Friday 31 July 2015

Sudut Feqah:Membaca Takbir Intiqal(perpindahan)- اللَّهُ أَكْبَرُ


Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq
2-Fiqh Manhaji(Fiqh Mazhab Syafi’e)
3-Nailul Authar oleh Asy Syaukani
4-Bahrul Mazi oleh Mohammad Idris bin Abd Rauf al-Marbawi
5- Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Dr Wahbah al-Zuhaily

6-Fath Bari

Disunatkan membaca takbir ( اللَّهُ أَكْبَرُ) pada setiap kali bangkit dan turun, berdiri dan duduk. Kecuali ketika bangkit dari ruku’.Ketika itu, hendaklah seseorang membacaسمع الله لمن حمده”(Maha Mendengar Allah terhadap pujian orang yang memujiNya).

Disunatkan bahawa permulaan takbir itu bersamaan dan serentak dengan perpindahan rukun yang hendak dilakukan(Bukan dibaca dipertengahan atau setelah hampir selesai perpindahan).

Dari Ibnu Mas’ud, katanya, yang bermaksud:

“Aku pernah melihat Rasulullah SAW. membaca takbir setiap kali turun dan bangkit, berdiri dan duduk.” (Diriwayatkan oleh Ahmad.al-Nasae’I dan al-Tirmizi yang mengatakan kesahihan hadis ini.Beliau berkata: Inilah amalan para sahabat Nabi SAW., antaranya adalah Abu Bakar, Umar,Uthman, Ali dan lain-lain. Begitu juga generasi tabi’in, tabi’it tabi’in dan sebilangan besar fuqaha dan Ulama).

Dari Abu Bakar bin Abdur Rahman bin al-Harith, bahawa dia pernah mendengar Abu Hurairah berkata, yang bermaksud:

“Apabila Rasulullah SAW.  berdiri hendak mengerjakan solat,beliau membaca takbir  اللَّهُ أَكْبَرُ ketika berdiri, kemudian membaca takbir pula ketika ruku’.Kemudian membaca سمع الله لمن حمده  ketika hendak bangkit dari ruku’.Kemudian menyambung ‘رَبَّنَا وَلَكَ ٱلْحَمْدُ’ ketika baginda dalam keadaan berdiri tegak.Kemudian membaca,  اللَّهُ أَكْبَرُ  ketika ingin turun sujud,bertakbir ketika mengangkat kepala, ketika sujud dan angkat kepala semula.Kemudian Baginda melakukan perkara yang sama dalam sembahyang yang dilakukan sehingga selesai menunaikannya.Baginda juga bertakbir ketika bangun selepas duduk(duduk tasyhud awwal) pada akhir rakaat kedua.HR Bukhari dan Muslim.

Dari Ikrimah katanya yang bermaksud:

“Aku bercerita kepada Ibnu ‘Abbas:”Aku mengerjakan solat zohor di al-Bathha’ dan bermakmumkan di belakang orang tua yang bodoh.Dia bertakbir sebanyak 22 kali.Dia membaca takbir ketika sujud dan ketika mengangkat kepalanya.”Ibnu ‘Abbas berkata:”Demikainlah cara solat Abu al-Qasim(Muhammad SAW.).    HR: Ahmad dan Bukhari

 

Tuesday 28 July 2015

Sudut Feqah: Bermegah-megah Dalam Membina Masjid


Sumber rujukan: Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq
1-Ahmad,Abu Daud,al-Nasae’i serta Ibnu Majah meriwayatkan hadis yang disahihkan oleh Ibnu Hibban dari Anas:

عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَبَاهَى النَّاسُ فِي الْمَسَاجِدِ

Dari Anas bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak akan terjadi Hari Kiamat sehingga manusia berlumba-lumba dan bermegah-megahan dalam membina Masjid.”

Dalam riwayat Ibnu Khuzaimah,lafaznya yang bermaksud sebagai berikut:

“Akan datang suatu masa di mana orang-orang yang hanya suka bermegah-megah menghiasi masjid tanpa menghiasinya dengan amal ibadah,melainkan hanya segelintir orang sahaja.

Rujuk: KitabTamam al-Minnah:Lafaz  kedua-dua hadis ini adalah Dhaif

2-Diriwayatkan oleh Abu Daud serta Ibnu Hibban yang mengkategorikan sebagai sahih, iaitu dari Ibnu Abbas bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:

“Aku tidak diperintahkan untuk meningggikan bangunan masjid(melebihi dari keperluan.”

Maksudnya: Meninggikan bangunan masjid melebihi daripada kadar yang diperlukan.

Abu Daud menambahkan dengan katanya, yang bermaksud:

“Ibnu Abbas berkata:”Pada suatu masa nanti, kamu akan menghiasi masjid sebagaimana yang dilakukan oleh golongan yahudi dan Nasrani.” HR: Abu Daud

3-Ibnu Khuzaimah meriwayatkan sekaligus mensahihkannya bahawa, yang bermaksud:

“Umar menyuruh membina masjid dan berkata:’(Dengan membina masjid itu,) agar kaum muslimin tidak kehujanan, tetapi jangan sekali-kali kamu mewarnai merah dan kuning. Sebab, dengan begitu akan menimbulkan fitnah(melalaikan mereka dari melaksanakan ibadah). HR: Bukhari secara mua’allaq  

Akhir zaman manusia  mengkagumi Umar al-Khattab ra. tapi tidak mengendahkan wasiatnya.Beliau adalah merupakan  diantara salah seorang sahabat yang paling rapat dengan Nabi SAW. dan amat memahami tentang Islam.Akan tetapi manusia diwaktu itu bukan hanya setakat mewarnai masjid dengan merah dan kuning tetapi sudah lebih dari itu sehingga mengukir dan melukis masjid seperti lukisan di atas kanvas atau kertas lukisan. Tidak ada keraguan lagi bahawa memperindah, menghiasi dan bermegah-megahan dalam membangun masjid termasuk perbuatan berlebih-lebihan dan membadzir serta sia-sia(tak berpahala).Lebih-lebih lagi menggunakan duit sumbangan orang ramai dalam hal memperindah dan menghiaskan masjid, sedangkan duit sumbangan itu adalah lebih utama digunakan untuk tujuan pengurusan dan pengimarahan masjid  

Kadang-kadang ada manusia yang beranggapan bahawa memperindah dan menghiasi masjid itu adalah suatu perubahan, sedangkan semua itu adalah material/barang atau alat sahaja.Tetapi yang dimaksudkan dengan perubahan adalah apa yang bersifat dalaman(rohani/jiwa) manusia itu sendiri seperti apa yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah  al-Ra’d,11:
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri

Saturday 25 July 2015

Sudut Feqah:Membatalkan Puasa Sunat


 
Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq
2-Fiqh Manhaji(Fiqh Mazhab Syafi’e)
3-Nailul Authar oleh Asy Syaukani
4-Bahrul Mazi oleh Mohammad Idris bin Abd Rauf al-Marbawi
5- Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Dr Wahbah al-Zuhaily

            Seseorang muslim yang berpuasa sunat diharuskan membatalkan puasa jika dia mahu, dan dia tidak diwajibkan mengqadhanya.

Dari Ummmu Hani ra. yang bermaksud:

“Rasulullah SAW. masuk kerumahku pada hari penaklukan Kota Makkah.Beliau disediakan minuman kemudian meminumnya.Beliau memberikan minuman kepadaku,lantas aku berkata:’Aku sekarang berpuasa.Mendengar itu,beliau bersabda: Seseorang yang sedang perpuasa sunat menjadi penentu ke atas dirinya. Samaada hendak meneruskan puasanya atau tidak. HR Ahmad,al-Daruquthni dan al-Baihaqi.”

Rasulullah SAW bersabda  yang bermaksud:

“Orang yang berpuasa sunat adalah ketua kepada dirinya; jika dia mahu,dia boleh meneruskan puasanya, dan jika dia tidak mahu dia boleh berbuka.” HR Hakim dalam al-Mustadrak(1/439),al-Hakim mengatakan sahih,tetapi didhaifkan oleh Bukhari

Dari Abu Juhaifah r.a., katanya:

"Nabi saw. mempersaudarakan antara Salman dan Abu Darda'. Pada suatu hari ( Salman datang mengunjungi Abu Darda', dilihatnya Ummu Darda' berpakaian buruk-buruk. Melihat itu, Salaman bertanya  kepadanya, "Apa yang berlaku keatas diri mu?" Kata Ummu Darda', "Saudaramu Abu Darda' tidak menghiraukan lagi kepentingan  dunia." Kemudian Abu Darda' datang, lalu ia menyediakan makanan untuk Salman. (Setelah siap, maka disilakan Salman makan) katanya, "Makanlah! Saya puasa." Kata Salman, "Saya tidak akan makan sebelum engkau makan." Kerana itu Abu Darda' makan (bersama-sama dengan Salman). Setelah hari malam, Abu Darda bangun untuk melaksanakan ibadah,Salman yang memerhatikanya dan berkata , "Tidurlah!" Lalu ia tidur. Kemudian dia hendak bangun semula. Kata Salman, "Tidurlah!" Setelah lewat tengah malam, Salman berkata (pula kepadanya), "Bangunlah sekarang!" Lalu kedua-duanya solat sunat tengah malam.. Kemudian Salman mengatakan kepada Abu Darda, "Sesungguhnya Tuhan mu ada hak atas diri mu, dan kamu sendiri ada hak atasmu.Begitu juga keluargamu ada hak ke atas dirimu. Kerana itu berilah hak  kepada setiap pemiliknya." Kemudian Abu Darda lalu datang menjumpai Nabi SAW. lalu diceritakannya kepada beliau peristiwa tersebut. Maka sabda Nabi saw., "(Apa yang dikatakan) Salman benar."HR Bukhari. Tirmizi.”

Dari Abu Abu Said al-Khudri r.a., katanya:

“Aku menyiapkan makanan kepada Rasulullah SAW. Beliau pun datang kepadaku bersama sahabatnya.Tatkala makanan dihidangkan,salah seorang sahabat berkata:’Aku sekarang sedang berpuasa.’Mendengar itu, Rasulullah SAW. bersabda:’ Saudaramu telah mengundang mu makan dan bersusah untuk menjamumu.’Beliau bersabda lagi: ‘Berbukalah! Dan berpuasalah pada hari yang akan datang sebagai gantinya jika engkau mahu berbuat demikian.”HR: al-Baihaqi(sanad Hasan)

Dari ‘Aisyah r.ahu., katanya:

“Hafsah pernah dihadiahi makanan, padahal kami berdua sedang puasa, lalu kami membatalkan puasa kami, kemudaian Rasulullah SAW. masuk(rumah), lalu kami memberitahukan; Ya Rasulullah, sesungguhnya kami dihadiahi sebuah hadiah dan kami sangat berselera, kerana itu kami membatalkan puasa kami. Maka Rasulillah SAW. bersabda:Tidak apa-apa hanya hendaklah kamu menggantikan puasa itu dihari lain.”HR Abu Daud

Perbahasan dan Pandangan ulama dalam perkara membatal amalan sunat yang sudah dimulai

Ada dua teori yang dikemukan oleh para fuqaha bersangkutan topik ini.Teori pertama dianuti oleh Mazhab Hanafi dan Maliki.Sedangkan teori kedua dianuti oleh mazhab Syafi’e dan Hanbali.

Menurut kelompok pertama, barangsiapa telah memulai puasa atau solat sunat, maka dia harus(wajib) menyelesaikanya.Jika ia membatalkannya, dia wajib mengqadanya.Hal ini sama dengan oang yang perpergian(musafir) dengan sengaja sehingga dia mendapat rukhshah untuk dia berpuasa, maka dia harus(wajib) mengqada. Sebab,bahagian yang telah dilaksanakan tadi telah mendapat ibadah dan amal yang telah menjadi hak Allah Ta’ala,maka ia wajib jaga dari pembatalan(yaitu dengan meneruskannya sampai sempurna).Dan untuk menjaga bahagian yang telah terlaksana tadi tidak ada cara lain kecuali dengan keharusan melaksanakan sisanya/kelanjutannya; dan kerana meneruskan sampai selesai ini berstatus wajib,maka mengqadanya pun berstatus wajib.Alasan lainnya memenuhi aqad/janji dengan Allah adalah wajib,dan membatalkan janji dengan-Nya adalah haram dalamn setiap ibadah yang bahagian awalnya beergantung kepada bahagian akhirnya.Allah SWT berfirman dalam surah Muhammad, ayat 33:  

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَلَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ .

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!

Imam malik berkata :”Tidak selayaknya orang berpuasa sunat membatalkan puasanya kecuali dalam keadaan darurat.Aku mendapat berita bahawa Ibnu Umar pernah berkata,’Barangsiapa puasa sunat kemudain membatalkannya diluar keadaan darurat, maka itulah orang-orang yang bermain dengan Agama.”

Adapun kelompok kedua berkata,barang siapa telah memulai amalan sunat selaian haji dan umrah(misalnya puasa,solat,I’tikaf,thawaf,wudhuk,membaca surah al-Kahfi pada malam Jumaat atau pada siang harinya), maka ia tidak harus(wajib) menyelesaikannya; dia boleh menghentikannya ditengah jalan,dan ia tidak berkewajipan mengqadanya.Dia tidak bedosa dengan membatalkan amal sunat tersebut, namun dia dianjurkan mengerjakannya sehingga selesai.Sebab hal ini terhitung sebagai penyempurnaan ibadah yang merupakan perkara yang diperintahkan.Makruh membatalkan ibadah tanpa ada sebarang keuzuran,sesuai dengan zahir firman Allah SWT berfirman dalam surah Muhammad, ayat 33:  

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَلَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ .

Ertinya: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu!

Juga kerana membatalkan amalan sunat bererti menghilangkan pahalanya.Akan tetapi jika ada keuzurnnya (misalnya menemani tetamu makan apabila dia berasa segan dengan tuan rumah tidak makan, atau sebaliknya), Maka tidak makruh membatalkan amalan sunat, bahkan sebaliknya dianjurkan  Hal ini berdasarkan riwayat yang bermaksud:

“Dan kamu mempunyai kewajipan terhadap tamumu.”

Juga Hadis yang bermaksud:

“Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari Akhir, hendaklah dia memuliakan tamunya.” HR: Bukhari dan Muslim

Juga dalil amal sunah tidak berubah menjadi wajib setelah dimulai(dalam soalt puasa), adalah seperti sabda Nabi SAW. yang bermaksud:

“Orang yang berpuasa sunat adalah ketua kepada dirinya; jika dia mahu,dia boleh meneruskan puasanya, dan jika dia tidak mahu dia boleh berbuka.” HR Hakim dalam al-Mustadrak(1/439) al-Hakim mengatakan sahih,tetapi didhaifkan oleh Bukhari

Pendapat yang membolehkan membatalkan puasa sunat diriwayatkan oleh Ibnu Umar,Ibnu Abbas dan Ibnu Mas’ud.Adapun haji dan umrah tathawwu’(sunat) adalah haram dibatalkan, sebab haji dan umrah berbeza dengan amalan lain dalam hal keharusan disempurnakan dan dalam hal kewajipan membayar kafarah jika pelaksananya melakukan jimak.Pada umumnya haji dan umrah baru terlaksana setelah seseorang mengeluarkan biaya yang besar dan menanggung kesulitan yang berat, sehingga membatalkannya bererti membuang harta secara percuma dan menyia-nyiakan usahanya yang tidak ringan.

 

 

 

Friday 24 July 2015

Sudut Feqah:Puasa Enam Hari Pada Bulan Syawal


Sumber Rujukan:

1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

2-Fiqh Manhaji(Fiqh Mazhab Syafi’e)

3-Nailul Authar oleh Asy Syaukani

4-Bahrul Mazi oleh Mohammad Idris bin Abd Rauf al-Marbawi

5- Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Dr Wahbah al-Zuhaily

Sekumpulan Ulama Hadis meriwayatkan kecuali al-Bukhari dan al-Nasa’i dari Abu Ayub al-Ansari bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:

“Sesiapa berpuasa di bulan Ramadhan lalu diiringi dengan enam hari di bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.”

Dari Jabir bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:

““Sesiapa berpuasa di bulan Ramadhan lalu diiringi dengan enam hari di bulan Syawal, maka seolah-olah dia berpuasa sepanjang tahun.”HR Ahmad

Dari Tsauban bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:

“Barangsiapa  puasa Ramadhan dan 6 hari sesudah ‘Idul Fitri, maka yang demikian itu(sama dengan) setahun penuh, kerana barangsiapa mengerjakan kebaikan maka baginya pahala sepuluh kali ganda.” HR Ibnu Majah

Syarih berkata hadis-hadis dalam bab ini dijadikan dalil atas sunatnya puasa 6 hari dari bulan syawal.Begitulah pendapat al-Syafi’e,Ahmad ,Daud dan lain-lain.
Menurut Ahmad, ia boleh dilakukan secara berturut-turut dan tidak berturut-turut, dan tidak ada keutamaan sama ada melakukannya secara berturut-turut mahupaun tidak. Sedangkan menurut mazhab Hanafi dan Mazhab Syafi’e, diutamakan melakukannya secara berturut-turut iaitu selepas hari raya ‘Idul Fitri.Walaubagaimanapun, ini bukanlah syarat bahkan kesunatan turut diperolehi juga jika dilakukan secara berasingan

Wednesday 22 July 2015

Sudut Feqah: al-‘Aqiqah


 
Sumber Rujukan:

1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

2-Fiqh al-Manhaji

3-Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Dr Wahbah al-Zuhaily

a-Takrif al-‘Aqiqah

Al-‘Aqiqah berasal dari perkataan al-‘Aqqa (العقّ) yang bermaksud potong. ‘Aqiqah pada asalnya ialah rambut yang berada di kepala bayi sewakru dilahirkan,Dinamakan demikian kerana ia dicukur dan dipotong.
Al-Aqiqah dari sudut Syara’, bererti  haiwan yang disembelih untuk bayi sewaktu mencukur rambutnya. Disunatkan memanggilnya dengan nama nasikah/Ibadat (نسيكة) atau zabihah/sembelihan(ذبيحة).
Dalilnya ialah hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud(2842) yang bermaksud,
“Rasulullah SAW. ditanyakan tentang aqiqah,sabda Nabi SAW.:”Allah tidak sukakan al-‘Uquq(putus silaturrahim-derhaka)”. Seolah-olah Baginda tidak suka sembelihan itu dinamakan ‘aqiqah. Sabda Baginda SAW.:”barangsiapa yang dikurniakan anak lalu dia suka untuk melakukan ibadah keranannya maka lakukanlah ibadat itu.” 

b-Hukumnya
‘Aqiqah adalah sunat muaaqad,sekalipun kedua ibu bapa dalam keadaan susah.Ia telah dilakukan oleh Rasulullah SAW. dan para sahabatnya.Ashhab al-Sunan meriwayatkan bahawa Nabi SAW. telah membuat ‘aqiqh untuk al-Hasan dan al-Husein dengan setiap kedua-duanya seekor biri-biri.(HR Abu Daud,al-Nasae’I,al-Tirmizi).Malahan al-Laits dan Daud al-Zahiri mewajibkan ‘aqiqah.
Dan juga Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari(5154), yang bermaksud:
“Bersama bayi itu ‘aqiqahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan daripadanya perkara yang menyakitkan(iaitu kekotoran dan najis).”
Dari 'Amr bin Syu'aib dari ayahnya, dari datuknya, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa berkehendak untuk meng'aqiqahkan anaknya maka kerjakanlah. Untuk anak laki-laki dua ekor kambing yang sebanding dan untuk anak perempuan satu ekor kambing". HR. Ahmad
Dan dalil yang menunjukkan ia tidak wajib ialah hadis riwayat Abu Daud yang bermaksud:
Rasulullah SAW. ditanyakan tentang ‘aqiqah,sabda Nabi SAW.:”Allah tidak sukakan al-‘Uquq(putus silaturrahim-derhaka)”. Seolah-olah Baginda tidak suka sembelihan itu dinamakan ‘aqiqah. Sabda Baginda SAW.:”barangsiapa yang dikurniakan anak lalu dia suka untuk melakukan ibadah keranannya maka lakukanlah ibadat itu.” 
Hukum hakam aqiqah sama dengan qurban,dalam erti sebahagiannya boleh dimakan oleh orang yang beraqiqah dan sebahagian lagi disedekahkan.walaupun begitu ada beberapa perbezaan diantaranya ialah:
1-Daging ‘aqiqah disunatkan dimasak dan disedekahkan dalam bentuk yang telah dimasak.Yang afdhalnya disedekahkan kepada orang miskin.Disunatkan juga sebahagiannya dimakan dan dihadiahkan.
Diriwayatkan oleh Aisyah ra. katanya yang bermaksud:
“Yang disunatkan pada kelahiran bayi laki-laki adalah menyembelih dua ekor kambing yang sama nilainya, sementara pada bayi perempuan satu ekor.Kambing tersebut dimasak, tanpa dipatahkan tulangnya. Setelah masak,daging itu lalu dimakan(oleh keluarga yang beraqiqah),serta mengikutkan orang lain memakannya(dirumah itu juga)lantas menyedakahkan sebahagiannya pada orang lain.Aktiviti itu sendiri dilakukan pada hari ketujuh dari kelahiran sibayi.
2-Disunatkan selagi boleh agar tulangnya tidak dipatahkan.Bahkan ia hanya dipotong pada sendinya sahaja.
Diriwayatkan oleh Aisyah ra. katanya yang bermaksud:
“Yang disunatkan pada kelahiran bayi laki-laki adalah menyembelih dua ekor kambing yang sama nilainya, sementara pada bayi perempuan satu ekor. Kambing tersebut dimasak, tanpa dipatahkan tulangnya. Setelah masak,daging itu lalu dimakan(oleh keluarga yang beraqiqah),serta mengikutkan orang lain memakannya(dirumah itu juga)lantas menyedakahkan sebahagiannya pada orang lain.Aktiviti itu sendiri dilakukan pada hari ketujuh dari kelahiran sibayi.
Pandangan ulama dalam perkara ini:
Menurut mazhab Maliki dibolehkan mematahkan tulang haiwan ‘aqiqah, tetapi tidak disunatkan.Sebaliknya menurut pendapat mazhab Syafe’i dan Hambali tidak makruh hukumnya mematahkan tulang haiwan itu, kerana tidak ada larangan khusus tentang hal tersebut.
c-Keutamaan ‘aqiqah
Ashab al-Sunnan meriwayatkan dari Samurah dari Nabi SAW., beliau bersabda yang bermaksud:
“Setiap anak yang baru dilahirkan bergantung dengan ‘aqiqhnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh kelahirannya.Ketika itu ia dicukur dan diberi nama. HR:Abu Daud,al-Tirmizi al-Nasae’i ,Ibnu majah
Dari Salaman bin Amir al-Dhabyi bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:
“Setiap anak yang baru dilahirkan hendaklah dilakukan ‘aqiqah dengan cara menyembelih seekor kambing untuk menjauhkan segala bentuk penyakit daripadanya. HR al-Bukhari,Muslim,Abu Daud,al-Nasae’I dan Abu Daud.
d-‘Aqiqah untuk anak lelaki dan anak perempuan.
Sebaiknya anak lelaki di’aqiqahkan dua ekor kambing yang berusia hampir sama dan anak perempuan pula di’aqiqahkan seekor kambing. Dari Ummu Kurz al-Kabiyah, dia berkata:”Aku pernah mendengar Rasulallah SAW. berkata ,yang bermaksud:
“Anak lelaki hendaklah  di’aqiqahkan dua ekor kambing yang berusia hampir sama dan anak perempuan pula di’aqiqahkan seekor kambing.” HR: Abu Daud,al-Tirmizi,al-Nasae’i
Bagaimanapun,dibolehkan menyembelih seekor kambing untuk anak lelaki,berdasarkan Nabi SAW. pernah berbuat demikain,seperti maksud hadis
Bahawa Nabi SAW. telah membuat aqiqh untuk al-Hasan dan al-Husein dengan setiap kedua-duanya seekor biri-biri.”HR Abu Daud,al-Nasae’I,al-Tirmizi.
e-Waktu penyembelihan
Jika memungkinkan bahawa penyembelihan,maka hendaklah dilakukan pada hari ketujuh kelahiran.Berdalilkan hadis dari Dari 'Aisyah RA, ia berkata yang bermaksud:
"Rasulullah SAW pernah ber’aqiqah untuk Hasan dan Husain pada hari ke-7 dari kelahirannya, beliau memberi nama dan memerintahkan supaya dihilangkan kotoran dari kepalanya (dicukur)". HR. Hakim, dalam Al-Mustadrak .
Jika tidak maka hendaklah dilakukan pada hari keempat belas.Jika masih tidak memungkinkan, maka hendaklah dilakukan pada hari kedua puluh satu,Jika tidak memungkinkan, maka hendaklah dilakukan pada bila-bila masa selepas kelahiran. Berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi yang bermaksud:
Nabi SAW beliau bersabda, " ‘Aqiqah itu disembelih pada hari ke-7, atau ke-14, atau ke-21 nya". HR. Baihaqi (walaupun begitu hadis ini ha’if-lemah)
Mengaqiqahi diri sendiri: Al-Hasan Al-Bashri mengatakan, Namun seandainya tetap ingin meng’aqiqahi keatas dirinya sendiri, semoga Allah menerimanya sebagai kebaikan:

 “jika kalian belum diaqiqahi, maka aqiqahilah diri kalian. Jika kalian adalah laki-laki”

Hadis-hadis yang berkaitan  dengan perkara ini adalah bertaraf dha’if(lemah), diantaranya adalah:

Dari Anas ra. bahwasanya Nabi SAW ber’aqiqah untuk dirinya sesudah beliau menjadi Nabi". HR. Baihaqi dha’if  

f-Memberi Nama dan bercukur

Disunatkan bagi anak yang baru dilahirkan diberi nama yang baik, rambutnya dicukur dan bersedekah perak seberat timbangan rambutnya jika itu memungkinkan.Dalilnya hadis yang diriwayatkan oleh Ahmad dan Tirmizi dari Ibnu Abbas yang bermaksud:

Dari Ali bin Abu Thalib, ia berkata : Rasulullah SAW telah ber’aqiqah bagi Hasan seekor kambing dan bersabda, "Ya Fathimah, cukurlah rambutnya dan bersedeqahlah seberat rambut kepalanya dengan perak kepada orang miskin seberat timbangan rambutnya".Mereka kemudian menimbangnya dan timbangan rambutnya ternyata seberat dua dfurham atau beberapa dirham ". HR. Tirmidzi,dha’if

-Nama-nama yang baik

            Sebaik-baik nama Abdullah dan Abdur Rahman.Dalilnya hadis riwayat Muslim, dan nama yang paling bagus adalah Hammam dan Harith, seperti mana yang dinyatakan dalil hadis sahih(HR Muslim dan Tirmizi). Dibolehkan memberi nama dengan nama-nama malikat,nabi, Tahaa serta Yasin.Ibnu Hazm berkata, ulama sepakat untuk mengharamkan memberi nama yang disembah selain Allah seperti Abdul ‘Uzza, Abdul Hubal,Abdul Umar,Abdul Ka’bah dan Hasya Abdul Mutthalib.

-Antara Nama yang dimakruhkan

Rasulallah SAW. melarang daripada memberi nama anak dengan nama-nama seperti Yasar,Rabbah,Nujaih dan Afiah, sebab ia dikhuatirkan sebagai sarana untuk meneka nasib. Dalam hadis Samurah bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:

“Jangan kamu memberi nama anakmu dengan Yasar(kaya),Rabbah(beruntung),Nujaih(Berjaya) dan Afiah(bahagia).Kadang kala kamu bertanya: ‘Benarkah anak itu sesuai dengan namanya itu? Padahal dia tidak demikian sehingga ada yang menjawab: (Kelakuannya) tidak (sebaik namanya).” HR Muslim

 

 

Monday 20 July 2015

Sudut Feqah: Mengqadha Solat


Sumber Rujukan:

1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

2-Fiqh al-Manhaji

3-Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Dr Wahbah al-Zuhaily

1-Meninggalkan solat dengan sebab : Tertidur,Terlupa dan Pengsan

Para ulama bersepakat bahawa mengqadha solat diwajibkan keatas orang yang lupa atau tertidur berdasarkan sabda Nabi SAW. yang bermaksud:

“Sebenarnya tidur tidak termasuk dalam katagori lalai. Kelalaian terjadi ketika bangun( dan tidak mengerjakan solat).Jadi, apabila seseorang terlupa solat atau tertidur, hendaklah dia segera melakukannya sebaik sahaja ingat.”HR: hadis hasan Sahih Riwayat Tirmizi

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah mengampunkan Umatku mengenai kesalahan dan kelupaan, dan apa yang mereka dipaksa melakukannya" – HR:Ibnu Majah

Sabda Nabi SAW. yang bermaksud:

"Barang siapa yang terlupa solat atau tidur dan terlepasnya, kafarahnya ialah bersolatlah sebaik sahaja dia ingat" – HR: Muslim

Ulama' melihat alasan tidor dan lupa merupakan alasan yang syarie dan bukanlah alasan-alasan lain seperti sibuk, malas, tidak sampai seru, tidak ada masa dan sebagainya, Senario ini merujuk kepada waktu solat bagi seseorang yang tidur atau terlupa, lalu dia segera menunaikannya, maka solat tadi dikategorikan oleh sepakat ulama' sebagai Solat Qadha.Menurut Dr Wahbah Al-Zuhaily, definasi Qadha ialah "melakukan sesuatu amalan yang diwajibkan selepas dari waktunya.”

Orang yang pengsan tidak diwajibkan mengqadha solatnya, melainkan dia tersedar pada waktu yang sempat baginya untuk bersuci dan mengerjakan solat. Abdur Razaq meriwayatkan dari Nafi’, bahawa Ibnu Umar pada suatu ketika jatuh sakit hingga pengsan dan hingga tidak mengerjakan solat. Setelah sedarkan diri, dia tidak mengqadha solat yang tertinggal itu.

Dari Ibnu Juraij, dari Ibnu Thawus, dari ayahndanya, bahawa seseorang yang jatuh sakit hingga pengsan, kemudian sedarkan diri tidak perlu lagi mengqadha solatnya.

Ma’mar berkata: “ Aku pernah bertanya kepada az-Zuhri mengenai solat yang ditinggalkan oleh seseorang yang pengsan.” Dia menjawab: “ Orang itu tidak perlu mengqadha solatnya.”

Dari Hammad bin Salamah dari Yunus bin Ubaid, bahawa Hassan al-Bashri dan Muhammad bin Sirin mengatakan: “ Orang yang pengsan tidak perlu mengqadha solat yang tertinggal selama pengsan itu.”

 2-Meninggalkan solat dengan sengaja

Jumhur Ulama:Seseorang meninggalkan solat dengan sengaja, menurut mazhab jumhur ulama, orang itu berdosa dan wajib mengqadha solatnya. Mereka berhujah bahawa jika solat yang luput dengan sebab tertidur dan lupa diwajibkan qadha, maka apatah lagi jika yang ditinggalkan dengan sengaja. Maka, bertambahlah wajibnya.Abu Hanifah, Malik dan Syafi’e berpendapat bahawa orang itu tetap dikehendaki mengqadha solat yang ditinggalkan setelah berakhirnya waktu solat. Malahan Malik dan Abu Hanifah menegaskan bahawa sesiapa meninggalkan solat atau beberapa solat hendaklah boleh mengqadhanya sebelum waktu solat berkenaan tiba. Ini apabila solat yang sengaja ditinggalkan itu sebanyak lima kali solat fardhu atau kurang tanpa mengira waktu solat tanpa mengira waktu solat yang baru tiba itu sudah habis atau mahupun belum.Tetapi jika solat yang ditinggalkan lebih dari lima waktu solat fardhu, maka hendaklah orang yang terbabit memulakan dengan  solat yang baru tibanya terlebih dahulu.Mereka berdalilkan surah al-Ma’un ayat 4-5:

× فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَÇÍÈ الَّذِينَ هُمْ عَن صَلَاتِهِمْ سَاهُونَÇÎÈ

4.  Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat,5.  (yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya,

Dan surah Maryam: 59

فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّا

Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, Maka mereka kelak akan menemui kesesatan,

Seandainya orang yang sengaja meninggalkan solat tersebut masih sempat mengerjakannya setelah habis waktunya, nescaya mereka tidak diseksa dalam neraka wail atau dikatakan sesat. Begitu juga, seseorang yang mengakhirkan perlaksanaan solat hingga di penghujung waktu tidak diseksa di dalam Neraka Wail dan tidak pula dikatakan sesat.  

Ibnu Taimiyah berkata: Bahawa seseorang yang sengaja meninggalkan solat tidak disyariatkan mengqadhakan solatnya.Malahan sekiranya tetap mengqadha solatnya, solatnya tetap dianggap tidak sah. Namun dia harus memperbanyak mengerjakan solat sunat.

Ibnu Hazm(Mazhad Dzahiriah) mengulas masaalah ini dengan panjang lebar dan di sini akan disimpulkan sebagai berikut: “Seseorang yang meninggalkan solat dengan sengaja sehingga keluar waktunya, maka ia tidak perlu mengqadha solatnya selama-lamanya. Namun dia dikehendaki memperbanyakkan berbuat amalan kebaikan dan mengerjakan solat sunat, agar timbangan amalannya pada hari kiamat bertambah banyak dan dapat menutupi solat yang ditinggalkan itu.Disamping itu hendaklah dia bertaubat dan beristighfar kepada Allah ‘Azza wa Jalla.

            Masaalah mengqadha solat adalah merupakan suatu ketentuan agama yang hanya boleh ditetapkan oleh syarak,sedangkan syarak harus datang dari Allah Ta’ala yang disampaikan melalui perantaraan Rasulullah SAW. Selain itu Allah telah menetapkan waktu tertentu untuk setiap solat fardhu dan waktu itu, baik permulaan mahupun akhirnya, telah dipastikan. Maka dalam batasan waktu itulah seseorang dibolehkan mengerjakan solat an solat seseorang menjadi batal jika dikerjakan diluar waktunya. Hal ini tidak ada perbezaan, samaada solat dilakukan sebelum atau sesudah waktu yang ditetapkan itu tadi, sebab kedua-duanya sama-sama dilakukan di luar waktunya. Di sini antara satu sama lain dapat dikiaskan, di mana kedua-duanya sama-sama melanggar batasan-batasan yang telah ditetapkan oleh Allah Ta’ala, padahal Allah berfirman dalam surah al-Thalaq,1:

4 y وَتِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ ۚ وَمَن يَتَعَدَّ حُدُودَ اللَّهِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَهُ ۚ لَا تَدْرِي لَعَلَّ اللَّهَ يُحْدِثُ بَعْدَ ذَٰلِكَ أَمْرًا

Itulah batasan(hukum-hukum) Allah, Dan sesiapa melanggar batasan-batasan yang telah ditetapkan Allah, sesungguhnya dia telah berbuat zalim/menganianya terhadap dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui barangkali Allah mengadakan sesudah itu sesuatu hal yang baru.

Ibnu Hazm juga berkata: Seandainya mengqadha solat diwajibkan keatas seseorang yang sengaja meninggalkan solat, tentulah peraturan dan keterangan masaalah ini tidak akan dibiarkan begitu sahaja oleh Allah dan Rasul-Nya. Allah dan RasulNya tidak pernah menyulitkan dan menyengsarakan kita dalam bidang apa pun termasuk masaalah solat.Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman dalam surah Maryam:64,

وَمَا نَتَنَزَّلُ إِلَّا بِأَمْرِ رَبِّكَ ۖ لَهُ مَا بَيْنَ أَيْدِينَا وَمَا خَلْفَنَا وَمَا بَيْنَ ذَٰلِكَ ۚ وَمَا كَانَ رَبُّكَ نَسِيًّا

Dan tidaklah kami (Jibril) turun, kecuali dengan perintah Tuhanmu. kepunyaan-Nya-lah apa-apa yang ada di hadapan kita, apa-apa yang ada di belakang kita dan apa-apa yang ada di antara keduanya, dan tidaklah Tuhanmu lupa.

Allah SWT berfirman dalam urah Al-Baqarah 185:

 

يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ

Allah menghendaki kemudahan bagi kamu, dan tidak menghendaki kesukaran bagi kamu.

 

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Taghabun:16:

فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ

Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu.

 

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah:286:

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا …….4 ÇËÑÏÈ

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Ibnu Hazm selanjutnya menerangkan, bahawa Allah Ta’ala tidak pernah menjadikan uzur sebagai alasan untuk menagguhkan perlaksanaan solat hingga diluar waktunya bagi mereka yang telah pun diwajibkan mengerjakan solat., walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Samada ketika pertempuran, peperangan, sakit kuat, musafir dan lain-lain. Allah SWT berfirman dalam surah Al-Nisa:102:

 

وَإِذَا كُنتَ فِيهِمْ فَأَقَمْتَ لَهُمُ الصَّلَاةَ فَلْتَقُمْ طَائِفَةٌ مِّنْهُم مَّعَكَy7tè¨B …… ÇÊÉËÈ

Dan apabila kamu berada di tengah-tengah mereka (sahabatmu) lalu kamu hendak mendirikan solat bersama-sama mereka, Maka hendaklah segolongan dari mereka berdiri (solat) bersamu ……

 

Allah SWT berfirman dalam surah Al-Baqarah:239:

 

فَإِنْ خِفْتُمْ فَرِجَالًا أَوْ رُكْبَانًا ۖ فَإِذَا أَمِنتُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَمَا عَلَّمَكُم مَّا لَمْ تَكُونُوا تَعْلَمُونَÇËÌÒÈ

Jika kamu dalam keadaan takut (bahaya), Maka solatlah sambil berjalan atau berkendaraan. Kemudian apabila kamu telah aman, Maka sebutlah Allah (solatlah), sebagaimana Allah Telah mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.

 

Ibnu Hazm menegaskan bahawa seseorang yang meninggalkan solat dengan sengaja, maka hendaklah memperbanyakkan istighfar, taubat dan mengerjakan solat sunat, berdalilkan firman Allah Ta’ala dalam surah Maryam: 59-60:

* فَخَلَفَ مِن بَعْدِهِمْ خَلْفٌ أَضَاعُوا الصَّلَاةَ وَاتَّبَعُوا الشَّهَوَاتِ ۖ فَسَوْفَ يَلْقَوْنَ غَيًّاÇÎÒÈ إِلَّا مَن تَابَ وَآمَنَ وَعَمِلَ صَالِحًا فَأُولَٰئِكَ يَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ وَلَا يُظْلَمُونَ شَيْئًاÇÏÉÈ

Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang mengabaikan solat dan memperturutkan hawa nafsunya, Maka mereka kelak akan menemui kesesatan,Kecuali orang yang bertaubat, beriman dan beramal soleh, Maka mereka itu akan masuk syurga dan tidak dianiaya (dirugikan/dikurangkan pahala) sedikitpun,

 

Juga Firman Allah Ta’ala dalam surah Ali-Imran:135

š وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ وَمَن يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَىٰ مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَÇÊÌÎÈ

Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji* atau menganiaya diri sendiri,mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka Mengetahui.

 

[*]  yang dimaksud perbuatan keji (faahisyah) ialah dosa besar yang mana mudharatnya tidak Hanya menimpa diri sendiri tetapi juga orang lain, seperti zina, riba. menganiaya diri sendiri ialah melakukan dosa yang mana mudharatnya Hanya menimpa diri sendiri baik yang besar atau kecil.

 

Juga Firman Allah Ta’ala dalam surah Al-Zalzalah:7-8

فَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ ÇÐÈ وَمَن يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُÇÑÈ

Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.

 

Juga Firman Allah Ta’ala dalam surah al-Anbiya,47:

 

وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا ۖ وَإِن كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا ۗ وَكَفَىٰ بِنَا حَاسِبِينَ

Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, Maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. dan jika (amalan itu) Hanya seberat biji sawipun pasti kami mendatangkan (pahala)nya. dan cukuplah kami sebagai pembuat perhitungan.

Seluruh Umat Islam bersepakat dengan disokong oleh keterangan nas-nas yang sahih, bahawa mengerjakan solat sunat merupakan sebahagian amal kebajikan dan hanya Allah Maha mengetahui seberapa besar jumlahnya yang bakal diperolehi. Demikian juga solat fardhu merupakan sebahagian amal kebajikan dan hanya Allah Maha mengetahui seberapa besar jumlahnya yang bakal diperolehi. Allah Ta’ala telah menegaskan bahawa Dia sama sekali tidak akan menyiakan amal siapa pun yang mahu beramal, dan setiap amal kebajikan menghapuskan amal kejahatan seperti mana firmanNya dalam surah Hud,114,

وَأَقِمِ الصَّلَاةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلَفًا مِّنَ اللَّيْلِ ۚ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ ۚ ذَٰلِكَ ذِكْرَىٰ لِلذَّاكِرِينَ   

Dan Dirikanlah sembahyang itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.