentang keberadaan orang tersebut. Orang-orang pun menjawab, "Dia telah meninggal!" Beliaupun bersabda: "Kenapa kalian tidak memberi kabar kepadaku? Tunjukkanlah kuburannya padaku!" beliau kemudian mendatangi kuburan orang itu kemudian mensolatinya." HR Bukhari,438.

Pendapat yang kuat ialah ia seorang perempuan kerana terdapat dalam riwayat lain yang mengatakan ia seorang perempuan, dan dikatakan nama beliau ialah Ummu Mihjan. Iaitu perempuan tua berkulit hitam dan miskin, namun kaya jiwa dan amalan. Ia menggalas tugas mulia ini hingga ke akhir hayatnya. Sehingga kehilangan Unmu Mihjan disedari oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam.

e- Pemakmur masjid disajikan dengan hidangan di dalam syurga.

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ وَرَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ الْجَنَّةَ نُزُلًا كُلَّمَا غَدَا وَرَاحَ

Dari Abu Hurairah dari Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Barangsiapa berangkat menuju masjid di pagi dan petang hari maka akan Allah menyiapkan baginya syurga seperti hidangan tamu ketika ia pergi dan kembali." HR Ahmad, 10200

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ وَرَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ نُزُلَهُ مِنْ الْجَنَّةِ كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ

Dari Abu Hurairah dari Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa datang ke masjid di pagi dan petang hari, maka Allah akan menyediakan baginya hidangan dari syurga setiap kali dia berangkat ke masjid di pagi dan petang hari." HR Bukhari,622.

f- Pemakmur masjid dijamin perlindungan daripada Allah pada hari tiada perlindungan lain selainnya.

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

Dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya; pemimpin yang adil, seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan 'ibadah kepada Rabbnya, seorang laki-laki yang hatinya terpaut dengan masjid, dua orang laki-laki yang saling mencintai karena Allah; mereka tidak bertemu kecuali karena Allah dan berpisah karena Allah, seorang laki-laki yang diajak berbuat maksiat oleh seorang wanita kaya lagi cantik lalu dia berkata, 'Aku takut kepada Allah', dan seorang yang bersedekah dengan menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya, serta seorang laki-laki yang berdzikir kepada Allah dengan mengasingkan diri hingga kedua matanya basah karena menangis." HR Bukhari,620.

Orang yang hatinya sentiasa teringat kepada masjid ialah orang yang menunaikan solat berjamaah setiap waktu. Apabila dia keluar dari masjid hatinya sentiasa ingat akan datang semula ke masjid untuk solat berjamaah fardu yang berikutnya. Orang ini akan mendapat perlindungan daripada Allah di akhirat nanti di mana pada waktu itu  tiada perlindungan kecuali hanya perlindungan daripada-Nya sahaja. Ini merupakan kelebihan yang amat besar kepada orang yang sentiasa mengerjakan solat fardu dengan berjamaah di masjid. Terlalu mencintai solat berjamaah di masjid  menyebabkan hatinya terikat dan terpaut pada masjid, melazimi solat berjamaah di masjid itulah sebab dia bakal mendapat perlindungan Allah pada hari qiamat kelak.

Saturday 24 November 2018

Membina Istana di Syurga: Antara amalan-amalan yang diganjari dengan rumah di Syurga.


Terdapat beberapa amalan yang membolehkan seseorang itu mendapatkan rumah di dalam syurga. Diantaranya:

1- Mengerjakan solar sunat Rawatib.

عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ قَالَتْ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا بُنِيَ لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ

Dari Ummu Habibah dia berkata; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda; "Barangsiapa mengerjakan solat sunnah dua belas raka'at dalam sehari, maka akan di bangunkan baginya rumah di syurga." HR Abu Daud, 1059.

َ عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ قَالَتْ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً بُنِيَ لَهُ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَهَا وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْمَغْرِبِ وَرَكْعَتَيْنِ بَعْدَ الْعِشَاءِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلَاةِ الْفَجْرِ
قَالَ أَبُو عِيسَى وَحَدِيثُ عَنْبَسَةَ عَنْ أُمِّ حَبِيبَةَ فِي هَذَا الْبَابِ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَقَدْ رُوِيَ عَنْ عَنْبَسَةَ مِنْ غَيْرِ وَجْهٍ

Dari Ummu Habibah ia berkata; "Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa dalam sehari semalam solat sunnah dua belas rakaat maka Allah akan membangunkan baginya rumah di syurga; empat rakaat sebelum zuhur, dua rakaat setelahnya, dua rakaat setelah maghrib, dua rakaat setelah isya` dan dua rakaat sebelum subuh." Abu Isa berkata; "Hadith Anbasah dari Ummu Habibah dalam bab ini derajatnya hasan sahih, dan hadith ini juga telah diriwayatkan dari Anbasah dengan jalur lain." HR Tirmizi, 380

Begitulah hebatnya nilai cinta yang ada dalam jiwa para penagih janji Allah, alangkah jujurnya pengakuan cinta yang mereka lafazkan. Betapa benarnya iman mereka kepada Allah dan Rasul. Sebaik saja mereka mendengar jaminan Allah yang akan pengurnian sebuah rumah di syurga, sejak itu mereka memperjuangkan 12 rakaat ini dalam kehidupan mereka.

2- Meninggalkan perbalahan, berdusta dan melazimi diri dengan akhlak yang mulia.

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَا زَعِيمٌ بِبَيْتٍ فِي رَبَضِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْمِرَاءَ وَإِنْ كَانَ مُحِقًّا وَبِبَيْتٍ فِي وَسَطِ الْجَنَّةِ لِمَنْ تَرَكَ الْكَذِبَ وَإِنْ كَانَ مَازِحًا وَبِبَيْتٍ فِي أَعْلَى الْجَنَّةِ لِمَنْ حَسَّنَ خُلُقَهُ

Dari Abu Umamah ia berkata, "Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Aku akan menjamin rumah di tepi syurga bagi seseorang yang meninggalkan perdebatan meskipun benar. Aku juga menjamin rumah di tengah syurga bagi seseorang yang meninggalkan kedustaan meskipun bersifat gurau, Dan aku juga menjamin rumah di syurga yang paling tinggi bagi seseorang yang berakhlak baik." HR Abu Daud, 4167.

3- Memenuhkan saf yang kosong.

عَنْ عَائِشَةَ ، َ قَالَتْ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَنْ سَدَّ فُرْجَةً فِي صَفٍّ رَفَعَهُ اللَّهُ بِهَا دَرَجَةً,  وْ بَنَى لَهُ  بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ " . 

Dari Aisyah,""Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesiapa yang memenuhkan ruang kosong dalam saf(berjamaah), Allah akan mengangkat untuknya satu darjat dan Allah akan membina untuknya sebuah rumah di syurga. HR al-Tabrani, 5959, Hasan lighairihi.

Perbuatan meluruskan dan memenuhkan saf merupakan perbuatan yang dituntut sebelum seseorang itu mendirikan solat. Ini kerana, terdapat banyak hadith yang menceritakan akan kelebihan perbuatan tersebut. Selain itu, perbuatan ini termasuk di dalam perkara yang sunat dilakukan sebelum solat.
Di samping itu juga, Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam  sentiasa memastikan saf para sahabat ra yang solat bersama Baginda Sallallahu 'alaihi wasallam berada dalam keadaan yang sempurna sebelum solat jemaah itu didirikan. Untuk itu, meluruskan saf ini adalah satu perkara yang amat penting dan perlu dititikberatkan oleh para imam. Antara hadith yang menceritakan akan kepentingan meluruskan saf adalah:

Daripada Anas bin Malik ra, bahawa Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam  bersabda:

سَوُّوا صُفُوفَكُمْ، فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلاَةِ

“Luruskan saf-saf kamu kerana meluruskan saf itu termasuk di dalam mendirikan solat.” HR al-Bukhari,723.

Daripada Ibn Umar ra, bahawa Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

وَمَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ اللَّهُ، وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ اللَّهُ

“Barangsiapa yang menyambung saf maka Allah akan menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf maka Allah akan memutuskannya.” HR Abu Daud,666 dan Ahmad,5724.

Maksud hadith:
Adapun yang dimaksudkan dengan Allah menyambungnya adalah Allah Subhanahuwata'ala akan menyambungnya dengan rahmat-Nya. Barangsiapa yang memotong saf pula bermaksud sesiapa yang tidak datang ke saf tersebut dan tidak memenuhi ruang yang kosong itu atau meletakkan sesuatu benda yang menghalang (daripada dirapatkan saf). Selain itu juga, Allah akan memotongnya bermaksud terputus daripada rahmat Allah dan penjagaan-Nya yang sempurna. [Lihat: Aun al-Ma’bud, 258/2]

Daripada Anas bin Malik ra, bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

سَوُّوا صُفُوفَكُمْ، فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصَّفِّ، مِنْ تَمَامِ الصَّلَاةِ

“Luruskan saf-saf kamu kerana meluruskan saf itu termasuk di dalam kesempurnaan solat.” HR Muslim,433.

Dalam permasaalahan memenuhkan saf yang kosong:

Dalam isu memenuhkan saf yang kosong, terbahagi kepada dua keadaan:

Pertama: Keadaan Saf Masih Belum Penuh

Sekiranya saf masih belum penuh disebabkan bilangan jemaah yang sedikit maka kedudukan saf adalah seperti berikut:

Imam berada di tengah-tengah saf solat. Ini berdasarkan sebuah riwayat daripada Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

‏ وَسِّطُوا الإِمَامَ وَسُدُّوا الْخَلَلَ

"Jadikanlah kedudukan imam berada di tengah dan tutuplah ruang-ruang kosong". HR Abu Daud,681.

Manakala makmum pula hendaklah mengisi kedudukan di bahagian belakang imam kanan dan kiri, dan lebih diutamakan untuk dipenuhkan bahagian kanan saf. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah r.aha bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِنَّ اللَّهَ وَمَلاَئِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى مَيَامِنِ الصُّفُوفِ

"Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya sentiasa berselawat terhadap bahagian saf yang kanan. HR Abu Daud,676.

"Pada hadis ini menunjukkan istihbab(tuntutan) untuk berada di bahagian kanan saf yang pertama dan saf-saf yang selepasnya’’. Rujuk ‘Aun Al-Ma’bud, Syams Al-Haq Al Azhim Abaadi (2/281).

Ini menunjukkan bahawa kedudukan makmum di belakang imam hendaklah diutamakan bahagian kanan saf terlebih dahulu dan hukumnya adalah sunat.

Kedua: Keadaan Saf Telah Penuh

Manakala apabila keadaan saf telah penuh, dan ada kekosongan disebabkan terdapatnya jemaah yang mufaraqah (berpisah) dari solat sama ada disebabkan keuzuran atau sebagainya, maka  dalam hal sebegini, kekosongan saf tersebut perlulah diisi dan bukannya dibiarkan kosong. Ini seperti yang disebutkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam,

وَسُدُّوا الْخَلَلَ

"Dan tutuplah ruang-ruang kosong".
HR Abu Daud,681

Demikian juga berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Umar ra bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

وَلاَ تَذَرُوا فُرُجَاتٍ لِلشَّيْطَانِ وَمَنْ وَصَلَ صَفًّا وَصَلَهُ اللَّهُ وَمَنْ قَطَعَ صَفًّا قَطَعَهُ اللَّهُ

"Janganlah kamu biarkan kekosongan (saf) itu untuk syaitan. Sesiapa yang menyambungkan saf Allah akan menyambungkannya. Sesiapa yang memutuskan saf, Allah akan memutuskan dirinya".
HR Abu Daud,666.

Hadith di atas ini melarang dari saf dibiarkan dalam keadaan kosong tanpa diisi. Kelebihan buat mereka yang menyambungkan saf dan memenuhkan ruang kosong adalah dia akan disambungkan dengan rahmat Allah. Manakala keburukan bagi mereka yang tidak merapatkan saf adalah terputusnya dia dari rahmat dan ‘inayah Allah Sunhanahuwata'ala.

Manakala dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik ra menyebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

سَوُّوا صُفُوفَكُمْ فَإِنَّ تَسْوِيَةَ الصُّفُوفِ مِنْ إِقَامَةِ الصَّلاَةِ

"Luruskanlah saf-saf kamu, sesungguhnya lurusnya saf merupakan antara tanda kesempurnaan solat.
HR Bukhari,723.

Hadith di atas ini merupakan suatu tuntutan untuk meluruskan saf di dalam solat. Bahkan ia merupakan antara tanda lengkap dan tepatnya solat yang sedang didirikan. Bahkan diberikan perumpamaan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam meluruskan saf para sahabat seperti diluruskan anak-anak panah. Ini berdasarkan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Nu’man bin Basyir ra beliau berkata:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُسَوِّي صُفُوفَنَا حَتَّى كَأَنَّمَا يُسَوِّي بِهَا الْقِدَاحَ

"Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam pernah meluruskan saf-saf kami seakan-akan baginda meluruskan anak-anak panah. HR Muslim,436.

Hadith ini memberi petunjuk kepada kita bahawa disamakan kelurusan saf dalam solat seperti lurusnya anak-anak panah.

4- Membaca zikir masuk ke Pasar.

حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَخْبَرَنَا أَزْهَرُ بْنُ سِنَانٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ وَاسِعٍ قَالَ قَدِمْتُ مَكَّةَ فَلَقِيَنِي أَخِي سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ فَحَدَّثَنِي عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَخَلَ السُّوقَ فَقَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ حَسَنَةٍ وَمَحَا عَنْهُ أَلْفَ أَلْفِ سَيِّئَةٍ وَرَفَعَ لَهُ أَلْفَ أَلْفِ دَرَجَةٍ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ وَقَدْ رَوَاهُ عَمْرُو بْنُ دِينَارٍ وَهُوَ قَهْرَمَانُ آلِ الزُّبَيْرِ عَنْ سَالِمِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ هَذَا الْحَدِيثَ نَحْوَهُ

Telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Mani' telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun telah mengabarkan kepada kami Azhar bin Sinan telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Wasi'? ia berkata; aku datang ke Mekkah kemudian bertemu dengan saudaraku iaitu Salim bin Abdullah bin Umar kemudian ia menceritakan kepadaku dari ayahnya dari datuknya bahwa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wa salam bersabda: "Barang siapa yang memasuki pasar kemudian mengucapkan;  (maksudnya; tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah semata tidak ada sekutu bagiNya, milikNya semua kerajaan dan bagiNya seluruh pujian, Dia Yang menghidupkan, dan mematikan, Dia tidak mati, di tanganNya segala kebaikan, dan Dia Maha Mampu melakukan segala sesuatu) maka Allah mencatat baginya satu juta kebaikan, dan menghapus darinya satu juta kesalahan, serta mengangkat untuknya satu juga derajat." Abu Isa berkata; hadith ini adalah hadith gharib. 'Amru bin Dinar yang merupakan wakil keluarga Az Zubair telah meriwayatkan dari Salim bin Abdullah hadith ini seperti hadith itu. HR Tirmizi,3350. Diriwayatkan juga oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, no 1930 dari Umar al-Khatab ra. Menurut al-Hakim hadith ini sahih mengikut syarat Sahih al-Bukhari dan Muslim. Diriwayatkan juga oleh Ibn Majah, no 2226.

Walaupun begitu berlaku khilaf ulama hadith dalam menilai hadith ini. Sebahagian mereka mengatakan daif(lemah) dan sebahagian mereka mengatakan sahih.

Namun al-Syaukani berkata dalam kitabnya Tuhfah adz-Dzakirin, "Paling kurang darjat hadith ini hasan (baik), sekalipun terdapat beberapa pihak mempertikaikannya. Rujuk: Tuhfah al-Ahwazi syarh sunan al-Tirmizi oleh al-Mubarakfuri,8/324.

Perawi hadith berkata (iaitu Muhammad bin Wasi'), "Aku pergi ke Khurasan dan menemui Khutaibah bin Muslim. Aku memberitahunya aku ada membawa hadiah untuknya. Lalu aku pun membacakan hadith ini kepadanya. Sejurus mendengar hadith ini beliau pun menaiki kenderaannya dan terus betangkat ke pasar. Di pintu pasar beliau pun membaca zikir tersebut kemudian beredar. Al-Mustadrak 'ala Shahihain oleh al-Hakim, 5/28.


Thursday 22 November 2018

Solat Tahiyatul Masjid- Dilarang duduk di dalam Masjid sebelum solat Tahiyatul Masjid.


Solat sunat Tahiyatul Masjid ialah solat untuk menghormati masjid. Hakikatnya, Allah ialah tuan rumah kepada masjid. Maka sebagai tanda beradab dengan tuan rumah iaitu Allah, justeru itu disunatkan untuk kita memulakan dengan solat sebelum duduk di dalam masjid.

ِ عَنْ عَمْرِو بْنِ سُلَيْمٍ الزُّرَقِيِّ سَمِعَ أَبَا قَتَادَةَ بْنَ رِبْعِيٍّ الْأنْصَارِيَّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلَا يَجْلِسْ حَتَّى يُ

Dari 'Amru bin Sulaim Az Zuraqiy dia mendengar Abu Qatadah bin Rib'iy Al Anshariy radliallahu 'anhu berkata; Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika seorang dari kalian masuk ke dalam masjid maka janganlah dia duduk sebelum solat dua raka'at". HR Bukhari, 1097.

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ صَاحِبِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
دَخَلْتُ الْمَسْجِدَ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسٌ بَيْنَ ظَهْرَانَيْ النَّاسِ قَالَ فَجَلَسْتُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَرْكَعَ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ تَجْلِسَ قَالَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ رَأَيْتُكَ جَالِسًا وَالنَّاسُ جُلُوسٌ قَالَ فَإِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلَا يَجْلِسْ حَتَّى يَرْكَعَ رَكْعَتَيْنِ

Dari Abu Qatadah -salah seorang sahabat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam- katanya; "Aku masuk masjid ketika Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam duduk ditengah kerumuan para sahabat. Abu Qatadah melanjutkan; "Maka aku langsung duduk. Ketika melihatku, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda; "Apa yang menghalangimu untuk melakukan dua rakaat sebelum duduk?" Aku berkata; "Wahai Rasulullah, aku melihat engkau telah duduk dan orang-orang juga duduk. Beliau bersabda: "Jika salah sorang diantara kalian masuk masjid, janganlah ia duduk hingga melakukan dua raka'at." HR Muslim,1167

Hukum sunatnya solat tahiyatul masjid terpakai sekalipun ketika majlis ilmu sedang berlangsung. Bahkan, ketika Rasulullah sedang berkhutbah Jumaat sekalipun, dimakruhkan duduk sebelum melakukan solat kecuali apabila sudah berada di penghujung khutbah.

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
جَاءَ سُلَيْكٌ الْغَطَفَانِيُّ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ فَجَلَسَ فَقَالَ لَهُ يَا سُلَيْكُ قُمْ فَارْكَعْ رَكْعَتَيْنِ وَتَجَوَّزْ فِيهِمَا ثُمَّ قَالَ إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَالْإِمَامُ يَخْطُبُ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ وَلْيَتَجَوَّزْ فِيهِمَا

Dari Jabir bin Abdullah ia berkata; Sulaik Al Ghathafani datang pada hari Jum'at, sementara Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam sedang berkhutbah, ia pun duduk, maka beliau pun bertanya padanya: "Wahai Sulaik, bangun dan shalatlah dua raka'at, kerjakanlah dengan ringan." Kemudian beliau bersabda: "Jika salah seorang dari kalian datang pada hari Jum'at, sedangkan Imam sedang berkhutbah, maka hendaklah ia shalat dua raka'at dengan ringan." HR Muslim,1449.

Jika bertembung diantara Solat Sunat Tahiyatul Masjid dengan Solat Sunat Qabliyyah:

Dalam hadith di atas Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam hanya menyebut apabila seseorang itu memasuki masjid, maka hendaklah dia mengerjakan solat dua rakaat sebelum dia duduk. Solat itu dinamakan solat sunat Tahiyatul Masjid. Dalam bahasa yang mudah, ia boleh diertikan sebagai solat selamat datang. Oleh sebab itu, apabila seseorang memasuki masjid lalu terus mengerjalan solat sunat yang lain seperti sunat Qabliyyah atau seperti sunat duha, maka terhasillah baginya Tahiyatul Masjd. Ini boleh kita sebut sebagai "dua dalam satu", walau bagaimanapun, jika ia mempunyai masa yang cukup, maka solat Sunat Tahiyyatul Masjid dan solat Sunat Qabliyyah boleh dikerjakan secara berasingan. Dari segi ganjaran, tentulah yang dibuat secara berasingan itu lebih banyak pahalanya daripada yang digabungkan kerana semakin banyak perbuatan, semakin banyak pahala.

Contoh lain ialah seperti seorang yang masuk ke masjid lalu terus mengikuti solat imamnya tanpa ada kesempatan untuk mengerjakan solat Sunat Tahiyatul Masjid terlebih dahulu, maka terhasil juga baginya Tahiyatul Masjid.

Begitulah kefahaman daripada hadith tersebut, yang membawa pengertian bahawa janganlah seseorang itu terus duduk apabila masuk ke dalam masjid sebelum dia mendirikan solat terlebih dahulu sebagai adab menghormati masjid. Sebarang jenis solat pun in shaa Allah diterima, kerana nama Tahiyatul Masjid itu sendiri bukanlah diberi oleh Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam , sebaliknya dinamakan begitu oleh para ulama. Wallahua'lam

Tuesday 20 November 2018

Mencintai Rasulullah Sallalahu'alaihiwasallam


Setiap individu muslim dan muslimah wajib beriman kepada Allah yang Esa dan juga Kerasulan Nabi Muhammad Sallalahu'alaihiwasallam, disamping itu juga kita wajib mencintai Baginda Sallalahu'alaihiwasallam sesudah mencintai Allah Subhanahuwata'ala lebih daripada mencintai kaum keluarga sendiri.

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. Al-Taubah:24

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سُلَيْمَانَ قَالَ حَدَّثَنِي ابْنُ وَهْبٍ قَالَ أَخْبَرَنِي حَيْوَةُ قَالَ حَدَّثَنِي أَبُو عَقِيلٍ زُهْرَةُ بْنُ مَعْبَدٍ أَنَّهُ سَمِعَ جَدَّهُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ هِشَامٍ قَالَ
كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ آخِذٌ بِيَدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ فَقَالَ لَهُ عُمَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ إِلَّا مِنْ نَفْسِي فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا وَالَّذِي نَفْسِي بِيَدِهِ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ نَفْسِكَ فَقَالَ لَهُ عُمَرُ فَإِنَّهُ الْآنَ وَاللَّهِ لَأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْآنَ يَا عُمَرُ

Abdullah bin Hisyam menuturkan; kami pernah bersama Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam yang saat itu beliau menggandeng tangan Umar bin Khattab, kemudian Umar berujar: "ya Rasulullah, sungguh engkau lebih aku cintai dari segala-galanya selain diriku sendiri." Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidak, demi Dzat yang jiwa berada di Tangan-Nya, hingga aku lebih engkau cintai daripada dirimu sendiri." Maka Umar berujar; 'Sekarang demi Allah, engkau lebih aku cintai daripada diriku'. Maka Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "sekarang (baru benar) wahai Umar." HR Bukhari:6632

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Dari Anas bin Malik dari Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman: Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya. Jika ia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali kerana Allah. Dan dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka" HR Bukhari,16.

Bagaimana cara untuk menzahirkan kecintaan kepada junjungan Nabi besar Muhammad Sallalahu'alaihiwasallam? 

Caranya antara lain ialah:

1-Dengan membanyakkan selawat dan salam keatas diri baginda Sallalahu'alaihiwasallam, kaum keluarganya dan para sahabatnya sekalian.

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bersalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bersalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.Al-Ahzab:56

ِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرًا

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Barangsiapa bersalawat kepadaku satu kali maka Allah akan bersalawat kepadanya sepuluh kali." Muslim,616

2- Dengan menjadikan akhlak Baginda Sallallahu 'alaihi wasallam sebagai ikutan yang paling utama bagi diri kita dan anak-anak keturunan kita:

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. Al-Ahzab:21

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ

Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. Al-Qalam:4

ٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا بُعِثْتُ لِأُتَمِّمَ صَالِحَ الْأَخْلَاقِ

Dari Abu Hurairah berkata; Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Hanyasanya aku diutus untuk menyempurnakan akhlaq yang baik." HR Ahmad,8595

3- Dengan berpegang teguh ajaran yang dibawa oleh Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam, yakni mentaati titah perintah Allah dan mengikuti sunnah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam serta jejak perjuangan Baginda Sallallahu 'alaihi wasallam dalam menyebar dan meninggikan syiar Islam.

وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

“…Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah; dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.” Al-Hasyr: 7

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.’” Ali ‘Imran: 31

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ

“Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul-Nya…” An-Nisaa’: 59

مَنْ يُطِعِ الرَّسُولَ فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ

“Barangsiapa mentaati Rasul, maka sesungguhnya ia telah mentaati Allah.” An-Nisaa’: 80

فَلْيَحْذَرِ الَّذِينَ يُخَالِفُونَ عَنْ أَمْرِهِ أَنْ تُصِيبَهُمْ فِتْنَةٌ أَوْ يُصِيبَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ

“Maka hendaklah orang-orang yang melanggar perintah Rasul takut akan ditimpa fitnah (cobaan) atau ditimpa adzab yang pedih.” [An-Nuur: 63]

4- Dengan cara memuliakan para Ulama dan dai' yang menjadi pewaris nabi-nabi kerana ditangan mereka memegang risalah Allah dan Rasul-Nya untuk dikembangkan dan dijaga kemurniannya dengan sebaik-baiknya. 

إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ

 “Sesungguhnya hanyalah yang takut kepada Allah di antara para hamba-Nya adalah ulama”.Fathiir,28

شَهِدَ اللَّهُ أَنَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ وَالْمَلَائِكَةُ وَأُولُو الْعِلْمِ قَائِمًا بِالْقِسْطِ ۚ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Allah menyatakan bahwasanya tidak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tak ada Tuhan melainkan Dia (yang berhak disembah), Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Ali-Imran:18

Agama kita Islam amat menggalakkan umatnya untuk menuntut ilmu dan juga berdamping dengan para alim ulama’. Ini kerana, mereka adalah para pewaris nabi berdasarkan hadith Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam:

وَإِنَّ العُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ ، وَإِنَّ الأَنْبِيَاءَ ، لَمْ يُوَرِّثوا دِيْنَارًا ، وَلَا دِرْهَمًا ، إِنَّمَا وَرّثوا العِلْمَ ، فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya ulama’ adalah pewaris para nabi. Sungguhpun para nabi tidak mewariskan dinar atau dirham tetapi mereka telah mewariskan ilmu. Barangsiapa yang mengambil warisan tersebut maka dia telah mengambil bahagian yang banyak.”. HR Abu Daud,3157. [Menurut Syeikh al-Arna’outh hadith ini adalah hasan dengan syawahidnya]

Walaupun begitu, kita juga dituntut untuk sentiasa berdamping dengan orang-orang yang soleh atau alim agar sifat atau perkara yang ada pada diri mereka itu terkesan kepada diri kita juga. Hal ini, ada dinyatakan di dalam sebuah hadith yang sahih:

مَثَلُ الجَلِيسِ الصَّالِحِ وَالسَّوْءِ، كَحَامِلِ المِسْكِ وَنَافِخِ الكِيرِ، فَحَامِلُ المِسْكِ: إِمَّا أَنْ يُحْذِيَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَبْتَاعَ مِنْهُ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ مِنْهُ رِيحًا طَيِّبَةً، وَنَافِخُ الكِيرِ: إِمَّا أَنْ يُحْرِقَ ثِيَابَكَ، وَإِمَّا أَنْ تَجِدَ رِيحًا خَبِيثَةً

Maksudnya: “Perumpamaan teman yang baik dan teman yang buruk adalah seperti seorang penjual minyak wangi dan seorang tukang besi. Adapun, penjual minyak wangi akan memberi kamu (minyak wangi tersebut), atau kamu membeli daripadanya, atau kamu mendapat bau yang harum daripadanya. Sedangkan tukang besi pula, akan membakar bajumu dan juga kamu  mendapatkan bau yang busuk.” HR Bukhari,5534 dan Muslim,2628

5- Menolong dan membantu usaha-usaha bagi mengembang dan menyebarkan risalah yang dibawa oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam mengikut kemampuan masing-masing, samaada menerusi usaha dakwah dan tarbiyah(pendidikan) melalui lisan atau penulisan dan sebagainya. Mahupun menerusi sumbangan harta demi membiayai kos program dakwah, tarbiyah dan kebajikan atau sebagainya, iaitu sekiranya kita mempunyai ekonomi yang kukuh,atau mengikut daya kemampuan masing-masing.

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلاً مِّمَّن دَعَآ إِلَى اللهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِى مِنَ الْمُسْلِمِينَ

“Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru menuju Allah, mengerjakan amal yang shalih dan berkata: “Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri”. Fushshilat:33

Dakwah adalah mengajak kepada agama Allah, ianya  merupakan tugas para nabi, maka cukuplah sebagai kemuliaan bahwa para da’i mengembangkan tugas para nabi. Allah Azza wa Jalla memerintahkan Rasul-Nya untuk mengatakan, dakwah merupakan jalan Beliau, dengan firman-Nya:

قُلْ هَذِهِ سَبِيلِي أَدْعُوا إِلَى اللهِ عَلَى بَصِيرَةٍ أَنَا وَمَنِ اتَّبَعَنِي وَسُبْحَانَ اللهِ وَ مَآ أَنَا مِنَ الْمُشْرِكِينَ

“Katakanlah: “Inilah jalanku (agamaku). Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata (ilmu dan keyakinan). Maha suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik”. Yusuf:108.

Sesungguhnya para ulama sepakat bahwa dakwah menuju agama Allah hukumnya wajib. Hal ini berdasarkan perintah Allah untuk berdakwah sebagaimana terdapat di beberapa tempat di dalam Al Qur`an.

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةُُ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلاَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

“Dan hendaklah ada dari kamu satu umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung”. [Ali Imran:104].

اُدْعُ إِلَى سَبِيْلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ وَجَادِلْهُمْ بِالَّتِيْ هِيَ أَحْسَنُ

“Serulah (manusia) kepada jalan Rabb-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik”. [An Nahl:125].

وَلاَ يَصُدَّنَّكَ عَنْ ءَايَاتِ اللهِ بَعْدَ إِذْ أُنزِلَتْ إِلَيْكَ وَادْعُ إِلَى رَبِّكَ وَلاَ تَكُونَنَّ مِنَ الْمُشْرِكِينَ

“Dan janganlah sekali-kali mereka dapat menghalangimu dari (menyampaikan) ayat-ayat Allah, sesudah ayat-ayat itu diturunkan kepadamu, dan serulah mereka ke (jalan) Rabb-mu, dan janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Rabb”. [Al Qashshash:87].

كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللهِ

“Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang munkar, dan beriman kepada Allah”. Ali Imran:110

Ayat-ayat di atas secara tegas memerintahkan berdakwah, oleh kerananya para ulama sepakat tentang kewajipan dakwah ini. Akan tetapi, mereka berselisih menjadi dua pendapat:
1). Hukum dakwah adalah fardhu kifayah.
2). Hukum dakwah adalah fardhu ‘ain, sesuai dengan kemampuan setiap orang.

Perbezaan pendapat ini, antara lain disebabkan oleh pemahaman terhadap firman Allah Azza wa Jalla surat Ali Imran ayat 104, artinya : Dan hendaklah ada dari kamu satu umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung.

Sunday 18 November 2018

Masjid dan kelebihannya berdasarkan hadith

Masjid dan kelebihannya berdasarkan hadith

مَا كَانَ لِلْمُشْرِكِينَ أَنْ يَعْمُرُوا مَسَاجِدَ اللَّهِ شَاهِدِينَ عَلَى أَنْفُسِهِمْ بِالْكُفْرِ أُولَئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ وَفِي النَّارِ هُمْ خَالِدُونَ. إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلا اللَّهَ فَعَسَى أُولَئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ

“Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain Allah, maka merekalah yang termasuk golongan orang-orang yang selalu mendapat petunjuk (dari Allah Ta’ala)” At-Taubah: 18

Memakmurkan masjid yang didirikan kerana Allah Ta’ala, dalam semua bentuk pemakmuran masjid, ianya merupakan perbuatan terpuji dan merupakan bukti benarnya iman dalam hati seorang hamba.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَحَبُّ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ مَسَاجِدُهَا وَأَبْغَضُ الْبِلَادِ إِلَى اللَّهِ أَسْوَاقُهَا

Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah Saallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Lokasi yang paling Allah cintai adalah masjid, dan Lokasi yang paling Allah benci adalah pasar." HR Muslim,1076.

Kelebihan bagi sesiapa yang membina masjid

ِّ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ بَنَى مَسْجِدًا يُذْكَرُ فِيهِ اسْمُ اللَّهِ بَنَى اللَّهُ لَهُ بَيْتًا فِي الْجَنَّةِ

 Dari Umar Ibnul Khaththab ia berkata; Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa membangun masjid Allah yang di dalamnya digunakan untuk berzikir kepada Allah, maka Allah akan membangunkan baginya rumah di syurga." Ibn Majah, 735

Kelebihan solat didalam Masjid

حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ قَالَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا صَالِحٍ يَقُولُ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةُ الرَّجُلِ فِي الْجَمَاعَةِ تُضَعَّفُ عَلَى صَلَاتِهِ فِي بَيْتِهِ وَفِي سُوقِهِ خَمْسًا وَعِشْرِينَ ضِعْفًا وَذَلِكَ أَنَّهُ إِذَا تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الْمَسْجِدِ لَا يُخْرِجُهُ إِلَّا الصَّلَاةُ لَمْ يَخْطُ خَطْوَةً إِلَّا رُفِعَتْ لَهُ بِهَا دَرَجَةٌ وَحُطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةٌ فَإِذَا صَلَّى لَمْ تَزَلْ الْمَلَائِكَةُ تُصَلِّي عَلَيْهِ مَا دَامَ فِي مُصَلَّاهُ اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ وَلَا يَزَالُ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاةٍ مَا انْتَظَرَ الصَّلَاةَ

Telah menceritakan kepada kami Musa bin Isma'il berkata, telah menceritakan kepada kami 'Abdul Wahid berkata, telah menceritakan kepada kami Al A'masy berkata, aku mendengar Abu Shalih berkata, Aku mendengar Abu Hurairah berkata: "Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Solat seorang laki-laki dengan berjama'ah dibanding solatnya di rumah atau di pasarnya lebih utama (dilipat gandakan) pahalanya dengan dua puluh lima kali ganda. Yang demikian itu kerana bila dia berwudu dengan menyempurnakan wudunya lalu keluar dari rumahnya menuju masjid, dia tidak keluar kecuali untuk melaksanakan shalat berjama'ah, maka tidak ada satu langkahpun dari langkahnya kecuali akan ditinggikan satu derajat, dan akan dihapuskan satu kesalahannya. Apabila dia melaksanakan solat, maka Malaikat akan turun untuk mendo'akannya selama dia masih berada di tempat solatnya, 'Ya Allah ampunilah dia. Ya Allah rahmatilah dia'. Dan seseorang dari kalian senantiasa dihitung dalam keadaan solat selama dia menanti palaksanaan solat." HR Bukhari,647

Kelebihan membersihkan Masjid

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عُرِضَتْ عَلَيَّ أُجُورُ أُمَّتِي حَتَّى الْقَذَاةُ يُخْرِجُهَا الرَّجُلُ مِنْ الْمَسْجِدِ

Dari Anas bin Malik ia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Pahala-pahala ummatku ditampakkan kepadaku, hingga pahala seseorang yang membuang debu dari masjid,..... HR Tirmizi,2840. Imam Tirmizi dan sebahagian ulama hadith mendhaifkan hadith ini, beliau mengatakan  hadith ini gharib. Namun Imam al-Nawawi menerima hadith ini, beliau mengatakan walaupun hadith ini dhaif, namun dia memiliki syawahid(sokongan) dari segi maknanya, yang boleh mengangkat hadith ini kepada darjah hasan. Rujuk al-Azkar Imam al-Nawawi.

Kelebihan membaca al-Quran dalam Masjid

عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ قَالَ
خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ فِي الصُّفَّةِ فَقَالَ أَيُّكُمْ يُحِبُّ أَنْ يَغْدُوَ كُلَّ يَوْمٍ إِلَى بُطْحَانَ أَوْ إِلَى الْعَقِيقِ فَيَأْتِيَ مِنْهُ بِنَاقَتَيْنِ كَوْمَاوَيْنِ فِي غَيْرِ إِثْمٍ وَلَا قَطْعِ رَحِمٍ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ نُحِبُّ ذَلِكَ قَالَ أَفَلَا يَغْدُو أَحَدُكُمْ إِلَى الْمَسْجِدِ فَيَعْلَمُ أَوْ يَقْرَأُ آيَتَيْنِ مِنْ كِتَابِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ خَيْرٌ لَهُ مِنْ نَاقَتَيْنِ وَثَلَاثٌ خَيْرٌ لَهُ مِنْ ثَلَاثٍ وَأَرْبَعٌ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَرْبَعٍ وَمِنْ أَعْدَادِهِنَّ مِنْ الْإِبِلِ

Dari Uqbah bin Amir ia berkata; Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam keluar sementara kami sedang berada di Shuffah (tempat berteduhnya para Fuqara dari kalangan muhajirin), kemudian beliau bertanya: "Siapakah di antara kalian yang suka pergi ke Buthhan atau ke Aqiq, lalu ia pulang dengan membawa dua ekor unta yang gemuk-gemuk dengan tanpa membawa dosa dan tidak pula memutuskan silaturahim?" Maka kami pun menjawab, "Kami semua menyukai hal itu." beliau melanjutkan sabdanya: "Sungguh, salah seorang dari kalian pergi ke masjid lalu ia mempelajari atau membaca dua ayat dari kitabullah 'azza wajalla adalah lebih baik baginya daripada dua unta. Tiga (ayat) lebih baik dari tiga ekor unta, empat ayat lebih baik daripada empat ekor unta. Dan berapa pun jumlah unta." HR Muslim, 1336

Kelebihan pergi ke Masjid

عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ
كَانَ رَجُلٌ لَا أَعْلَمُ رَجُلًا أَبْعَدَ مِنْ الْمَسْجِدِ مِنْهُ وَكَانَ لَا تُخْطِئُهُ صَلَاةٌ قَالَ فَقِيلَ لَهُ أَوْ قُلْتُ لَهُ لَوْ اشْتَرَيْتَ حِمَارًا تَرْكَبُهُ فِي الظَّلْمَاءِ وَفِي الرَّمْضَاءِ قَالَ مَا يَسُرُّنِي أَنَّ مَنْزِلِي إِلَى جَنْبِ الْمَسْجِدِ إِنِّي أُرِيدُ أَنْ يُكْتَبَ لِي مَمْشَايَ إِلَى الْمَسْجِدِ وَرُجُوعِي إِذَا رَجَعْتُ إِلَى أَهْلِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ جَمَعَ اللَّهُ لَكَ ذَلِكَ كُلَّهُ
و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى حَدَّثَنَا الْمُعْتَمِرُ ح و حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ أَخْبَرَنَا جَرِيرٌ كِلَاهُمَا عَنْ التَّيْمِيِّ بِهَذَا الْإِسْنَادِ بِنَحْوِهِ

Dari Ubay bin Ka'b katanya; seseorang yang setahuku tak ada lagi yang lebih jauh (rumahnya) dari masjid, dan ia tak pernah ketinggalan dari solat. Ubay berkata; maka ia diberi saran atau kusarankan; "Bagaimana sekiranya jika kamu membeli keledai untuk kamu kendarai saat gelap atau saat panas terik? laki-lakiitu menjawab; "Aku tidak ingin rumahku disamping masjid, sebab aku ingin jalanku ke masjid dan kepulanganku ke rumah semua dicatat." Maka Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Telah Allah himpun untukmu semuanya tadi." Dan telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdul A'la telah menceritakan kepada kami Al Mu'tamir (dan diriwayatkan dari jalur lain) telah menceritakan kepada kami Ishaq bin Ibrahim katanya; telah mengabarkan kepada kami Jarir, keduanya dari At Taimi dengan sanad seperti ini. HR Muslim,1065

Kelebihan belajar ilmu di Masjid

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ تَعَالَى يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

Dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: "Tidaklah satu kaum berkumpul di dalam rumah diantara rumah-rumah Allah ta'ala, membaca kitab Allah, dan saling mempelajarinya diantara mereka melainkan akan turun kepada mereka ketenangan, mereka diliputi rahmat, serta dikelilingi malaikat, dan Allah menyebut-nyebut mereka diantara malaikat yang ada di sisiNya." HR Abu Daud, 1243

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ قَوْمٍ يَجْتَمِعُونَ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ يَقْرَءُونَ وَيَتَعَلَّمُونَ كِتَابَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ يَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا حَفَّتْ بِهِمْ الْمَلَائِكَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ وَمَا مِنْ رَجُلٍ يَسْلُكُ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ بِهِ الْعِلْمَ إِلَّا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَمَنْ يُبْطِئُ بِهِ عَمَلُهُ لَا يُسْرِعُ بِهِ نَسَبُهُ

Dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Tidaklah suatu kaum berkumpul di rumah dari rumah-rumah Allah 'azza wajalla, membaca dan mempelajari kitab Allah 'azza wajalla, serta mendalaminya bersama-sama, kecuali para malaikat akan mengelilingi mereka, mereka akan diliputi rahmat, dan Allah akan menyebut-nyebut mereka di hadapan para malaikat yang ada di sisi-Nya. Dan tidaklah seorang laki-laki yang meniti jalan dalam rangka menuntut ilmu, kecuali Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga, dan seseorang yang diperlambat oleh amalnya tidak bisa dipercepat oleh nasabnya."  HR Ahmad,8906

Kelebihan orang yang hatinya sentiasa mengingati Masjid

ٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ أَخْفَى حَتَّى لَا تَعْلَمَ شِمَالُهُ مَا تُنْفِقُ يَمِينُهُ وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ

Dari Abu Hurairah dari Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Ada tujuh golongan manusia yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tidak ada naungan kecuali naungan-Nya; pemimpin yang adil, seorang pemuda yang menyibukkan dirinya dengan 'ibadah kepada Rabbnya, seorang laki-laki yang hatinya terpaut dengan masjid, dua orang laki-laki yang saling mencintai kerana Allah; mereka tidak bertemu kecuali kerana Allah dan berpisah kerana Allah, seorang laki-laki yang diajak berbuat maksiat oleh seorang wanita kaya lagi cantik lalu dia berkata, 'Aku takut kepada Allah', dan seorang yang bersedekah dengan menyembunyikannya hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diinfakkan oleh tangan kanannya, serta seorang laki-laki yang berzikir kepada Allah dengan mengasingkan diri hingga kedua matanya basah karena menangis." HR Bukhari,620

Kelebihan Ahli Masjid

عَنْ ‏ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ ‏رَضِيَ الله عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ: ‏ "‏إِنَّ لِلْمَسَاجِدِ أَوْتَادًا الْمَلَائِكَةُ جُلَسَاؤُهُمْ إِنْ غَابُوا يَفْتَقِدُونَهُمْ وَإِنْ مَرِضُوا عَادُوهُمْ وَإِنْ كَانُوا فِي حَاجَةٍ أَعَانُوهُمْ"، وَقَالَ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: "جَلِيسُ الْمَسْجِدِ عَلَى ثَلَاثِ خِصَالٍ أَخٍ مُسْتَفَادٍ أَوْ كَلِمَةٍ مُحْكَمَةٍ أَوْ رَحْمَةٍ مُنْتَظَرَةٍ". 

Dari  Abu Hurairah , dari Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam yang bersabda: “Sesungguhnya bagi masjid-masjid itu terdapat pasak-pasaknya (iaitulah orang-orang yang sering ke masjid, mereka diumpamakan oleh Nabi sebagai pasak kepada masjid), para malaikat duduk bersama dengan mereka. jika mereka tidak datang ke masjid, para malaikat akan mencari mereka, jika mereka sakit, para malaikat akan menziarahi mereka, jika mereka ada keperluan, para malaikat akan membantu mereka.” Sabda Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam lagi:“Orang yang duduk di dalam masjid berada dalam tiga keadaan: Saudara yang memperolehi faedah (mendapat kawan yang baik), atau memperolehi perkataan yang berhikmah (dari mendengar bacaan al-Quran atau majlis ilmu), atau rahmat yang ditunggu (terdiri dari doa para malaikat).  HR Ahmad 2/418, bil: 9414. Al-Baihaqi di dalam Syu’ab al-Iman 3/85, bil: 2955.

Sunday 11 November 2018

Kemulian bagi orang yang membersihkan Masjid. Dan keharusan solat jenazah di kubur.

Kemulian bagi orang yang membersihkan Masjid. Dan keharusan solat jenazah di kubur.

حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَجُلًا أَسْوَدَ أَوْ امْرَأَةً سَوْدَاءَ كَانَ يَقُمُّ الْمَسْجِدَ فَمَاتَ فَسَأَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْهُ فَقَالُوا مَاتَ قَالَ أَفَلَا كُنْتُمْ آذَنْتُمُونِي بِهِ دُلُّونِي عَلَى قَبْرِهِ أَوْ قَالَ قَبْرِهَا فَأَتَى قَبْرَهَا فَصَلَّى عَلَيْهَا

Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Harb berkata, telah menceritakan kepada kami Hammad bin Zaid dari Tsabit dari Rafi' dari Abu Hurairah, "Ada seorang laki-laki kulit hitam atau wanita kulit hitam yang menjadi tukang sapu Masjid meninggal dunia. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam lalu bertanya tentang keberadaan orang tersebut. Orang-orang pun menjawab, "Dia telah meninggal!" Beliaupun bersabda: "Kenapa kalian tidak memberi kabar kepadaku? Tunjukkanlah kuburannya padaku!" beliau kemudian mendatangi kuburan orang itu kemudian mensolatinya." HR Bukharj, 438

Syak wasangka telah berlaku kepada perawi samaada orang itu kelaki atau perempuan. Pendapat yang kuat ia seorang perempuan kerana terdapat dalam riwayat lain yang mengatakan ia adalah seorang perempuan, dan dikatakan nama beliau ialah Ummu Mihjan. Beliau seorang wanita tua berkulit hitam dan miskin,namun kaya jiwa dan amalan. Ia menggalas tugas mulia itu hingga ke akhir hayatnya. Sehingga kehilangan Ummu Mihjan disedari oleh Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam.

Ummu Mhjan meninggal dunia ketika hari sudah larut malam. Para sahabat kemudian membawa jenazahnya kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, namun pada waktu itu para sahabat mendapati Baginda sudah tidur. Para sahabat tidak mahu menggangu tidur Rasulullah. Akhirnya, mereka menyembahyangkan dan memakamkan jenazah Ummu Mihjan di pemakaman Baqi' tanpa disedari Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Apabila Nabi menyedari dan tidak melihat Ummu Mihjan, maka Nabi bertanya tentangnya. Setelah diberitahu tentang kematiannya, maka Nabi pergi ke kuburnya dan menyembahyangkannya, bahkan dalam riwayat Muslim Nabi bersabda,

 إِنَّ هَذِهِ الْقُبُورَ مَمْلُوءَةٌ ظُلْمَةً عَلَى أَهْلِهَا وَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ يُنَوِّرُهَا بِصَلَاتِي عَلَيْهِمْ

....."Sesungguhnya pekuburan ini penuh dengan kegelapan bagi penghuninya, dan sesungguhnya Allah 'azza wajalla meneranginya dengan solatku kepada mereka."  HR Ahmad, 8676.Muslim,1588

Hadith ini juga menunjukkan boleh solat jenazah di kubur. Walaupun begitu,,Imam Malik dan Imam Abu Hanifah tidak menerimanya. Mereka mengatakan perbuatan itu adalah khusus untuk Nabi sahaja. Namun demikian, Imam Syafi'i dan Imam Bukhari menerima keharusan mengerjakan solat jenazah di kubur sekiranya tidak berkesempatan menyembahyangkan jenazah tersebut di rumah.

Hadith di atas membayangkan begitu banyak pahala untuk mereka yang membersihkan masjid. Kalau kita tidak berupaya atau tidak ada masa untuk membersihkan masjid, maka kita boleh juga mendapat ganjarannya dengan mendermakan alat pembersihan kepada masjid. Contohnya, dengan membeli vakum, bahan pencuci; penyapu dan sebagainya.

Hadith ini juga menggambarkan betapa Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam amat menghargai apa yang dilakukan oleh wanita tersebut. Oleh sebab itu, Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam menyedari apabila dia sudah lama tiada di masjid. Walaupun mungkin dia seorang hamba, tetapi sama sahaja kedudukannya pada Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam.

Sebenarnya, Nabi tidak mahu pekerjaan membersihkan masjid dipandang remeh sehingga Baginda sendiri pergi mensolatkan jenazahnya walaupun telah dikebumikan.

Jika diperhatikan teks hadith tadi, kita mendapati ia cuma menyebut tentang pekerjaan "menyapu" sahaja. Tetapi Iman Bukhari meletakkan hadith tersebut dalam tajuk memungut sampah dan sebagainya. Daripafa sumber mana Imam al-Bukhari mengambil maklumat ini? Sebenarnya beliau ingin memberitahu bahawa menjaga kebersihan itu bukan sahaja dengan menyapu akan tetapi beliau menggunakan kias dalam perkara ini. Hal ini bermaksud selain menyapu, apa-apa sahaja amalan di masjid dengan tujuan membersihkan masjid juga boleh dilakukan oleh kita.

Selain itu, masjid juga tempat berhimpun para malaikat. Oleh itu, kita perlu memastikan masjid dalam keadaan sentiasa bersih kerana para malaikat sensitif dengan kekotoran dan bau yang busuk. Sesungguhnya, Islam menggalakkan kita menjaga kebersihan dan masjid ialah tempat yang paling mulia. Justeru itu, kehilangan Ummu Mihjan amat sangat dirasai oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam.