Sunday 7 August 2016

Sudut Feqah: Apakah yang dimaksudkan dengan sighah dalam rukun talak (الطلاق)?


Apakah yang dimaksudkan dengan sighah dalam rukun talak (الطلاق)?

Sumber Rujukan:

Soal Jawab Nikah Kahwin oleh Haji Said Ibrahim (Matan Mufti Negeri Sabah)

Sighah adalah bermaksud lafaz yang digunakan di masa bercerai, seperti dalam bahasa Arab menggunakan lafaz “talak, firaq(pisah) dan sarah(lepas)” atau dalam bahasa Melayu “Cerai” seperti suami berkata kepada isterinya “Aku ceraikan engkau” atau “Aku talakkan engkau”.

Setiap lafaz atau perkataan yang memberi erti yang jelas di atas maksud cerai dengan apa sahaja bahasanya adalah jatuh talaknya, dan tidak berhajat kepada niat lagi, kerana talak yang dilafazkan dengan jelas yang mengandungi erti cerai adalah termasuk dalam bahagian “talak sareh”.

No comments:

Post a Comment