Solat
Jamak-Menjamak disebabkan Sakit atau Uzur
Sumber
Rujukan:
Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq
Seseorang dibolehkan menjamak solat Zohor dengan
Asar, sama ada jamak takdim mahupun jamak ta’khir. Begitu pula dibolehkan
menjamak solat Maghrib dengan Isyak disebabkan Sakit atau Uzur.
Imam Ahmad, al-Qadhi Husein, al-Khattabi dan
al-Mutawalli dari golongan asy-Syafi’i membolehkan menjamak, baik takdim atau
ta’khir disebabakan sakit, dengan alasan kerana kesukaran yang dialami oleh seseorang
yang kehujanan.
An-Nawawi berkata:”Dari segi alasan, pendapat ini
kuat.”Dalam al-Mughni disebutkan bahawa sakit yang membolehkan jamak adalah
seandainya setiap solat dikerjakan pada waktunya masing-masing tentunya akan
menyebabkan kesulitan dan kelemahan fisik.
Mazhab Hanbali memperluaskan keringanan ini
hingga mereka membolehkan menjamak takdim atau ta’khir bagi pelbagai macam
halangan dan seseorang yang sedang dalam ketakutan.membolehkan jamak bagi
seorang ibu yang menyusukan anaknya apabila dirinya berasa sukar untuk menyuci
pakaian setiap kali hendak mengerjakan solat. Termasuklah perempuan
beristihadhah, penderita penyakit kencing berterusan, orang yang tidak dapat
bersuci, orang yang khuatir terhadap bahaya yang bakal menimpa diri, harta dan
kehormatannya, , orang yang takut kehilangan penghasilan atau mata pencarian,
sekiranya tidak menjamak.
Ibnu Taimiyah berkata: “Mazhab yang paling luas
dalam memberi keringanan menjamak solat ialah mazhab Ahmad. Malahan beliau
membolehkan menjamak bagi seseorang yang sedang sibuk bekerja, sebagaimana yang
diriwayatkan oleh Nasa’i dalam hadis marfu’ yang bersumber kepada Nabi SAW.,
hingga beliau berpendapat, dibolehkan menjamak bagi tukang masak, pembuat roti
dan orang-orang yang takutkan hartanya menjadi rosak.
No comments:
Post a Comment