Sunday 5 July 2015

Sudut Feqah: Suami Memandikan Mayat Isteri Dan Sebaliknya

Suami Memandikan Mayat Isteri Dan Sebaliknya

Sumber Rujkan: Nailul Authar(Oleh Asy Syaukani)

Maksud Hadis:
"Dari Aishah ia berkata: Rasulullah SAW. kembali kepadaku dari menghantarkan jenazah di perkuburan Baqi' sedang aku merasa sakit kepala lalu aku berkata: Aduuuh sakitnya kepalaku, lalu ia bersabda yang bermaksud: Bahkan aku juga merasa sakit kepalaku, tidak ada salahnya jika engkau mati terlebih dahulu maka aku akan memandikanmu, mengkafanimu, kemudian aku mensolatimu dan menanammu." HR Ahmad dan Ibnu Majah

"Dan Dari Aisyah bahawa ia pernah berkata: Seandainya aku menjumpai perkara ini, tidak ketinggalan nescaya tidak ada yang akan memandikan Rasulullah SAW. melainkan isteri-isterinya. "HR: Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah  

Dan kami(Musannif) telah menyebutkan bahawa Abu Bakar Al-Siddhiq telah mewasiatkan kepada Asma' isterinya,agar kelak ia yang memandikannya.

Penjelasan

Syarikh berkata: Perkataan:"Maka aku akan memandikanmu" itu, menunjukkan bahawa wanita apabila meninggal dunia boleh dimandikan suaminya dan sebaliknya laki-laki dimandikan isterinya dengan jalan Qias , dan dengan kejadian Asma' memandikan Abu Bakar dan Ali memandikan Fatimah  padahal tidak ada bantahan dari seluruh para sahabat terhadap Ali dan Asma' maka ini menunjukkan adanya ijma' sahabat dan ini adalah pendapat Jumhur

No comments:

Post a Comment