Imam Disunatkan Mempersingkatkan Bacaan Solat
Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah olehMuhammad Al-Sayyid Sabiq
2-Nailul Authar oleh Asy-Syaukani
Imam disunatkan mempersingkatkan bacaan solat agar makmum tidak berasa berat dan susah.Hal ini berdasarkan hadis Abu Hurairah, bahawa Nabi Salallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
"Jika salah seorang daripada kamu mengerjakan solat(dengan menjadi Imam) kepada orang ramai,maka kerjakanlah solat itu dengan singkat dan ringan. Sebab antara mereka ada yang lemah, sakit atau orang tua.Tetapi jika mengerjakan solat bersendirian, maka seseorang itu dibolehkan memanjangkan solat sesuai dengan yang dikehendakinya." HR:Bukhari,Muslim,Abu Daud,Al-Nasai, Al-Tirmizi, Ibnu Majah.
Sekumpulan ulamak hadis juga meriwayatkan dari Anas,bahawa Nabi Salallallahu 'alaihi wasallam bersabda yang bermaksud:
"Ketika aku mengerjakan solat dan berhasrat untuk memanjangkan(bacannya), tiba-tiba aku dengar suara tangisan bayi.Maka akupun segera mempercepatkan solat itu. Sebab, aku mengerti dan memahami betapa beratnya perasaan seorang ibu ketika mendengar tangisan anaknya." HR: Bukhari, Muslim,Al-Nasai.
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Anas,katanya yang bermaksud,
"Aku belum pernah mengerjakan solat dibelakang seorang imam yang lebih ringan solatnya serta lebih sempurna dibandingkan dengan Nabi Salallallahu 'alaihi wasallam."
Abu Umar bin Abdul Barr mengatakan: "Meringankan solat bagi seorang imam merupakan persoalaan yang di sepakati oleh para Ulama, bahkan ia adalah disunatkan. Tetapi dengan syarat masih tetap menjaga batasan kesempurnaan solat yang minimum . Jika imam mengurangi kesempurnaan minimum dalam solat, maka perkara semacam ini tentunya tidak boleh dilakukan. Sebab Nabi Salallallahu 'alaihi wasallam melarang seseorng mengerjakan solat bagaikan burung gagak mematuk makanannya. Pada suatu ketika beliau melihat seseorang mengerjakan solat dengan rukuk yang tidak sempurna. Melihat itu baginda bersabda yang bermaksud:
"Ulangi solatmu itu! Sebab dengan cara seperti itu, sebenarnya engkau belum lagi mengerjakan solat!"
Nabi Salallallahu 'alaihi wasallam bersabda lagi yang bermaksud:
"Allah tidak akan mengambil kira terhadap solat seseorang yang tidak meluruskan tulang belakangnya ketika rukuk dan sujud."
Abu Umar bin Abdul Barr selajutnya mengatakan: "Aku tidak pernah mendengar pendapat yang menegaskan, bahawa ada seorang ulama yang mempertikaikan masaalah hukum sunat meringankan solat bagi seorang imam. Tetapi dengan syarat perlaksanaan minimum perlaksanaan solat tetap dijaga dan dipelihara."
Diriwayatkan daripada Umar,Katanya yang bermaksud:
"Janganlah kamu melakukan perbuatan yang menyebabkan Allah murka kepada hamba-Nya, iaitu dengan memanjangkan bacaan dalam solat sehingga menyusahkan para makmum yang berada di belakannya."Pengarang Fathul Bari, jil:2,hlm 195 berkata:Hadis yang diriwayatkan oleh Baihaqi dalam asy-Syu'ab dengan sanad sahih dari Umar.
Catitan:
Maksud batasan minimum, Ialah sudah dikatakan sempurna adalah membaca sebanyak tiga tasbih
No comments:
Post a Comment