Solat
Jamak-Menjamak disebabkan adanya keperluan
Sumber Rujukan:
Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq
Seseorang dibolehkan menjamak solat Zohor dengan
Asar, sama ada jamak takdim mahupun jamak ta’khir. Begitu pula dibolehkan
menjamak solat Maghrib dengan Isyak disebabkan adanya keperluan.
Dalam Syarah Muslim, an-Nawawi berkata: “Sebilangan
ulama membolehkan jamak kepada orang yang bermukim,apabila ada suatu
kepentingan, dengan syarat perbuatan seumpama ini tidak dijadikan sebagai
kebiasaan. “Ia merupakan pendapat Ibnu Sirin dan Asyhab dari Malik,Al-Khatabi
menceritan bahawa ia pendapat al-Qaffal,asy-Syasyi al-Kabir dari mazhab
asy-Syafi’i, Ishak al-Marwazi, sekumpulan ulama hadis dan inilah yang menjadi
pilihan al-Munzir.
Kenyataan
ini disokong dengan zahir ucapan Ibnu Abbas bahawa menjamak yang dimaksudkan
agar tidak menyukarkan umat, tanpa dijelaskan apakah kerana sakit atau
sebab-sebab yang lain. Hadis Ibnu abbas yang dimaksudkan di sini adalah diriwayatkan
oleh Muslim dari Ibnu Abbas, Katanya:
عن ابن عباس قال : جَمَعَ رسول الله (صلى الله عليه وآله)
بَيْنَ الظُّهْرِ والعصر والمغرب والعشاء بِالْمَدِيْنَةِ في غَيْرِ خَوْفٍ ولا مَطَرٍ.
فقيل لاِبْنِ عباس : ماَذَا أَرَادَ بِذَلِكَ
؟ قال : أَرَادَ اَ لاَّ يَحَرٍّجَ أُمَّتَهُ .
Ertinya: Rasulullah SAW. pernah menjamak solat Zohor dengan Asar dan
Maghrib dengan Isyak di Madinah, padahal tidak dalam ketakutan atau hujan. Ada seseorang
yang bertanya kepada Ibnu Abbas: “Kenapa Nabi SAW. berbuat demikian? Dia
menjawab: ‘Tujuannya agar beliau tidak menyukarkan umatnya’ HR Muslim
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu
Abbas, bahawa:
عن ابن عباس : أنّ رسول الله (صلى الله عليه وآله) صلى بِالمَدِينَةِ
سبعاً وثَمَانِياً الظُّهْرَ والعصرَ والمغْرب والعشاء
Ertinya:”Nabi SAW. pernah mengerjakan solat di Madinah sebanyak tujuh dan lapan rekaat. Dengan erti kata lain, beliau menjamak solat zohor dengan Asar dan Maghrib dan Isyak.HR Bukhari dan Muslim
عن عبد الله بن شقيق قال: خَطَبَنَا ابن عباس يوماً بعد العصر
حتى غَرَبَتَ الشمْسُ وَبَدَتِ النُّجُومُ وجعل النّاسُ يقولون : الصّلاةَ الصّلاةَ
قال: فَجَاءَهُ رَجُلٌ من بني تَميم لا يَفْتُرْ ولا يَنْثَنِي : الصلاةَ الصلاةَ قال
: فقال ابن عباس : أَتُعَلِّمُنِي بِالسُّنَّةِ لا أُمَّ لكَ ؟ ثم قال: رأيت رسول الله
(صلى الله عليه وآله) جَمَعَ بَيْنَ الظُّهْرِ والعَصْرِ والمغرب والعشاء. قال عبد
الله بن شَقِيْقٍ فَحَاكَ فِي صَدْرِيْ مِن ذلك شَيءٌ فَأَتَيْتُ أباَ هريرةَ فَسَأَلْتُهُ
فَصَدَّقَ مَقَالَتَهُ.
Abdullah bin
Syaqiq berkata:
“Pada suatu hari sesudah solat Asar Ibnu Abbas berpidato kepada kami sehingga terbenam matahari dan bintang-bintang mulai nampak. Kaum muslimin memprotes tindakan itu dengan mengingatkan: Solat, solat. katanya lagi: Kemudian datang seorang lelaki dari Bani Tamim dan tidak henti-hentinya mengatakan: Solat, solat. Lalu Ibnu Abbas berkata: ‘Kamungguh tidak sopan’!Apakah engkau hendak mengajar kepadaku sunnah Nabi SAW? Kemudian katanya: Aku melihat dengan mata kepalaku sendiri bahawa Rasulullah s.a.w. menjamakkan solat zohor dengan Asar, Maghrib dengan Isyak.
“Pada suatu hari sesudah solat Asar Ibnu Abbas berpidato kepada kami sehingga terbenam matahari dan bintang-bintang mulai nampak. Kaum muslimin memprotes tindakan itu dengan mengingatkan: Solat, solat. katanya lagi: Kemudian datang seorang lelaki dari Bani Tamim dan tidak henti-hentinya mengatakan: Solat, solat. Lalu Ibnu Abbas berkata: ‘Kamungguh tidak sopan’!Apakah engkau hendak mengajar kepadaku sunnah Nabi SAW? Kemudian katanya: Aku melihat dengan mata kepalaku sendiri bahawa Rasulullah s.a.w. menjamakkan solat zohor dengan Asar, Maghrib dengan Isyak.
Selanjutnya Abdullah
bin Syaqiq berkata: Penjelasan Ibnu Abbas itu tidak memuaskan hatiku. Kemudian
aku pergi kepada Abu Hurairah, dan menanyakan hal itu, maka dia membenarkan
perkataan Ibnu Abbas. (HR Muslim)
No comments:
Post a Comment