Sumber rujukan:
Fatawa Mua’sirah (Fatwa
kontemporari) oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi
Soalan:
Bolehkah kita membayar zakat di tempat selain daripada tempat tinggal kita?
Zakat
pada asalnya,jikalau zakat fitrah,zakat itu perlu ditunaikan di tempat tinggal
seseorang. Manakala zakat harta ditunaikan berdasarkan di tempat dimana harta
yang dimiliki oleh seseorang.
Namun begitu seseorang Muslim itu
boleh menyalahi hukum asal ini berdasarkan sebab-sebab yang tertentu.
Contohnya, saudara-saudara kita yang berasal dari palestin yang bekerja di
negara-negara teluk dan mereka mempunyai saudara mara yang berada di kem-kem pelarian
dan memerlukan zakat. Maka,adalah lebih baik zakat diberikan kepada
saudara-mara mereka yang memerlukannya.
Memindahkan zakat ke tempat selain daripada
tempat tinggal ataupun ke tempat selain daripada tempat seseorang itu
memperolehi hartanya, adalah diharuskan sekiranya disebabkan faktor-faktor
tadi.
Sekiranya diwakilkan kepada
seseorang bagi membayarkan zakatnya kepada orang yang berhak memperoleh zakat,juga
dibolehkan.
Tiada
halangan juga bagi sesiapa yang mahu mengeluarkan zakat kepada orang yang
berhak di tempat tinggal sendiri, ia adalah hukum asal zakat.
No comments:
Post a Comment