Cara
memberi salam antara lelaki dan wanita
Sumber
Rujukan:
Hadis
riwayat Imam Tirmizi
Rasulullah
sentiasa memberi salam kepada wanita dengan ucapan “السلام عليكم” serta memberi
isyarat sebagai penghormatan dengan mengangkat tangan sahaja dan tidak bersalam
dengan berjabat tangan. Perkara ini telah diceritakan oleh Asma’ binti Yazid
melalui sepotong hadis:
أَنَ رسولِ صلى الله عليه وسلم
مَرَّفِي المَسْجِدِ يَومًا وَعُصْيَةٌ مِنَ النِّسَاءِ قُعُودً فَأَلَوَّى بِيَدِهِ
بِالتّسْلِيْمِ٠ سنن الترمذى
Ertinya:
Sesungguhnya Rasulullah صلى الله عليه وسلم telah melambai di perkarangan masjid
pada suatu hari didapati sekumpulan kaum wanita sedang duduk di sisi masjid.
Maka Rasulullah صلى الله عليه وسلم mengangkat tangannya sebagai tanda
penghormatan dengan mengucapkan kalimah salam “السلام عليكم” HR Tirmizi
Demikianlah
perbezaan amalan bersalaman antara lelaki dan perempuan namun ganjarannya adalah
sama di sisi Allah dengan mendoakan semoga selamat sejahtera, asalkan salam yang
diberi itu benar dan ikhlas, Allah jualah yang membalasnaya.
No comments:
Post a Comment