Friday 18 May 2018

Amalan-amalan utama pada Bulan Ramadhan: Mencari malam al-Qadar (Lailatulqadar)

Amalan-amalan utama pada Bulan Ramadhan

Ketika bulan Ramadhan umat Islam digalakkan memperbanyakkan amal ibadat sebaik mungkin bagi mendapatkan fadilat yang tinggi di sisi Allah Subhanahuwata'ala. Antara amalan utama dan besar pahalanya pada bulan ini adalah:

5-Mencari malam al-Qadar (Lailatulqadar)

Firman Allah menjelaskan kelabihan malam al-Qadar (Lailatulqadar):

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Al-Qadr:3

Menurut ulama tafsir, ayat ini memberi pengertian kepada kita bahawa beramal pada malam al-Qadr atau lailatulqadar lebih baik daripada beramal selama 1000 bulan yang tidak ada lailatulqadr (malam al-Qadr) di dalamnya. Rujuk:Al-Asas fi at-Tafsir,Syeikh Said Hawa.

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam,

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu dari Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menegakkan/bangun lailatul qadar (mengisi dengan ibadah) kerana iman kepada Allah dan mengharapkan pahala (hanya dariNya) maka akan diampuni dosa-dosa yang telah dikerjakannya, dan barangsiapa yang melaksanakan Puasa Ramadhan kerana iman kepada Allah dan mengharapkan pahala (hanya dariNya) maka akan diampuni dosa-dosa yang telah dikerjakannya". HR Bukhari, 1901.

Menurut penjelasan beberapa hadith, lailatulqadar ini terdapat pada sepuluh malam terakhir Ramadhan iaiatu pada malam-malam ganjil. Oleh kerana itu, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam menggiatkan ibadahnya pada malam-malam tersebut termasuklah beriktikaf di masjid sebagaimana yang telah dijelaskan tadi.

Aisyah berkata,

ُ قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ

Aisyah berkata; "Pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam lebih giat beribadah melebihi hari-hari selainnya." HR Muslim,2009

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam,

عَنْ أَبِي سَلَمَةَ قَالَ سَأَلْتُ أَبَا سَعِيدٍ وَكَانَ لِي صَدِيقًا فَقَالَ
اعْتَكَفْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعَشْرَ الْأَوْسَطَ مِنْ رَمَضَانَ فَخَرَجَ صَبِيحَةَ عِشْرِينَ فَخَطَبَنَا وَقَالَ إِنِّي أُرِيتُ لَيْلَةَ الْقَدْرِ ثُمَّ أُنْسِيتُهَا أَوْ نُسِّيتُهَا فَالْتَمِسُوهَا فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ فِي الْوَتْرِ وَإِنِّي رَأَيْتُ أَنِّي أَسْجُدُ فِي مَاءٍ وَطِينٍ فَمَنْ كَانَ اعْتَكَفَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلْيَرْجِعْ فَرَجَعْنَا وَمَا نَرَى فِي السَّمَاءِ قَزَعَةً فَجَاءَتْ سَحَابَةٌ فَمَطَرَتْ حَتَّى سَالَ سَقْفُ الْمَسْجِدِ وَكَانَ مِنْ جَرِيدِ النَّخْلِ وَأُقِيمَتْ الصَّلَاةُ فَرَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْجُدُ فِي الْمَاءِ وَالطِّينِ حَتَّى رَأَيْتُ أَثَرَ الطِّينِ فِي جَبْهَتِهِ

..........."Sungguh aku diperlihatkan (dalam mimpi) tentang Lailatul Qadar namun aku lupa atau dilupakan waktunya yang pasti. Namun carilah pada sepuluh malam-malam akhir dan pada malam yang ganjil. Sungguh aku melihat dalam mimpi, bahwa aku sujud diatas tanah dan air (yang becek). .... HR Bukhari, 1877.

Menurut ulama,sekurang-kurang Qiyam lailatul Qadr (yakni bangun mengerjakan ibadah pada malam al-Qadr untuk mendapatkan kelebihannya) adalah dengan seseorang itu menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Subuh secara berjamaah. Hal ini kerana Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda dalam satu hadithnya,

حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ حَكِيمٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي عَمْرَةَ قَالَ دَخَلَ عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ الْمَسْجِدَ بَعْدَ صَلَاةِ الْمَغْرِبِ فَقَعَدَ وَحْدَهُ فَقَعَدْتُ إِلَيْهِ
فَقَالَ يَا ابْنَ أَخِي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا قَامَ نِصْفَ اللَّيْلِ وَمَنْ صَلَّى الصُّبْحَ فِي جَمَاعَةٍ فَكَأَنَّمَا صَلَّى اللَّيْلَ كُلَّهُ
و حَدَّثَنِيهِ زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْأَسَدِيُّ ح و حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ جَمِيعًا عَنْ سُفْيَانَ عَنْ أَبِي سَهْلٍ عُثْمَانَ بْنِ حَكِيمٍ بِهَذَا الْإِسْنَادِ مِثْلَهُ

Telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Abu 'Amrah katanya; Usman bin Affan memasuki masjid setelah shalat maghrib, ia lalu duduk seorang diri, maka aku pun duduk menyertainya. Katanya; "Wahai keponakanku, aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa shalat isya` berjama'ah, seolah-olah ia shalat malam selama separuh malam, dan barangsiapa shalat shubuh berjamaah, seolah-olah ia telah shalat seluruh malamnya." Dan telah menceritakan kepadaku hadis ini Zuhair bin Harb telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abdullah Al Asadi (Dan diriwayatkan dari jalur lain) telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Rafi' katanya; telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq, semuanya dari Sufyan dari Abu Sahl Usman bin Hakim dengan sanad seperti ini. HR Muslim, 1049.

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam

مَنْ صَلَّى الْعِشَاءَ الْآخِرَةَ فِي جَمَاعَةٍ فِي رَمَضَانَ فَقَدْ أَدْرَكَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ

Maksudnya: “Barangsiapa yang solat Isyak yang terakhir (Isyak merupakan solat fardhu terakhir yang wajib ditunaikan atau solat Isyak yang sebenar dalam waktunya) dengan cara berjemaah pada bulan Ramadhan maka dia telah mendapatkan Lailatul al-Qadar”. [Riwayat Ibn Khuzaimah (2195)]

Imam al-Syafie RA berkata pada mazhabnya yang lama:

مَنْ شَهِدَ الْعِشَاءَ وَالصُّبْحَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ، فَقَدْ أَخَذَ بِحَظِّهِ مِنْهَا

Maksudnya: “Barangsiapa yang menyaksikan (hadir) menunaikan solat Isyak dan Subuh pada malam al-Qadar maka dia telah mendapat bahagiannya daripada malam tersebut”. [Lihat: Raudhah al-Tholibin, 390/2]

Di samping itu, tidak diketahui nas yang bertentangan dengan hal ini di dalam mazhab Imam al-Syafie yang baru. Dengan itu, setiap yang dinaskan di dalam mazhab yang lama yang mana tidak berlaku percanggahan di dalam mazhab yang baru samada yang bertentangan dengannya atau juga yang bertepatan dengannya maka itu adalah mazhabnya. Tambahan pula, Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani mengatakan waktu bermulanya malam al-Qadar adalah selepas terbenamnya matahari dan berakhir apabila terbitnya fajar berdasarkan ayat terakhir di dalam surah al-Qadar. Ini juga merupakan pendapat ashab kami (ulama’ al-Syafi’eyyah) ketika menafsirkan ayat tersebut. [Lihat: Fath al-Bari, 451/6]

Amalan-amalan utama pada Bulan Ramadhan: Beriktikaf

Amalan-amalan utama pada Bulan Ramadhan
Ketika bulan Ramadhan umat Islam digalakkan memperbanyakkan amal ibadat sebaik mungkin bagi mendapatkan fadilat yang tinggi di sisi Allah Subhanahuwata'ala. Antara amalan utama dan besar pahalanya pada bulan ini adalah:
4-Beriktikaf
ُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الْأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ
Dari Abdullah bin Umar radliallahu 'anhuma bahwa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam melakukan I'tikaf pada sepuluh terakhir dari bulan Ramadlan. HR Muslim,2003
Iktikaf bermaksud menetap di dalam masjid dengan niat beribadah. Rujuk: Al-Fiqh al-Manhaji.
Tiga syarat Iktikaf :
1- Berniat iktikaf (yakni berniat untuk tinggal atau berdiam di dalam masjid dalam tempoh tertentu dengan tujuan ibadah bagi melaknakan sunah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam).
2- Menetap atau tinggal di dalam masjid dalam tempoh tertentu yang dapat dianggap pada uruf bahawa seseorang itu beriktikaf atau duduk diam di dalam masjid. Uruf: Ialah sesuatu yang telah dikenal oleh masyarakat dan merupakan kebiasaan dalam kalangan mereka samaada berupa perkataan mahupun perbuatan.
3- Seorang yang beriktiaf pula disyaratkan hendaklah seorang Muslim,berakal sihat dan suci dari haid,nifas dan janabah.
Hukum iktikaf adalah sunat pada setiap waktu dan lebih disunatkan lagi pada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan kerana di antara malam-malam tersebut terdapatnya lailatulqadar atau malam al-Qadar. Menurut ulama, beriktikaf pada sepuluh malam terakhir pada bulan Ramadhan hukumnya ialah sunat muakkad (yakni sunat yang amat-amat dituntut). Raudhah al-Muttaqin Syarh Riyadh ash-Shalihin.

Amalan-amalan utama pada Bulan Ramadhan: Menggiatkan ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadhan

Amalan-amalan utama pada Bulan Ramadhan

Ketika bulan Ramadhan umat Islam digalakkan memperbanyakkan amal ibadat sebaik mungkin bagi mendapatkan fadilat yang tinggi di sisi Allah Subhanahuwata'ala. Antara amalan utama dan besar pahalanya pada bulan ini adalah:

3-Menggiatkan ibadah pada sepuluh malam terakhir Ramadhan

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ أَحْيَا اللَّيْلَ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ وَجَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ

Dari Aisyah radliallahu 'anha, ia berkata; Ketika Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam memasuki sepuluh terakhir (Ramadhan), maka beliau menghidupkan malam-malamnya (dengan qiyamullail) dan membangunkan keluarganya serta mengencangkan ikatan kainnya (kiasan::menjauhi isterinya untuk lebih konsentrasi beribadah)." HR Muslim, 2008

ُ قَالَتْ عَائِشَةُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجْتَهِدُ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مَا لَا يَجْتَهِدُ فِي غَيْرِهِ

Aisyah berkata; "Pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam lebih giat beribadah melebihi hari-hari selainnya." HR Muslim,2009.

Amalan-amalan utama pada Bulan Ramadhan: Menghidupkan malam Ramadhan dengan ibadah sunat

Amalan-amalan utama pada Bulan Ramadhan

Ketika bulan Ramadhan umat Islam digalakkan memperbanyakkan amal ibadat sebaik mungkin bagi mendapatkan fadilat yang tinggi di sisi Allah Subhanahuwata'ala. Antara amalan utama dan besar pahalanya pada bulan ini adalah:

2- Menghidupkan malam Ramadhan dengan ibadah sunat (Tarawih,Tahajjud,Witir dan sebagainya).

ِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah Saallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa menegakkan/qiyam(untuk beribadah) Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu". HR Bukhari,36,Muslim,759.

Menurut Imam Nawawi, yang dimaksudkan qiyam ramadhan dalam hadith di atas ialah solat Tarawih. Namun, ada ulama yang memberi makna umum iaitu segala solat sunat yang dilakukan untuk menghidupkan malam dengan qiamullail. Justeru itu, menurut pandangan yang kedua ini, termasuk dalam qiyam Ramadhan ialah solat Tarawih, solat Tahajud, solat Witir dan ibadah-ibadah lain yang dikerjakan pada malam Ramadhan. Syarh Sahih Muslim ,Imam Nawawi. Raudhah al-Muttaqin Syarh Riyadh ash Salihin

Amalan-amalan utama pada Bulan Ramadhan: Berpuasa dengan sepenuh hati

Amalan-amalan utama pada Bulan Ramadhan

Ketika bulan Ramadhan umat Islam digalakkan memperbanyakkan amal ibadat sebaik mungkin bagi mendapatkan fadilat yang tinggi di sisi Allah Subhanahuwata'ala. Antara amalan utama dan besar pahalanya pada bulan ini adalah,

1-Berpuasa dengan sepenuh hati:

Sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam,

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِه

“Barangsiapa yang puasa Ramadhan karena iman dan mengharapkan pahala, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith yang lain Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam,) bersabda,

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلُّ عَمَلِ ابْنِ آدَمَ يُضَاعَفُ الْحَسَنَةُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعمِائَة ضِعْفٍ قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا الصَّوْمَ فَإِنَّهُ لِي وَأَنَا أَجْزِي بِهِ يَدَعُ شَهْوَتَهُ وَطَعَامَهُ مِنْ أَجْلِي لِلصَّائِمِ فَرْحَتَانِ فَرْحَةٌ عِنْدَ فِطْرِهِ وَفَرْحَةٌ عِنْدَ لِقَاءِ رَبِّهِ وَلَخُلُوفُ فِيهِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Setiap amal anak Adam dilipatgandakan pahalanya. Satu kebaikan diberi pahala sepuluh hingga tujuh ratus kali. Allah 'azza wajalla berfirman; 'Selain puasa, kerana puasa itu adalah bagi-Ku dan Akulah yang akan memberinya pahala. Sebab, ia telah meninggalkan nafsu syahwat dan nafsu makannya kerana-Ku.' Dan bagi orang yang berpuasa ada dua kebahagiaan. Kebahagiaan ketika ia berbuka, dan kebahagiaan ketika ia bertemu dengan Rabb-Nya. Sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada wanginya kesturi." HR Muslim: 1945

Tuesday 8 May 2018

Gembira menyambut Ramadhan

Gembira menyambut Ramadhan

Diantara salah satu tanda keimanan seorang Muslim adalah mereka bergembira akan kedatangan bulan Ramadhan. Ibarat seperti menyambut tamu agong yang ia nanti-nantikan, maka ia akan persiapkan segalanya dan tentu hati menjadi sangat senang menyambut tamu Ramadhan yang akan datang ini. Tentu lebih senang lagi jika ia menjumpai Ramadhan. Maka disaat ini akan kedengaranlah dimana-mana masjid atau surau-surau seruan:


(اللهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِي رَجَبٍ وَشَعْبَانَ، وَبَارِكْ (وَبَلِّغْنَا) لَنَا فِي رَمَضَانَ) dhaif/mungkar hadis                                     

Hendaknya seorang muslim itu khuwatir akan dirinya, jika dia tidak ada perasaan gembira akan datangnya Ramadhan. dimana ia merasa seperti biasa-biasa sahaja dan tidak ada yang istimewa baginya. Boleh jadi ia akan terluput dari kebajikan dan kebaikan yang banyak. Kerana  ianya adalah kurniaan dari Allah Subhanahuwataála. maka oleh kerana itu seorang muslim harus bergembira kerananya.

Allah berfirman,

ﻗُﻞْ ﺑِﻔَﻀْﻞِ ﺍﻟﻠّﻪِ ﻭَﺑِﺮَﺣْﻤَﺘِﻪِ ﻓَﺒِﺬَﻟِﻚَ ﻓَﻠْﻴَﻔْﺮَﺣُﻮﺍْ ﻫُﻮَ ﺧَﻴْﺮٌ ﻣِّﻤَّﺎ ﻳَﺠْﻤَﻌُﻮﻥَ

“Katakanlah: ‘Dengan kurnia Allah dan rahmatNya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurniaan Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan”  Yunus : 58

Kurniaan Allah bermaksud Islam.
Rahmat Allah bermaksud al-Qur'an. Tafsir al-Jalalayn

Ada dua golongan muslim dalam menyambut akan ketibaan Ramadhan:

1-Gembira .terbahagi kepada dua: 
      Pertama: Gembira dunia seperti kanak-kanak.
      Kedua  :  Gembira akhirat

2-Tidak gembira

Kita Gembira menyambut Ramadhan kerana:

1-Ramadhan adalah satu syiar yang agong dalam agama,yang harus kita hormati dan agongkan, seperti Firman Allah swt.Surah Al-Hajj:32

ذَلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِن تَقْوَى الْقُلُوبِ

Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi’ar-syi’ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.

2-Puasa di dalam bulan Ramadhan adalah kewajipan keatas setiap Muslim

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa, Al-Baqarah:183


3-Penghapus dosa


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ؛ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم كَانَ يَقُوْلُ: اَلصَّلَوَاتُ الْخَمْسُ. وَالْجُمْعَةُ إِلَى الْجُمْعَةِ. وَرَمَضَانُ إِلَى رَمَضَانَ. مُكَفِّرَاتُ مَا بَيْنَهُنَّ. إِذَا اجْتَنَبَ الْكَبَائِرَ

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: "Sholat lima waktu, dari Jum’at ke jum’at dan dari Ramadhan ke Ramadhan ialah menghapuskan dosa diantara masing-masing apabila dijauhinya dosa-dosa besar." (Hadits Riwayat Muslim)


مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيْمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِه


“Barangsiapa yang puasa Ramadhan karena iman dan mengharapkan pahala, akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR. Bukhari dan Muslim)


4-Bulan Kebajikan/kebaikan dan bulan Ibadah(syahrul I’badah)

إِذَا كَانَ أَوَّلُ لَيْلَةٍ مِنْ شَهْرِرَمَضَانَ صُفِّدَتِ الشَّيَاطِيْنُ وَمَرَدَةُ الْجِنِّ، وَغُلِّقَتْ أَبْوَابُ النَّارِ فَلَمْ يُفْتَحْ مِنْهَا بَابٌ. وَفُتِحَتْ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ فَلَمْ يُغْلَقْ مِنْهَا بَابٌ، وَيُنَادِي مُنَادٍ: يَا بَاغِيَ الْخَيْرِ أَقْبِلْ، وَيَا بَاغِيَ الشَّرِّ أَقْصِرْ، وَلِلَّهِ عُتَقَاءُ مِنَ النَّارِ، وَ ذَلِكَ كُلَّ لَيْلَةٍ

 “Apabila datang awal malam dari bulan Ramadhan, syaitan-syaitan dan jin-jin yang sangat jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup tidak ada satu pintupun yang terbuka, sedangkan pintu-pintu surga dibuka tidak ada satu pintupun yang ditutup. Dan seorang penyeru menyerukan: ‘Wahai orang yang menginginkan kebaikan kemarilah. Wahai orang-orang yang menginginkan kejelekan tahanlah.’ Dan Allah memiliki orang-orang yang dibebaskan dari neraka, yang demikian itu terjadi pada setiap malam.” (HR. At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Kita gembira kerana ibadah senang dilakukan: solat berjemaah(masjid ramai),sedekah dan sebagainya.

5-Bulan ukhwah/kasih sayang(syahrul tarahhum) – Ukhwah yang luar biasa.

 وَمَنْ َ كا َ ن يُؤْمِنُ ِباللهِ وَاْليَوِم الآخِر َفلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Maksudnya: “Dan siapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat maka hendaklah dia mengeratkan kekeluargaan (silaturrahim).”HR Bukhari



عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ : مَنْ سَرَّهُ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِى رِزْقِهِ وَأَنْ يُنْسَأَ لَهُ فِى أَثَرِهِ

فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ


 Dari Abu Hurairah ra., Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud: Barangsiapa yang suka agar dimurahkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menghubungkan silaturrahim.HR Bukhari dan Muslim

Contoh:

Berbuka puasa dan sahur dengan keluarga,solat berjemaah,tarawikh,witir,tadarrus,iftor jama’i

Ada dua bentuk silaturrahim:

1-( صِلَةُ الرَّحِمِ العَامَّةُ)- kasih sayang sesama Muslim- Hujurat 10 (إِنَّمَا المُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ)

2- ( صِلَةُ الرَّحِمِ الخَاصَّةُ ) - kerabat kerana berasal dari rahim yamg sama

Islam,politik dan kepimpinan: Ciri pemimpin yang dianjurkan di dalam Islam untuk dipilih dan kesan dari salah memilih pemimpin.

Islam,politik dan kepimpinan: Ciri pemimpin yang dianjurkan di dalam Islam untuk dipilih dan kesan dari salah memilih pemimpin.

Ciri pemimpin yang ditawarkan oleh Nabi Yusuf as,

قَالَ اجْعَلْنِي عَلَىٰ خَزَائِنِ الْأَرْضِ ۖ إِنِّي حَفِيظٌ عَلِيمٌ

Berkata Yusuf: "Jadikanlah aku bendaharawan negara (Mesir); sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga, lagi berpengetahuan". Yusuf:55

Berkatalah ia) Nabi Yusuf ("Jadikanlah aku bendaharawan negeri ini,) yakni negeri Mesir (sesungguhnya aku adalah orang yang pandai menjaga lagi berpengetahuan.") orang yang mempunyai keahlian dalam hal perbendaharaan. Menurut suatu pendapat ditakwilkan, bahwa Nabi Yusuf pandai dalam hal menulis dan menghitung. Tafsir Jalalyn

حَفِيظٌ -Integriti
Maksud: Sifat jati diri yang merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya, dan lain-lain.
عَلِيمٌ
Maksud: Berpengetahuan luas

Sifat orang yang layak dipilih menjadi pemimpin:

الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ ۗ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ

(yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma'ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan. Al-Hajj:41

Ayat diatas mencerminkan sekelumit dari ciri-ciri masyarakat yang diidamkan Islam, bila dan dimanapun. Dan yang telah terbukti dalam sejarah melalui masyarakat Nabi Muhammad Sallallahu'alaihi wasallam dan para sahabat beliau.
Iaitu suatu masyarakat, apabila Allah menganugerahkan kepada mereka kemenangan dan keteguhan kedudukan mereka di muka bumi, yakni apabila diberikan mereka kekuasaan mengelola satu-satu wilayah dalam keadaan mereka merdeka dan berdaulat nescaya mereka dan masyarakat mereka akan melaksanakan solat secara sempurna segala rukun, syarat dan sunnah-sunnahnya dan mereka juga akan menunaikan zakat sesuai kadar waktu, sasaran dan cara penyaluran yang ditetapkan Allah, serta mereka akan menyuruh anggota-anggota masyarakat mereka, agar berbuat yang ma’ruf, iaitu segala nilai-nilai luhur serta adat yang diakui baik dalam masyarakat itu, lagi tidak bertentangan dengan nilai-nilai Ilahiah dan mereka juga akan mencegah dari perkara yang munkar; iaitu yang dinilai buruk lagi diingkari oleh akal sihat masyarakat. Dan kepada Allah-lah kembali segala urusan. Dialah yang memenangkan siapa yang hendak dimenangkan-Nya dan Dia pula yang menjatuhkan kekalahan bagi siapa yang dikehendaki-Nya, dan Dia juga yang menentukan masa kemenangan dan kekalahan itu.

Orang-orang yang menyesal kerana silap memilih pemimpin, surah al-Ahzab ayat 66-67,

يَوْمَ تُقَلَّبُ وُجُوهُهُمْ فِي النَّارِ يَقُولُونَ يَا لَيْتَنَا أَطَعْنَا اللَّهَ وَأَطَعْنَا الرَّسُولَا

Pada hari ketika muka mereka dibolak-balikan dalam neraka, mereka berkata: "Alangkah baiknya, andaikata kami taat kepada Allah dan taat (pula) kepada Rasul". Al-Ahzab:66

وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا

Dan mereka berkata: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar). Al-Ahzab: 67

Setiap orang akan bersama dengan orang yang dia sayangi:

َ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ أَعْرَابِيًّا قَالَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَتَى السَّاعَةُ قَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَعْدَدْتَ لَهَا قَالَ حُبَّ اللَّهِ وَرَسُولِهِ قَالَ أَنْتَ مَعَ مَنْ أَحْبَبْتَ

Dari Anas bin Malik bahwa seorang arab badui datang kepada Nabi Shallallahu'alaihi wasallam sambil berkata; kapankah kiamat? (Beliau Shallallahu'alaihi wasallam) menjawab, "Apa yang telah kau siapkan?" Dia menjawab; "Cinta Allah Azza wa Jalla dan Rasul-Nya." Rasulullah Shallallahu'alaihi wasallam bersabda: "Kau bersama dengan yang kau cintai." HR Muslim,4775.

Kesejahteraan Rakyat iaitu Tanggung Jawab Pemimpin:

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالْأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ عَلَيْهِمْ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ

Ibn umar r.a berkata : aku telah mendengar rasulullah saw bersabda : tiap-tiap orang merupakan pemimpin dan bakal diminta pertanggungjawaban atas kepemimpinannnya. Satu Orang ketua negeri dapat diminta pertanggungjawaban faktor rakyat yang dipimpinnya. Seseorang suami dapat ditanya aspek keluarga yang dipimpinnya. Seseorang isteri yg memelihara rumah tangga suaminya dapat ditanya elemen tanggungjawab dan tugasnya. Bahkan satu orang pembantu/pekerja rumah tangga yang bertugas memelihara barang milik majikannya pula bakal ditanya dari elemen yg dipimpinnya. dan anda sekalian pemimpin dan bakal ditanya (diminta pertanggungan jawab) darihal faktor yg dipimpinnya.(Bukhari, muslim).

Penjelasan :

Pada dasarnya, hadith di atas adalah berkaitan rutine kepemimpinan dalam Islam. Dalam hadith ini dijelaskan bahawa kebiasaan paling pokok dalam kepemimpinan adalah merupakan tanggung jawab. Keseluruhan manusia atau orang yang hidup di atas muka bumi ini dinamakan sebagai pemimpin. Mereka memikul tanggung jawab, sekurang-kurangnya kepada diri sendiri.

Seorang suami bertanggung jawab atas isterinya, seorang orang ayah bertangung jawab pada anak-anaknya, seorang majikan betanggung jawab terhadap pekerjanya, orang atasan bertanggungjawab pada orang bawahannya, seorang presiden, perdana menteri bertanggung jawab pada rakyat yg dipimpinnya, dan sebagainya.

Akan tetapi, tanggung jawab di sini bukanlah semata-mata bermakna melaksanakan suatu pekerjaan dan seterusnya selesai, tanpa melihat kesan bagi yang dipimpin. Malahan lebih dari itu, yang dimaksudkan tanggung jawab di sini iaitu lebih bererti upaya satu orang pemimpin mesti dapat mewujudkan kesejahteraan bagi pihak yang dipimpin. Sebab kata ra ‘a sendiri dengan gaya bahasa bermakna gembala dan kata ra-‘in berarti pengembala. Ibarat pengembala, dirinya mesti merawat, diberikan makan dan mencarikan kawasan untuk berteduh bagi binatang gembalaanya. Singkatnya, bahawa seorang penggembala bertanggung jawab untuk
mensejahterakan binatang gembalanya.

Walaupun begitu gembalaan hanyalah satu tamsilan, & manusia pasti tidak sama dengan binatang, maka menggembala manusia berbeza dgn menggembala binatang. Anugerah akal budi yg diberikan Allah terhadap manusia, yakni merupakan kelebihan tersendiri bagi manusia untuk mengembalakan dirinya sendiri, tidak dengan mesti mengantungkan hidupnya terhadap penggembala lain.

Kerananya, pertama-tama yg diungkapkan oleh hadith di atas ialah bahwa tiap-tiap manusia yakni pemimpin yang bertanggung jawab atas kesejahteraan ia sendiri. Atau dengan kata lain, seorang harus bertanggung jawab buat mencari makanan atau menghidupi dirinya, tidak dengan mengantungkan hidupnya pada orang lain.

Dengan begitu, hakikat kepemimpinan merupakan tanggung jawab dan bentuk tanggung jawab, iaitu kesejahteraan, sehingga seandainya cuma sekadar berikan makanan untuk anak-anaknya namun tak memenuhi standard bagi keperluan pendidikannya tidak dipenuhi, sehingga hal tersebut tetap jauh dari makna tanggung jawab yang sebenarnya.

Solat berjamaah: Sesiapa yang ucapan 'AMIIN( آمِيْنَ ) ' nya bersamaan dengan 'AMIIN( آمِيْنَ ) ' nya Malaikat, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni

Solat berjamaah: Sesiapa yang ucapan 'AMIIN( آمِيْنَ ) ' nya bersamaan dengan 'AMIIN( آمِيْنَ ) ' nya Malaikat, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ سُمَيٍّ مَوْلَى أَبِي بَكْرٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ السَّمَّانِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قَالَ الْإِمَامُ { غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ }
فَقُولُوا آمِينَ فَإِنَّهُ مَنْ وَافَقَ قَوْلُهُ قَوْلَ الْمَلَائِكَةِ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ تَابَعَهُ مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنُعَيْمٌ الْمُجْمِرُ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ

Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Sumayya mantan budak Abu Bakar, dari Abu Shalih As Siman dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika Imam membaca { غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ } maka ucapkanlah 'AMIIN'. Karena siapa yang ucapan 'AMIIN' nya bersamaan dengan 'AMIIN' nya Malaikat, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni." Hadits ini dikuatkan oleh Muhammad bin 'Amru dari Abu Salamah dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, dan Nu'aim Al Mujmir dari Abu Hurairah." HR Bukhari, 782.

Banyak hadith yang menyebutkan betapa besarnya kelebihan mengucapkan perkataan amin bersama imam. Mengucapkan perkataan amin bersama-sama dengan imam supaya ianya berlaku serentak dengan amin yang diucapkan oleh para malaikat. Al-Hafiz Ibnu Hajar.

Al-Syafi'i berkata dalam al-Umm: "Disunatkan bagi makmum menyebut amin walaupun imam tidak menyebutnya, samaada meninggalkannya dengan sengaja atau terlupa.

Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: "Perkataan amin dibaca dengan dimadkan huruf alif, iaitu dipanjangkan sekadar dua harkat dan di'takhfif'kan huruf mim iaitu tidak ditasydidkan ( آمِيْنَ ) . Hanya cara bacaan seperti ini sahaja yang didapati dalam semua riwayat hadith dan yang dinukilkan daripada semua ulama qiraat kecuali al-Waahidi yang telah meriwayatkan daripada Hamzah dan Kisa'i bahawa kedua-dua mereka telah membaca amin dengan 'imalah'.

Selain bentuk bacaan di atas ada lagi tiga bentuk bacaan, akan tetapi semuanya dikira syaz(buruk), iaitu tidak sah dibaca didalam solat.

Tiga bentuk bacaan yang tidak sah dibaca didalam solat ialah:

1- Dibaca dengan diqasarkan huruf Alif, iaitu huruf Alif dibaca sekadar satu harakat dan tidak ditasydidkan huruf mim,iaitu أَمِيْنَ.

2-Dibaca dengan ditasydid huruf mim dan dimadkan huruf alif iaitu dipanjangkan sekadar dua harakat,iaitu آمِّيْنَ.

3-Dibaca dengan ditasydid huruf mim dan diqasarkan huruf alif iaitu dibaca sekadar satu harakat,iaitu أَمِّيْنَ.

Al-Hafiz Ibn Hajar berkara lagi: "Perkataan amin ( آمِيْنَ ) ialah satu ismu fi'lin ( اسم فعل ), iaitu kata nama perbuatan. Mengikut jumhur ulama iaitu majoriti ulama, maknanya Tuhan kami,perkenankanlah. Mengikut al-Baghawi ialah,'Wahai Tuhan kami,dengarlah dan perkenankanlah'. Syarh al-Sunnah(jil 2,hlm. 211). Ada sebilangan ulama memberi makna berlainan daripada makna tadi tetapi semua makna lain pada hakikatnya sama dengan makna yang telah diberikan oleh majoriti ulama. Fath al-Bari (jil.2,hlm. 306)

Solat berjamaah: Tuntutan mendengar dan memberi perhatian pada bacaan Imam

Solat berjamaah: Tuntutan mendengar dan memberi perhatian pada bacaan Imam

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. Al-A'raf:204.

Berdasarkan ayat di atas, al-Syeikh Mohammad al-Syarbini al-Khatib berkata ketika menghuraikan matan Minhaj al-Talibin oleh al-Nawawi: "Tidak disunatkan bagi makmum ketika solat jahriyah membaca apa-apa surah (selepas membaca surah al-Fatihah). Bahkan disunatkan baginya mendengar (dan memerhatikan dengan penuh khusyuk) bacaan surah oleh imam. Mughni Muhtaj (jil 1, hlm 163)

Sementara dalil hadith bagi menyokong ayat al-Quran di atas pula ialah,

إِذَا كُنْتُمْ خِلْفِيْ، فَلَا تَقْرَؤُوْا إِلَّا بِأُمِّ الْقُرْآنِ٠

Maksudnya: "Apabila kamu (solat) di belakang (sebagai makmum), maka janganlah kamu membaca selain surah al-Fatihah sahaja. HR Tirmizi, hasan sahih.

Solat berjamaah dapat menzahirkan Syiar-syiar Islam

Solat berjamaah dapat menzahirkan Syiar-syiar Islam

ذَٰلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ

Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan syi'ar-syi'ar Allah, maka sesungguhnya itu timbul dari ketakwaan hati.
Al-Hajj:32

Syiar bermaksud tanda, petunjuk atau alamat. Ini membawa maksud, apabila kita sentiasa mendirikan solat fardu secara berjamaah di masjid, maka masjid itu secara tidaklangsung sudah dimakmurkan dan inilah salah satu matlamat utama penubuhan masjid.

Azan pula akan dikumandangkan setiap hari. Apabila dikumandangkan azan di masjid, maka kita telah membantu memperkenalkan kepada orang yang datang melancong atau melawat kampung kita bahawa kampung ini ada orang Islam dan ada tempat untuk solat. Kalau orang datang melawat negara kita, orang akan percaya bahawa negara kita adalah negara Islam apabila ada masjid tempat untuk solat berjamaah dan mereka terdengar suara azan yang menandakan ramai orang Islam di negara ini. Kalau kita semua tidak datang ke masjid, maka masjid tidak berfungsi. Akibatnya,azan tidak kedengaran. Dengan ini, kita telah memadamkan syiar Islam atau tanda keIslaman dalam kampung kita.

Kita mesti faham bahawa syiar adalah perkara yang sangat penting dalam Islam sehingga ulama-ulama Islam telah memasukkan syiar Islam ini sebagai salah satu syarat bagi melayakkan sesebuah negara itu boleh dipanggil sebagai negara. Mereka telah memasukkan syiar Islam ini ke dalam pengertian atau takrif negara Islam yang mereka cipta. Diantara takrif negara Islam yang telah diberikan oleh al- Syeikh Bujairimi, iaitu:

كل ما دخل من البلاد في محيط سلطان الإسلام، ونفذت فيها آحكامه، وأقيمت شعائره

Maksudnya: "(Negeri atau negara Islam ialah) setiap negeri atau negara yang masuk dalam sempadan kerajaan Islam, serta dilaksanakan undang-undang Islam dan ditegakkan syiar-syiarnya di negeri atau negara itu".

Sekiranya kita perhatikan kepada pengertian di atas, jelas disebutkan bahawa salah satu syarat yang melayakkan sesebuah negara itu diiktiraf sebagai sebuah negara Islam ialah mesti ditegakkan di dalam negara itu syiar-syiar Islam. Antara contoh syiar yang lain selain dari solat berjamaah ialah bank-bank Islam, universiti-universiti Islam,pondok-pondok, madrasah-madrasah tahfiz,sekolah-sekolah agama dan seumpamanya.

ذَلِكَ وَمَن يُعَظِّمْ حُرُمَاتِ اللهِ فَهُوَ خَيْرٌ لَّهُ عِندَ رَبِّهِ

“Demikianlah (perintah Allah). Dan barangsiapa mengagungkan apa-apa yang terhormat di sisi Allah maka itu adalah lebih baik baginya di sisi Rabbnya.” (QS. Al-Hajj: 30)

Syeikh Sulaiman bin Muhammad bin Umar al-Syafii, atau dikenal dengan nama imam Bujairimi. Imam Bujairimi lahir di Bujairimi, sebuah desa yang terletak di sebelah barat kota Mesir tahun 1131 H.

Para Malaikat berhimpun mengerumuni mereka yang solat berjamaah

Para Malaikat berhimpun mengerumuni mereka yang solat berjamaah

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمِ بْنِ مَيْمُونٍ حَدَّثَنَا بَهْزٌ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ حَدَّثَنَا سُهَيْلٌ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ لِلَّهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَى مَلَائِكَةً سَيَّارَةً فُضُلًا يَتَتَبَّعُونَ مَجَالِسَ الذِّكْرِ فَإِذَا وَجَدُوا مَجْلِسًا فِيهِ ذِكْرٌ قَعَدُوا مَعَهُمْ وَحَفَّ بَعْضُهُمْ بَعْضًا بِأَجْنِحَتِهِمْ حَتَّى يَمْلَئُوا مَا بَيْنَهُمْ وَبَيْنَ السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَإِذَا تَفَرَّقُوا عَرَجُوا وَصَعِدُوا إِلَى السَّمَاءِ قَالَ فَيَسْأَلُهُمْ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَهُوَ أَعْلَمُ بِهِمْ مِنْ أَيْنَ جِئْتُمْ فَيَقُولُونَ جِئْنَا مِنْ عِنْدِ عِبَادٍ لَكَ فِي الْأَرْضِ يُسَبِّحُونَكَ وَيُكَبِّرُونَكَ وَيُهَلِّلُونَكَ وَيَحْمَدُونَكَ وَيَسْأَلُونَكَ قَالَ وَمَاذَا يَسْأَلُونِي قَالُوا يَسْأَلُونَكَ جَنَّتَكَ قَالَ وَهَلْ رَأَوْا جَنَّتِي قَالُوا لَا أَيْ رَبِّ قَالَ فَكَيْفَ لَوْ رَأَوْا جَنَّتِي قَالُوا وَيَسْتَجِيرُونَكَ قَالَ وَمِمَّ يَسْتَجِيرُونَنِي قَالُوا مِنْ نَارِكَ يَا رَبِّ قَالَ وَهَلْ رَأَوْا نَارِي قَالُوا لَا قَالَ فَكَيْفَ لَوْ رَأَوْا نَارِي قَالُوا وَيَسْتَغْفِرُونَكَ قَالَ فَيَقُولُ قَدْ غَفَرْتُ لَهُمْ فَأَعْطَيْتُهُمْ مَا سَأَلُوا وَأَجَرْتُهُمْ مِمَّا اسْتَجَارُوا قَالَ فَيَقُولُونَ رَبِّ فِيهِمْ فُلَانٌ عَبْدٌ خَطَّاءٌ إِنَّمَا مَرَّ فَجَلَسَ مَعَهُمْ قَالَ فَيَقُولُ وَلَهُ غَفَرْتُ هُمْ الْقَوْمُ لَا يَشْقَى بِهِمْ جَلِيسُهُمْ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Hatim bin Maimun telah menceritakan kepada kami Bahz telah menceritakan kepada kami Wuhaib telah menceritakan kepada kami Suhail dari bapaknya dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam beliau bersabda: 'Sesungguhnya Allah Yang Maha Suci dan Maha Tinggi mempunyai beberapa malaikat yang terus berkeliling mencari majlis zikir. Apabila mereka telah menemukan majlis zikir tersebut, maka mereka terus duduk di situ dengan menyelimutkan sayap sesama mereka hingga memenuhi ruang antara mereka dan langit yang paling bawah. Apabila majlis zikir itu telah usai, maka mereka juga berpisah dan naik ke langit.' Kemudian Rasulullah meneruskan sabdanya: 'Selanjutnya mereka ditanya Allah Subhanahu wa Ta'ala, Dzat Yang sebenarnya Maha Tahu tentang mereka: 'Kalian datang dari mana? ' Mereka menjawab; 'Kami datang dari sisi hamba-hamba-Mu di bumi yang selalu bertasbih, bertakbir, bertahmid, dan memohon kepada-Mu ya Allah.' Lalu Allah Subhanahu wa Ta'ala bertanya: 'Apa yang mereka minta? ' Para malaikat menjawab; 'Mereka memohon syurga-Mu ya Allah.' Allah Subhanahu wa Ta'ala bertanya lagi: 'Apakah mereka pernah melihat syurga-Ku? ' Para malaikat menjawab; 'Belum. Mereka belum pernah melihatnya ya Allah.' Allah Subhanahu wa Ta'ala berkata: 'Bagaimana seandainya mereka pernah melihat syurga-Ku? ' Para malaikat berkata; 'Mereka juga memohon perlindungan kepada-Mu ya Allah.' Allah Subhanahu wa Ta'ala balik bertanya: 'Dari apa mereka meminta perlindungan kepada-Ku? ' Para malaikat menjawab; 'Mereka meminta perlindungan kepada-Mu dari neraka-Mu ya Allah.' Allah Subhanahu wa Ta'ala bertanya: 'Apakah mereka pernah melihat neraka-Ku? ' Para malaikat menjawab; 'Belum. Mereka belum pernah melihat neraka-Mu ya Allah.' Allah Subhanahu wa Ta'ala berkata: 'Bagaimana seandainya mereka pernah melihat neraka-Ku? ' Para malaikat berkata; 'Ya Allah, sepertinya mereka juga memohon ampun (beristighfar) kepada-Mu? ' Maka Allah Subhanahu wa Ta'ala menjawab: 'Ketahuilah hai para malaikat-Ku, sesungguhnya Aku telah mengampuni mereka, memberikan apa yang mereka minta, dan melindungi mereka dari neraka.' Para malaikat berkata; 'Ya Allah, di dalam majlis mereka itu ada seorang hamba yang berdosa dan kebetulan hanya lewat lalu duduk bersama mereka.' Maka Allah menjawab: 'Ketahuilah bahwa sesungguhnya Aku akan mengampuni orang tersebut. Sesungguhnya mereka itu adalah suatu kaum yang teman duduknya tidak akan celaka karena mereka.' HR Muslim, 4854.

Apabila kita melihat kitab-kitab hadith, maka kita akan ketemu dengan sejumlah hadith-hadith yang menceritakan bahawasanya Allah Subhanahuwata'ala telah mencipa segolongan malaikat yang ditugaskan hanya untuk mencari majlis-majlis zikir atau majlis-majlis ilmu atau mana-mana majlis yang mengandungi unsur atau erti kata mengingati Allah Subhanahuwata'ala. Malaikat ini diberi nama Malaikat Peninjau.

Perangai dan sikap malaikat-malaikat ini ialah apabila mereka mengerumuni mana-mana majlis zikir, mereka tidak semata-mata berhimpun, akan tetapi mereka akan memohon keampunan bagi mereka yang berada di dalam majlis tersebut dan mendoakan limpahan rahmat untuk mereka.

Ketika kita datang ke masjid untuk solat berjamaah, maka pada hakikatnya kita telah datang ke masjid untuk berhimpun mengingati Allah secara berjamaah. Kerana di dalam solat itu terhimpun segala zikir dan doa, yang adalah merupakan kemuncak doa dan zikir dan juga kemuncak mengingati Allah Subhanahuwata'ala sebanyak lima kali sehari semalam.

Oleh itu, kesimpulannya boleh dikatakan bahawa solat berjamaah juga merupakan salah satu daripada majlis-majlia zikir. Dari itu jika kita solat bersendirian dirumah maka kita tidak akan mendapat kelebihan para malaikat mengerumuni kita seperti solat berjemaah di Masjid

Kelebihan berjalan ke Masjid: Dicatat Pahala langkah kaki ke Masjid

Kelebihan berjalan ke Masjid: Dicatat Pahala langkah kaki ke Masjid

Raaulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah menerangkan kepada kita bahawa segala langkahan kaki semasa ke Masjid untuk solat berjamaah akan dicatatkan sebagai satu amalan soleh sebagaimana dalam riwayat Muslim,

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا عَبْدُ الصَّمَدِ بْنُ عَبْدِ الْوَارِثِ قَالَ سَمِعْتُ أَبِي يُحَدِّثُ قَالَ حَدَّثَنِي الْجُرَيْرِيُّ عَنْ أَبِي نَضْرَةَ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ خَلَتْ الْبِقَاعُ حَوْلَ الْمَسْجِدِ فَأَرَادَ بَنُو سَلِمَةَ أَنْ يَنْتَقِلُوا إِلَى قُرْبِ الْمَسْجِدِ فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَهُمْ إِنَّهُ بَلَغَنِي أَنَّكُمْ تُرِيدُونَ أَنْ تَنْتَقِلُوا قُرْبَ الْمَسْجِدِ قَالُوا نَعَمْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ أَرَدْنَا ذَلِكَ فَقَالَ يَا بَنِي سَلِمَةَ دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ دِيَارَكُمْ تُكْتَبْ آثَارُكُمْ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna telah menceritakan kepada kami Abdusshamad bin Abdul Warits katanya; aku mendengar Ayahku menceritakan, katanya; telah menceritakan kepadaku Al Jurairi dari Abu Nadlrah dari Jabir bin Abdullah katanya; "Di sekitar masjid ada beberapa bidang tanah yang masih kosong, maka Bani Salamah berinisiatif untuk pindah dekat masjid. Ketika berita ini sampai ke telinga Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda; "Rupanya telah sampai berita kepadaku bahwa kalian ingin pindah dekat masjid." Mereka menjawab; "Benar wahai Rasulullah, kami memang ingin seperti itu." Beliau lalu bersabda: "Wahai Bani Salamah, pertahankanlah/kekalkan rumah kalian, sebab langkah kalian akan dicatat, pertahankanlah rumah kalian, sebab langkah kalian akan dicatat." HR Muslim,1068.

Kata al-Nawawi ketika menjelaskan pengertian hadith ini: "pertahankanlah/kekalkan rumah kalian, sebab langkah kalian akan dicatat". Kerana apabila kamu kekal tinggal di sini, nescaya pahala yang banyak akan ditulis untuk kamu berdasarkan banyaknya langkah kakimu menuju ke Masjid.(Maksudnya ialah ditulis kesan langkahan kaki kamu dalam buku amalan kamu. Rasulullah menjelaskan demikian sebagai perangsang kepada umatnya untuk hadir solat fardu berjamaah. Syarh al-Nawawi terhadap Sahih Muslim

Abu Sai'd al-Khudri pula menyebut: "Sesungguhnya saranan Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam kepada Bani Salimah supaya terus tetap tinggal di kediaman mereka yang jauh dari masjid dan jangan berpindah adalah berlaku selepas turunnya ayat al-Qur'an:

إِنَّا نَحْنُ نُحْيِي الْمَوْتَى وَنَكْتُبُ مَا قَدَّمُوا وَآَثَارَهُمْ وَكُلَّ شَيْءٍ أحْصَيْنَاهُ فِي إِمَامٍ مُبِينٍ

“Sesungguhnya Kami akan menghidupkan orang-orang mati dan Kami menuliskan (sebelum ini) apa yang telah mereka kerjakan (samaada kebajikan atau kejahatan) dan bekas-bekas (daripada amalan kebajikan atau kejahatan) yang mereka tinggalkan/lakukan. Dan segala sesuatu Kami kumpulkan dalam kitab Induk yang nyata (Lauh Mahfuzh).” (Yasin: 12)

Dan juga hadith riwayat Ibnu Majah menyatakan bahawa kelebihan setiap langkahan kaki ke Masjid, iaitu diangkatkan darjat dan diampunkan dosa.

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ إِبْرَاهِيمَ الْهَجَرِيِّ عَنْ أَبِي الْأَحْوَصِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَلْقَى اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ غَدًا مُسْلِمًا فَلْيُحَافِظْ عَلَى هَؤُلَاءِ الصَّلَوَاتِ الْخَمْسِ حَيْثُ يُنَادَى بِهِنَّ فَإِنَّهُنَّ مِنْ سُنَنِ الْهُدَى وَإِنَّ اللَّهَ شَرَعَ لِنَبِيِّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُنَنَ الْهُدَى وَلَعَمْرِي لَوْ أَنَّ كُلَّكُمْ صَلَّى فِي بَيْتِهِ لَتَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ وَلَوْ تَرَكْتُمْ سُنَّةَ نَبِيِّكُمْ لَضَلَلْتُمْ وَلَقَدْ رَأَيْتُنَا وَمَا يَتَخَلَّفُ عَنْهَا إِلَّا مُنَافِقٌ مَعْلُومُ النِّفَاقِ وَلَقَدْ رَأَيْتُ الرَّجُلَ يُهَادَى بَيْنَ الرَّجُلَيْنِ حَتَّى يَدْخُلَ فِي الصَّفِّ وَمَا مِنْ رَجُلٍ يَتَطَهَّرُ فَيُحْسِنُ الطُّهُورَ فَيَعْمِدُ إِلَى الْمَسْجِدِ فَيُصَلِّي فِيهِ فَمَا يَخْطُو خَطْوَةً إِلَّا رَفَعَ اللَّهُ لَهُ بِهَا دَرَجَةً وَحَطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةً

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Basysyar berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Ja'far berkata, telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Ibrahim Al Hajari dari Abu Al Ahwash dari Abdullah ia berkata; "Barangsiapa suka bertemu Allah dalam keadaan muslim, maka hendaklah ia menjaga solat lima waktu setiap ia dipanggil untuk mengerjakannya. Sebab itu adalah jalan menuju petunjuk. Dan Allah telah memerintahkan Nabi kalian untuk mengikuti jalan petunjuk. Demi hidupku, sekiranya kalian semua solat di rumah masing-masing sungguh kalian telah meninggalkan sunah Nabi kalian. Dan sekiranya kalian meninggalkan sunah Nabi kalian maka kalian akan tersesat. Kami perhatikan bahwa orang-orang yang meninggalkan solat berjama'ah adalah seorang munafik yang tampak jelas kemunafikannya. Sungguh, aku telah melihat seorang laki-laki yang menyibak antara dua orang hingga ia masuk dalam barisan solat, tidaklah seorang laki-laki bersuci dan membaguskannya, kemudian menuju masjid untuk solat, maka tidaklah ia melangkahkan kaki kecuali dengan langkah tersebut Allah akan mengangkat derajatnya dan menghapus dosanya." HR Ibnu Majah,769.

Dicatatkan pahala untuk setiap langkahan dan kesan tapak kaki yang melangkah ke Masjid bukan sahaja dilakukan semasa pergi, bahkan juga semasa pulang ke rumah. Mengenai hal ini ada riwayat dari Muslim yang telah meriwayatkannya,

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي بَكْرٍ الْمُقَدَّمِيُّ حَدَّثَنَا عَبَّادُ بْنُ عَبَّادٍ حَدَّثَنَا عَاصِمٌ عَنْ أَبِي عُثْمَانَ عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ كَانَ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ بَيْتُهُ أَقْصَى بَيْتٍ فِي الْمَدِينَةِ فَكَانَ لَا تُخْطِئُهُ الصَّلَاةُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَتَوَجَّعْنَا لَهُ فَقُلْتُ لَهُ يَا فُلَانُ لَوْ أَنَّكَ اشْتَرَيْتَ حِمَارًا يَقِيكَ مِنْ الرَّمْضَاءِ وَيَقِيكَ مِنْ هَوَامِّ الْأَرْضِ قَالَ أَمَ وَاللَّهِ مَا أُحِبُّ أَنَّ بَيْتِي مُطَنَّبٌ بِبَيْتِ مُحَمَّدٍ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَحَمَلْتُ بِهِ حِمْلًا حَتَّى أَتَيْتُ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخْبَرْتُهُ قَالَ فَدَعَاهُ فَقَالَ لَهُ مِثْلَ ذَلِكَ وَذَكَرَ لَهُ أَنَّهُ يَرْجُو فِي أَثَرِهِ الْأَجْرَ فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ لَكَ مَا احْتَسَبْتَ و حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ عَمْرٍو الْأَشْعَثِيُّ وَمُحَمَّدُ بْنُ أَبِي عُمَرَ كِلَاهُمَا عَنْ ابْنِ عُيَيْنَةَ ح و حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَزْهَرَ الْوَاسِطِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ حَدَّثَنَا أَبِي كُلُّهُمْ عَنْ عَاصِمٍ بِهَذَا الْإِسْنَادِ نَحْوَهُ


Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Abu Bakr Al Muqaddami telah menceritakan kepada kami 'Abbad bin 'Abbad telah menceritakan kepada kami 'Ashim dari Abu Utsman dari Ubay bin Ka'b, katanya; "Seorang laki-laki Anshar memiliki rumah yang paling jauh di Madinah, namun dirinya tidak pernah ketinggalan solat bersama Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam. Ubay melanjutkan; "Kami pun merasa hiba terhadapnya hingga aku berkata; "Alangkah baiknya sekiranya engkau membeli seekor keldai yang menjagamu dari sengatan panas dan serangga-serangga bumi yang membahayakan." laki-laki itu berkata; "Demi Allah, aku tidak ingin rumahku diikat dengan rumah Muhammad Sallallahu 'alaihi wasallam." Ubay melanjutkan; "Akupun merasa tersinggung dengan kekasaran jawabannya, sehingga aku mendatangi Nabiyullah Sallallahu 'alaihi wasallam dan aku beritahukan kepada beliau." Ubay berkata; Setelah itu beliau memanggilnya dan laki-laki itu memberi jawaban yang sama. Dia mengungkapkan, bahwa dengan langkah kakinya, dirinya sangat berharap memperoleh pahala. Maka Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda; "Bagimu apa yang engkau harapkan." Dan telah menceritakan kepada kami Said bin 'Amru Al Asy'ats dan Muhammad bin Umar, keduanya dari Ibnu Uyainah. (dan diriwayatkan dari jalur lain) telah menceritakan kepada kami Said bin Azhar Al Wasithi katanya; telah menceritakan kepada kami Waki' telah menceritakan kepada kami Ayahku, semuanya dari 'Ashim dengan sanad seperti ini. HR Muslim, 663.

Fokus hadith ini, menerangkan kepada kita bahawa lelaki Ansar tersebut telah menyatakan keinginannya kepada Rasulullah supaya dicatatkan baginya segala pahala kebajikan daripada langkahan kakinya ke Masjid untuk solat berjamaah sama ada pergi atau balik. Lalu Rasulullah telah memberitahu berita gembira kepadanya bahawa permintaannya itu telah diperkenankan oleh Allah Subhanahuwata'ala. Ahammiyah Solat al'Jamaah,Dr. Fadl Ilahi (hlm. 11)

Tempat di dalam Syurga untuk orang pergi ke Masjid dan kembali darinya

Tempat di dalam Syurga untuk orang pergi ke Masjid dan kembali darinya

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ قَالَ أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُطَرِّفٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ وَرَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ نُزُلَهُ مِنْ الْجَنَّةِ كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ

Telah menceritakan kepada kami 'Ali bin 'Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun berkata, telah mengabarkan kepada kami Muhammad bin Mutharrif dari Zaid bin Aslam dari 'Atha bin Yasar dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa datang ke masjid(untuk solat berjamaah) di pagi dan petang hari, maka Allah akan menyediakan baginya tempat tinggal yang baik di syurga setiap kali dia berangkat ke masjid di pagi dan petang hari." HR Bukhari,662.

Cuba bayangkan betapa hebatnya kediaman di dalam syurga yang dijanjikan oleh Allah Subhanahuwata'ala yang memerintah langit dan bumi. Itulah kelebihan yang diberikan untuk mereka yang pergi dan pulang dari masjid. Lantaran itu, cuba bayangkan alangkah besarnya pahala dan ganjaran yang akan diperolehi oleh mereka yang solat berjamaah.

Hadith-hadith seperti ini bukan sahaja diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, malahan juga diriwayatkan Ibn Khuzaiman dalam Sahih Ibn Khuzaimah, Kitab al-Imamah fi al-Salah,dan juga Ibn Hibban dalam al-Ihsan fi Taqrib Sahih Ibn Hibban, Kitab al-Salah(jil 5,hlm 385)

Imam Muslim meriwayatkan hadith berikut,

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ قَالَا حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُطَرِّفٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ نُزُلًا كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ


Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah dan Zuhair bin Harb keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun telah mengabarkan kepada kami Muhammad bin Mutharrif dari Zaid bin Aslam dari 'Atha` bin Yasar dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Barangsiapa berangkat pagi atau petang hari ke masjid(untuk solat berjamaah), maka Allah akan mempersiapkan persinggahan baginya di syurga, Itu dilakukan-Nya setiapkali keberangkatan pagi atau petang hari." HR Muslim,1073.

Keluar Solat berjamaah dengan berwudhuk seperti pahala melakukan Haji.

Keluar Solat berjamaah dengan berwudhuk seperti pahala melakukan Haji.

حَدَّثَنَا أَبُو تَوْبَةَ حَدَّثَنَا الْهَيْثَمُ بْنُ حُمَيْدٍ عَنْ يَحْيَى بْنِ الْحَارِثِ عَنْ الْقَاسِمِ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي أُمَامَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ مُتَطَهِّرًا إِلَى صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْحَاجِّ الْمُحْرِمِ وَمَنْ خَرَجَ إِلَى تَسْبِيحِ الضُّحَى لَا يَنْصِبُهُ إِلَّا إِيَّاهُ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْمُعْتَمِرِ وَصَلَاةٌ عَلَى أَثَرِ صَلَاةٍ لَا لَغْوَ بَيْنَهُمَا كِتَابٌ فِي عِلِّيِّينَ

Telah menceritakan kepada kami Abu Taubah telah menceritakan kepada kami Al-Haitsam bin Humaid dari Yahya bin Al-Harits dari Al-Qasim, Abu Abdurrahman dari Abu Umamah bahwasanya Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan suci untuk melaksanakan solat wajib, maka pahalanya seperti pahala orang yang haji yang sedang ihram, dan barangsiapa yang keluar dari rumahnya untuk melaksanakan solat Duha, dia tidak mempunyai niat kecuali itu, maka pahalanya seperti orang yang sedang umrah. Dan menunggu solat hingga datang waktu solat yang lain yang tidak ada main-main di antara keduanya, maka pahalanya ditulis di 'Iliyyin." HR Abu Daud, 471. Hasan.Syeikh Syu'ib al-Urnaut dalam Hamisy Syarh al-Sunnah(jil 2,hlm 357, menghasankan hadith ini. Musnad Ahmad (jil 5,hlm 268.

Zain al-'Arabi ketika menghuraikan sabda Nabi 
Sallallahu alaihi wasallam "seperti pahala orang menunaikan ibadah haji" mengatakan bahawa yang dimaksudkan ialah (seperti pahala) orang mengerjakan ibadah haji dengan sempurna. 'Aun al-Ma'bud (jil. 2, hlm. 263)

Bayangkan, bagaimana beruntungnya seorang Muslim, setiap hari sebanyak lima kali,diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahuwata'ala seperti mengerjakan haji dengan sempurna,kerana pergi ke Masjid untuk solat fardu lima kali secara berjamaah.

Kalau ganjaran ke Masjid untuk solat berjamaah pada satu waktu begitu besar pahalanya. Bagaimana pula besarnya pahala orang yang melaksanakan solat berjamaah di Masjid lima waktu sehari semalam.

Solat berjamaah dapat mengelokkan keadaan solat seseorang.

Solat berjamaah dapat mengelokkan keadaan solat seseorang.

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَعَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ وَاللَّفْظُ لِأَبِي بَكْرٍ قَالَ ابْنُ حُجْرٍ أَخْبَرَنَا وَقَالَ أَبُو بَكْرٍ حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُسْهِرٍ عَنْ الْمُخْتَارِ بْنِ فُلْفُلٍ عَنْ أَنَسٍ قَالَ صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ فَلَمَّا قَضَى الصَّلَاةَ أَقْبَلَ عَلَيْنَا بِوَجْهِهِ فَقَالَ أَيُّهَا النَّاسُ إِنِّي إِمَامُكُمْ فَلَا تَسْبِقُونِي بِالرُّكُوعِ وَلَا بِالسُّجُودِ وَلَا بِالْقِيَامِ وَلَا بِالِانْصِرَافِ فَإِنِّي أَرَاكُمْ أَمَامِي وَمِنْ خَلْفِي ثُمَّ قَالَ وَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَوْ رَأَيْتُمْ مَا رَأَيْتُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلًا وَلَبَكَيْتُمْ كَثِيرًا قَالُوا وَمَا رَأَيْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ رَأَيْتُ الْجَنَّةَ وَالنَّارَ
حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ ح و حَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ وَإِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ عَنْ ابْنِ فُضَيْلٍ جَمِيعًا عَنْ الْمُخْتَارِ عَنْ أَنَسٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِهَذَا الْحَدِيثِ وَلَيْسَ فِي حَدِيثِ جَرِيرٍ وَلَا بِالِانْصِرَافِ

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abi Syaibah dan Ali bin Hujr sedangkan lafazh tersebut milik Abu Bakar, Ibnu Hujr berkata, telah mengabarkan kepada kami, sedangkan Abu Bakar berkata, telah menceritakan kepada kami Ali bin Mushir dari al-Mukhtar bin Fulful dari Anas dia berkata, "Rasulullah solat mengimami kami pada suatu hari, ketika beliau telah menyelesaikan solat, maka beliau menghadap kami dengan wajahnya seraya bersabda, 'Wahai manusia, aku adalah imam kalian, maka janganlah kalian mendahului aku dengan rukuk, sujud, berdiri, dan berpaling dari solat. Karena aku melihat kalian dari arah depanku dan belakangku.' Kemudian beliau bersabda, 'Demi Dzat yang jiwa Muhammad berada di TanganNya, kalau kalian melihat sesuatu yang aku lihat, niscaya kalian akan sedikit tertawa, dan banyak menangis.' Mereka bertanya, 'Apa yang kamu lihat wahai Rasulullah? ' Beliau menjawab, 'Aku melihat syurga dan neraka'." Telah menceritakan kepada kami Qutaibah bin Sa'id telah menceritakan kepada kami Jarir --lewat jalur periwayatan lain-- dan telah menceritakan kepada kami Ibnu Numair dan Ishaq bin Ibrahim dari Ibnu Fudhail semuanya meriwayatkan dari al-Mukhtar dari Anas dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dengan hadits ini, dan tidak ada dalam hadits Jarir, "Jangalah kalian mendahuluiku dalam berpaling." HR Muslim 426.

Yang dimaksudkan solat berjamaah dapat nengelokkan keadaan solat ialah mengelokkan segala jelakuan dan perbuatan dalam solat samaada ia melibatkan rukun perbuatan, perkataan atau hati, juga yang melibatkan perbuatan sunat seperti sunat hai'ah atau sunat kecil atau sunat ab'ad atau sunat besar.

Apabila kita menunaikan solat berjamaah, maka kita mesti mematuhi sistem undang-undang yang digariskan dalam solat bejamaah. Antaranya kita tidak boleh mendahului imam dan tidak boleh terlalu lewat daripada pergerakan imam. Ini akan mewujudkan suasana dan keadaan solat yang tersusun, tenang dan damai.

Tidak timbul persoalan kita terlalu cepat menunaikan solat kerana mengejar masa seperti ayam mematuk beras, kerana imam pada kebiasaannya tidak akan mempercepatkan solatnya, kerana dia juga mesti mengikut peraturan yang ditetapkan.

Contohnya dalam mazhab Syafi'i, yang paling afdal bagi imam hendaklah membaca zikir ketika rukuk dan sujud tidak lebih dari tiga kali kerana bimbang akan membebankan para makmum yang berada di belakangnya. Maknanya, imam yang fakih tidak berani mempercepatkan solatnya kerana sebab-sebab tertentu dengan membaca zikir-zikir tadi hanya sekali atau melambatkan solatnya dengan membacanya lebih daripada tiga kali.

Bagi makmum dibelakang pula, walaupun ingin mengejar masa, oleh kerana dia sedang melakukan solat fardu secara berjamaah, maka tidak boleh dia mempercepatkan solatnya dengan bertindak mendahului pergerakannya melainkan dengat niat mufaraqah iaitu mengeluarkan dirinya daripada imam. Inilah yang dimaksudkan oleh Ibnu Hajar mengenai kelebihan yang akan diperolehi apabila seseorang itu melakukan solat fardu berjamaah.

Hayatilah hadith berikut:

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَكِبَ فَرَسًا فَصُرِعَ عَنْهُ فَجُحِشَ شِقُّهُ الْأَيْمَنُ فَصَلَّى صَلَاةً مِنْ الصَّلَوَاتِ وَهُوَ قَاعِدٌ فَصَلَّيْنَا وَرَاءَهُ قُعُودًا فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا صَلَّى قَائِمًا فَصَلُّوا قِيَامًا فَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا رَفَعَ فَارْفَعُوا وَإِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَقُولُوا رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ وَإِذَا صَلَّى قَائِمًا فَصَلُّوا قِيَامًا وَإِذَا صَلَّى جَالِسًا فَصَلُّوا جُلُوسًا أَجْمَعُونَ قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ قَالَ الْحُمَيْدِيُّ قَوْلُهُ إِذَا صَلَّى جَالِسًا فَصَلُّوا جُلُوسًا هُوَ فِي مَرَضِهِ الْقَدِيمِ ثُمَّ صَلَّى بَعْدَ ذَلِكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جَالِسًا وَالنَّاسُ خَلْفَهُ قِيَامًا لَمْ يَأْمُرْهُمْ بِالْقُعُودِ وَإِنَّمَا يُؤْخَذُ بِالْآخِرِ فَالْآخِرِ مِنْ فِعْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari Ibnu Syihab dari Anas bin Malik, bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pada suatu hari mengendarai kudanya lalu terjatuh dan terhempas pada bagian lambungnya yang kanan. Karena sebab itu beliau pernah melaksanakan solat sambil duduk di antara solat-solatnya. Maka kami pun solat di belakang Beliau dengan duduk. Ketika selesai Beliau bersabda: "Sesungguhnya imam dijadikan untuk diikuti, jika ia solat dengan berdiri maka solatlah kalian dengan berdiri. Jika ia rukuk maka rukuklah kalian, jika ia mengangkat kepalanya maka angkatlah kepala kalian. Dan jika ia mengucapkan SAMI'ALLAHU LIMAN HAMIDAH (Semoga Allah merndengar orang yang memuji-Nya) ', maka ucapkanlah; RABBANAA WA LAKAL HAMDU (Ya Rabb kami, milik Engkaulah segala pujian) '. Dan jika ia solat dengan berdiri maka solatlah kalian dengan berdiri, dan jika ia solat dengan duduk maka solatlah kalian semuanya dengan duduk." Abu 'Abdullah berkata, Al Humaidi ketika menerangkan sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam 'Dan bila dia solat dengan duduk maka solatlah kalian dengan duduk' dia berkata, "Kejadian ini adalah saat sakitnya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam di waktu yang lampau. Kemudian setelah itu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam solat dengan duduk sedangkan orang-orang solat di belakangnya dengan berdiri, dan beliau tidak memerintahkan mereka agar duduk. Dan sesungguhnya yang dijadikan ketentuan adalah berdasarkan apa yang paling akhir dan terakhir dari perbuatan Nabi shallallahu 'alaihi wasallam." HR Bukhari 648.

Solat Tahiyat al-Masjid dan I'tikaf di dalam Masjid

Solat Tahiyat al-Masjid dan I'tikaf di dalam Masjid

Pengertian Masjid

Masjid ialah mana-mana tempat yang diwakafkan untuk solat, sama ada diketahui dengan yakin atau dengan zan sahaja (berlaku wakafnya itu). 
Justeru itu, mana-mana tempat yang diwakafkan untuk solat lima waktu, walaupun tempat tersebut tidak didirikan solat jumaat, maka ianya dihukum sebagai madjid. Rujuk: al-Ihatah bi Ahammi Masa'il al-Haid wa al-Istihadah (hlm. 55)

Berdasarkan kepada keterangan di atas, selain masjid yang didirikan solat Jumaat, kita juga dituntut menunaikan solat Tahiyat al-Masjid ketika memasuki tempat-tempat yang mempunyai ciri-ciri masjid seperti surau,madrasah dan musola, walaupun ianya terletak di tempat terbuka di kawasan awam. Rujuk: Hasyiah Qalyubi wa 'Umairah (jil. 2, hlm. 215) dan Hawasyi al-Syarwani 'ala Tuhfah al-Muhtaj bi syarh al-Minhaj (jil. 2, hlm. 233)

Solat Tahiyat al-Masjid setelah memasuki masjid

Yang dimaksudkan solat Tahiyat al-Masjid ialah solat sunat dua rakaat dengan tujuan menghormati masjid. Banyak riwayat-riwayat hadith yang menyuruh seseorang yang memasuki masjid agar bersolat dua rakaat terlebih dahulu sebelum duduk sebagai menghormati masjid. Antara hadith-hadith tersebut ialah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ عَامِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَمْرِو بْنِ سُلَيْمٍ الزُّرَقِيِّ عَنْ أَبِي قَتَادَةَ السَّلَمِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ

Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari 'Amir bin 'Abdullah bin Az Zubair dari 'Amru bin Sulaim Az Zaraqi dari Abu Qatadah As Salami, bahwa Rasulullah Salallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika salah seorang dari kalian masuk masjid, maka hendaklah ia solat dua rakaat sebelum ia duduk." HR Bukhari, 425. Muslim,1166.

Dan juga hadith,

حَدَّثَنَا خَلَّادُ بْنُ يَحْيَى قَالَ حَدَّثَنَا مِسْعَرٌ قَالَ حَدَّثَنَا مُحَارِبُ بْنُ دِثَارٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ فِي الْمَسْجِدِ قَالَ مِسْعَرٌ أُرَاهُ قَالَ ضُحًى فَقَالَ صَلِّ رَكْعَتَيْنِ وَكَانَ لِي عَلَيْهِ دَيْنٌ فَقَضَانِي وَزَادَنِي

Telah menceritakan kepada kami Khallad bin Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami Mis'ar berkata, telah menceritakan kepada kami Muharib bin Ditsar dari Jabir bin 'Abdullah berkata, "Aku datang menemui Nabi sallallahu 'alaihi wasallam saat beliau berada di masjid -Mis'ar berkata, "Menurutku Jabir berkata, 'Saat waktu duha.'- Jabir bin 'Abdullah berkata, "Beliau bersabda: "Solatlah dua rakaat." Ketika itu beliau mempunyai hutang kepadaku. Maka beliau membayarnya dan memberi tambahan kepadaku." HR Bukhari,424 dan HR Muslim,1168.

Berdasarkan dua hadith di atas, mengikut mazhab Syafi'i, disunatkan untuk solat Tahiyat al-Masjid bagi sesiapa sahaja yang memasuki masjid pada bila-bila masa melainkan Masjidilharam. Iaitu dengan melakukan solat Tahiyat al-Masjid sebanyak dua rakaat dan makruh meninggalkannya tanpa uzur syar'i (uzur yang dibenarkan oleh syarak).

Al-Nawawi berkata : " Sunat Tahiyat al-Masjid terhasil dengan melakukan solat fardu dan solat sunat lain ketika mula-mula memasuki masjid, walaupun tidak diniatkan solat sunat Tahiyat al-Masjid ketika melakukan takbiratulihram untuk solat fardu atau solat sunat tersebut. Alasannya kerana pengjormatan masjid telah berlaku dengan sebab didirikan solat fardu dan solat sunat tersebut yang dilaksanakan selepas mula-mula memasuki masjid. Rujuk Mughni al-Muhtaj,al-Syeikh al-Syarbini (jil. 1 hlm. 224) dan Minhaj al-Talibin, Imam al-Nawawi, bab solat al-Nafl.

Imam al-Nawawi berkata dalam al-Azkar: "Sebahagian ulama Syafi'i berkata: " Sesiapa yang memasuki Masjid, tetapi tidak berkesempatan melakukan solat Tahiyat al-Masjid kerana berhadas atau sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan maka disunatkan baginya nengucapkan ucapan berikut:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Al-Syeikh al'Syarbini berkata dalam Mughni Muhtaj (jil. 1, hlm. 224): "Solat sunat Tahiyat sl-Masjid akan luput apabila seseorang itu duduk dalam masjid walaupun sekejap, melainkan apabila dia duduk kerana terlupa dan jangka masa terlupa itu sekejap sahaja. Pendapat ini telah dimuktamadkan oleh Imam al-Nawawi dalam kitabya al-Tahqiq.

Apabila seseorang masuk Masjidilharam, maka hendaklah dia melakukan tawaf terlebih dahulu. Setelah selesai tawaf, barulah disunatkan baginya solat Tahiyat al-Masjid. Ini adalah kerana di dalam Masjidilharam ada Kaabah. Penghormatan kepada kaabah adalah dengan tawaf. Maksudnya penghormatan terhadap Kaabah diutamakan terlebih dahulu berbanding dengan Masjidilharam. Ibid

Ber'ktikaf didalam Masjid

Ini juga satu kelebihan yang akan diperolehi bagi mereka yang datang ke Masjid untuk solar berjamaah. Sebenarnya kelebihan beri'tikaf itu secara tidak langsung berlaku seiring dengan solat Tahiyat al-Masjid. Ini adalah kerana syarat asas bagi menentukan sah atau tidak sahnya i'tikaf dan solat Tahiyat al-Masjid ialah Masjid.

I'tikaf disyari’atkan berdasarkan dalil dari Al Quran, sunnah, dan ijma’. Berikut dalil-dalil pensyari’atannya.

Firman Allah ta’ala,

وَعَهِدْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ أَنْ طَهِّرَا بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْعَاكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ

“Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: “Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang thawaf, yang i’tikaf, yang ruku’ dan yang sujud.” Al Baqarah: 125

Firman Allah ta’ala,

وَلا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ

“(tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri’tikaf dalam masjid.” Al Baqarah: 187.

Hadits riwayat Ummu al-Mukminin, ‘Aisyah radhiallahu ‘anhu, beliau mengatakan,

أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ، ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan hingga beliau wafat, kemudian para istri beliau beri’tikaf sepeninggal beliau.”HR Bukhari dan Muslim

Hadith riwayat Ibnu ‘Umar radhiallahu ‘anhu, beliau mengatakan,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.”HR Bukhari dan Muslim

Al-Nawawi rahimahullah mengatakan,

فالاعتكاف سنة بالاجماع ولا يجب إلا بالنذر بالاجماع

“Hukum i’tikaf adalah sunnah berdasarkan ijma dan ulama sepakat bahwa i’tikaf tidak berhukum wajib kecuali seorang yang bernazar untuk beritikaf. Al Majmu’ 6/475; Asy Syamilah

I'tikaf dari segi bahasa bermaksud berhenti, menahan dan membiasakan diri dalam melakukan sesuatu perkara,samaada baik atau jahat. Dari segi syarak ialah diam atau berhenti di dalam masjid dengan tujuan mendekatkan diri atau beribadah kepada Allah Subhanahuwata'ala. Rujuk: Mughni al-Muhtaj,al-Syeikh al-Syarbini(jil. 1,hlm. 449-450)

Rukun-rukun i'tikaf ialah:

1-Orang yang beri'tikaf.
2-Tempat beri'tikaf.
3-Perbuatan berhenti.
4-Niat beri'tikaf.

Kesimpulannya sesiapa yang memasuki masjid, kemudian dia berhenti dalam keadaan berdiri, maka ini bererti dia telah memenuhi tiga rukun. Justeru itu, supaya sempurna rukun i'tikaf dan dia perlu pula mendapat pahalanya, dia hanya perlu berniat i'tikaf sahaja.

Berdasarkan huraian di atas mengenai i'tikaf, maka kita dapat memahami bahawa berniat i'tikaf terlebih dahulu sebelum menunaikan solat Tahiyat al-Masjid akan menjadikan pahala berganda dan semakin besar berbanding solat Tahiyat al-Masjid tanpa niat i'tikaf. Rujuk: Takmilah Ziadah al-I'anah

Justeru itu,jelaslah bahawa kelebihan i'tiikaf sebenarnya seiring dengan kelebihan solat Tahiyat al-Masjid.

Bagaimanakah hukum i’tikaf bagi wanita?

Pendapat jumhur mengatakan i'tikaf dianjurkan juga bagi wanita sebagaimana dianjurkan bagi lelaki. Dalil bagi pendapat ini diantaranya adalah:

Keumuman berbagai dalil mengenai pensyari’atan i'tikaf yang turut mencakupi lelaki dan wanita. Asalnya, segala peribadatan yang ditetapkan bagi lelaki, juga ditetapkan bagi wanita kecuali terdapat dalil yang mengecualikan.Firman Allah ta’ala,

كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيْهَا زَكَرِيَّا الْمِحْرَابَ

“Setiap kali Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab…” Ali ‘Imran: 37

dan firman-Nya,

فَاتَّخَذَتْ مِنْ دُونِهِمْ حِجَابًا

“Maka ia mengadakan tabir (yang melindunginya) dari mereka…” Maryam: 17

Ayat ini memberitakan bahwa Maryam telah membaktikan dirinya untuk beribadah dan berkhidmat kepada Allah. Dia mengadakan tabir dan menempatkan dirinya di dalam mihrab untuk menjauhi dari manusia. Hal ini menunjukkan bahawa beliau beri'tikaf. Meskipun perbuatan Maryam itu merupakan syari’at umat terdahulu, namun hal itu juga termasuk syari’at kita selama tidak terdapat dalil yang menyatakan syari’at tersebut telah dihapus.