Sunday 26 February 2017

Cara memberi salam antara lelaki dan wanita

Cara memberi salam antara lelaki dan wanita

Sumber Rujukan:
Hadis riwayat Imam Tirmizi

Rasulullah sentiasa memberi salam kepada wanita dengan ucapan “السلام عليكم” serta memberi isyarat sebagai penghormatan dengan mengangkat tangan sahaja dan tidak bersalam dengan berjabat tangan. Perkara ini telah diceritakan oleh Asma’ binti Yazid melalui sepotong hadis:
أَنَ رسولِ صلى الله عليه وسلم مَرَّفِي المَسْجِدِ يَومًا وَعُصْيَةٌ مِنَ النِّسَاءِ قُعُودً فَأَلَوَّى بِيَدِهِ بِالتّسْلِيْمِ٠ سنن الترمذى
Ertinya: Sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah melambai di perkarangan masjid pada suatu hari didapati sekumpulan kaum wanita sedang duduk di sisi masjid. Maka Rasulullah     صلى الله عليه وسلم  mengangkat tangannya sebagai tanda penghormatan dengan mengucapkan kalimah salam “السلام عليكم” HR Tirmizi

Demikianlah perbezaan amalan bersalaman antara lelaki dan perempuan namun ganjarannya adalah sama di sisi Allah dengan mendoakan semoga selamat sejahtera, asalkan salam yang diberi itu benar dan ikhlas, Allah jualah yang membalasnaya.

Saturday 18 February 2017

Peranan bersalam(المصافحة) dalam kehidupan Muslim

Peranan bersalam(المصافحة) dalam kehidupan Muslim

Sumber rujukan:
Hadith Riwayat Thibrani
Hadith Riwayat Abu Daud

Bersalaman atau berjabat tangan dalam kehidupan seharian lebih menjurus kepada adat atau kebiasaan sahaja, namun kita tidak pernah mendalami hakikat sebenar melalui syariat Islam. Maka dijelaskan oleh hadis Rasulullah saw. Apa yang dilakukan oleh Rasulullah dan sahabat-sahabatnya serta jaminan ganjaran yang diberikan oleh Allah swt. terhadap dua saudara Islam bila bersalaman antara satu sama lain ketikamana mereka bersua dan di mana sahaja mereka berjumpa.

            Peranan bersalam boleh dikatakan sebagai satu penghormatan atau tanda kemesraan antara individu dengan yang lain ketika mana mereka bertemu. Maka eloklah kedua-duanya bersalaman atau berjabat tangan kerana perbuatan itu akan membuahkan kemesraan dan kasih sayang,perkenalan dan persahabatan serta mendapat ganjaraan pahala yang besar di sisi Allah swt. keatas hamba-Nya. Berdasarkan dalil yang ditegaskan oleh Rasulullah saw. dengan sabdanya:

إِنّ الْمُسْلِمَ إِذَلَقِىَ أَخَاهُ، فَأَخَذَ بِيَدِهً تَحَاتَتْ عَنْهُمَا ذُنُوبَهُمَا كَمَا يَتَحَاتُ الْوَرَقُ عَنَ الشَّجَرَةِ الْيَابِسَةِ فِيْ يَوْمِ رِيْحٍ عَاصِفِ، وَإِلاَّ غُفِرَلَهُمَا وَلَوْكًانَتْ ذُنُبُهُمَا مِثْلَ زَبَدِ الْبَ الْبَحْرِ٠
الترغيب والترهيب، الترغيب فى المصفحة، ولترهيب من الاشارة فى الاسلام: ٣٣٤/٣
Ertinya: Sesungguhnya seorang muslim itu apabila bertemu saudaranya lalu bersalaman oleh kedua-duanya gugurlah dosa mereka sepertimana berguguran daun dari pokok yang kering ditiup angin kencang, melainkan kedua-duanya diampunkan segala dosa mereka walaupun banyak seperti buih di lautan. HR Thibrani

Begitu juga apabila tiba masanya seseorang sahabat dari perantuan disambut oleh ahli keluarga dan saudara-mara, sahabat handai, maka tidak mengapa sambutan itu dilakukan dengan saling bersalaman dan berpelukan sebagai tanda kegembiraan sepertimana hadis Rasulullah saw.:

كَانَ أَصْحَابُ رسولِ صلى الله عليه وسلم إِذَا تَلاَ قَوْا تَصَافَحُوا وَإِذَ قَدِمُوْا مِنْ سَفَرٍ تَعَانَقُوْا٠
Ertinya: Keadaan sahabat Rasulullah apabila mereka bertemu mereka bersalaman dengan tangan, dan apabila mereka menyambut kepulangan yang jauh mereka berpelukan. HR Abu Daud

Oleh yang demikian syariat tetap mengakui bahawa bersalaman atau berjabat tangan memainkan peranan penting ke arah pengukuhan ummah dengan jalinan silaturrahim antara satu sama lain. Dan juga adalah satu lambang kasih sayang sesama muslim.Sepertimana yang diterangkan dalam hadis lain.
عَنْ الْبرَءِ بْنِ عَازِبٍ رصي الله عنهُ قال: قال رسولِ صلى الله عليه وسلم : مَا مِنْ مُسْلِمَيْنِ يَلْتَقِيَانِ فَيَتَصَافَحَانِ إِلَّاغُفِرَلَهُمَا قَبْلَ أَنْ يَفْتَرٍقًا٠
Ertinya: Daripada Al-Bara bin ‘Azib ra. Berkata: Rasulullah saw. Bersabda: “Tidak ada dua orang Muslim yang jumpa lalu keduanya berjabat tangan, melainkan diampuni bagi mereka berdua sebelum berpisah. HR Abu Daud

وعنِ ابْنِ عُمَرَ رصي الله عنهُمَا قِصَّةٌ قَالَ فِيهَا: فَدَنَوْنَا مِنَ  النَّبٍيِّ صلى الله عليه وَسَلَّمَ فَقَبَّلْنَا يَدَهُ٠
Ertinya: Daripada Abdullah bin Omar ra.huma, disebutkan kisah yang panjang...... Beliau berkata: “Lalu kami mendekati Rasulullah saw. Dan kami mencium tangannya. HR Abu Daud

Selain dari berjabat tangan, juga disunatkan mencium tangan orang yang lebih mulia dari kita,seperti kedua orang tua kita atau guru kita, yang demikian itu telah dilakukan oleh sahabat terhadap Rasulullah saw.
Dan Firman Allah swt:
وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا
Ertinya: Apabila kamu diberi penghormatan dengan suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah pengormatan itu(dengan serupa). Sesungguhnya Allah menghitungkan sesuatu. Al-Nisa: 86

Para ahli tafsir menafsirkan bahawa maksud penghormatan disini ucapan salam.Allah swt. memerintahkan apabila kita diucapkan salam agar menjawab salam dengan jawapan yang lebih baik atau yang sama dengannya.

Namun ayat ini tidak hanya berkaitan dengan salam sahaja. Malahan ianya merupakan salah satu konsep dasar dari Islam,yang mengajar umatnya agar membalas setiap kebaikan dengan kebaikan yang lebih baik. Termasuk juga dengan perihal berjabat tangan, maka lakukanlah dengan yang cara yang terbaik agar ia bertepatan dengan syariat Islam dan juga agar tidak menyinggung perasaan orang lain.


Monday 13 February 2017

Hukum menjawab selawat Nabi SAW semasa khutbah sedang dibacakan

Hukum menjawab selawat Nabi SAW semasa khutbah sedang dibacakan

Sumber rujukan:
Q & A tentang bersuci dan solat oleh Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri

Apakah boleh kita menjawab selawat Nabi SAW semasa khutbah sedang dibacakan?

Selawat kepada Rasulullah SAW menjadi rukun Khutbah disisi mazhab Syafie. Firman Allah SWT:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
“Sesungguhnya Allah dan Malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghomatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya” al-Ahzab:56

Justeru itu, ia dibolehkan untuk berkata-kata seperti selawat ke atas Nabi SAW dan ia termasuk dalam hal yang dikecualikan dalam mazhab Syafie dan Hanbali antaranya ialah:
  • ·         Peringatan orang buta agar tidak terjatuh dalam telaga,
  • ·         Adanya binatang kala jengking yang hampir dengan seseorang.
  • ·         Menjawab orang bersin.
  • ·         Menjawab salam.
  • ·         Berselawat ke atas Nabi SAW ketika mendengar sebutan namanya.

Ia tidak termasuk dalam perbuatan sia-sia(lagha) seperti riwayat Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا قَلتَ لٍصَا حِبِكَ أنْصِتْ يَومُ الجمَعةِ٬ والا مامُ يَخْطُب، فَقَدْ لَغَوتٌ
“Apabila kamu berkata kepada rakanmu diam pada hari Jumaat ketika Imam sedang berkhutbah maka kamu lagha. HR Bukhari dan Muslim

Sabda Rasulullah SAW lagi
ومن قَلَ: صَهْ٬ فَقَدْ لَغَا وَمَنْ لَغَا فَلَيْسَ لَهُ فِيْ جُمُعَتِهِ تِلْكَ شَىْء
“Sesiapa berkata: “Diam! Maka laghalah, dan sesiapa lagha maka tiada baginya Jumaat sesuatupun”. HR Abu Daud


Dr Wahbah al-Zuhaili dalam al-Fiqh al-Islami berkata: “Para ulama berpendapat bahawa yang dimaksudkan di sini adalah tidak sempurna Jumaat sahaja kerana ijmak ulama mengatakan tidak diwajibkan Qada lagi.

Friday 10 February 2017

Hukum berniat Zakat


Hukum berniat Zakat

Sumber rujukan:
Ahkam wa fatawa al-Zakah oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Hukum berniat Zakat

Wajib berniat zakat ketika mengeluarkan zakat untuk membezakannya daripada kaffarah dan sedekah yang lain. Hal ini berdasarkan hadith yang mashyur.
إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ
Maksudnya: “Sesungguhnya amalan itu dengan niat”. HR al-Bukhari dan Muslim

            Sementara itu pemilik harta yang berwakil pula hendaklah berniat ketika menyerahkan kadar zakat tersebut kepada wakilnya dan wakil tidak wajib lagi berniat ketika mengagihkannya kepada golongan yang berhak.Adalah afdal sekiranya dia berniat ketika melakukan pembahagian tersebut. Sekiranya pemilik harta tidak berniat ketika menyerahkan zakat kepada wakilnya, maka niat wakil ketika melakukan pengagihan kepada penerima yang berhak tidak memadai.

Pemilik harta yang berniat ketika menyerahkan zakatnya kepada pemerintah, niatnya itu memadai kerana pemerintah adalah wakil kepada golongan yang berhak. Oleh itu, berniat ketika menyerahkan harta zakat kepada pemerintah, seolah-olah berniat ketika menyerahkan harta tersebut kepada golongan yang berhak menerima.


Sementara pemilik harta yang tidak berniat ketika menyerahkan zakatnya kepada pemerintah, maka niat oleh pemerintah sahaja tidak memadai. Justeru, harta yang diserahkan kepadanya tidak dikira zakat. Ini kerana pemerintah adalah pengganti kepada golongan yang berhak menerima dan bukan pengganti kepada pemilik harta, sebagaimana wakilnya. Oleh itu, niat pemerintah bagi pihak pemilik harta tidak diambil kira, sebagaimana niat wakil juga tidak memadai sekiranya pemilik harta tidak berniat ketika berwakil kepadanya.

Adakah harus memberi zakat kepada seorang sahaja?


Adakah harus memberi zakat kepada seorang sahaja?

Sumber rujukan:
Ahkam wa fatawa al-Zakah oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Adakah harus memberi zakat kepada seorang sahaja?

Ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat:
  1.       Fuqaha’ Hanafi: Mengharuskan pembahagian walaupun seorang.
  2.       Fuqaha’ Maliki: Berpendapat tidak wajib diberikan kepada semua lapan golongan yang      berhak.
  3.       Fuqaha’ Hanbali: Harus dibahagi salah satu daripada lapan golongan ini.
  4.       Fuqaha’ Syafie: Wajib dibahagi keseluruhannya.


Abu Ubaid menyatakan bahawa jumlah zakat yang diberikan kepada orang yang memerlukan itu tidak dihadkan dengan jangka masa tertentu.

Thursday 9 February 2017

Zakat Untuk Harta Kanak-Kanak

Zakat Untuk Harta Kanak-Kanak

Sumber rujukan: 
Fatawa Mua’sirah (Fatwa kontemporari) oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi

Soalan:
Apakah zakat harta wajib ke atas harta kanak-kanak? Jikalau wajib, siapakah yang bertanggungjawab bagi menguruskan harta itu?
Jawapan:
Zakat untuk harta kanak-kanak adalah wajib seperti mana yang dipersetujui oleh
Zakat untuk harta kanak-kanak adalah wajib seperti mana yang dipersetujui oleh ketiga-tiga mazhab Maliki,Syafi’i dan Hanbali. Manakala Abu Hanifah pula berpendapat, ibadah hanya wajib untuk orang dewasa yang akil baligh (matang) dan berakal.
            Pendapat ketiga-tiga mazhab ini jelas kerana zakat adalah ibadah yang khusus. Ia adalah hak untuk harta sama ada kanak-kanak, orang dewasa,orang gila dan orang berakal. Perkara ini sudah dijelaskan oleh Al-Quran ,hadith dan athar yang menyatakan:

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ
Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka, dengan zakat itu kamu bersihkan dan sucikan mereka dan berdoalah untuk mereka. Sesungguhnya doa kamu itu (menjadi) ketenteram jiwa bagi mereka.Dan Allah lagi Maha mendengar lagi Mengetahui. At-Taubah:103
وَالَّذِينَ فِي أَمْوَالِهِمْ حَقٌّ مَعْلُومٌ لِلسَّائِلِ وَالْمَحْرُومِ
Dan orang-orang yang dalam hartanya tersedia bahagian-bahagian tertentu, bagi orang (miskin) yang meminta-minta dan orang yang tidak mempunyai apa-apa (yang tidak mahu meminta). Al-Maarij:24-25.
أَلَا مَنْ وَلِيَ يَتِيمًا لَهُ مَالٌ فَلْيَتَّجِرْ فِيهِ، وَلَا يَتْرُكْهُ حَتَّى تَأْكُلَهُ الصَّدَقَةُ
“Hendaklah bagi sesiapa yang menjadi penjaga harta anak yatim memperniagakan harta tersebut, supaya ia tidak ditinggal dimakan zakat” HR Tirmizi, Dhaif
Maksud hadis“Sesungguhnya penjaga anak yatim boleh memperdagangkan harta anak itu supaya ia tidak habis membayar zakat”
Hadith ini diperolehi daripada Anas ra. Dan dipersetujui oleh Al-Hafiz Al-Iraqi dan selainnya,sepertimana hadith ini diperolehi daripada Umar ra. Maka hadith ini adalah benar.
Namun kita wajib memenuhi syarat-syarat kiraan wajib untuk zakat:
·        Harta itu hendaklah bebas daripada hutang.
·        Melebihi keperluan asas.
Manakala jikalau kanak-kanak ataupun anak yatim itu memerlukan harta itu untuk digunakan bagi membeli keperluan asas, keperluan pembelajaran, tidak melebihi daripada keinginannya terhadap sesuatu, tidak melebihi dari keperluan asasnya. Maka adalah harus mencukupkan keperluan asas itu terlebih dahulu.
Para ahli fiqh mengibaratkan situasi ini seperti air yang diperlukan untuk minum ataupun memasak. Maka, dibolehkan bertayamum walaupun masih mempunyai sedikit air, kerana air itu dihukumkan sama seperti tiada (air yang ada lebih utama diperuntukkan untuk keperluan yang lebih penting berbanding wuduk).

Manakala tanggungjawab bagi menguruskan pengeluaran zakat untuk kanak-kanak terletak kepada penjaga ataupun sesiapa yang bertanggungjawab menguruskan pelaburan dan penjagaan harta itu.

Wednesday 8 February 2017

Zakat Fitrah: Zakat fitrah untuk orang yang beraya di tempat lain

Zakat Fitrah: Zakat fitrah untuk orang yang beraya di tempat lain

Sumber rujukan: 
Fatawa Mua’sirah (Fatwa kontemporari) oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi

Soalan:
Dalam masaalah zakat fitrah apabila seseorang itu sudah berpuasa sebanyak dua pertiga daripada bulan Ramadhan di sesebuah tempat(contohnya di sesebuah negeri) dan dia berniat bagi menyempurnakan puasanya itu di tempat lain dan beraya di sana. Maka di manakah dia wajib mengeluarkan zakat?
Jawapan:
Setiap Muslim perlu mengeluarkan zakat fitrah di negeri yang didiami pada malam pertama bulan Syawal. Ini kerana sebab pensyariatan zakat ini bukan disebabkan puasa. Tetapi disebabkan fitrah(hari berbuka puasa). Oleh sebab itu. Lafaz zakat ini disandarkan kepadanya, iaitu zakat fitrah.
            Dengan itu, sekiranya seseorang itu meninggal dunia sebelum maghrib pada hari terakhir Ramadhan, maka zakat itu tidak diwajibkan kepadanya. Hal ini berlaku meskipun dia sudah berpuasa selama sebulan.
            Sebaliknya jikalau seseorang anak dilahirkan selepas maghrib pada hari terakhir dibulan Ramadhan, iaitu malam pertama bulan Syawwal, maka diwajibkan zakat pada dirinya. Hal ini disepakati oleh para ulama. Ini kerana, zakat fitrah berhubung kait dengan hari raya dan keseronokan pada hari tersebut, apabila ia melibatkan golongan fakir dan miskin. Oleh sebab itu, sebuah hadith menyatakan;
أغنوهم عن الطواف في هذا اليوم

Cukuplah keperluan mereka pada hari ini,HR Malik

Tuesday 7 February 2017

Zakat: Hukum memindahkan zakat.


Sumber rujukan: 
Fatawa Mua’sirah (Fatwa kontemporari) oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi

Soalan: Bolehkah kita membayar zakat di tempat selain daripada tempat tinggal kita?
Zakat pada asalnya,jikalau zakat fitrah,zakat itu perlu ditunaikan di tempat tinggal seseorang. Manakala zakat harta ditunaikan berdasarkan di tempat dimana harta yang dimiliki oleh seseorang.
            Namun begitu seseorang Muslim itu boleh menyalahi hukum asal ini berdasarkan sebab-sebab yang tertentu. Contohnya, saudara-saudara kita yang berasal dari palestin yang bekerja di negara-negara teluk dan mereka mempunyai saudara mara yang berada di kem-kem pelarian dan memerlukan zakat. Maka,adalah lebih baik zakat diberikan kepada saudara-mara mereka yang memerlukannya.
            Memindahkan zakat ke tempat selain daripada tempat tinggal ataupun ke tempat selain daripada tempat seseorang itu memperolehi hartanya, adalah diharuskan sekiranya disebabkan faktor-faktor tadi.
            Sekiranya diwakilkan kepada seseorang bagi membayarkan zakatnya kepada orang yang berhak memperoleh zakat,juga dibolehkan.

Tiada halangan juga bagi sesiapa yang mahu mengeluarkan zakat kepada orang yang berhak di tempat tinggal sendiri, ia adalah hukum asal zakat.                                                                            

Monday 6 February 2017

Hukum Zakat: Bolehkah zakat dikeluarkan kepada isteri dan sesiapa yang berada di bawah tanggungan ataupun dikeluarkan kepada saudara-saudara yang kaya. Soalan: Bolehkah zakat dikeluarkan kepada isteri dan sesiapa yang berada di bawah tanggungan ataupun dikeluarkan kepada saudara-saudara yang kaya? Isteri tidak boleh diberikan zakat menurut persepakatan semua ulama kerana isteri adalah sebahagian pasangannya.Allah swt. berfirman: وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, isteri daripada jenis kamu sendiri. Al-Rum:21 Isteri adalah sebahagian pasangannya, rumah isteri adalah rumahnya juga. Oleh itu Allah swt. berfirman: يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحْصُوا الْعِدَّةَ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ ۖ لَا تُخْرِجُوهُنَّ مِن بُيُوتِهِنَّ وَلَا يَخْرُجْنَ إِلَّا أَن يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُّبَيِّنَةٍ ۚ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ ۚ لَا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَٰلِكَ أَمْرًا Wahai Nabi! Apabila kamu hendak menceraikan isteri-isterimu, maka ceraikan mereka pada masa mereka dapat memulakan iddahnya, dan hitunglah masa iddah itu (dengan betul), serta betakwalah kepada Allah. Tuhan kamu, Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, At-Thalaq:1. Rumah adalah hak milik bersama. Rumah isteri adalah rumah suaminya, begitu juga dengan harta mereka berdua miliki. Sekiranya suami memberikan zakat kepada isterinya seolah-olah dia memberikan zakat kepada dirinya sendiri. Bolehkah seseorang itu memberikan sesuatu kepada dirinya sendiri? Justeru, para ulama bersepakat bahawa suami tidak boleh memberikan zakat kepada isterinya. Zakat juga tidak boleh diberikan kepada anak-anaknya kerana mereka adalah sebahagian daripada suami isteri,sebagaimana sabda Nabi saw, إن أولادكم من أطيب كسبكم Sesungguhnya anak-anak kamu adalah hasil daripada usaha kamu yang paling berharga. HR: Ibnu Majah Manakala adik beradiknya, jikalau miskin,para ulama berselisih pandangan dalam perkara ini,jikalau mereka miskin sedangkan mereka bertanggungjawab mencari nafkah, apakah zakat boleh diberikan kepada mereka? Para ulama fikah berbeza pandangan, pandangan yang benar adalah seseorang itu dibolehkan memberikan zakat kepada adik beradik yang miskin berdasarkan keumuman nas-nas syarak. Jikalau kita keluarkan isteri,anak-anak dan ibu-bapa ,adik beradik masih kekal dalam keumuman nas-nas syarak. Seseorang itu boleh memberikan zakat kepada adik-beradik walaupun nafkah menjadi tanggungjawab mereka. Saudara-mara yang lain seperti ibu saudara, anak saudara lelaki dan perempuan bagi kedua-dua belah pihak dan sebagainya, mereka boleh diberikan zakat dan tiada halangan berdasarkan persepakatan ulama. Bagi adik-beradik yang kaya tidak boleh menerima zakat sama sekali. Zakat tidak boleh diberikan kepada orang kaya samaada abang atau bukan.Nabi saw. pernah bersabda: لاَ تَحِلُّ الصَّدَقَةُ لِغَنِىٍّ وَلاَ لِذِى مِرَّةٍ سَوِىٍّ “Tidak halal zakat bagi orang yang kaya, tidak pula bagi orang yang kuat lagi fisiknya sempurna (artinya: mampu untuk bekerja)” HR. Abu Daud, An Nasai, At Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad Memberikan zakat kepada orang kaya bertentangan dengan objektif syarak dan hikmah pengeluaran zakat


Hukum Zakat: Bolehkah zakat dikeluarkan kepada isteri dan sesiapa yang berada di bawah tanggungan ataupun dikeluarkan kepada saudara-saudara yang kaya.

Soalan:
Bolehkah zakat dikeluarkan kepada isteri dan sesiapa yang berada di bawah tanggungan ataupun dikeluarkan kepada saudara-saudara yang kaya?

Isteri tidak boleh diberikan zakat menurut persepakatan semua ulama kerana isteri adalah sebahagian pasangannya.Allah swt. berfirman:
وَمِنْ آَيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً إِنَّ فِي ذَلِكَ لَآَيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
Dan antara tanda-tanda kekuasaan-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, isteri daripada jenis kamu sendiri. Al-Rum:21
Isteri adalah sebahagian pasangannya, rumah isteri adalah rumahnya juga. Oleh itu Allah swt. berfirman:
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَاءَ فَطَلِّقُوهُنَّ لِعِدَّتِهِنَّ وَأَحْصُوا الْعِدَّةَ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ رَبَّكُمْ ۖ لَا تُخْرِجُوهُنَّ مِن بُيُوتِهِنَّ وَلَا يَخْرُجْنَ إِلَّا أَن يَأْتِينَ بِفَاحِشَةٍ مُّبَيِّنَةٍ ۚ وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ ۚ لَا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَٰلِكَ أَمْرًا
Wahai Nabi! Apabila kamu hendak menceraikan isteri-isterimu, maka ceraikan mereka pada masa mereka dapat memulakan iddahnya, dan hitunglah masa iddah itu (dengan betul), serta betakwalah kepada Allah. Tuhan kamu, Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah mereka, At-Thalaq:1.
Rumah adalah hak milik bersama. Rumah isteri adalah rumah suaminya, begitu juga dengan harta mereka berdua miliki. Sekiranya suami memberikan zakat kepada isterinya seolah-olah dia memberikan zakat kepada dirinya sendiri. Bolehkah seseorang itu memberikan sesuatu kepada dirinya sendiri? Justeru, para ulama bersepakat bahawa suami tidak boleh memberikan zakat kepada isterinya.
Zakat juga tidak boleh diberikan kepada anak-anaknya kerana mereka adalah sebahagian daripada suami isteri,sebagaimana sabda Nabi saw,
إن أولادكم من أطيب كسبكم
Sesungguhnya anak-anak kamu adalah hasil daripada usaha kamu yang paling berharga. HR: Ibnu Majah
Manakala adik beradiknya, jikalau miskin,para ulama berselisih pandangan dalam perkara ini,jikalau mereka miskin sedangkan mereka bertanggungjawab mencari nafkah, apakah zakat boleh diberikan kepada mereka? Para ulama fikah berbeza pandangan, pandangan yang benar adalah seseorang itu dibolehkan memberikan zakat kepada adik beradik yang miskin berdasarkan keumuman nas-nas syarak. Jikalau kita keluarkan isteri,anak-anak dan ibu-bapa ,adik beradik masih kekal dalam keumuman nas-nas syarak. Seseorang itu boleh memberikan zakat kepada adik-beradik walaupun nafkah menjadi tanggungjawab mereka.
            Saudara-mara yang lain seperti ibu saudara, anak saudara lelaki dan perempuan bagi kedua-dua belah pihak dan sebagainya, mereka boleh diberikan zakat dan tiada halangan berdasarkan persepakatan ulama.
Bagi adik-beradik yang kaya tidak boleh menerima zakat sama sekali. Zakat tidak boleh diberikan kepada orang kaya samaada abang atau bukan.Nabi saw. pernah bersabda:

لاَ تَحِلُّ الصَّدَقَةُ لِغَنِىٍّ وَلاَ لِذِى مِرَّةٍ سَوِىٍّ
“Tidak halal zakat bagi orang yang kaya, tidak pula bagi orang yang kuat lagi fisiknya sempurna (artinya: mampu untuk bekerja)” HR. Abu Daud, An Nasai, At Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad


Memberikan zakat kepada orang kaya bertentangan dengan objektif syarak dan hikmah pengeluaran zakat

Thursday 2 February 2017

Hukum ayah memberi zakat kepada anaknya

Hukum ayah memberi zakat kepada anaknya

Sumber Rujukan:
Fatawa Mua’sirah (Fatwa kontemporari) oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi

Soalan
Apakah hukum seorang ayah memberikan zakat harta kepada anak-anaknya yang memerlukan termasuk yang sudah berkahwin dan bercerai?
Si anak juga menggunakan zakat harta ayahnya bagi menuntut ilmu. Anaknya sudah berkahwin dan dikurniakan anak-anak, dalam masa yang sama dia juga mendapat tawaran daripada universiti. Anaknya itu berminat bagi menyambung pelajarannya semasa di universiti di sana (iaitu pembiayaan untuk bayaran yuran pengajian).
Jawapan
Seorang ayah tidak dibenarkan memberikan anak-anaknya harta zakat walaupun mereka sudah berpisah. Ini kerana, harta zakat tidak boleh diambil daripada asal(ibu bapa) untuk kegunaan furu’(anak). Jikalau si anak memerlukan bantuan ayahnya, Si ayah boleh membantu menggunakan duit selain daripada duit zakat seperti sedekah dan hibah(pemberian).
Ada sebuah kisah daripada Mu’in bin Yazid ra. Menyatakan, “Ayahku mengeluarkan beberapa wang untuk disedekahkan kepada seorang lelaki di masjid. Aku datang dan mengambil wang itu.
            Ayahku melarang dan menyatakan, Demi Allah, ini bukan kuserahkan kepada kamu. ‘Aku pergi bertemu Rasulullah saw. Dan mengadu, maka Rasulullah menyatakan, ‘Wahai Yazid, kamu akan dapat apa yang kamu niatkan dan kamu akan dapat apa yang kamu ambil wahai Mu’in.

Bagi menguatkan hadith ini, Imam As-Syaukani menyatakan, “Apa yang dilihat daripada sedekah ini adalah sedekah secara sukarela(sunat), bukan zakat yang wajib,