Saturday 26 December 2015

Sudut Feqah: Barangan Yang Merugikan Adalah Haram Dimakan Seperti Rokok Dan Seumpamanya


Sumber Rujukan:
Halal dan Haram menurut Perspektif Islam  oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Ada suatu kaedah berfikir umum bahawa seseorang muslim tidak boleh memakan barangan yang mematikan, samaada cepat atau lambat, seperti racun(poison), makanan yang membahayakan dan menyakitkan, atau makanan yang jika banyak boleh menimbulkan penyakit, kerana manusia bukanlah pemilik dirinya sendiri, akan tetapi dia adalah milik Allah. Agama, umat, kehidupan, kesihatan, hartabenda dan semua nikmat adalah amanah Allah yang mesti dipelihara dan tidak boleh diabaikan. Dalam sebuah ayat Allah swt. berfirman:

وَلَا تَقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا
Dan janganlah kaliah membunuh diri kalian sendiri, sesungguhnya Allah sangat belas kasih terhadap kalian. Al-Nisa:29

Dalam ayat lain Allah berfirman:

وَأَنفِقُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا تُلۡقُواْ بِأَيۡدِيكُمۡ إِلَى ٱلتَّہۡلُكَةِ‌ۛ وَأَحۡسِنُوٓاْ‌ۛ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) ugama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya”. Al-Baqarah:195

Dalam sebuah hadis Rasulullah saw. juga bersabda:

لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَار
“Tidak ada kerugian(mudharat) dan tidak merugikan(mudharat). HR Ahmad dan Ibnu Majah

Dengan berlandaskan teks-teks diatas dan juga kaedah berfikir yang logik, merokok yang terbukti dengan jelas merugikan penghisapnya, hukumnya haram. Bahkan bahaya rokok ini sudah disampaikan oleh doktor-doktor pakar, dan sudah dicetak di label pembungkus rokok itu sendiri. Andaikan sahaja bahaya ini tidak terbukti, maka merokok hanyalah membuang wang sahaja untuk sesuatu yang tidak bermunafaat untuk dunia dan akhirat. Sedangkan Islam melarang kita melakukan perkara yang membazir. Larangan ini sendiri menjadi kuat, jika ternyata si pengguna pula memerlukan wang untuk nafkah keluarganya.

وَآتِ ذَا الْقُرْبَىٰ حَقَّهُ وَالْمِسْكِينَ وَابْنَ السَّبِيلِ وَلَا تُبَذِّرْ تَبْذِيرًا (26) إِنَّ الْمُبَذِّرِينَ كَانُوا إِخْوَانَ الشَّيَاطِينِ ۖ وَكَانَ الشَّيْطَانُ لِرَبِّهِ كَفُورًا (27)
Dan berikanlah kepada kerabatmu, dan orang miskin serta orang musafir akan haknya masing-masing; dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros(membazir) yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros(membazir) itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya. Al-Isra 26-27”

 

 

 

Sudut Feqah: Minuman Keras(Khamar @ Arak) Adalah Penyakit


Sumber Rujukan:
Halal dan Haram menurut Perspektif Islam  oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Islam sangat keras dalam memerangi minuman keras, menghindarkan orang Muslim, dan membuat batasan serta sekaligus tidak membuka celah sekecil apapun bagi siapapun untuk menikmatinya. Islam tidak bersikap timbang rasa kepada minuman keras, walaupun hanya sedikit ataupun berurusan dengannya, berupa jual beli, hadiah, produksi, menghidangkan dalam pesta ataupun dalam bentuk lain, meskipun kepada orang bukan Islam atau mencampurnya dengan makanan.
 
            Ada satu kes yang seringkali dipertanyakan, iaitu minuman keras sebagai ubat. Pertanyaan yang sama pernah diajukan kepada Rasulullah SAW. dan beliau melarangnya, tapi orang itu protes: “Saya meminumnya sebagai ubat. “ Rasulullah SAW. bersabda:

إِنَّمَا أَصْنَعُهَا لِلدَّوَاءِ ، فَقَالَ : (إِنَّهُ لَيْسَ بِدَوَاءٍ وَلَكِنَّهُ دَاءٌ)

“Dia bukanlah ubat, tetapi penyakit” HR Ahmad, Muslim, Abu Daud, Tirmizi.

Rasulullah juga bersabda

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( إِنَّ اللَّهَ أَنْزَلَ الدَّاءَ وَالدَّوَاءَ وَجَعَلَ لِكُلِّ دَاءٍ وَدَوَاءً ، فَتَدَاوَوْا وَلاَ تَدَاوَوْا بِحَرَامٍ ) رواه ابو داود
“Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan penyakit serta(ada) ubat untuk kalian. Maka berubatlah kalian dan janganlah kalian berubat dengan barangan haram. HR Abu Daud

Berhubungkait dengan bahan yang memabukkan, Ibnu Mas’ud berkata: “Allah tidak menjadikan ubat untuk kalian daripada barangan yang diharamkan untuk kalian”. Tidaklah aneh jika Islam mengharamkan minuman keras ataupun barangan haram yang lain, kerana konsep pengharaman menuntut barangan tersebut agar dijauhi. Manakala menjadikannya sebagai ubat dengan seruan untuk meminumnya, maka ini tentulah bercangggah dengan kaedah berfikir pengharaman itu sendiri. Begitulah yang dikatakan Imam Ibnu Qayyum.

Dia menegaskan: “Menghalalkan barangan haram sebagai ubat, apalagi jika jiwa orang itu sendiri merasa secocok, malahan akan mendorong seseorang untuk meminumnya sekadar sebagai kepuasan dan kenikmatan. Lebih-lebih lagi jika dia beranggapan yang barangan tersebut bermunafaat untuk kesihatan, menghilangkan kegelisahan dan menyembuhkan penyakitnya. Dalam ubat haram seperti ini, akan banyak penyakit lagi yang akan timbul dibandingkan kesembuhan yang dikhayalkan.

Imam Ibnu Qayyum mengingatkan kesan negetif kejiwaan yang sangat penting: “Salah satu syarat untuk sembuh penyakit adalah yakin akan kesembuhan yang diberi Allah kepadanya. Di sisi lain, keyakinan seseorang muslim akan keharaman ubat tersebut akan menjadi faktor yang menghalang keyakinan akan manfaat dan berkat kesembuhan ini. Semakin besar keyakinan ini, maka kebenciannya menjadi semakin besar, dan keyakinannya kepada benda inipun menjadi negetif dan tidak memberi kehormatan kepadanya. Dengan keadaan ini, tentunya pengubatan ini tidak akan membawa kesembuhan, tetapi malah akan menimbulkan penyakit lagi.

Terlepas daripada dasar pemikiran diatas, keadaan darurat mempunyai hukum dan peraturannya yang tersendiri dalam pandangan syari’at. Misalnya sahaja minuman keras atau bahan yang dicampur dengannya dianggap sebagai satu-satunya ubat yang boleh menyembuhkan penyakit yang mengancam nyawa seseorang. Menurut seorang doktor  muslim yang pakar di bidangnya dan taat beragama, walaupun saya sendiri juga ragu itu akan berlaku, maka kaedah syariat tidak akan melarangnya. Hal itu dengan catatan jika keadaan yang ada memang sangat mendesak. Dalam sebuat ayat Allah SWT. berfirman(al-An’am:145):  

فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ

“Maka sesiapa yang terpaksa sedang dia tidak mengiginkannya dan tidak juga melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Tuesday 15 December 2015

Sudut Feqah: Jauhi Pub Dan Bar

Sumber Rujukan:

Halal dan Haram menurut Perspektif Islam  oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Seseorang Muslim diperintahkan untuk menjauhi bar,diskotik dan tidak bercampurgaul dengan mereka yang suka minuman keras(khamar @ arak). Umar ra. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda:
مَنْ كَنَ يُؤْمِنُ بِالَّله وَألْيَوْمَ أَلْآخِرِ فَلَا يَقْعُدْ عَلَى مَاءِدَةٍ تُدَارُ عَلَيْهَا أَلْجَمْرُ.   رواه أحمد

“Sesiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhir, maka dia tidak boleh duduk di sebuah jamuan di mana minuman keras ditawarkan”
Seseorang muslim diperintahkan untuk mengubah kemungkaran ketika melihatnya, dan jika tidak sanggup mengubahnya, dia mesti meninggalkan tempat itu.Sebagaimana Hadith riwayat Abu Said al-Khudri

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya, dan sekiranya dia tidak mampu (juga), maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah keimanan.” (Riwayat Imam Muslim). 

 Di dalam atsar yang diriwayatkan dari Umar bin Abdul Aziz ra. disebutkan bahawa dia mencambuk peminum-peminum keras bersama dengan mereka yang menyaksikannya, walaupun mereka tidak ikut minum. Diriwayatkan juga pada suatu hari dilaporkan kepadanya mengenai suatu kaum yang meminum minuman keras, maka diapun mengarahkan agar mencambuk mereka semua. Ada yang protes: “Di antara mereka ada si Fulan yang suka berpuasa.” Dia menjawab: “Mulakanlah daripada dia. Tidakkah kalian dengar firman Allah:

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
“Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam." (An-Nisa:140)

 

Sudut Feqah: Minuman Keras(Khamar @ Arak) Tidak Boleh Dihadiahkan

Sumber Rujukan:
Halal dan Haram menurut Perspektif Islam  oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi
 
Menjual dan memakan hasil minuman keras adalah haram. Menghadiahkan minuman keras tanpa imbalan, walaupun kepada orang Yahudi, Kristian atau siapa sahaja, adalah juga haram hukumnya. Tidak patut bagi orang Muslim memberi atau menerima hadiah berupa minuman keras. Orang Muslim adalah orang baik tidak sepatutnya memberi kecuali hadiah yang baik pula.
            Dalam satu riwayat dikatakan ada seorang ingin memberi hadiah minuman keras kepada Rasulullah SAW. tapi apabila baginda mengakhabarkan bahawa Allah SWT. mengharamkannya, orang itu terus bertanya: “bagaimana seandainya saya jual sahaja?” Rasulullah SAW, menjawab: “Allah mengharamkan meminumnya dan juga menjualnya. “Orang itu bertanya lagi: “Bolehkah saya menjamu Yahudi dengan minuman keras ini?” Rasulullah SAW. bersabda: “Allah mengharamkannya, dan juga mengharamkan menjamu orang Yahudi dengannya.”Orang itu balik bertanya: “Lantas apa yang harus saya lakukan? “Rasulullah bersabda:
  
 شَنْهَا عَلَى أَلْبَطْحَاءِ  روه ألحامدي 
“Campakkan sahaja ke parit”

Sudut Feqah: Berdagang Minuman Keras(Khamar @ Arak)

Sumber Rujukan:

Halal dan Haram menurut Perspektif Islam  oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Pengharaman minuman keras tidak hanya terhad meminumnya, tapi menjadikannya sebagai ladang perniagaan juga haram hukumnya, walaupun ianya dijual kepada orang bukan Islam. Dengan alasan itu, seseorang muslim tidak dihalalkan melakukan aktiviti eksport dan bekerja di kilang minuman keras. Dalam satu hadis disebutkan:

عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ : ( لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْخَمْرِ عَشْرَةً عَاصِرَهَا وَمُعْتَصِرَهَا وَشَارِبَهَا وَحَامِلَهَا وَالْمَحْمُولَةُ إِلَيْهِ وَسَاقِيَهَا وَبَائِعَهَا وَآكِلَ ثَمَنِهَا وَالْمُشْتَرِي لَهَا وَالْمُشْتَرَاةُ لَهُ ).

Berhubungkait dengan minuman keras, Rasulullah SAW. melaknat sepuluih orang, iaitu orang yang memerahnya, yang diminta diperahkan, peminum, pembawa,penyimpan,pengambil air,penjual,penikmat asil jualannya,pembeli dan orang yang dibelikan”. HR Tirmizi dan Abu Daud

Dan Juga dalam sebuah hadis:

عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِي اللَّهم عَنْهمَا أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ عَامَ الْفَتْحِ وَهُوَ بِمَكَّةَ إِنَّ اللَّهَ وَرَسُولَهُ حَرَّمَ بَيْعَ الْخَمْرِ وَالْمَيْتَةِ وَالْخِنْزِيرِ وَالْأَصْنَامِ

“Dari Jabir ra., ia berkata, ia mendengar Rasulullah SAW. bersabda pada hari pembukaan Makkah, Sesungguhnya Allah dan Rasulnya mengharamkan penjualan arak, bangkai,khinzir dan berhala.HR al-Bukhari

Berkaitan dengan Cashier:

وآكل ثمنها المشتري أي للشرب أو للتجارة بالوكالة وغيرها

Pemakan harta dari jualan arak yang dibeli pelanggan: iaitu samaada untuk diminum atau untuk dijadikan barang dagangan melalui wakil(Mirqat al-Mafatih:6/22)

Pada saat ayat dalam surah al-Maidah 90-91 turun,  

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (90) إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ (91)

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.( 90) Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang; maka apakah kamu berhentikan (dari mengerjakan pekerjaan itu).( 91)
Rasulullah SAW. bersabda:

إِنَّ اللهَ حَرَّمَ الخَمْرَ فَمَنْ أَدْرَكَتْهُ هَذِهِ اَلْآيَةُ وَعِنْدَهُ شَيْءٌ فَلَا يَشْرَبُ وَلَا يَبِعْ

“Sesungguhnya Allah mengharamkan minuman keras. Sesiapa yang menjumpai ayat ini dan dia mempunyai sesuatu daripada minuman keras itu, dia tidak boleh meminum dan menjualnya”HR: Muslim

Yang meriwayatkan hadis ini mengatakan: “orang-orang pun segera berdatangan membawa minuman keras yang dimiliknya ke lorong dan jalan Kota Madinah lalu membuangnya.” Berhubung dengan prinsip “menutup jalan keburukan”. Seorang muslim diharamkan menjual buah anggur kepada orang yang diketahui sebagai pembuat minuman keras. Dalam satu hadis disebutkan:
مَنْ حَبَسَ أَلْعِنَبَ أَيَّامَ أَلَقِطَافِ حَتَّى يَبِيْعَهُ مِنْ يَهُودِيٍّ أَو نَصْرانِيٍّ أَو مِمًّنْ يَتَّخِذُهُ خَمْرًا فَقَدْ تَقَحَّمَ أَلنَّارَ عَلَى بَصِيْرَةٍ

“Sesiapa menimbun buah anggur di musim tuaian untuk kemudian dijual kepada orang Yahudi, Nasrani atau orang yang akan menjadikannya sebagai minuman keras(meskipun dia seorang muslim) maka dia benar-benar menceburkan diri kedalam neraka secara sengaja”.HR Thabrani

Monday 14 December 2015

Sudut Feqah: Bahagian Kecil Daripada Sesuatu yang Memabukkan

Sumber Rujukan:

Halal dan Haram menurut Perspektif Islam  oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Untuk sekian kalinya Islam memperlihatkan ketegasan, di mana dia tidak peduli sedikit atau banyak minuman keras yang diminum. Berapapun banyaknya yang diminum, maka minuman keras akan menjerumuskan seseorang menjadi terbiasa, suka dan kerana ketagih hingga akhirnya menjadi terlanjur dan tidak tertolong lagi. Oleh itulah Rasulullah SAW. bersabda:

ما أسكر كثيره فقليله حرام

“Apapun yang banyaknya boleh memabukkan, maka sedikitnya pun adalah haram”.HR Ahmad dan Abu Daud

Dalam hadis lain Rasulullah SAW. bersabda:

مَا أَسْكَرَ الْفَرْقُ مِنْهُ فَمِلْءُ الْكَفِّ مِنْهُ حَرَامٌ

“Sesuatu yang satu galonnya memabukkan, maka satu tapak tangan daripadanya juga adalah haram”.HR: ahmad dan Abu daud

Sudut Feqah: Sesuatu Yang Memabukkan Adalah Minuman Keras (Khamar @ Arak)

Sumber Rujukan:

Halal dan Haram menurut Perspektif Islam  oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Yang Pertama menjadi perhatian utama Rasulullah SAW. bukanlah benda apakah yang dibuat menjadi minuman keras. Tetapi yang menjadi perhatian utamanya ialah akibat yang ditimbulkan, kesan negatif yang muncul. Apapun bentuk dan namanya, jika sesuatu itu memabukkan maka dia adalah minuman keras atau khamar, walau apapun bahan yang dipakai. Dengan asas ini, maka bir hitam dan sejenisnyaadalah haram.

            Pada suatu ketika Rasulullah SAW. pernah itanya menhenai minuman yang dibuat daripada campuran madu, bijirin dan gandum, yang kemudian melalui proses peragian menjadi minuman keras, maka Rasulullah SAW. menjawab:

رواه مسلم في صحيحه عَنِ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ: كُلُّ مُسْكِرٍ خَمْرٌ، وَكُلُّ خَمرٍ حَرَامٌ. 

“Setiap yang memabukkan adalah minuman keras dan setiap minuman keras adalah haram”.

Di atas mimbar Rasulullah SAW. Umar bin Khatab ra. menegaskan:

أَلْخَمْرُ مَا خَامَرَ الْعَقْلَ
“Khamar adalah apa yang boleh menutup aqal fikiran manusia”

Sunday 13 December 2015

Sudut Feqah: Minuman Keras(Khamar @ Arak)


Sumber Rujukan:
Halal dan Haram menurut Perspektif Islam  oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Minuman keras atau yang disebut khamar adalah minuman yang mengandungi kadar alkohol yang boleh memabukkan. Minuman keras jelas merugikan manusia. Samaada terhadap kesihatan badan mahupun akal fikiran, yang sekali gus juga mempunyai kesan negatif kepada keluarga, isteri dan anak-anak.Secara langsung minuman keras memberi keasan negatif  kepada moral, perbuatan dan masa hadapan bangsa secara keseluruhan.

Seseorang penyelidik mengatakan tidak ada bencana yang lebih berat daripada bencana yang ditimbulkan oleh minuman keras. Seandainya kita mahu melakukan bancian kepada mereka yang pada saat ini berada dihospital kerana gila, bunuh diri, membunuh, sakit penghadaman usus, atau juga kepada mereka yang muflis dan kehilangan seluruh harta bendanya, maka kita akan menjumpai bahawa penyebab terbesar daripada semua itu adalah minuman keras dengan kadar begitu membimbangkan. Kita akan melihat bahawa kerja keras kita selama ini untuk mengingatkan bahaya minuman keras ini ternyata masih sangat kecil kejayaan.

            Bangsa Arab di masa dulu sangat gemarkan minuman keras, bahkan menjadi simbol kebanggaan mereka yang boleh dibuktikan dengan memperhatikan bahasa mereka.Contohnya ialah mereka memberikan nama satu benda(khamar) dengan seratus nama, Dalam sya’ir, mereka pun menggambarkan betapa nikmatnya bekas dan meja yang dijadikan sebagai tempat minuman keras.
 
Apabila Islam datang, dia mendidik mereka dengan kebijaksanaan dengan cara melarang minuman keras secara bertahap. Mula-mula mereka dilarang sembahyang dalam keadaan mabuk.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لا تَقْرَبُوا الصَّلاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat sedang kamu dalam keadaan mabuk. (An Nisa': 43) 
Selepas itu al-Quran memberikan penjelas dan bahawa kesan negatif minuman keras itu lebih besar daripada manfaatnya.

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ ۖ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَا أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا ۗ وَيَسْأَلُونَكَ مَاذَا يُنفِقُونَ قُلِ الْعَفْوَ ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ

Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi. Katakanlah: "Pada keduanya terdapat dosa yang besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya". Dan mereka bertanya kepadamu apa yang mereka nafkahkan. Katakanlah: "Yang lebih dari keperluan". Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu supaya kamu berfikir,. (Al-Baqarah: 219) 
 
Dan terakhir barulah kemudian Allah menurunkan ayat yang meneluruh dan tsabit sebagaimana dalam surah al-Maidah 90-91:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالْأَنصَابُ وَالْأَزْلَامُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ (90) إِنَّمَا يُرِيدُ الشَّيْطَانُ أَن يُوقِعَ بَيْنَكُمُ الْعَدَاوَةَ وَالْبَغْضَاءَ فِي الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ وَيَصُدَّكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ وَعَنِ الصَّلَاةِ ۖ فَهَلْ أَنتُم مُّنتَهُونَ (91)

Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan.( 90) Sesungguhnya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu lantaran (meminum) khamar dan berjudi itu, dan menghalangi kamu dari mengingati Allah dan sembahyang; maka apakah kamu berhentilah (dari mengerjakan pekerjaan itu).( 91)

                Dalam dua ayat diatas secara tegas Allah mengharamkan minuman keras dan judi, dan mengganggapnya sama dengan memberi sesajian kepada berhala dan mengundi nasib dengan anak panah. Bahkan Allah menyebutnya sebagai kata “رِجْسٌ” yang dalam istilah al-Quran hanya dipakai untuk perbuatan yang sangat keji, buruk, jijik dan kotor. Ianya juga dianggap sebagai perbuatan syaitan, yang tidak lain keji dan mungkar.

Disisi lain Allah SWT. meminta manusia untuk menjauhi perbuatan itu agar memperolehi kejayaan. Dalam ayat selanjutnya juga disebutkan bahawa kesan minuman keras adalah boleh memutuskan hubungan pertalian persaudaraan, menimbulkan kebencian dan permusuhan, menghalang kewajipan agama, seperti zikir dan sembahyang. Terakhir dengan bentuk pertanyaan Allah SWT. meminta mereka berhenti: ‘maka apakah kalian berhenti(daripada melakukannya).” Setiap orang muslim tentulah kita harus menjawab:’Kami berhenti, wahai Tuhanku’        

            Tindakbalas mereka dengan turunnya ayat ini sungguh menakjubkan. Ada di antara mereka yang pada ketika itu sedang memegang segelas  dan meminum separuh isinya. Saat dia akan menghabiskan saki bakinya, dia mendengar ayat ini dibacakan, maka segeralah di mencampakkan cawan itu dan menumpahkannya ke tanah. Banyak Negara yang telah menyedari bahaya minuman keras ini. Di antaranya ada yang berusaha melarang minuman keras dengan undang-undang dan kekuatan militeri seperti Amerika, namun ianya ia gagal total. Hanyalah Islam sebagai satu-satunya sistem yang berjaya dengan baik memerangi dan menghancurkannya.

Tokoh gereja berbagai pendapat mengenai minuman keras. Mereka merujuk kepada sebuah teks yang ada di dalam injil.”Sedikit minuman keras boleh menyihatkan penghadaman.” Andaikata kenyataan itu benar, maka yang sedikit itupun mesti dihindari, kerana memang pada awalnya hanya sedikit, tapi lama-lama akan mendorong mereka mencuba lagi dan akhirnya menjadi ketagih.

            Berbeza dengan Islam. Yang memberi petunjuk dan bimbingan yang sangat jelas mengenai minuman keras dan pelbagai aspek yang boleh menjerumuskan manusia menjadi ketagih minuman keras.

Tuesday 8 December 2015

Sudut Feqah: Hukum Tatu, Panggur, Pembedahan Plastik dan Menipiskan Alis(Bulu Kening)


Sumber Rujukan:
Halal dan Haram menurut Perspektif Islam  oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Penggunaan kosmetik untuk berhias secara belebih-lebihan sehingga mengubah bentuk semulajadi ciptaan Allah ditolak oleh Islam, yang diketogerikan oleh Al-Qur’an sebagai wahyu syaitan yang mengatakan kepada pengikutnya:

وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الْأَنْعَامِ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُبِينًا

“Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya”. Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata”.An-Nisa:119

Termasuk ke dalam perbuatan yang diharamkan Islam adalah membuat tattoo tubuh dan mengikir gigi (panggur).Dalam sebuah hadith disebut:

لَعَنَ رسول الله (صلى الله عليه وسلم)  الْوَاشِمَةَ وَالْمُسْتَوْشِمَةَ ، وَالْوَاشِرَةَ وَالْمُسْتَوْشِرَةَ

“Rasulullah mengutuk wanita yang mengtatoo dan minta ditatoo, wanita yang memangur dan minta dipangur”. HR Muslim

Dalam pen’tatoo’an berlaku pengubahan wajah dan tangan dengan warna biru dan lukisan yang buruk. Sebahagian masyarakat Arab bersikap sangat berlebihan, Khususnya kaum wanita yang melukis sebahagian tubuh mereka. Sebahagian pemeluk agama juga melukis sembahan dan simbol agama mereka, sebagaimana yang kita lihat pada orang kristian yang melukis salib di tangan mereka.

Selain kerosakan di atas, rasa sakit dari penyeksaan ketika ditusukannya jarum ketubuh orang yang ditatoo itu juga menjadi sebab turunya laknat kepada orang yang mentatoo dan ditatoo.

Rasulullah SAW. juga mengutuk wanita yang memangur dan memintanya dipangur, iaitu meruncingkan dan menajamkan gigi dengan kikir. Andai yang melakukan kerja tersebut adalah lelaki, tentulah laknat yang turun menjadi lebih besar.

Selain mengharamkan pangur, Rasulullah SAW. juga mengharamkan proses penjarangan gigi:

لَعَنَ أَلْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ أَلمُغَيِّرَاةِ خَلْقَ ألَّلهِ

“Dan dia mengutuk wanita-wanina yang merenggangkan giginya demi kerapian, yang mengubah ciptaan Allah”. HR: Bukhari dan Muslim

Yang terangkum dalam hadis di atas adalah wanita yang merenggangkan dan direnggangkan giginya. Ada wanita yang dicipta dengan gigi rapat, ada pula yang renggang. Kemudian mereka mengikir celah gigi supaya menjadi renggang. Ini jelas akan menipu penilian orang lain dan dandanan yang berlebihan itu bercanggah dengan prinsip ajaran Islam.

Berlandaskan hadis diatas, kitapun mengetahui hukum terhadap praktik yang lazim disebut sebaga operasi kecantikan(ataupun operasi plastik), Ianya tidak lain adalah produk atau hasil daripada peradabaan yang memuja kecantikan fizikal dan nafsu syahwat, sebuah peradaban yang materialistik. Mereka rela mengeluarkan wang ribuan ringgit untuk mengubah hidung, payudara dan lain-lain.

Mereka semua termasuk orang-orang yang dikutuk oleh Allah dan Rasulnya, kerana mereka menyeksa manusia dan mengubah ciptaan Allah tanpa alasan yang benar. Ianya hanyalah sikap berlebihan dalam hal penampilan zahiriah tanpa melihat hakikat masalah yang ada.

Akan berbeza jika orang tersebut memang mempunyai cacat, seperti tumor atau kanser yang menyakitkan, samaada secara jasmaniah mahupun kejiwaan, terutama bila penderita berada disuatu tempat tertentu. Dengan keadaan ini, tidak mengapa jika dia melakukan operasi, selama tujuannya adalah menghilangkan kesukaraan dan penyakit yang mengganggu, Allah SWT. tidak menyukarkan kehidupan manusia dalam agama ini.

Pandangan yang diperkuat oleh hadis yang mengutuk wanita yang merenggangkan gigi dengan niat mempercantik diri sahaja. Dari hadis ini boleh difahami,bahawa yang dicela adalah jika dia melakukannya semata-mata kerana keindahan dan kecantikan. Tetapi jika semua itu dilakukanya dengan maksud untuk menghilangkan gangguan atau sakit yang dideritai, itu tidaklah mengapa. Wallahu a'lam

Monday 7 December 2015

Sudut Feqah: Hukum Emas Dan Sutera Bagi Lelaki


Sumber Rujukan:
Halal dan Haram menurut Perspektif Islam  oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Walaupun Islam menggalakkan berhias dan membantah ke atas pengharamannya, sebagaimana dikatakan dalam firman Allah dalam surah al-A’raf: 32,
قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ اللّهِ الَّتِيَ أَخْرَجَ لِعِبَادِهِ وَالْطَّيِّبَاتِ مِنَ الرِّزْقِ
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Siapakah yang (berani) mengharamkan perhiasan Allah yang telah dikeluarkanNya untuk hamba-hambaNya, dan demikian(siapa pula yang mengharamkannya) rezeki yang baik?.."

akan tetapi Islam mengharamkan dua jenis perhiasan untuk kaum lelaki dan tetap menghalalkan kedua-duanya bagi kaum wanita, iaitu emas dan sutera.
Diriwayatkan dari Ali ra. ia berkata:

أَخَذَ حَرِيرًا فَجَعَلَهُ فِي يَمِينِهِ وَأَخَذَ ذَهَبًا فَجَعَلَهُ فِي شِمَالِهِ ، ثُمَّ قَالَ : " إِنَّ هَذَيْنِ حَرَامٌ عَلَى ذُكُورِ أُمَّتِي
“Rasulullah SAW. mengambil kain sutera dan meletakkan di tangan kanannya dan mengambil emas lalu diletakkan di tangan kirinya, kemudian bersabda: “Kedua benda ini haram bagi lelaki umatku”.HR Abu Daud, An-Nasaei, Ibn Hibban dan Ibn Majah.

Diriwayatkan daripada Umar ra., ia berkata:

" لَا تَلْبَسُوا الْحَرِيرَ ، فَإِنَّهُ مَنْ لَبِسَهُ فِي الدُّنْيَا لَمْ يَلْبَسْهُ فِي الْآخِرَةِ "

“Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda: Janganlah kalian memakai kain sutera, kerana orang yang memakainya di dunia, maka tidak akan memakainya kelak di akhirat”.HR Bukhari dan Muslim.

Berhubung dengan pakaian sutera, Rasulullah SAW. bersabda:

إِنَّمَا هَذِهِ لِبَاسُ مَنْ لَا خَلَاقَ

“Sesungguhnya ini adalah pakaian orang yang tidak mempunyai bahagian(kelak di akhirat”. HR Bukhari dan Muslim

Pada Suatu ketika Rasulullah SAW. melihat seseorang sahabat memakia cincin daripada emas. Segera Baginda menyuruh orang itu supaya melepaskan cincin dan mencampakkannya, sambil bersabda:

يَعْمِدُ أَحَدُكُمْ إِلَى جَمْرَةٍ مِنْ نَارٍ فَيَجْعَلُهَا فِي يَدِهِ " . فَقِيلَ لِلرَّجُلِ بَعْدَمَا ذَهَبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : خُذْ خَاتَمَكَ انْتَفِعْ بِهِ ، قَالَ : وَاللَّهِ لا آخُذُهُ أَبَدًا وَقَدْ طَرَحَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ .

“Salah seorang dari kalian sengaja mengambil bara api neraka dan diletakkan di tangannya. “Setelah Rasulullah pergi, dikatakan kepada orang itu “Ambillah dan manfaatkan cincinmu.”Dia menjawab: “tidak, demi Allah aku tidak akan mengambilnya sedangkan Rasulullha sudah mnecampakkannya”.HR Bukhari dan Muslim

Perhiasan yang serupa cincin seperti pen, jam tangan, mancis,rokok, gigi yang terbuat daripada emas, sering diguna pakai oleh mereka yang suka hidup bermewah-mewahan.

Manakala cincin yang tebuat dari perak dibolehkan bagi lelaki. Imam Bukhari meriwayatkan sebuah hadis dari Ibnu Umar ra., ia berkata:

(اتَّخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) خَاتَمًا مِنْ وَرِقٍ فَكَانَ فِي يَدِهِ ثُمَّ كَانَ فِي يَدِ أَبِي بَكْرٍ ثُمَّ كَانَ فِي يَدِ عُمَرَ ثُمَّ كَانَ فِي يَدِ عُثْمَانَ حَتَّى وقع منه فى بئر أريس نَقْشُهُ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membuat cincin dari perak. Pertama beliau yang memakai, kemudian dipakai Abu Bakar, kemudian Umar, kemudian dipakai Utsman, hingga akhirnya terjatuh ke dalam perigi Arisy. Ukirannya bertuliskan: Muhammad Rasulullah. HR. Bukhari, Muslim, Nasai, dan yang lainnya

Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu, beliau menceritakan,
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّخَذَ خَاتَمًا مِنْ فِضَّةٍ، وَنَقَشَ فِيهِ: مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ، وَقَالَ: «إِنِّي اتَّخَذْتُ خَاتَمًا مِنْ وَرِقٍ، وَنَقَشْتُ فِيهِ مُحَمَّدٌ رَسُولُ اللَّهِ، فَلاَ يَنْقُشَنَّ أَحَدٌ عَلَى نَقْشِهِ»
Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam membuat cincin dari perak, dan diukir: Muhammad Rasulullah. Kemudian Beliau bersabda, “Sesungguhnya aku membuat cincin dari perak, dan aku ukir Muhammad Rasulullah. Karena itu, jangan ada seorang pun yang mengukir dengan tulisan seperti ini.” HR. Bukhari
Manakala barangan logam yang lain, tidak ada nas agama yang mengharamkannya, bahkan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam Bukhari disebutkan bahawasanya, Rasulullah SAW. bersabda kepada seorang sahabat yang hendak menikah:

"انظروا إلى المهر حتى يكون خاتم مصنوع من الحديد".

Carilah untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin yang diperbuat daripada besi

Dengan dasar ini ,Imam Bukhari menggangap bahawa cincin besi itu halal hukumnya

Ada kelonggaran bagi lelaki untuk memakai sutera dengan alasan kesihatan. Landasannya ialah Rasulullah SAW.pernah mengizinkan Abdur Rahman bin Auf dan Zubir bin Awwam ra. memakai pakaian sutera ketika mereka berdua menderita penyakit gatal.

 

 

Friday 4 December 2015

Sudut Feqah: Orang Yang Mampu Bekerja Adalah Haram Menganggur


Sumber Rujukan:
Halal dan Haram menurut Perspektif Islam  oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi
 
Tidaklah dibenarkan seorang muslim itu malas bekerja hanya dengan alasan ingin beribadah dan bertawakkal semata-mata kepada Allah, kerana langit tidak akan menurunkan emas. Tidak benar juga jika dia bersandar kepada belas kasihan orang, manakala dia mampu bekerja untuk mencukupi keperluan keluarganya sendiri. Dalam satu hadis Rasulullah bersabda:
 
 لَا تَحِلُّ الصَّدَقَةُ لِغَنِيٍّ ، وَلَا لِذِي مِرَّةٍ سَوِيٍّ
"Tidaklah halal sedekah bagi orang kaya dan orang yang mempunyai kekuatamn fisik yang baik”. HR: Tirmizi
Termasuk satu aspek yang dilarang dan diharamkan Rasulullah adalah mengemis, kerana perbuatan itu akan mengotori imej baik dirinya sendiri, harga diri dan kehormatannya, padahal tidak ada alasan mendesak untuk menjadi pengemis, Dalam hadis Rasulullah SAW. bersabda:
الَّذِي يَسْأَلُ النَّاسَ مِنْ غَيْرِ حَاجَةٍ كَمَثَلِ الَّذِي يَلْتَقِطُ الْجَمْرَ
“Orang yang mengemis tanpa adanya kepentingan, serupa dengan orang yang mengambil bara api dengan tangannya”.HR Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah.
Dalam hadis lain Nabi SAW. bersabda:
 مَنْ سَأَلَ ألَنَّاسِ لِيُثْرِيَ بِهِ مَالَهُ كَانَ خُمُوشًافِي وَجْهِهِ إِلَى يَوْم أَلقيامَةِ.وَرَضْفًا يَأْكُلُهُ مِنْ جَهَنَّمَ
فمَنْ شَاءَ تَرَكَ إِلا أَنْ يَسْأَلَ ذَا سُلْطَانٍ أَوْ فِي أَمْرٍ لا يَجِدُ مِنْهُ بُدّا
“Sesiapa yang mengemis kepada manusia kerana untuk memperbanyakkan hartanya, maka perbuatan itu akan menjadi guratan hitam diwajahnya sampai hari Qiamat, dan batu panas dari neraka jahanam yang dimakannya. Maka sesiapa yang berkehendak. Maka sesiapa yang berkehendak, maka mestilah hal itu ditinggalkan, kecuali jika dia meminta kepada orang yang mempunyai wewenang(kedudukan) atau alam suatu keadaan yang tidak ada lagi jalan keluarnya.” HR: Tirmizi
Peringatan keras semacam ini merupakan bimbingan Rasulullah SAW. untuk menjaga kehormatan,harga diri, kemandirian seseorang dan tidak selalu berharap kepada pemberian dan bantuan orang lain.