Talak (الطلاق) Raj'i: Isteri yang masih dalam iddah tidak redha untuk dirujuki.
Sumber Rujukan:
Soal Jawab Nikah Kahwin oleh Haji Said Ibrahim
(Matan Mufti Negeri Sabah)
Seorang suami yang merujuki isterinya yang talak
raj’i, dan dia masih di dalam iddah, sahlah rujuknya, walaupun isteri itu tidak
redha untuk dirujuki, kerana rujuk selama isteri itu masih didalam iddah adalah
hak mutlak suami. Ini berdasarkan firman Allah SWT.:
وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ
فِي ذَٰلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلَاحًا
“…Dan suami-suami mereka berhak mengambil kembali(rujuk akan) isteri-isteri itu dalam masa iddah mereka jika suami-suami bertujuan hendak berdamai..”. Al-Baqarah: 228
No comments:
Post a Comment