Tuesday 9 August 2016

Sudut Feqah: Berkahwin kembali: Di mana suami tidak merujuki isterinya sehingga habis iddahnya..?


Berkahwin kembali: Di mana suami tidak merujuki isterinya sehingga habis iddahnya.

Sumber Rujukan:

Soal Jawab Nikah Kahwin oleh Haji Said Ibrahim (Matan Mufti Negeri Sabah)

Bagaimana isteri yang ditalaki oleh suaminya dengan talak raj’i, di mana suami itu tidak merujuki isterinya sehingga habis iddahnya, kemudian perempuan itu berkahwin dengan lelaki yang lain, dan bercerai pula. Setelah habis iddahnya, perempuan tadi berkahwin kembali dengan suaminya yang pertama. Adakah suami yang pertama tadi menerima kembali hak talaknya sebanyak tiga talak, atau hanya memiliki talak yang baki sahaja?

Apabila seorang suami mentalaki isterinya dengan talak raj’i dan tidak merujuki isterinya sehingga habis iddahnya. Kemudian perempuan itu berkahwin dengan lelaki lain, dan bercerai lagi. Apabila habis iddahnya; maka perempuan itu berkahwin kembali dengan suaminya yang pertama; maka suami itu tidak berhak lagi menerima kembali talak yang dimilikinya sebanyak tiga talak, tetapi suami itu hanya berhak memiliki talak yang bakinya sahaja.

Ini adalah berdasarkan riwayat bahawa Saidina Umar Ibnul Khattab r.a. pernah ditanya oleh sahabat mengenai seorang yang telah mentalaki isteri dengan dua talak. Setelah habis iddahnya, perempuan itu berkahwin dengan lelaki lain, dan lelaki itu pula mentalakinya; kemudian setelah habis iddahnya, perempuan itu berkahwin pula dengan suaminya yang dahulu. Saidina Umar menjawab: Perempuan itu kembali menjadi isteri suaminya yang dahulu, dan suaminya itu hanya memiliki, baki talaknya yang dahulu sahaja, iaitu sebanyak satu talak lagi.

No comments:

Post a Comment