Wednesday 31 August 2016

Sudut Feqah: Solat Dalam Perjalanan - B:Jarak yang Dibolehkan Mengqasar Solat


B;Jarak yang Dibolehkan Mengqasar Solat
Sumber Rujukan:
Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

Firman Allah Ta’ala dalam surah an-Nisa’:101,
وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ إِنَّ الْكَافِرِينَ كَانُوا لَكُمْ عَدُوًّا مُبِينًا
Dan apabila kamu bepergian di muka bumi, maka tidaklah salah kamu mengqasar sembahyang(mu), jika kamu takut diserang orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagimu.

Apa yang difahami dari ayat diatas dapat disimpulkan, bahawa setiap perjalanan mengikut istilah bahasa, sama ada yang berjarak jauh mahupun yang berjarak dekat, dibolehkan mengqasar solat, menjamaknya dan berbuka di bulan Ramadhan. Tidak ada satu hadis pun yang menyebutkan batasan jarak jauh atau dekatnya berpergian itu. Ibnu al-Munzir dan ramai lagi menyebutkan,bahawa terdapat dua puluh pendapat yang menentukan jarak dibolehkannya mengqasar solat. Di sini akan kami huraikan pendapat yang lebih kuat berkaitan batasan jarak jauh sesebuah perjalanan, yang kemudiannya dibolehkan mengqasar solat:

Ahmad,Muslim,Abu Daud dan al-Baihaqi meriwayatkan dari Yahya bin Yazid, katanya:

سَأَلْتُ اَنَسَ بْنَ مَالِكٍ عَنْ قَصْرِ الصَّلاَةِ، فَقَالَ أَنَسُ: كَانَ النّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَرَجَ مَسِيْرَةَ ثَلَاثَتِةِ أمْيَالٍ،  أًوْفَرَاسِخَ٬  يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ

Ertinya: “Aku bertanya kepada Anas bin Malik mengenai hukum menqasar solat.Jawabnya: ‘Apabila Nabi SAW. mengadakan perjalanan dengan menempuh jarak sejauh tiga mil atau tiga farsakh, beliau  mengerjakan solat sebanyak dua rakaat’. HR Muslim, Abu Daud, Ahmad dan Al-Baihaqi.

            Keraguan mengenai masaalah mil atau farsakh dapat dijawab dengan penjelasan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri:

كَانَ رَسُولُ الّلهِ صَلَّى  الّلهُ عَلَيْهِ  وَسَلَّمَ إِذَا سَافَرَ فَرْسَخًا، يُقْصِرُ الصَّلَاةَ٠

Ertinya: “Apabila Rasulullah SAW. berpergian sejauh satu farsakh, beliau mengqasar solat. HR Sa’id Manshur dan disebutkan al-Hafiz dalam kitab at-Talkish. Dia tidak memberi komen sebarang komen mengenai kedudukan hadis ini sebagai tanda pengakuan  akan kesahihannya).

Al-Kamil fi adh-dhu’afa oleh Ibnu Adi, jil:56,hlm:1734, Pengarang at-Talkhis berkata: Sa’id bin Manshur meriwayatkan dari Abu Sa’id dengan berkata’jil:2,hlm:47. Hadis ini dhaif. Rujuk Irwa’ al-Ghalil, jil:3, hlm:15

Sebagaimana sedia maklum, satu farsakh sama dengan tiga mil. Dengan demikian, hadis Abu Sa’id ini dapat menghilangkan keraguan yang terdapat dalam hadis Anas, di samping menjelaskan bahawa Rasulullah SAW. mengqasar solat apabila beliau berpergian dalam jarak minimum tiga mil.Satu farsakh sama dengan 5541 meter sedangkan satu mil sama dengan 1748 meter( tiga mil= 5244 meter). 1km = 2000 meter.

Ada pula yang mengatakan, bahawa jarak minimum mengqasar solat adalah satu mil. Dalilnya hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Syaibah dengan sanad yang sahih dari Ibnu Umar. Pendapat inilah yang dianuti Ibnu Hazm, dan tidak dibolehkan mengqasar solat apabila jarak perjalanan kurang dari satu mil. Ibnu Hazm mengemukan dalil, bahawa Nabi SAW. pergi ke Baqi’ untuk mengebumikan jenazah. Setelah itu, beliau keluar menuju suatu tempat luar pemukiman untuk membuang hajat dan mengerjakan solat, namun beliau tidak mengqasar solat.

Adapun syarat yang dikemukan oleh ahli fiqh, bahawa mengqasar solat hanya dibolehkan dalam perjalanan jauh, dengan arak minimum sekurang-kurangnya dua atau tiga marhalah, maka pendapat ini disanggah dengan huraian yang dikemukan oleh Imam Abu Al-Qasim al-Kharqi dalam kitab al-Mughni. Di situ, beliau berkata: “Aku tidak menemukan satu dalil pun yang boleh menyokong pendapat ulama-ulama itu. Sebab, keterangan sahabat dalam masaalah ini saling bercanggah antara atu sama lain, sehingga tidak dapat untuk dijadikan dalil. Sebagaimana diketahui, pendapat Ibnu Umar dan Ibnu Abbas adalah bercanggah dengan pendapat mereka. Meskipun pendapat Ibnu Umar dan Ibnu Abbas sama dengan pendapat para imam tersebut, tetapi kata-kata para sahabat tidak dapat dijadikan sebagai dalil apabila bercanggah dengan kata-kata dan perbuatan Nabi SAW. Dengan demikian ukuran minimum sesuatu perjalanan yang mereka tetapkan dengan sendirinya tidak dapat diterima disebabkan dengan dua pertimbangan:

Pertama: Ia bercanggah dengan Sunnah Nabi SAW. seperti yang telah disebutkan sebelum ini dan bercanggah dengan zahir firman Allah Ta’ala yang membolehkan mengqasar solat bagi sesiapa pun yang mengadakan perjalanman di permukaan bumi ini. Allah berfirman dalam surah an-Nisa;101


وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ إِنَّ الْكَافِرِينَ كَانُوا لَكُمْ عَدُوًّا مُبِينًا


Dan apabila kamu bepergian di muka bumi, maka tidaklah salah kamu mengqasar sembahyang(mu), jika kamu takut diserang orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagimu.

Perasaan takut yang seakan-akan menjadi syarat mutlak untuk mengqasar solat dalam perjalanan dapat digugurkan dengan adanya keterangan hadis Ya’la bin Umayyah. katanya:

عَنْ يَعْلَى بْنِ أُمَيَّةَ، قَالَ: قُلْتُ لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ:أَرَاَيْتَ إِقْصَارَ النَّاسِ الصَّلاَةَ، وَإِنَّمَا قَالَ عَزَّوَجَلَّ :٬٬إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُو٬٬ فَقَدْ ذَهَبَ ذَلِكَ الْيَومَ؟  فَقَالَ عُمَرُ: عَجِبْتُ مِمَّا عَجِبْتَ مِنْهُ،فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: «صَدَقَةٌ تَصَدَّقَ اللَّهُ بِهَا عَلَيْكُمْ فَاقْبَلُوا صَدَقَتَه

Ertinya: “Aku bertanya kepada Umar bin al-Khattab: ‘Bagaimanakah pendapatmu jika kaum muslimin mengqasar solat, padahal Allah berfirman: ‘Jika kamu khuatir akan diganggu oleh orang-orang kafir’(surah an-Nisa;101)? . Sementara mereka sekarang sedang dalam perjalanan. Umar menjawab: ‘Apa yang kamu kemukakan itu juga menjadi pertanyaan bagi aku. Hingga akhirnya aku ajukan permasalahan ini kepada Rasulullah SAW. Mendengar itu, beliau bersabda’(mengqasar solat) itu merupaka sedekah yang dikurniakan Allah kepada kamu. Oleh yang demikian, terimalah sedekah-Nya itu’!” (Driwayatkan oleh sekumpulan ulama hadis melainkan Bukhari).

Dengan demikian, zahir ayat tersebut masih merangkumi segala macam jenis perjalanan tanpa mengira jauh atau dekatnya. Sabda Nabi SAW. yang bermaksud: “Seseorang yang bermusafir dibolehkan menyapu khuf atau kasutnya selama tiga hari” adalah untuk menjelaskan waktu dibolehkan menyapu khuf. Meskipun perjalanan tiga hari dikatakan musafir, namun tidak menolak, kemukinan bahawa jarak satu hari juga dapat dikatakan sebagai musafir. Buktinya sabda Nabi SAW.

لَا يَحِلُّ لِإِمْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِالّلهِ وَالْيَوْمِ الأَخِرٍ٬ أَنْتُسَافِرَ مَسِيْرَةَ يَوْمٍ٬إِلَّامَعَ ِذِىْ  مَحْرَمٍ٠

Ertinya:”Seorang perempuan yang beriman kepada Allah dan hari akhir tidak dibolehkan bermusafir selama sehari kecuali bersama muhrimnya. HR Bukhari

Kedua: Menetapkan batasan ukuran jarak dalam sesuatu perjalanan adalah permasaalah tauqif(Permasaalahan yang hanya ditentukan oleh syarak ). Oleh yang demikain, ia tidak boleh ditetapkan oleh pendapat manusia semata, terlebih-lebih lagi ia tidak mempunyai dasar dalil dasar atau persamaan yang boleh dikiaskan. Jadi pendapat yang membolehkan qasar bagi setiap orang yang bermusafir tanpa menentukan jarak jauhnya merupakan pendapat yang kuat, melainkan jika ada ijmak menentangnya. Mengikut perspektif ini, istilah musafir berlaku umum tanpa membezakan perjalanan yang ditempuh menerusi kapal terbang, kereta api dan lain-lain seumpamanya, sama ada perjalanan tersebut bertujuan menunaikan perintah Allah mahupun tujuan-tujuan lain. Malahan seseorang yang bertugas untuk sentiasa dalam perjalanan tetap diketogerikan sebagai musafir, seperti pelaut, kondukter kerata api dan sebagai nya. Sebab pada hakikatnya, orang itu disebut sebagai musafir dan demikaian, dia dibolehkan mengqasar solat, berbuka puasa dan sebagainya.

Sunday 28 August 2016

Sudut Feqah: Solat Dalam Perjalanan - Mengqasar Solat yang Empat Rakaat


Sudut Feqah: Solat Dalam Perjalanan - Mengqasar Solat yang Empat Rakaat
Sumber Rujukan:
Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

A. Mengqasar Solat yang Empat Rakaat
Firman Allah Ta’ala dalam surah an-Nisa’:101,
وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ إِنَّ الْكَافِرِينَ كَانُوا لَكُمْ عَدُوًّا مُبِينًا

Dan apabila kamu bepergian di muka bumi, maka tidaklah mengapa kamu mengqasar sembahyang(mu), jika kamu takut diserang orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagimu.

Ketakutan akan terjadi sesuatu seperti yang disebutkan dalam ayat ini supaya seseorang boleh mengqasar solat bukanlah syarat utama. Hal ini berdasarkan keterangan dari Ya’la bin Umayyah, katanya:

عَنْ يَعْلَى بْنِ أُمَيَّةَ، قَالَ: قُلْتُ لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ:أَرَاَيْتَ إِقْصَارَ النَّاسِ الصَّلاَةَ، وَإِنَّمَا قَالَ عَزَّوَجَلَّ :٬٬إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُو٬٬ فَقَدْ ذَهَبَ ذَلِكَ الْيَومَ؟  فَقَالَ عُمَرُ: عَجِبْتُ مِمَّا عَجِبْتَ مِنْهُ،فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: «صَدَقَةٌ تَصَدَّقَ اللَّهُ بِهَا عَلَيْكُمْ فَاقْبَلُوا صَدَقَتَه

Ertinya: “Aku bertanya kepada Umar bin al-Khattab: ‘Bagaimanakah pendapatmu jika kaum muslimin mengqasar solat, padahal Allah berfirman: ‘Jika kamu khuatir akan diganggu oleh orang-orang kafir’(surah an-Nisa;101)? . Sementara mereka sekarang sedang dalam perjalanan. Umar menjawab: ‘Apa yang kamu kemukakan itu juga menjadi pertanyaan bagi aku. Hingga akhirnya aku ajukan permasalahan ini kepada Rasulullah SAW. Mendengar itu, beliau bersabda’(mengqasar solat) itu merupaka sedekah yang dikurniakan Allah kepada kamu. Oleh yang demikian, terimalah sedekah-Nya itu’!” (Driwayatkan oleh sekumpulan ulama hadis melainkan Bukhari).

Ibnu Jarir meriwayatkan dari Abu Munib al-Jarsyi, bahawa pada suatu ketika Ibnu Umar ditanya mengenai maksud firman Allah: “Apabila kamu berpergian di permukaan bumi, maka tidak ada salahnya bila kamu mengqasarkan solat, kalau kamu khuatir akan diganggu oleh orang-orang kafir.(Surah an-Nisa :101). Sebab kami sekarang dalam keadaan aman dan tak perlu takut lagi kepada sesiapa pun. Masihkah dibolehkan mengqasar solat? Ibnu Umar menjawab dengan firman Allah Ta’ala dalam surah al-Ahzab:21:
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.

Dari Aisyah, katanya:

قَدْفُرِضَتِ الصَّلَاةُ رَكْعَتَينِ رَكْعَتَينِ بِمَكَّةَ، فَلَمَّا قَدِمَ رسول الله صلى الله عليه وسلم الْمَدِينَةَ، زَادَ مَعَ كُلِّ  رَكْعَتَينِ رَكْعَتَينِ ، إِلَّا فِي الْمَغْرِبِ، فَإِنَّهَا وِالتْرُنَّهَا، وَصَلَاةِ الْفَجْرِ، لِطُوْلِ قِرَاءَتِهَا، وَكَانَ إِذَا سَافَرَ، صَلَّى الصَّلَاةَ الْأُوْلَى٠ أيْ ٬الَّتِيْ  فُرِضَتْ بِمَكَّةَ

Ertinya: “Pada awalnya solat diwajibkan sebanyak dua rakaat-dua rakaat ketika masih di Makkah. Setelah Rasulullah SAW. berhijrah ke Madinah, solat yang berjumlah dua rakaat itu ditambah menjadi dua rakaat, kecuali solat Maghrib kerana dia dianggap sebagai solat witir disiang hari. Dan begitu pula dengan solat fajar(solat subuh), kerana bacaan surah yang panjang ketika mengerjakannya.  Oleh itu jika Nabi SAW. berpergian, beliau hanya mengerjakan solat sebagaimana solat pada awal kewajipannya, iaitu ketika difardhukan di Makkah. Diriwayatkan oleh Ahmad, al-Baihaqi, Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah. Para perawinya dapat dipercayai.

Ibnu Qayyum berkata: “Jika dalam keadaan musafir, Rasulullah SAW. selalunya mengqasar solat yang berjumlah empat rakaat menjadi dua rakaat. Adapun yang demikian dilakukan sejak beliau meninggalkan kota Madinah hingga beliau pulang dan tiba semula di Madinah. Tidak dijumapai satu hadis pun yang menerangkan bahawa beliau tetap mengerjakannya empat rakaat. Malah tiada seorang pun dikalangan ulama yang berselisih pendapat berkaitan masaalah ini, meskipun mereka pada akhirnya berbeza-beza pendapat tentang hukum mengqasar solat. Umar, Ali, Ibnu Mas’ud, Ibnu Abbas, Abdullah bin Umar dan Jabir menetapkan bahawa hukum mengqasar solat adalah wajib. Pendapat inilah dianuti oleh mazhab Hanafi.

Mazhab Maliki menetapkannya sebagai sunat mu’akkad, bahkan lebih disunatkan, berbanding solat berjamaah. Malahan jika seorang yang bermusafir tidak mendapati kawan sesama musafir untuk berjamaah dikehendaki mengerjakan solat secara bersendirian dengan cara mengqasar dan seseorang yang mengqasar solat dimakruhkan bermakmum kepada orang yang mukim yang mengerjakan solat dengan sempurna.

Mazhab Hambali berpendapat, hukum mengqasar adalah mubah, namun ia lebih baik daripada mengerjakannya dengan sempurna. Demikian pula pendapat mazhab Syafi’e, jika perjalanan tersebnut sudah menempuh jarak yang dibolehkan mengqasar solat.

 

Wednesday 24 August 2016

Apakah Hukum Lelaki memakai Emas Puteh?


Apakah Hukum Lelaki memakai Emas Puteh?

Sumber Rujukan:

-Fatwa Kontemporari (Fatawa ‘Asriyyah) oleh Syeikh Ali Jum’ah(Mufti Mesir)
-Tafsir al-Qurtubi

Allah SWT. memerintahkan anak cucu Adam untuk berhias dan memperindah diri, untuk menunjukkan nikmat yang telah diberikan oleh Allah SWT. kepadanya. Allah SWT. berfirman didalam Al-Quran, SurahAl-A’raf:31-32:

يَٰبَنِىٓ ءَادَمَ خُذُوا۟ زِينَتَكُمْ عِندَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا۟ وَٱشْرَبُوا۟ وَلَا تُسْرِفُوٓا۟ ۚ إِنَّهُۥ لَا يُحِبُّ ٱلْمُسْرِفِينَ (٣١)قُلْ مَنْ حَرَّمَ زِينَةَ ٱللَّهِ ٱلَّتِىٓ أَخْرَجَ لِعِبَادِهِۦ وَٱلطَّيِّبَٰتِ مِنَ ٱلرِّزْقِ ۚ قُلْ هِىَ لِلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ فِى ٱلْحَيَوٰةِ ٱلدُّنْيَا خَالِصَةً يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ ۗ كَذَٰلِكَ نُفَصِّلُ ٱلْءَايَٰتِ لِقَوْمٍ يَعْلَمُونَ (٣٢)

Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) masjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.Katakanlah: "Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik?" Katakanlah: "Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka saja) di hari kiamat. Demikianlah Kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang-orang yang mengetahui.
Dalam Surah ad-Dhuha:11, Allah SWT. berfirman:
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ 
"dan apa bila kamu di beri kenikmatan Oleh tuhanmu maka ceritakanlah"
Penjelasan imam Qurtuby dalam kitab tafsirnya:
الرابعة : قوله تعالى : وأما بنعمة ربك فحدث أي انشر ما أنعم الله عليك بالشكر والثناء . والتحدث بنعم الله ، والاعتراف بها شكر . وروى ابن أبي نجيح عن مجاهد وأما بنعمة ربك قال بالقرآن . وعنه قال : بالنبوة أي بلغ ما أرسلت به . والخطاب للنبي - صلى الله عليه وسلم - والحكم عام له ولغيره . 
ke empat tentang firmanNya :
" dan apa bila kamu di beri kenikmatan Oleh tuhanmu maka ceritakanlah" maksudnya sebarkanlah apa yang telah Allah berikan kenikmatan kepadamu dengan cara bersyukur dan memuji.menceritakan kenikmatan-kenikmatan Allah dan menunjukkan kenikmatan yang merupakan bentuk syukur.
Ibnu Abi Nujaih meriwayatkan dari mujahid " dan apa bila kamu di beri kenikmatan Oleh tuhanmu maka ceritakanlah"
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
إِنَّ اللَّهَ يُحِبَّ أَنْ يُرَى أَثَرُ نِعْمَتِهِ عَلَى عَبْدِهِ
Sesungguhnya Allah senang melihat bekas nikmat-Nya pada seorang hamba” HR. Tirmidzi dan An Nasai.
Namun ada sebahagian jenis pakaian dan sutera yang dihalalkan oleh Allah SWT. untuk dipakai bagi wanita dan diharamkan bagi lelaki iaitu emasdan sutera.Rasulullah SAW. pernah bersabda:

أُحِلَّ الذَّهَبُ وَالْحَرِيْرُ لِإِنَاثِ أُمَّيِيْ وَُرِّمَ لِذُّكُوْرِهَا
Emas dan sutera dihalalkan bagi kaum wanita umatku dan diharamkan bagi kaum laki-lakinya. HR An-Nasae’i dan Ahmad
 Sedangkan pakaian dan pelbagai barang yang lain dibolehkan bagi lelaki dan wanita untuk menggunakan dan memakainya secara saksama.
Emas putih(iaitu emas murni dicampur dengan palladium atau nikel)  atau emas yang ada salutan silikon atau sejenisnya. Oleh itu jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya dengan emas kuning maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning. Maka haram bagi orang lelaki untuk menggunakan dan memakainya. Sebab emas putih disebut juga sebagai emas, kerana ada salutan emas kuning didalamnya. Namun dibolehkan bagi wanita untuk memakainya.
Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarkan begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :-
Ali bin Abu Talib r.a. berkata:
"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)
Tapi Ibnu Majah menambah:
"halal buat orang-orang perempuan."
Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian dicabut oleh Nabi saw. cincin itu dan dibuang ke tanah.
Kemudian beliau bersabda:
"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.' Maka jawabnya: 'Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'" (Riwayat Muslim)
Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.

Tuesday 23 August 2016

Hukum Sebaran Gambar Mayat


Hukum Sebaran Gambar Mayat

Sumber Rujukan:

1-Dr Zaharuddin Abdul Rahman

2-Fathul bari

3-Hadith Muslim

4-Hadith Ibnu majah

5-Hadith Tirmizi

6-Hadith Abu Daud

Hukum Sebaran Gambar Mayat

Meninjau pandangan Islam dalam hal ini, hukum menyebarkan gambar seperti ini adalah Haram. Secara ringkas, ia adalah diharamkan kerana sebab berikut:

1-Ia tidak mendapat izin pihak keluarga simati. Sudah tentu tiada keluarga yang ingin disebarluaskan gambar jenazah ahli keluarganya yang meninggal dunia, terutamanya jikalau ia dalam keadaan tidak menyenangkan dan dikira hak peribadi. Penyebaran ini dikira membuka dan mendedahkan rahsia serta keaiban orang lain serta keluarganya yang tidak diizinkan oleh Islam untuk dilakukannya. Ia juga mencarikkan maruah simati dan keluarganya.Nabi SAW. bersabda:

كُلُّ المُسْلِمِ عَلَى المُسْلِم حَرَامٌ عِرْضِهِ وَمَالَهُ وَدَمُهُ

Ertinya : "Hak setiap Muslim ke atas Muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya"  HR Muslim,At-Tirmizi

Sabda Rasulullah SAW.

مَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ.

“Barangsiapa menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya.”
HR. Bukhari,Muslim.

Sabda Rasulullah SAW.

يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلم يَدْخُل الإيمَانُ قَلْبَهُ ! لاَ تَغْتَابُوا الْمُسْلِمِيْنَ وَلاَ تَتَّبِعُوا عَوْرَاتِهِمْ فَإِنَّهُ مَنْ تَتَبَّعَ عَوْرَةَ أَخِيْهِ الْمُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللهُ عَوْرَتَهُ وَمَنْ تَتَبَّعَ اللهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ وَلَوْ فِي جَوْفِ بَيْتِهِ

"Wahai orang-orang yang beriman dengan lisannya akan tetapi iman belum masuk kedalam hatinya, janganlah kalian menghibahi kaum muslimin, dan janganlah pula mencai-cari aib mereka, sesungguhnya barang siapa yang mencari-cari aib saudaranya sesama muslim maka Allah akan mencari-cari kesalahannya, dan barangsiapa yang Allah mencari-cari kesalahannya maka Allah akan mempermalukannya meskipun ia berada di dalam rumahnya" HR Abu Daud

وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيْهِ كَانَ اللهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَجَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

"Barang siapa yang membantu memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi hajatnya, barang siapa yang melepaskan kesulitan seorang muslim maka Allah akan melepaskan kesulitannya pada hari kiamat, dan barang siapa yang menutupi aib seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat" HR Al-Bukhari dan Muslim
Sabda Rasulullah SAW.

وَمَنْ يُشَاقِقْ يَشْقُقِ اللَّهُ عَلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

"Barang siapa yang menyulitkan (orang lain) maka Allah akan mempersulitnya para hari kiamat" HR Bukhari
Sabda Rasulullah SAW.

لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا إِلَّا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

"Tidaklah seseorang menutupi aib orang lain di dunia, melainkan Allah akan menutupi aibnya di hari kiamat kelak." HR. Muslim

مَنْ سَتَرَ عَوْرَةَ أَخِيهِ الْمُسْلِمِ سَتَرَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، وَمَنْ كَشَفَ عَوْرَةَ أَخِيهِ الْمُسْلِمِ كَشَفَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ حَتَّى يَفْضَحَهُ بِهَا فِي بَيْتِهِ

"Barang siapa yang menutupi aib saudaranya muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat, dan barang siapa membukakan aib saudaranya muslim, maka Allah akan membukakan aibnya hingga terbukalah kejelekannya di dalam rumahnya." HR. Ibnu Majah
2-Bercanggah dengan arahan Nabi SAW. bagi menceritakan yang baik berkenaan si mati. Berdasarkan  Sabda Rasulullah SAW.

مَرُّوا بِجَنَازَةٍ فَأَثْنَوْا عليها خَيْرًا فقال النبي وَجَبَتْ ثُمَّ مَرُّوا بِأُخْرَى فَأَثْنَوْا عليها شَرًّا فقال وَجَبَتْ فقال عُمَرُ بن الْخَطَّابِ رضي الله عنه ما وَجَبَتْ قال هذا أَثْنَيْتُمْ عليه خَيْرًا فَوَجَبَتْ له الْجَنَّةُ وَهَذَا أَثْنَيْتُمْ عليه شَرًّا فَوَجَبَتْ له النَّارُ

Ertinya : Mereka telah meziarahi jenazah dan mereka bercakap perkara baik tentangnya. Maka berkata Nabi : wajiblah,

Kemudian mereka telah pergi menziarahi yang lain lalu berkata tentang keburukannya, Nabi menjawab : wajiblah.
Maka berkatalah Umar al-Khttab : Barangsiapa yang memujinya atau berkata tentangnya (si mati) akan kebaikkannya ( selepas kematiannya), maaf mestilah ia (pemuji) itu memasuki syurga, dan barangsiapa dikalangan kamu yang menceritakan perihal buruknya nescaya mestilah ia ke neraka HR Bukhari
Ibnu Hajar menukilkan bahawa Imam al-Nawawi berkata, menceritakan perihal buruk simati adalah kerja orang munafik
3-Tindakan itu membuka keaiban jenazah dan ahli keluarganya, khususnya apabila gambar yang disiarkan itu mendedahkan seluruh auratnya.Telah ijma’ dikalangan ulama Islam bahawa wajib menutup aurat jenazah.

4-Gambar itu juga boleh menyebabkan trauma, gangguan perasaan, dan minda berpanjangan bagi setiap orang yang melihatnya, terutama bagi mereka yang lemah semangat

Kesimpulanya
Maka semua individu yang menyimpan gambar tersebut samaada di facebook ataupun e-mail, maka ia wajib memadamnya secara kekal. Ini supaya tiada peluang untuk diminta  dan dilihat olehnya lagi dan orang lain.

Bagi yang sudah menyebarkan gambar itu walaupun dengan apa jua niat baik, maka hendaklah bertaubat dan memohon maaf kepada ahli keluarga si mati.

Sunday 21 August 2016

Aqidah: Apakah Manusia itu Pasrah(Musayyar) atau Dapat Memilih(Mukhyyar) ?


Aqidah: Apakah Manusia itu Pasrah(Musayyar) atau Dapat Memilih(Mukhyyar) ?

Sumber Rujukan:

Fatwa Kontemporari (Fatawa ‘Asriyyah) oleh Syeikh Ali Jum’ah(Mufti Mesir)

Manusia itu pasrah di dalam hal yang kelak tidak akan diminta pertanggungjawabannya, seperti bila dia dilahirkan, bila dia mati, kenapa dia dilahirkan sebagai lelaki ataupun perempuan,hitam atau putih daripada keluarga yang terhormat atau biasa dan sebagainya. Ini semua adalah takdir Allah SWT. yang tidak perlu dibahaskan dan tidak akan diminta kelak pertanggungjawabannya di hari kiamat. Seperti firman Allah SWT. dalam surah al-Hujurat:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬

Hai manusia, Sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa – bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal.” (al-Hujuraat: 13)

Perbuatan yang boleh dipilih atau diusahakan(ikhtiar) adalah, seperti solat,zakat,puasa,jualbeli,nikah,mengumpulkan harta dan sebagainya. Ini semua dijadikan Allah SWT. sebagai sesuatu yang dapat diusahakan. Untuk itu maka Allah SWT. menjadikan lebih banyak perkara yang mubah daripada segala yang ada, agar manusia tidak terlalu terikat dengan hal-hal yang tidak dibolehkan di dalam hidupnya, tetapi kelak akan diminta dipertanggungjawabkan daripada segala perbuatanya.Didalam hidup ini, Allah SWT. telah menentukan mana yang wajib dan mana yang haram. Untuk itu maka kita diharuskan untuk mengikuti yang wajib seperti puasa Ramadhan,haji dan sebagainya, serta meninggalkan perkara-perkara yang dilarang(haram), seperti riba,zina,perbuatan keji, mencaci orang lain dan sebagainya. Semua ini masuk di dalam ketentuan Allah yang dapat diusahakan dan kelak akan diminta dipertanggungjawabkan. Setiap manusia akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah SWT. kenapa ia memilih yang ini atau yang itu.

مَّنِ اهْتَدَى فَإِنَّمَا يَهْتَدي لِنَفْسِهِ وَمَن ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا وَلاَ تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولاً

Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berbuat dosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul. Al-Israa:15

Orang-orang barat sebaliknya mengingkari adanya sesuatu yang harus dipasrahkan atas kehendak Tuhan. Bagi mereka, semua perkara dapat diusahakan dengan tenaga manusia. Di dalam ideologi mereka seseorang boleh menukar kelaminnya daripada lelaki menjadi wanita atau daripada wanita menjadi lelaki.Mereka juga menghalalkan perkahwinan sejenis. Iaitu perkahwinan antara lelaki dengan lelaki atau antara wanita dengan wanita- Nau’zubillah. Mereka juga membolehkan manusia untuk membunuh diri. Siapa saja yang ingin mengakhiri hayatnya maka mereka mempersilakannya tanpa larangan. Semua ini adalah keyakinan dan pernyataan-pernyataan yang batil(salah).

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رض قَالَ: لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ ص اْلمُتَشَبّهِيْنَ مِنَ الرّجَالِ بِالنّسَاءِ وَ اْلمُتَشَبّهَاتِ مِنَ النّسَاءِ بِالرّجَالِ. البخارى
Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu’anhu, ia berkata, “Rasulullah melaknat orang lelaki yang menyerupai wanita dan (melaknat) para wanita yang menyerupai lelaki.” HR. Bukhari
عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ قَالَ: لَعَنَ رَسُوْلُ اللهِ ص الرَّجُلَ يَلْبَسُ لِبْسَةَ اْلمَرْأَةِ، وَ اْلمَرْأَةَ تَلْبَسُ لِبْسَةَ الرَّجُلِ. ابو داود
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu’anhu, ia berkata, “Rasulullah melaknat orang lelaki yang berpakaian wanita, dan (melaknat) wanita yang memakai pakaian lelaki.” HR. Abu Dawud

عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: لَعَنَ النَّبِيُّ ص اْلمُخَنَّثِيْنَ مِنَ الرّجَالِ وَ اْلمُتَرَجّلاَتِ مِنَ النّسَاءِ. وَ قَالَ: اَخْرِجُوْهُمْ مِنْ بُيُوْتِكُمْ. البخارى
Dari Ibnu Abbas Radliyallaahu’anhu, ia berkata: Rasulullah melaknat para lelaki yang bergaya seperti wanita dan para wanita yang bergaya seperti lelaki. Dan baginda bersabda, “Keluarkanlah mereka dari rumah-rumah kamu.” HR. Bukhari  
Membunuh diri:
وَ لاَ تَقْتُلُوْآ اَنْفُسَكُمْ، اِنَّ اللهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيْمًا.
..... dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu.  An-Nisaa’ : 29
عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ رض قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِى نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيْهَا خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيْهَا اَبَدًا، وَ مَنْ تَحَسَّى سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِى يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِى نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيْهَا اَبَدًا، وَ مَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيْدَةٍ، فَحَدِيْدَتُهُ فِى يَدِهِ يَتَوَجَّأُ بِهَا فِى نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيْهَا اَبَدًا. البخارى و مسلم و الترمذى و النسائى
Dari Abu Hurairah RA ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa menerjunkan diri dari gunung untuk bunuh diri, maka dia di neraka jahannam menerjunkan diri di dalamnya, kekal lagi dikekalkan di dalamnya selama-lamanya. Dan barangsiapa minum racun untuk bunuh diri, maka racunnya itu di tangannya dia meminumnya di neraka jahannam kekal lagi dikekalkan di dalamnya selama-lamanya. Dan barangsiapa bunuh diri dengan senjata tajam, maka senjata tajam itu di tangannya dia melukai dengannya di neraka jahannam, kekal lagi dikekalkan di dalamnya selama-lamanya”.  HR. Bukhari, Muslim, Tirmidzi, dan Nasai
عَنْ اَبِى هُرَيْرَةَ رض قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ اللهِ ص: الَّذِى يَخْنُقُ نَفْسَهُ يَخْنُقُهَا فِى النَّارِ، وَ الَّذِى يَطْعُنُ نَفْسَهُ يَطْعُنُ نَفْسَهُ فِى النَّارِ، وَ الَّذِى يَقْتَحِمُ يَقْتَحِمُ فِى النَّارِ. البخارى
Dari Abu Hurairah RA, ia berkata : Rasulullah SAW bersabda, “Orang yang bunuh diri dengan menggantung diri, dia akan menggantung diri di neraka. Orang yang menikam dirinya (dengan senjata tajam) maka dia akan menikam dirinya di neraka. Dan orang yang bunuh diri dengan menerjunkan diri dari tempat yang tinggi, maka dia akan menerjunkan diri di neraka”.  HR. Bukhari

Saturday 20 August 2016

Muamalat: Di Manakah perlu disalurkan Harta yang diperolehi daripada Jalan Haram?


Di Manakah perlu disalurkan Harta yang diperolehi daripada Jalan Haram?
Sumber Rujukan:
Fatawa Mua’sirah(Fatwa kontemporari) oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi
 
Harta yang haram ini mesti dibelanjakan pada satu daripada perbelanjaan berikut.Tidak ada lagi mana-mana tambahan yang kelima baginya mengikut pembahagian diterima secara logik.

Pertama:

Sekiranya mengambil harta yang haram buat diri sendiri ataupun sesiapa yang ditanggung olehnya. Ini adalah perbuatan yang jelas tidak dibenarkan sama sekali.Harta yang diperolehi dari jalan yang haram seperti riba, judi dan sebagainya tidak dibenarkan sesiapa yang memperolehnya bagi mengambil munafaat daripadanya. Ini kerana, sekiranya ada yang mengambil sebarang munafaat daripadanya, bermakna dia sudah memakannya secara haram.Tidak dibenarkan juga bagi seseorang mengambil munafaat daripada harta haram untuk ahli keluarganya, melainkan sekiranya mereka adalah daripada kalangan yang tidak mampu ataupun berhutang. Apa yang dibenarkan bagi mereka untuk diambil adalah pengambilan daripada bahagian zakat.

عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَةَ رضي الله عنه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (لَا يَرْبُو لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ إِلَّا كَانَتْ النَّارُ أَوْلَى بِهِ)

Rasulullah saw bersabda, "Tidaklah tumbuh daging dari makanan haram, kecuali neraka lebih utama untuknya.HR Tirmizi
Kata السحت dalam hadits di atas maksudnya adalah semua yang haram dalam segala bentuk dan macamnya. Seperti hasil riba, hasil sogokan, mengambil harta anak yatim, dan hasil dari berbagai bisnis yang diharamkan syariat.

Kedua:

Sekiranya dia mahu meninggalkan faedah kepada bank yang mengamalkan sistem riba. Ini adalah perbuatan yang tidak dibenarkan lebih-lebih lagi bank asing adalah perkara haram yang diyakini. Jikalau bank mengambil faedah-faedah untuk kegunaan mereka, keadaan ini memperkukuhkan lagi bagi bank mengamalkan unsur-unsur riba, sekaligus mengiatkan lagi perancangan mereka dalam riba.Perkara ini termasuk dalam menghulurkan bantuan ke arah maksiat. Segala bentuk bantuan ke arah perkara haram, hukumya adalah haram.

وَ تَعاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَ التَّقْوى‏ وَ لا تَعاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَ الْعُدْوانِ وَ اتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَديدُ الْعِقابِ

Dan tolong- menolonglah kamu dalam ( mengerjakan ) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong- menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. Al-Maidah:2
 
Ketiga:

Melepaskan diri daripadanya dengan cara melupuskannya dan menghapuskannya. Sesungguhnya permasalahan ini dilaporkan daripada sebahagian orang-orang yang warak daripada kalangan ulama terdahulu. Imam Al-Ghazali membantah pandangan ini dalam buku beliau yang bertajuk Al-Ihya. Oleh itu, beliau menegah kita daripada mensia-siakan harta itu.

Keempat:

Membelanjakan faedah bank ke arah kebajikan, iaitu untuk diberikan kepada golongan yang tidak berkemampuan, orang-orang miskin,anak-anak yatim piatu,orang-orang yang terputus bekalan dalam perjalanan dan pertubuhan-pertubuhan Islam yang berbentuk kebajikan, dakwah, serta kemasyarakan. Ini adalah antara bentuk perbelanjaan yang ditentukan.Berdalilkan hadith yang Nabi SAW. menyuruh bersedekah dengan kambing panggang haram yang dihidangkan kepada beliau.

Al-Hafiz Al-Iraqi berkata, “Hadith tentang peristiwa Rasulullah SAW. menyuruh bersedekah dengan seekor kambing panggang yang dihidangkan kepada Baginda. Secara tiba-tiba, kambing itu berbicara kepada Baginda dengan menyatakan ia adalah kambing haram. Lalu Baginda pun berkata, “Berikan kambing panggang kepada tawanan.”Direkodkan oleh Iamm Ahmad daripada kata-kata seorang laki-laki daripada golongan Ansar, dia berkata, “kami keluar bersama-sama dengan Rasulullah SAW. bagi mengebumikan jenazah. Ketika kami bertemu dengan seorang penggembala kepada wanita pemilik kambing kabilah Quraisy, dia berkata, “sesungguhnya si fulanah menjemputmu dan sesiapa sahaja yang bersamamu bagi menikmati jamuan.”Ada juga hadith lain yang didalamnya juga, “Seorang daripada mereka berkata, “Daging kambing ini diambil tanpa izin pemiliknya,”Berikan kambing panggang ini kepada tawanan.” Sanad hadith ini baik.

Hadith tentang pertaruhan Saidina Abu Bakar ra. keatas orang-orang Musyrik dengan izin Rasulullah SAW. ketika turunya penjelasan Allah SWT.
 غُلِبَتِ الرُّومُ. الم
 فِي بِضْعِ سِنِينَ ۗلِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ ۚوَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ الْمُؤْمِنُونَ. فِي أَدْنَى الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ.
Alif Laam Miim. Telah dikalahkan bangsa Rumawi,di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang,dalam beberapa tahun (lagi). Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). Dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman.(Al-Rum:1-4)
Ada dinyatakan, Rasulullah SAW. menjelaskan,”Ini adalah sesuatu yang keji.”Maka Saidina Abu Bakar pun bersedekah dengannya. Hadith direkodkan oleh Imam Al-Baihaqi dalam buku Dalail An-Nubuwwah daripada hadith Ibnu ‘Abbas. Dinyatakan dalam peristiwa itu, pertaruhan itu tidak berlaku dengan keizinan Rasulullah SAW.. Bagi Imam a-Tirmizi, hadith ini bertaraf  hasan dan bagi Imam Al-Hakim pula, ini adalah hadith sahih tanpa adanya kata-kata Baginda SAW,”Ini adalah sesuatu yang keji”, Maka Saidina Abu Bakar bersedekah dengannya.

Ada pandangan lain menjelaskan, “Kami tidak akan bersedekah kecuali dengan harta yang baik”’, maka keadaan sedemikian terjadi sekiranya kita mahukan ganjaran semata-mata buat diri kita. Kita dalam keadaan sekarang mahukan penyelesaian daripada perkara yang membawa kegelapan ini dan bukan kerana ganjaran. Dalam keadaan ini juga, kita berada dalam keadaan dilema antara melepaskan begitu sahaja ataupun bersedekah. Penyelesaian bagi pendapat yang kuat adalah pandangan daripada sudut bersedekah lebih utanma daripada sudut pandangan melepaskannya begitu sahaja.

Perkara ini tidak termasuk antara bab bersedekah sehingga ada menyatakan, “Allah SWT. itu bersifat baik dan tidak akan menerima kecuali yang baik”, Keadaan ini adalah daripada bab membelanjakan harta yang rosak atau haram pada cara perbelanjaan yang dianggap baik.Jadi , dia tidak dianggap sebagai bersedekah, tetapi sekadar perantara dalam menyampaikan harta ini kepada pihak yang menjalankan aktiviti kebajikan.

Adakah ganjaran kepada sesiapa yang mengambil faedah-faedah bank yang mengamalkan riba dan membelanjakan dalam perbelanjaan untuk aktiviti kebajikan?. Tidak dikira baginya sebagai pahala bersedekah, tetapi dikira daripada dua, sudut:

1-      Sesungguhnya mereka berusaha menjauhkan diri daripada harta yang haram ini dan daripada mengambil sebarang munafaat dengannya buat dirinya dengan apa cara sekalipun,maka perbuatannya itu akan ada baginya pahala d sisi Allah SWT.

2-      Sesungguhnya dia adalah perantaraan yang baik dalam menyampaikan harta ini kepada orang-orang yang tidak berkemampuan dan pertubuhan-pertubuhan kebajikan Islam yang akan mendapat faedah daripadanya. Dia pasti akan diberi ganjaran di atas perbuatannya ini dengan kehendak Allah SWT.

Tuesday 16 August 2016

Sudut Feqah: Solat Jamak-Menjamak dalam bepergian(musafir)


Solat Jamak-Menjamak dalam bepergian(musafir)
Sumber Rujukan:
Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

Seseorang dibolehkan menjamak solat Zohor dengan Asar, sama ada jamak takdim mahupun jamak ta’khir. Begitu pula dibolehkan menjamak solat Maghrib dengan Isyak iaitu dalam bepergian(musafir).

Menjamak dua solat ketika musafir, pada salah satu waktu daripada kedua solat tersebut, menurut sebilangan ulama adalah dibolehkan, sama ada dilakukan ketika sedang singgah atau masih dalam perjalanan. Dari Mu’az, bahawa:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ فِي غَزْوَةِ تَبُوكَ إِذَا زَاغَتْ الشَّمْسُ قَبْلَ أَنْ يَرْتَحِلَ جَمَعَ بَيْنَ الظُّهْرِ وَالْعَصْرِ وَإِنْ يَرْتَحِلْ قَبْلَ أَنْ تَزِيغَ الشَّمْسُ أَخَّرَ الظُّهْرَ حَتَّى يَنْزِلَ لِلْعَصْرِ وَفِي الْمَغْرِبِ مِثْلُ ذَلِكَ إِنْ غَابَتْ الشَّمْسُ قَبْلَ أَنْ يَرْتَحِلَ جَمَعَ بَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ وَإِنْ يَرْتَحِلْ قَبْلَ أَنْ تَغِيبَ الشَّمْسُ أَخَّرَ الْمَغْرِبَ حَتَّى يَنْزِلَ لِلْعِشَاءِ ثُمَّ جَمَعَ بَيْنَهُمَا

Ertinya:“Ketika Nabi  shallallahu ‘alaihi wasallam pada perang Tabuk, ketika matahari telah tergelincir sebelum beliau berangkat, maka beliau menjamak antara shalat zuhur dan ashar (jamak taqdim). Dan jika beliau berangkat sebelum matahari tergelincir, maka beliau mengundurkan shalat zuhur sehingga beliau singgah untuk shalat Ashar (lalu mengerjakan keduanya dengan jamak ta`khir). Demikian pula ketika shalat maghrib, apabila matahari terbenam sebelum beliau berangkat, maka beliau menjamak antara maghrib dan isya (dengan jamak taqdim), dan jika beliau berangkat sebelum matahari terbenam maka beliau mengakhirkan shalat maghrib hingga beliau singgah pada untuk shalat isya, kemudian beliau menjamak keduanya (dengan jamak ta`khir).” HR. Abu Daud, At-Tirmizi,Hadis ini hasan.

Dari Abdullah bin Umar radhiallahu anhu dia berkata:

رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا أَعْجَلَهُ السَّيْرُ فِي السَّفَرِ يُؤَخِّرُ صَلَاةَ الْمَغْرِبِ حَتَّى يَجْمَعَ بَيْنَهَا وَبَيْنَ الْعِشَاءِ
قَالَ سَالِمٌ وَكَانَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَفْعَلُهُ إِذَا أَعْجَلَهُ السَّيْرُ وَيُقِيمُ الْمَغْرِبَ فَيُصَلِّيهَا ثَلَاثًا ثُمَّ يُسَلِّمُ ثُمَّ قَلَّمَا يَلْبَثُ حَتَّى يُقِيمَ الْعِشَاءَ فَيُصَلِّيهَا رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ يُسَلِّمُ وَلَا يُسَبِّحُ بَيْنَهُمَا بِرَكْعَةٍ وَلَا بَعْدَ الْعِشَاءِ بِسَجْدَةٍ حَتَّى يَقُومَ مِنْ جَوْفِ اللَّيْلِ

Ertinya:“Aku melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam jika beliau tergesa-gesa dalam perjalanan, beliau menangguhkan shalat maghrib dan menggabungkannya bersama shalat isya”.
Salim (anak Ibnu Umar) berkata, “Dan Abdullah bin Umar radhiallahu anhu juga mengerjakannya seperti itu bila beliau tergesa-gesa dalam perjalanan. Beliau mengumandangkan iqamah untuk shalat maghrib lalu mengerjakannya sebanyak tiga raka’at kemudian salam. Kemudian beliau diam sejenak lalu segera mengumandangkan iqamah untuk shalat isya, kemudian beliau mengerjakannya sebanyak dua rakaat kemudian salam. Beliau tidak menyelingi di antara keduanya (kedua shalat yang dijamak) dengan shalat sunnah satu rakaatpun, dan beliau juga tidak shalat sunnah satu rakaatpun setelah isya hingga beliau bangun di pertengahan malam (untuk shalat malam).”
HR. Al-Bukhari

Dalam kitab al-Muwattha’, Malik meriwayatkan dari Mua’az, bahawa:

أن النبي صلى الله عليه وسلم أَخَّرَالصَّلاَةَ  فِي غَزْوَةِ تَبُوكَ يَوْمً، ثُمَّ خَرَجَ فَصَلَّى الظُّهْرَوَ الْعَصْرَجَمِيْعًا، ثُمَّ دَخَلَ،ثُمَّ خَرَجَ، فَصَلَّى اْلمَغْرِبَ وَ الْعِشَاءَ جَمِيْعًا

Ertinya:Pada suatu hari ketika perang Tabuk, Nabi SAW.mengakhirkan solat dan pergi keluar, lalu menjamak solat Zohor dengan Asar. Setelah itu, beliau masuk lagi, kemudian pergi  lagi dan menjamak solat Maghrib dengan Isyak. Muwattha’  Malik

Asy-Syafi berkata: "Perkataan pergi dan masuk menunjukkan bahawa Nabi SAW. sedang singgah di suatu perjalanan. “Setelah menyebut hadis ini, Ibnu Qudamah  dalam kitab al-Mughni berkata : “ Menurut Ibnu Abdul Barr, hadis ini adalah sahih dan sanadnya kuat. Menurut ahli sejarah, Perang tabuk terjadi pada tahun kesembilan Hijriyah. Dalam hadis ini terdapat suatu keterangan yang tegas dan alasan yang kuat untuk menolak pendapat bahawa menjamak dua solat tidak dibolehkan kecuali apabila betul-betul sedang dalam perjalanan. Bukankah Nabi SAW. menjamak di waktu beliau sedang berhenti, bukan sedang berjalan, bahkan menetap pula dalam perkemahan? Beliau keluar dari tempatnya itu untuk mengerjakan solat secara jamak, kemudian kembali masuk ke perkemahannya. Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim dalam sahihnya. Di situ dijelaskan, beliau Nabi SAW. menjamak solat Zohor dengan Asar dan solat Maghrib dengan Isyak. Hadis ini mestilah dijadikan landasan. Sebab, ia hadis sahih dan dengan tegas menetapkan suatu hukum tanpa ada yang menyangkalnya. Lagipun menjamak merupakan suatu keringanan ketika dalam bermusafir. Oleh yang demikian, ia tidak dikhususkan ketika sedang dalam berjalan seperti mengqasar dan menyapu khuf atau kasut, meskipun menjamak ta’khir lebih diutamakan.

Niat tidak menjadi syarat dalam menjamak atau mengqasar solat. Ibnu Taimiyah menegaskan, bahawa ini merupakan pendapat jumhur ulama. Katanya lagi: “Nabi SAW. tatkala mengerjakan solat jamak dan qasar, tidak menyuruh sahabat-sahabatnya supaya berrniat jamak atau qasar.Pastinya, beliau berangkat dari Madinah menuju Mekah dengan mengqasar solat yang berjumlah empat rakaat menjadi dua rakaat tanpa jamak.Kemudian beliau mengerjakan solat Zohor di Arafah tanpa memberitahukan yang beliau akan mengerjakan solat Asar selepas Zohor itu. Ketika itu, beliau terus mengerjakan Zohor dengan solat Asar bersama sahabat. Dengan demikian, mereka tidak berniat untuk menjamak, padahal mereka melakukan jamak takdim. Demikian pula ketika berangkat dari Madinah, beliau mengejakan solat Asar dengan para sahabat di Zul Hulaifah sebanyak dua rakaat dan tidak menyuruh mereka berniat qasar”.

Berkaitan hukum mengerjakan secara berturut-turut kedua-dua solat yang dijamak, Ibnu Taimiyah berkata: “Mengikut pendapat yang kuat,ia sama sekali tidak menjadi syarat, sama ada solat tersebut dikerjakan pada waktu solat yang pertama mahupun yang kedua. Sebab, tidak ada ketentuan mengenai masaalah ini dalam syarak. Lagipun, memperhatikan sekali gus melaksanakan agar solat yang dijamak dikerjakan secar berturut-turut tentunya menjadi penghalang bagi tercapainya keringanan yang diinginkan oleh agama.

Asy-Syafi’i berkata: “Jika seseorang mengerjakan solat Maghrib di rumahnya dengan niat menjamak, kemudian pergi ke Masjid untuk mengerjakan solat Isyak, maka perbuatan seumpama ini juga dibolehkan.”Difaham bahawa Imam Ahmad bersetuju dengan pendapat seperti ini.