Tuesday 27 October 2015

Sudut Feqah: Hukum Berubat Dengan Benda Haram


Sumber Rujukan:

1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

Jumhur ulama berpendapat bahawa berubat dengan khamar dan benda-benda yang dilarang adalah haram. Mereka berhujah dengan hadis-hadis berikut:
1-Muslim, Abu Dau dan at-Tirmizi meriwayatkan dari wa’il bin Hajar al-Hadhrami bahawa:

“Thariq bin Suwaid menanyakan kepada Nabi SAW. mengenai hukum khamar yang dijadikan ubat. Beliau menjawab: ‘Ia bukanlah ubat, tetapi penyakit’! Hadis ini menegaskan haramnya berubat dengan khamar dan ia merupakan penyakit.

2-Diriwayatkan oleh Baihaqi dan dinyatakan sahih oleh Ibnu Hibban dari Ummu Salamah bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan kamu pada yang diharamkan keatasmu. HR Bukharai

3-Diriwayatkan dari Abu Daud dari Abu al-Darda’ bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat serta menjadikan bagi setiap penyakit itu ubatnya. Oleh itu, berubatlah kamu, tetapi jangan berubat dengan benda yang haram”. (Dalam hadis ini terdapat Ismail bin “Iyasi. Dia adalah perawi yang thiqah dikalangan penduduk Syam, tetapi dianggap dha’if dilalangan penduduk Hijaz)

4-Diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim,at-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah, katanya:
“Rasulullah SAW. melarang daripada memakai ubat yang keji, iaitu racun”.
Sedikit titisan Khamar yang tidak banyak kelihatan dan tidak memabukkan, jika dicampur dengan ramaun ubat, tidaklah diharamkan. Ia tidak ubahnya seperti sedikit sutera dijahit pada pakaian. Demikian pendapat yang dikemukannya dalam kitab al-Manar.

 

Monday 26 October 2015

Sudut Feqah: Hukum Berubat


Sumber Rujukan:

1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq
 
Berubat sememang nya diperintahkan oleh agama, sepertimana yang termuat dalam beberapa hadis Rasulullah SAW.
1-Ahmad dan Ashab as-Sunan meriwayatkan dan dipandang sahih oleh at-Tirmizi, dari Usamah bin Syuraik, katanya:
“Aku datang menjumpai Nabi SAW. sedangkan para sahabatnya duduk tenang seolah-olah di atas kepala mereka ada seekor burung hinggap kerana hormat dan ta’zim mereka kepada Nabi SAW. Aku pun memberi salam, lalu duduk. Kemudian datangnya orang-orang badwi dari sana-sini. Mereka bertanya: ‘Wahai Rasulullah ! Bolehkah kami berubat’? Nabi SAW. menjawab: “Berubatlah kamu, kerana Allah Ta’ala tidak menciptakan sesuatu penyakit, melainkan menyediakan ubatnya, kecuali satu penyakit, iaitu penyakit tua”. HR Abu Daud, al-Tirmizi,Ahmad. Al-Tirmizi berkata:’Hadis ini hasan lagi sahih’
2-Diriwaykan dari mIbnu Mas’ud oleh an-Nasai, Ibnu Majah dan al-Hakim yang menyatakan kesahihannya, bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak menurunkan suatu penyakit melainkan menurunkan ubatnya. Oleh itu berubatlah kamu! HR Ibnu Majah, Al-Hakim
3-Diriwayatkan pula oleh Muslim dari Jabir, bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:
“Setiap penyakit ada ubatnya. Jika sakit telah diubati, ia akan sembuh dengan izin Allah”. HR Muslim

4-Madu sebagai ubat

ثُمَّ كُلِي مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ فَاسْلُكِي سُبُلَ رَبِّكِ ذُلُلًا ۚ يَخْرُجُ مِنْ بُطُونِهَا شَرَابٌ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ فِيهِ شِفَاءٌ لِلنَّاسِ ۗ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَةً لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir. An-Nahl 69

 

Saturday 24 October 2015

Sudut Feqah: Jenazah- Menziarahi Pesakit Kafir


Sumber Rujukan:

1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

2-Shahih Bukhari

Seorang muslim dibolehkan menziarahi pesakit kafir, Al-Bukhari ,membuat satu bab dalam sahihnya dengan judul: “Bab menziarahi pesakit musyrik”. Diriwayatkan dari Anas ra. bahawa:

“Seorang anak Yahudi yang menjadi pembantu Nabi SAW. jatuh sakit. Nabi SAW. pun datang menziarahinya dan bersabda, yang bermaksud: “Masuk kamu ke dalam Agama Islim”. Dia pun akhirnay memeluk agama Islam. HR Abu Daud

Saib bin Musayyab menceritakan dari bapanya, bahawa tatkala Abu Thalib sakit menjelang kematiannya. Nabi SAW. datang menzirahinya.

Allah Ta’ala berfirman:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (8) إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ(9 (

Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zhalim.” (Al Mumtahanah: 8-9)

 

Friday 23 October 2015

Sudut Feqah: Jenazah- Perempuan Menziarahi Lelaki


Sumber Rujukan:

1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

2-Shahih Bukhari

Al-Bukhari membuat satu bab di dalam shahihnya dengan judul:  “Bab: Perempuan Menziarahi Lelaki, “Ummu al-Darda’ pernah melawat seorang lelaki dari kalangan Anshar yang rajin datang ke masjid.
Diriwayatkan dari Aisyah, katannya:
“Tatkala Rasulullah SAW, tiba di Madinah, Abu Bakar dan Bilal mengalami demam panas. Aku pun menziarahi keduanya dan bertanya: Wahai ayahndaku! Bagaimanakah keadaan-mu? Wahai Bilal bagaimanakah keadaan-mu? Apabila Abu Bakar sakit, biasanya dia bersajak: Setiap insan di sebelah pagi berada di tengah keluarganya, padahal mati lebih hampir kepadanya dari tali seliparnya.
Bilal pula apabila bersajak: Bolehkah aku dapat tidur nyenyak di lembah itu sedang di sekelilingku rumput hijau dan bunga yasmin. Sempatkah aku pada suatu hari minum telaga Minjannah? Sempatkah aku melihat kanak-kanak bermain riang? Aisyah bercerita: “ Aku pun datang berjumpa Rasulullah SAW. dan menyampaikan perkara itu kepadanya. Mendengar itu, beliau bersabda: ‘Ya Allah! Jadikanlah kami mencintai Madinah sebagaimana kami mencintai kepada Makkah atau lebih lagi. Ya Allah! Sihatkanlah penduduknya, berilah kami keberkahan pada sukatan dan timbangannya kepada kami, dan pindahkanlah penyakit demam(Yang terdadat di Madinah ini)  ke kawasan al-Juhfah. HR Bukhari

Wednesday 21 October 2015

Sudut Feqah: Adab Berziarah


Sumber Rujukan:

1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

2-Shahih Bukhari

3-Shahih Muslim

 Disunatkan ketika berziarah mendoakan pesakit supaya segera sembuh dan sihat, memberinya nasihat agar tabah dan bersabar, serta menyampaikan ucapan-ucapan yang baik, hingga dengan demikian dapat menghibur hati dan menguatkan semangatnya.
Diriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:

“Jika kamu melawat orang sakit, maka bangkitlah semangatnya bahawa usianya masih panjang. Keadaan yang demikian sememangnya tidak dapat menolak takdir, tetapi akan mententeramkan jiwa si pesaki.” HR Ibnu Majah, Tirmizi”.
Adalah Rasulullah SAW. apabila menziarahi orang sakit, beliau mengucapkan:

لَا بَأْسَ، طَهُوْرٌ إِنْشَاءَ اللهُ

“Tidak mengapa, In Syaa Allah semuanya akan berakhir dengan kebaikan”. HR Bukhari
Disunatkan mempersingkatkan waktu berziarah dan menjarangkannya agar tidak menyusahkan pesakit, melainkan jika dia menginginkan demikian.
Islam  memberi perhatian kepada orang sakit dengan menganjurkan menziarah dan berdoa untuk kesembuhan mereka. Untuk itu Rasululllah SAW. mengajarkan beberapa doa yang boleh dibaca ketika menziarahi mereka. Semua ini bagi mempraktikkan persaudaraan Islam.Dari An-Nu’man bin Basyir ra., katanya Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:

قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ ، مَثَلُ الْجَسَدِ إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى  
”Perumpamaan orang-orang yang beriman itu dalam kelunakan, berkasih-sayang dan berlemah-lembut sesama mereka seperti tubuh yang satu, jika satu anggota sakit, seluruh jasad akan turut terasa demam dengan berjaga malam.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Nabi S.A.W. apabila menziarahi orang sakit, baginda menyapu tangan kanannya ke atas orang sakit (di tempat sakitnya) sambil berdoa:
 
‏اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَاسَ اِشْفِهِ وَأَنْتَ الشَّافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ ‏ ‏سَقَمًا
“Ya Allah, tuhan kepada manusia, hilangkanlah kesakitan, sembuhkanlah ia, dan sesungguhnya Engkaulah maha penyembuh, tidak ada penyembuhan melainkan dengan penyembuhanMu, penyembuhan yang tidak meninggalkan sebarang kesakitan.” HR Bukhari



Sunday 18 October 2015

Sudut Feqah: Jenazah - Keutamaan Menziarahi Orang Sakit


Sumber Rujukan:

1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

2-Shahih Muslim

3-Tirmizi

Ibnu Majah meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang menziarahi orang sakit, maka terdengarlah suara dari langit: ‘Alangkah terpujinya perbuatanmu! Alangkah terpujunya perbuatanmu, kunjungan kamu! (Dengan demikian), kamu telah menempah satu tempat tinggal di dalam syurga”.
Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:
“Allah SWT. akan berfirman pada hari kiamat kelak: “Wahai anak Adam! Aku sakit tapi kamu tidak mahu menziarahi-Ku’. Manusia menjawab: “wahai Tuhanku! Bagaimana aku dapat menziarahi Mu, sedangkan Engkau Tuhan semesta alam? Allah berfirman: ‘Tidakkah kamu mengetahui bahawa hamba-Ku sifulan pernah sakit, tetapi kamu tidak mahu menziarahinya? Tidakkah kamu mengetahui bahawa seandai-nya kamu melawatinya tentu kamu akan mendapati-Ku di sisinya? Wahai anak Adam!Aku meminta kepadamu supaya memberi makanan, tetapi kamu tidak memberi-Ku makan’. Manusia menjawab: ‘Wahai Tuhanku! Bagaimana aku memberi-Mu makan’. Sedangkan Engkau Tuhan semesta alam’! Allah berfirman: ‘Tidakkah kamu mengetahui bahawa hamba-Ku sifulan pernah meminta makanan, tetapi kamu tidak mempedulikannya? Tidakkah kamu mengetahui bahawa seandainya kamu memberinya makan pasti kamu akan menjumpai-Ku di sisinya!. Wahai anak adam!  Aku meminta supaya kamu memberi-Ku minum, tapi kamu tidak peduli.” Manusia menjawab: ‘Wahai Tuhanku! Bagaimana aku memberi-Mu minum’. Sedangkan Engkau Tuhan semesta alam’! Allah berfirman: ‘Tidakkah kamu mengetahui bahawa hamba-Ku sifulan pernah meminta minuman, tetapi kamu tidak mengendahkannya? Tidakkah kamu mengetahui bahawa seandainya kamu memberinya minuman pasti kamu akan mendapati-Ku di sisinya!
Dari Thauban bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:
“Seorang muslim apabila menziarahi saudaranya yang muslim akan selalu berada di tengah khurfah syurga hinggalah pulang ke rumahnya. Seorang sahabat bertanya: ‘Apakah maksud khurfah syurga itu. Wahai Rasulullah? Beliau menjawab: ‘Buah-buahan syurga yang masak’.” HR Muslim, Tirmizi.
Dari Ali ra., katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:
“Setiap muslim yang menziarahi muslim yang lain di sebelah  pagi akan didoakan oleh 70,000 malaikat hingga waktu petang. Jika menziarahinya di sebelah petang maka dia akan didoakan oleh 70,000 malaikat hingga waktu pagi dan dia akan memperolehi satu kebun di dalam syurga”. HR Tirmizi dan katanya, hadis ini hasan.
Antara hikmah kita dituntut untuk menziarahi saudara kita yang sakit ialah untuk mengeratkan lagi ikatan persaudaraan sesama muslim. Apabila saudara kita sakit dan kita menziarahinya maka akan terbina rasa kasih sayang dan keakraban sesama umat Islam. Malah Nabi saw telah membuat perumpamaan ikatan kasih sayang sesama muslim itu ibarat satu badan dengan sabda Baginda saw. yang bermaksud: “ Perumpamaan orang-orang mukmin dalam kasih sayang, belas kasihan dan keakraban mereka ibarat satu jasad, jika satu anggota badan mengadu sakit maka seluruh anggota lain akan berjaga dan diserang demam.” (HR  Muslim dalam Sahihnya).
Mungkin kadangkala kita terfikir bahawa menziarahi saudara muslim yang sakit tidaklah penting tambahan pula jika kita menganggap saudara seagama tersebut tidak mampu memberi sebarang kepentingan kepada kita. Namun tanpa kita sedari menziarahi saudara kita yang diuji dengan kesakitan ini merupakan tuntutan agama. Malah ganjaran syurga akan diberikan bagi mereka yang menziarahi saudara sesama muslim atas ikatan persaudaraan kerana Allah SWT. Sabda Nabi SAW. yang bermaksud: “Sesiapa yang menziarahi orang yang sakit atau menziarahi saudara seagama kerana Allah SWT. maka malaikat akan berkata kepadanya: Beruntunglah kamu dan beruntunglah urusanmu dan (ketahuilah) bahawa kamu telah menempah syurga sebagai tempat tinggalmu.” (Hadith direkodkan oleh Imam al-Tirmidhi dan Imam Ibn Majah).

Surah Al-Mulk: Ayat 1-2

تَبَـٰرَكَ ٱلَّذِى بِيَدِهِ ٱلۡمُلۡكُ وَهُوَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ۬ قَدِيرٌ - ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً۬‌ۚ

Maha Suci Allah Yang di tangan-Nya-lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun

Wednesday 14 October 2015

Sudut Feqah: Jenazah- Menziarahi Orang Sakit


1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

2-Shahih Bukhari

3-Shahih Muslim

Antara akhlak Islam adalah seorang dikehendaki menziarahi orang sakit dan peduli terhadap kesihatan mereka, supaya hatinya terhibur dan hak persaudaraan dapat dirialisasikan. Ibnu Abbas berkata: “menziarahi orang sakit untuk pertama kalinya adalah disunatkan, namun selepas itu bersifat sukarela”. Al-Bukhari meriwayatkan dari Abu Musa, bahawa Nabi SAW. bersabda yang berrmaksud: “Berilah makan kepada orang yang kelaparan, ziarahlah orang sakit dan bebaskanlah tawanan”.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: Hak seorang muslim keatas muslim yang lain ada enam. Seorang sahabat bertanya: Apakah itu wahai Rasulullah? Nabi SAW. menjawab: ‘Jika berjumpa dengannya, hendaklah kamu memberi salam. Jika kamu dijemput, maka penuhilah jemputannya. Jika meminta nasihat, maka hendaklah kamu memberi nasihat. Jika membaca(Alhamdulillah) setelah bersih, hendaklah kamu menjawab dengan bacaan(Yarhamuka), yang bererti ‘Semoga Allah memberimu rahmat’. Jika dia sakit, maka hendaklah kamu menziarahinya. Jika dia meninggal dunia, maka iringilah jenazahnya (menuju perkuburan)”.
Abu Hurairah ra meriwayatkan yang bermaksud:“Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: “Kewajipan seorang muslim terhadap seorang muslim yang lainnya lima perkara, iaitu: Menjawab salam, menziarahi orang sakit, mengiringi jenazah (ke tanah perkuburan), memenuhi jemputan dan mendoakan orang yang bersin.” [HR Bukhari & Muslim]
Sabda Rasulullah SAW: yang berrmaksud:“Sesiapa yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit, seolah-olah dia berada dalam ‘Kharfah’ sehinggalah dia pulang.” Baginda ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah yang dimaksud dengan ‘Kharfah’ itu?” Rasulullah saw bersabda: “Iaitu kebun di syurga (yang penuh dengan buah-buahan yang boleh dipetik pada bila-bila masa)”. [HR Muslim]
Daripada Ali ra, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang pun yang menziarahi saudara se-Islamnya yang sakit pada waktu pagi, melainkan 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat sehingga ke petang. Sekiranya dia menziarahi saudaranya pada waktu petang, maka 70,000 malaikat mendoakannya untuk mendapat rahmat Allah sehingga ke pagi. Dia juga akan mendapat nikmat berupa buah-buahan syurga yang boleh dipetik pada bila-bila masa.” [HR At-Tirmizi: Hasan]

 

Sudut Feqah: Jenazah- Orang Sakit Tetap Memperolehi Ganjaran Pahala Amalan Yang Biasa Dilakukan Ketika Sakit


Sumber Rujukan:

1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

2-Shahih Bukhari
Al-Bukhari meriwayatkan dari Musa al-Asy’ari bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:
“Apabila seseorang sakit atau bermusafir, maka dia tetap memperolehi ganjaran pahala amalan yang biasa dilakukan ketika bermukim dan ketika dalam keadaan sihat”.
Ketika sakit, tubuh badan menjadi lemah dan ada kalanya menyebabkan terhalang daripada melakukan amal ibadat. Namun, antara keistimewaan diberikan Allah kepada mereka yang sedang sakit, mereka tetap menerima ganjaran pahala bagi amalan biasa dilakukan ketika sihat. Contohnya, seseorang yang konsisten mengerjakan solat tahajud tetapi terhalang mengerjakannya kerana kesihatannya terganggu, dia tetap menerima pahala solat tahajud itu sepanjang tempoh dia sedang sakit.
Ujian sering menyedarkan manusia terhadap kelalaian mereka selain menjadi bukti lemahnya diri kerana tidak mampu mengelak penyakit dikurniakan Allah. Ada ketikanya, sakit mengingatkan kita akan dosa dilakukan kerana ujian Allah juga disebabkan kesilapan dilakukan. Firman Allah dalam Surah Asy-Syura, ayat 30:
وَمَا أَصَابَكُمْ مِنْ مُصِيبَةٍ فَبِمَا كَسَبَتْ أَيْدِيكُمْ وَيَعْفُو عَنْ كَثِيرٍ
bermaksud: “Dan apa musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahanmu).”

Tuesday 13 October 2015

Sudut Feqah: Jenazah- Keluhan Orang Sakit


Sumber Rujukan:

1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

2-Shahih Bukhari

3-Shahih Muslim

Orang sakit dibolehkan mengeluh dan mengadukan rasa sakit yang dialaminya kepada doktor atau kawannya selama tidak menampilkan rasa kesal dan kecewa terhadap apa yang dideritanya. Sebelum ini telah disebutkan sabda Nabi SAW. di mana beliau mengadu dengan sabdanya yang bermaksud:
“Aku berasa suhu tubuhku amat panas melebihi dua kali suhu tubuh kamu ketika demam”HR Bukhari
Aisyah pernah mengeluh dan mengadu kepada Rasulullah SAW. ketika sakit dengan berkata yang bermaksud:
“Aduh sakitnya kepalaku! Kata Nabi pula: ‘aku juga,kepala aku terasa sakit sekali”!.HR Bukhari
Abdullah bin Zubair pernah bertanya kepada Asma’ yang ketika itu dalam keadaan sakit: “Bagaimana keadaan kamu?” Jawab Asma’: “Sungguh sakit!”. Sebelum mengeluh dengan apa yang dialaminya, sebaiknya pesakit mengucapkan hamdalah kepada Allah. Ibnu Mas’ud berkata: “Jika seseorang mengeluh selepas membaca hamdalah terlebih dahulu, maka tidak disebut sebagai mengeluh. “mengadu kepada Allah adalah disyariatkan. Nabi Ya’qub as berkata:

إِنَّمَا أَشْكُو بَثِّي وَحُزْنِي إِلَى اللَّهِ

Hanya aku adukan kesedihan dan kedukaaan aku kepada Allah” Surah Yusuf: 86
Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:

“Ya Allah! Kepada-Mu aku mengadu akan betapa lemahnya tenagaku…..

Sudut Feqah: Bab Jenazah -Tabah Ketika Sakit


Sumber Rujukan:

1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

2-Shahih Bukhari

3-Shahih Muslim

Hendaklah orang sakit sabar dan tabah menghadapi penyakit yang dialaminya. Tiada pemberian yang lebih baik dan amat berharga dari Allah Yang Maha Esa kepada hambanya melainkan kesabaran.

إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُم بِغَيْرِ حِسَابٍ

Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira.Az-Zumar 10

وَاللَّهُ يُحِبُّ الصَّابِرِينَ ﴾ [آل عمران: 146]

…Dan allah mencintai orang-orang yang sabar

سَلم عَليْكُم بِما صَبَرتُم فَنِعْم عُقْبَى الدَّار

Selamat sejahteralah kamu disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amalmu.Ar-Ra’d:24

Muslim meriwayatkan dari Shuhaib bin Sinan bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:

“Sungguh menakjubkan keadaan orang mukmin itu! Bagaimana pun juga keadaanya, maka semuanya itu pasti berakhir dengah kebaikan. Keadaan sedemikian tidak akan ditemui kecuali pada orang mukmin. Jika mendapat kegembiraan, dia akan bersyukur dan itu merupakan kebaikan. Jika ditimpa kemalangan, dia bersabar yang juga merupakan kebaikan baginya”.

Al-Bukhari meriwayatkan dari Anas ra., katanya: Aku pernah mendengar Rasulullahn SAW. bersabda yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman yang bermaksud: “Apabila seorang hamba mendapat cubaan-Ku pada dua perkara yang amat disayanginya (kedua matanya) lalu bersabar, maka kelak akan aku gantikan kesabarannya itu dengan syurga”.

Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Atha’ bin Rabbah dari Ibnu Abbas ra., katanya yang bermaksud:

Mahukah kamu melihat wanita penghuni syurga? Jawabku: ‘Tentu saja’. Katanya:, Nah, wanita berkulit hitam itu! Dia pernah datang kepada Nabi SAW. dan mengadu: “Aku sering tidak sedarkan diri sehingga tanpa sengaja membuka aib sendiri, maka doakan supaya Allah menyembuhkan penyakitku ini’. Kata Nabi SAW. “Mahukah kamu bersabar dan sebagai ganjarannya kamu akan memperolehi syurga, atau aku akan berdoa kepada Allah agar Dia menyembuhkan penyakitmu?. Wanita itu menjawab: ‘Baiklah, aku akan bersabar’. Kemudian dia berkata: ‘Tetapi aku sering membuka rahsia(tatkala tidak sedarkan diri), maka doakanmlah supaya kebiasaan itu hilang! Maka Nabi SAW. mendoakannya (supaya tidak lagi mendedahkan rahsianya  tatkala tidak sedarkan diri)”.

Sudut Feqah: Bab Jenazah- Sakit


Sumber Rujukan:

1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

2-Shahih Bukhari

3-Shahih Muslim

 

            Terdapat beberapa hadis yang menegaskan bahawa sakit boleh menghapuskan kesalahan dan menghilangkan dosa. Dibawah ini adalah sebahagian dari hadis-hadis tersebut.

 

1-Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa yang memperolehi limpahan kebaikan dari Allah, maka akan ditimpakan cubaan ke atas dirinya terlebih dahulu.”

 

Musibah bagi menyucikan diri seorang mukmin daripada segala noda dan dosa dan menaikkan darjatnya di sisi Allah. Musibah adalah segala sesuatu yang tidak diingini dan pebuatan dosa. Sebab! Musibah merupakan klinik ilahi yang bertujuan mengubati sekaligus menyelamatkan seseorang mukmin daripada segala dosa yang membinasakan.

 

2-Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Nabi SAW.  bersabda yang bermaksud:

“Tidak ada satu musibah pun yang menimpa diri seorang muslim, sama ada berupa kesusahan dari penderitaan, kesedihan dan duka cita mahupun penyakit, bahkan sebatang duri yang menusuk anggota tubuhnya sekalipun, melainkan akan dihapuskan Allah sebahagian daripada kesalahan-kesalahannya dengan yang demikian itu.”

 

3-Al-Bukhari meriwayatkan dari Ibnu Mas’ud katanya yang bermaksud:

“Aku bertamu kerumah Rasulullah SAW yang ketika itu dalam keadaan demam panas. Maka aku katakan kepadanya: “wahai Rasulullah! Badanmu amat panas’ Baginda berkata :’Memang, suhu badanku akan naik dua kali ganda suhu badan kamu ketika deman’. Lalu aku berkata lagi kepada baginda: ‘Mungkin disebabkan para nabi akan diberi pahala dua kali ganda pula! ‘Benar demikian!’kata  Nabi, ‘Selain itu, tidak seorang muslim pun yang ditimpa kesakitan mulai dari duri yang tersusuk ke tubuhnya sehingga yang lebih berat daripada itu, melainkan dihapuskan Allah dengan kesalahan-kesalahannya, iaitu umpama kayu yang menggugurkan daun-daunnya”.

 

4-Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra., katanya: Rasulullah SAW. pernah bersabda yang bermaksud:

“Perumpamaan seorang mukmin adalah seperti tanaman yang berpenyakit. Ia bergoyang dan condong ke pelbagai arah ditiup angin. Namun apabila ditimpa musibah, ia akan condong, tetapi akan tegak semula. Sebaliknya seorang derhaka adalah seperti padi yang lurus dan kaku, sehingga mudah patah dan tercabut apabila dikehendaki Allah”. HR Bukhari

Sunday 11 October 2015

Al-Quran: Kesan Al-Quran Terhadap Manusia



الَر كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَى صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ
الَر. (Ini adalah) Kitab yang Kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. Ibrahim ayat 1

إِنَّ هَـذَا الْقُرْآنَ يِهْدِي لِلَّتِي هِيَ أَقْوَمُ وَيُبَشِّرُ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْراً كَبِيراً

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (ugama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.Al-Isra 9

Al-Quran telah membawa perubahan yang besar terhadap manusia. Ia mengangkat manusia dari lembah kehinaan dan kegelapan menuju puncak keagungan dan kesejahteraan. Diantara perubahan yang dilakukan Al-Quran terhadap manusia ialah:

1-      Perubahan tentang Aqidah: Ia menunjukkan tentang hakikat kehidupan dunia dan akhirat.Membentuk kepercayaan tentang rukun iman yang enam.

2-      Perubahan mengenai Ibadah: Al-Quran memberikan pengabdian dan kebaktian hanya kepada Allah dan menghapuskan segala bentuk keagamaan dan syirik kepada Allah.

3-      Perubahan tentang Akhlak: Al-Quran menanamkan akhlak yang baik lagi terpuji dan melontarkan akhlak yang keji.

4-      Perubahan Masyarakat: Al-Quran menumbuhkan persaudaraan, persamaan dan kesatuan yang menyeluruh tanpa membezakan warna, bangsa dan keturunan. Menghapuskan perbezaan dan batasan mengikut kasta dan menghimpunkan mereka di bawah panji taqwa.

5-      Perubahan tentang Politik: Al-Quran mengembangkan demokrasi, menegakkan keadilan dan menentang kezaliman dan keganasan dalam pelbagai bentuk.

6-      Perubahan dari sudut Ekonomi: Al-Quran membangun ekonomi mengikut dasar ketuhanan dan nilai-nilai kemanusian serta mengakui hak-hak manusia  mencari kekayaan dengan batas-batas yang tertentu.

7-      Perubahan tentang Peperangan: Al-Quran merubah maksud dan tujuan perang untuk kepentingan perdamaian dan keselamatan manusia dan mengekang nafsu permusuhan dan perselisihan.

8-      Perubahan kedudukan Kaum Wanita: Al-Quran melindungi hak-hak wanita dari sudut keagamaan, sosial dan hal ehwal kemasyarakatan.

9-      Penghapusan Perhambaan: Al-Quran menghapuskan perhambaan manusia terhadap manusia dan mengakui kebebasan manusia.

10-  Memerdekakan Aqal dan Fikiran: Al-Quran mengakui kebebasan menggunakan akal fikiran, menghapuskan belenggu taklid, memutuskan rantai yang membelengu fikiran kerana adat tradisi, kekuasaan politik dan lain-lain lagi.
Penutup
Beriman dengan Al-Quran merupakan salah satu kompenan rukun iman. Ia merupakan kitab terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW. yang sewajarnya dijadikan panduan kehidupan manusia untuk mencapai kejayaan dunia dan akhirat.
        Al-Quran seharusnya dijadikan pakaian dalam kehidupan manusia. Ia bukan sahaja perlu dilaksanakan dalam bentuk penghayatan tetapi juga dalam kaedah perlaksaan. Keindahan Islam boleh dihayati dengan menjadikan Al-Quran sebagai makanan jasmani dan rohani untuk membantu manusia kearah kebenaran hakiki.

 

Saturday 10 October 2015

Al-Quran: Adab-Adab Membaca Al-Quran


a-Bersiwak sebelum membaca Al-Quran. Disunnahkan membaca Al-Qur’an dalam keadaan mulut yang bersih. Bau mulut tersebut boleh dibersihkan dengan siwak atau bahan semisalnya.Sabda Nabi SAW. yang bermaksud:

“Sesungguhnya mulutmu adalah lalu-lintas Al-Quran. Maka segarlah ia dengan bersiwak”. HR Ibnu Majah dan Al-Bazzar.

b- Menghadap kiblat ketika membaca Al-Qur’an. Duduk ketika itu dalam keadaan sakinah dan penuh ketenangan.

“Sebaik-baik majlis adalah mengadap Qiblat”. HR Ath-Thabrani)

c-Memilih tempat yang suci.Menurut penulis al-Ithqan, tempat suci yang paling utama untuk  membaca Al-Quran adalah Masjid.

d- Suci dari hadaths. Disunnahkan membaca Al-Qur’an dalam keadaan suci. Namun jika membacanya dalam keadaan berhadats dibolehkan berdasarkan kesepatakan para ulama.

Catatan: Ini berkaitan dengan masalah membaca, namun untuk menyentuh Al-Qur’an dipersyaratkan harus suci. Dalil yang mendukung hal ini adalah:

عَنْ أَبِى بَكْرِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ حَزْمٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- كَتَبَ إِلَى أَهْلِ الْيَمَنِ كِتَابًا فَكَانَ فِيهِ لاَ يَمَسُّ الْقُرْآنَ إِلاَّ طَاهِرٌ

Dari Abu Bakr bin Muhammad bin ‘Amr bin Hazm dari ayahnya dari datuknya, sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menulis surat untuk penduduk Yaman yang isinya, “Tidak boleh menyentuh Al-Qur’an melainkan orang yang suci”. (HR. Daruquthni no. 449.

Seseorang yang sedang junub dan haid tidak dibenarkan membaca Al-Quran, namun boleh membaca dalam hati dan memandang mushaf, tetapi tidak menyentuhnya.

e-Membaca Ta’awudz dan Basmalah. Sebelum membaca Al-Quran, disunatkan membaca Ta’awudz. Firman Allah Ta’ala dalam surah An-Nahl ayat 98:

فَإِذَا قَرَأْتَ الْقُرْءانَ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ الشَّيْطَنِ الرَّجِيمِ

Oleh itu apabila engkau membaca Al-Qur'an, maka hendaklah engkau memohon perlindungan kepada Allah dari hasutan syaitan yang kena rejam.

f-Tadabbur. Orang yang membaca Al-Quran dituntut mentadabburi dan memahaminya. Ini penting kerana Allah menurunkan Al-Quran untuk tadabbur dan zikir. Firman Allah Ta’ala dalam surah Shad ayat 29:

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ

Inilah Kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan keberkatan, untuk mereka perhatikan ayat-ayatnya, dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran”.
Perintah untuk mentadabburi Al-Qur’an disebutkan dalam ayat,

أفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآَنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا

Maka apakah mereka tidak memperhatikan Al Quran ataukah hati mereka terkunci?” (QS. Muhammad: 24)

Al-Quran: Fadhilat Membaca dan Mengajar Al-Quran

Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata yang bermaksud : “Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada al- Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadis Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih)
Daripada Ibnu Mas’ud r.a bahawa Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud : “Orang yang paling layak mengimami kaum di dalam sembahyang ialah mereka yang terfasih membaca al-Quran”. (Hadis Riwayat Muslim).
Daripada ‘Uqbah Bin ‘Amir r.a. menceritakan yang bermaksud: Rasulullah S.A.W keluar dan kami berada di tempat duduk masjid yang beratap. Maka beliau bersabda yang bermaksud: “Siapakah di antara kamu yang suka keluar di pagi hari pada setiap hari menuju ke Buthan atau ‘Atiq, dan dia mengambil darinya dua ekor unta yang gemuk dalam keadaan dia tidak melakukan dosa dan tidak putus hubungan silaturrahim”. Kami menjawab : “Kami suka demikian itu. Sabda Rasulullah S.A.W : “Kenapakah kamu tidak pergi ke masjid belajar atau membaca dua ayat Al Quran lebih baik dari dua ekor unta, tiga ayat lebih baik dari tiga ekor, empat ayat lebih baik dari empat ekor unta demikianlah seterusnya mengikut bilangan ayatnya”. (Hadis Riwayat Muslim)
Daripada Abdullah Bin ‘Umru Bin Al ‘As r.a. Nabi Muhammad S.A.W. bersabda  yang bermaksud:
“Satu masa nanti akan dikatakan kepada orang yang membaca al-Quran: Bacalah, perbaikkilah dan perelokkanlah bacaan al-Quran sepertimana engkau memperelokkan urusan di dunia, sesungguhnya tempat engkau akan ditentukan di akhir ayat yang engkau bacakan”. ( Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi dan beliau berkata : Hadis ini hasan sahih )
 
Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : “Orang yang membaca al-Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
 
Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Bacalah al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”. (Hadis Riwayat Muslim)
 
Daripada Nawwas Bin Sam’an r.a. telah berkata yang bermaksud : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Di hari akhirat kelak akan didatangkan al-Quran dan orang yang membaca dan mengamalkan isi kandungannya, didahului dengan Surah Al Baqarah dan Surah Ali-Imraan, kedua-dua surah ini menghujah ( mempertahankan ) orang yang membaca dan mengamalkannya”. (Hadis Riwayat Muslim)
 
Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.(Hadis Riwayat Bukhari)

Al-Quran: Kelebihan Dan Keistimewaan Al-Quran


Antara kelebihan Al-Quran ialah:
i-                    Mukjizat teragung.

ii-                  Mukjizat Nabi yang kekal hingga hari akhirat.

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud:

Dan kelebihan Kalamullah ke atas seluruh kalam(perkataan) seperti kelebihan Allah ke atas sekalian kejadianNya.
Al-Quran merupakan kitab samawi yang diturunkan dari Penguasa langit dan paling utama diantara kitab-kitab samawi yang pernah turun, iaitu Taurat, Zabur dan Injil. Keistimewaan Al-Quran ini ditunjukkan, antara lain:
i-                    Al-Quran merupakan kitab yang paling tinggi darjatnya dibandingkan kitab-kitab samawi yang lain.

Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Zukhruf ayat 4,
وَإِنَّهُ فِي أُمِّ الْكِتَابِ لَدَيْنَا لَعَلِيٌّ حَكِيمٌ

Dan sesungguhnya Al-Quran itu dalam induk al-Kitab (Lauh Mahfuz) disisi kami, adalah benar-benar tinggi (nilainya) dan amat banyak mengandungi hikmah.         
Ketinggian Al-Quran kerana Allah melebihkan (isi) surat-suratnya dari kitab-kitab lain yang pernah Dia turunkan.
ii-                  Al-Quran adalah zikir yang paling utama. Ia mengandungi semua zikir, seperti tahlil, takbir, tahmid, tasbih doa dan lainnya.
Dari Abu Said Al-Khudri, dia berkata yang bermaksud: Rasulullah SAW. bersabda: Allah berfirman (dalam Hadis Qudsi): “Barangsiapa sibuk membaca Al-Quran sehingga lupa bermohon kepada-Ku, maka Aku akan menganugerahinya keutamaan(seperti) yang diminta oleh orang yang meminta. HR At-Tirmizi