Di Manakah perlu
disalurkan Harta yang diperolehi daripada Jalan Haram?
Sumber
Rujukan:
Fatawa Mua’sirah(Fatwa kontemporari) oleh Dr
Yusuf al-Qaradhawi
Harta yang haram ini mesti dibelanjakan pada satu
daripada perbelanjaan berikut.Tidak ada lagi mana-mana tambahan yang kelima
baginya mengikut pembahagian diterima secara logik.
Pertama:
Sekiranya mengambil harta yang haram buat diri
sendiri ataupun sesiapa yang ditanggung olehnya. Ini adalah perbuatan yang
jelas tidak dibenarkan sama sekali.Harta yang diperolehi dari jalan yang haram
seperti riba, judi dan sebagainya tidak dibenarkan sesiapa yang memperolehnya
bagi mengambil munafaat daripadanya. Ini kerana, sekiranya ada yang mengambil
sebarang munafaat daripadanya, bermakna dia sudah memakannya secara haram.Tidak
dibenarkan juga bagi seseorang mengambil munafaat daripada harta haram untuk
ahli keluarganya, melainkan sekiranya mereka adalah daripada kalangan yang
tidak mampu ataupun berhutang. Apa yang dibenarkan bagi mereka untuk diambil
adalah pengambilan daripada bahagian zakat.
عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَةَ رضي الله عنه
قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : (لَا يَرْبُو
لَحْمٌ نَبَتَ مِنْ سُحْتٍ إِلَّا كَانَتْ النَّارُ أَوْلَى بِهِ)
Rasulullah saw bersabda, "Tidaklah
tumbuh daging dari makanan haram, kecuali neraka lebih utama untuknya.HR
Tirmizi
Kata السحت dalam hadits di atas maksudnya adalah semua yang haram dalam
segala bentuk dan macamnya. Seperti hasil riba, hasil sogokan, mengambil harta
anak yatim, dan hasil dari berbagai bisnis yang diharamkan syariat.
Kedua:
Sekiranya dia mahu meninggalkan faedah
kepada bank yang mengamalkan sistem riba. Ini adalah perbuatan yang
tidak dibenarkan lebih-lebih lagi bank asing adalah perkara haram yang
diyakini. Jikalau bank mengambil
faedah-faedah untuk kegunaan mereka, keadaan ini memperkukuhkan lagi bagi bank
mengamalkan unsur-unsur riba, sekaligus mengiatkan lagi perancangan mereka
dalam riba.Perkara ini termasuk dalam menghulurkan bantuan ke arah maksiat.
Segala bentuk bantuan ke arah perkara haram, hukumya adalah haram.
وَ تَعاوَنُوا عَلَى
الْبِرِّ وَ التَّقْوى وَ لا تَعاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَ الْعُدْوانِ وَ اتَّقُوا
اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ شَديدُ الْعِقابِ
Dan tolong-
menolonglah kamu dalam ( mengerjakan ) kebaikan dan takwa, dan jangan tolong-
menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah,
sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya. Al-Maidah:2
Ketiga:
Melepaskan diri
daripadanya dengan cara melupuskannya dan menghapuskannya. Sesungguhnya
permasalahan ini dilaporkan daripada sebahagian orang-orang yang warak daripada
kalangan ulama terdahulu. Imam Al-Ghazali membantah pandangan ini dalam buku
beliau yang bertajuk Al-Ihya. Oleh itu, beliau menegah kita daripada
mensia-siakan harta itu.
Keempat:
Membelanjakan
faedah bank ke arah kebajikan, iaitu untuk diberikan kepada golongan yang tidak
berkemampuan, orang-orang miskin,anak-anak yatim piatu,orang-orang yang
terputus bekalan dalam perjalanan dan pertubuhan-pertubuhan Islam yang
berbentuk kebajikan, dakwah, serta kemasyarakan. Ini adalah antara bentuk
perbelanjaan yang ditentukan.Berdalilkan hadith yang Nabi SAW. menyuruh
bersedekah dengan kambing panggang haram yang dihidangkan kepada beliau.
Al-Hafiz
Al-Iraqi berkata, “Hadith tentang peristiwa Rasulullah SAW. menyuruh bersedekah
dengan seekor kambing panggang yang dihidangkan kepada Baginda. Secara
tiba-tiba, kambing itu berbicara kepada Baginda dengan menyatakan ia adalah
kambing haram. Lalu Baginda pun berkata, “Berikan kambing panggang kepada
tawanan.”Direkodkan oleh Iamm Ahmad daripada kata-kata seorang laki-laki
daripada golongan Ansar, dia berkata, “kami keluar bersama-sama dengan
Rasulullah SAW. bagi mengebumikan jenazah. Ketika kami bertemu dengan seorang
penggembala kepada wanita pemilik kambing kabilah Quraisy, dia berkata,
“sesungguhnya si fulanah menjemputmu dan sesiapa sahaja yang bersamamu bagi
menikmati jamuan.”Ada juga hadith lain yang didalamnya juga, “Seorang daripada
mereka berkata, “Daging kambing ini diambil tanpa izin pemiliknya,”Berikan
kambing panggang ini kepada tawanan.” Sanad hadith ini baik.
Hadith tentang
pertaruhan Saidina Abu Bakar ra. keatas orang-orang Musyrik dengan izin
Rasulullah SAW. ketika turunya penjelasan Allah SWT.
Alif Laam Miim. Telah dikalahkan bangsa Rumawi,di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang,dalam beberapa tahun (lagi). Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). Dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman.(Al-Rum:1-4)
غُلِبَتِ الرُّومُ. الم
فِي بِضْعِ سِنِينَ
ۗلِلَّهِ الْأَمْرُ مِنْ قَبْلُ وَمِنْ بَعْدُ ۚوَيَوْمَئِذٍ يَفْرَحُ
الْمُؤْمِنُونَ. فِي أَدْنَى
الْأَرْضِ وَهُمْ مِنْ بَعْدِ غَلَبِهِمْ سَيَغْلِبُونَ. Alif Laam Miim. Telah dikalahkan bangsa Rumawi,di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang,dalam beberapa tahun (lagi). Bagi Allah-lah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). Dan di hari (kemenangan bangsa Rumawi) itu bergembiralah orang-orang yang beriman.(Al-Rum:1-4)
Ada dinyatakan,
Rasulullah SAW. menjelaskan,”Ini adalah sesuatu yang keji.”Maka Saidina Abu
Bakar pun bersedekah dengannya. Hadith direkodkan oleh Imam Al-Baihaqi dalam
buku Dalail An-Nubuwwah daripada hadith Ibnu ‘Abbas. Dinyatakan dalam peristiwa
itu, pertaruhan itu tidak berlaku dengan keizinan Rasulullah SAW.. Bagi Imam
a-Tirmizi, hadith ini bertaraf hasan dan
bagi Imam Al-Hakim pula, ini adalah hadith sahih tanpa adanya kata-kata Baginda
SAW,”Ini adalah sesuatu yang keji”, Maka Saidina Abu Bakar bersedekah
dengannya.
Ada pandangan lain menjelaskan, “Kami tidak akan
bersedekah kecuali dengan harta yang baik”’, maka keadaan sedemikian terjadi
sekiranya kita mahukan ganjaran semata-mata buat diri kita. Kita dalam keadaan
sekarang mahukan penyelesaian daripada perkara yang membawa kegelapan ini dan
bukan kerana ganjaran. Dalam keadaan ini juga, kita berada dalam keadaan dilema
antara melepaskan begitu sahaja ataupun bersedekah. Penyelesaian bagi pendapat
yang kuat adalah pandangan daripada sudut bersedekah lebih utanma daripada
sudut pandangan melepaskannya begitu sahaja.
Perkara ini tidak termasuk antara bab bersedekah
sehingga ada menyatakan, “Allah SWT. itu bersifat baik dan tidak akan menerima
kecuali yang baik”, Keadaan ini adalah daripada bab membelanjakan harta yang
rosak atau haram pada cara perbelanjaan yang dianggap baik.Jadi , dia tidak
dianggap sebagai bersedekah, tetapi sekadar perantara dalam menyampaikan harta
ini kepada pihak yang menjalankan aktiviti kebajikan.
Adakah ganjaran kepada sesiapa yang mengambil
faedah-faedah bank yang mengamalkan riba dan membelanjakan dalam perbelanjaan
untuk aktiviti kebajikan?. Tidak dikira baginya sebagai pahala bersedekah,
tetapi dikira daripada dua, sudut:
1-
Sesungguhnya mereka berusaha
menjauhkan diri daripada harta yang haram ini dan daripada mengambil sebarang
munafaat dengannya buat dirinya dengan apa cara sekalipun,maka perbuatannya itu
akan ada baginya pahala d sisi Allah SWT.
2-
Sesungguhnya dia adalah
perantaraan yang baik dalam menyampaikan harta ini kepada orang-orang yang
tidak berkemampuan dan pertubuhan-pertubuhan kebajikan Islam yang akan mendapat
faedah daripadanya. Dia pasti akan diberi ganjaran di atas perbuatannya ini
dengan kehendak Allah SWT.
No comments:
Post a Comment