Saturday 4 July 2015
Sudut Feqah:DiMakruhkan Seseorang Solat Dengan Mengikat Rambut Kepalanya Ke Belakang
DiMakruhkan Seseorang Solat Dengan Mengikat Rambut Kepalanya Ke Belakang
Sumber Rujukan:Nailul Authar(Oleh Asy Syaukani)
Maksud Hadis:
"Dari Ibnu Abbas, sesungguhnya ia pernah melihat Abdullah bin al-Haris solat dan rambutnya diikat kebelakang, lalu Ibnu Abbas melepaskannya dan (hal ini) dibenarkan oleh (sahabat) yang lain, lalu Abdullah bin al-Haris melihat Ibnu Abbas sambil berkata: Apa keberatan mu terhadap kepala ku ini? Ibnu Abbas menjawab: Kerana sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah S.A.W, bersabda,yang bermaksud: "Bahawa perbuatan semacam ini sama dengan orang solat sambil membelitkan tangannya diatas bahu." HR Muslim,Abu Daud dan Nasaei.
Maksud Hadis:
"Dari Abi Rafi', ia berkata: Nabi S.A.W pernah melarang seseorang solat sedang rambut kepalanya diikat ke belakang. HR Ahmad dan Ibnu Majah
Penjelasan:
Syarih berkata: Dua hadis diatas menunjukkan dimakruhkannya seseorang solat dengan mengikat rambutnya kelakang.
Sedang hikmahnya, kerana rambut itu ikut sujud bersama kepala. Juga menunjukkan perhambaan dalam beribadah.Demikian seperti dikatakan oleh Abdullah bin Mas'ud, dalam hadis hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dalam kitab "Al-Mushannaf", dengan sanad yang sahih yang bermaksud:
" Sesungguhnya Abdullah bin Mas'ud masuk kemasjid, lalu disitu dilihatnya ada seorang lelaki solat sambil mengikat rambutnya kebelakang. Maka tatkala ia sudah selesai, Abdullah bin Mas'ud berkata: Apabila engkau solat jangan engkau mengikat rambutmu kebelakang , kerana rambutmu itu sujud bersamamu, dan setiap rambut ada pahalanya untukmu. Maka berkata lelaki tersebut: Saya takut rambutku kena debu. Maka jawab Abdullah bin Mas'ud: Kena debu itu lebih baik bagimu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment