Tuesday 15 December 2015

Sudut Feqah: Minuman Keras(Khamar @ Arak) Tidak Boleh Dihadiahkan

Sumber Rujukan:
Halal dan Haram menurut Perspektif Islam  oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi
 
Menjual dan memakan hasil minuman keras adalah haram. Menghadiahkan minuman keras tanpa imbalan, walaupun kepada orang Yahudi, Kristian atau siapa sahaja, adalah juga haram hukumnya. Tidak patut bagi orang Muslim memberi atau menerima hadiah berupa minuman keras. Orang Muslim adalah orang baik tidak sepatutnya memberi kecuali hadiah yang baik pula.
            Dalam satu riwayat dikatakan ada seorang ingin memberi hadiah minuman keras kepada Rasulullah SAW. tapi apabila baginda mengakhabarkan bahawa Allah SWT. mengharamkannya, orang itu terus bertanya: “bagaimana seandainya saya jual sahaja?” Rasulullah SAW, menjawab: “Allah mengharamkan meminumnya dan juga menjualnya. “Orang itu bertanya lagi: “Bolehkah saya menjamu Yahudi dengan minuman keras ini?” Rasulullah SAW. bersabda: “Allah mengharamkannya, dan juga mengharamkan menjamu orang Yahudi dengannya.”Orang itu balik bertanya: “Lantas apa yang harus saya lakukan? “Rasulullah bersabda:
  
 شَنْهَا عَلَى أَلْبَطْحَاءِ  روه ألحامدي 
“Campakkan sahaja ke parit”

No comments:

Post a Comment