Sunday 26 March 2017

Hukum memotong kaki yang tidak boleh diselamatkan lagi.

Hukum memotong kaki yang tidak boleh diselamatkan lagi.

Hukumnya adalah harus.

Berdasarkan dengan kaedah:
إِرْتِكَابُ أَخَفِّ الْضَّرَرَيْنِ٠
Ertinya:”Melakukan kemudharatan yang lebih ringan untuk mengelak berlaku kemudharatan yang lebih besar”.

Dan juga kaedah:
الضَّرر يزل
Ertinya:”Bahaya mesti dihapuskan”

Maka hukum memotong kaki orang yang ditimpa penyakit kencing manis sebagai contoh, bagi menyelamatkan nyawa adalah harus dan ini seperti difatwakan.

Permasaalahan memotong anggota tubuh manusia ketika ada keperluan (hajat) telah disepakati oleh empat mazhab yang menyatakan keharusan memotong salah satu anggota tubuh kerana tujuan menyelamatkan nyawa.Fatwa Hindiyyah.

Saturday 25 March 2017

Kedudukan organ yang terputus dari badan.

Kedudukan organ yang terputus dari badan.

Sumber rujukan:

Isu-isu Fiqh perubatan semasa oleh Al-Syeikh Walid bin Rasyid Al-Su’aidan.

Soalan:
Apakah yang harus dilakukan terhadap organ yang terputus daripada badan?

Jawapan:
Yang diperakui di dalam kaedah fiqh, hukum sebahagian sama juga dengan hukum keseluruhan.Yang disyariatkan pada tubuh badan manusia ialah apabila mati hendaklah dikebumikan.Sebagaimana disyariatkan mengkebumikan keseluruhan badan, begitu juga disyariatkan mengkebumikan sebahagian daripadanya sahaja yang dijumpai. Sehubungan dengan itu, apabila sebahagian anggota badan dipotong daripada anggota manusia, yang disyariatkan ialah mengkebumikannya. Tambahan pula para ulama telah mengnaskan,rambut yang gugur dari kepala simati,hendaklah diletakkan di dalam kain kafannya. Dengan itu adalah lebih utama anggota yang terputus itu juga dikebumikan,kerana kehormatannya lebih besar berbanding kehormatan rambutnya yang gugur itu. Ini selaras dengan firman Allah swt dalam surah al-Isra:70,

وَلَقَدْ كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلاً

Ertinya;”Dan sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang telah Kami ciptakan”.


Antara bentuk memuliakan manusia ialah mengkebumikan anggota-anggotanya,Sekiranya anggota-anggota tersebut terkena penyakit kronik,disunatkan menghilangkan kemudharatan yang terdapat padanya dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh membunuh kuman yang membawa penyakit tersebut. Setelah itu dikebumikan. Sewajarnya pihak hospital mengkebumikan organ-organ manusia tersebut.

Bolehkah menderma darah kepada orang Kafir?

Bolehkah menderma darah kepada orang Kafir?

Allah Ta’ala berfirman:

لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ أَنْ تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ (8) إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُمْ مِنْ دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَنْ تَوَلَّوْهُمْ وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ فَأُولَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ(9 (

Allah tidak melarang kamu untuk berbuat baik dan berlaku adil terhadap orang-orang yang tiada memerangimu karena agama dan tidak (pula) mengusir kamu dari negerimu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan sebagai kawanmu orang-orang yang memerangimu karena agama dan mengusir kamu dari negerimu, dan membantu (orang lain) untuk mengusirmu. Dan barangsiapa menjadikan mereka sebagai kawan, maka mereka itulah orang-orang yang zhalim.” (Al Mumtahanah: 8-9)
Berdasarkan ayat di atas bahawa dibolehkan seorang Muslim mendermakan darah kepada orang kafir yang tidak memerangi Islam.

Bersesuaian pula dengan gesaan Allah swt dalam surah al-Maidah 5:48,

فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ ۚ 

Ertinya:”Berlumba-lumbalah dalam melakukan kebaikan”.

Timbul persoalan lain pula adakah penderma darah bertanggungjawab terhadap kekufuran orang yang menerima darah itu?

Jawabnya:
Allah swt. menjelaskan dalam Firman-Nya:


قُلْ أَغَيْرَ اللَّهِ أَبْغِي رَبًّا وَهُوَ رَبُّ كُلِّ شَيْءٍ ۚ وَلَا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلَّا عَلَيْهَا ۚ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۚ ثُمَّ إِلَىٰ رَبِّكُمْ مَرْجِعُكُمْ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنْتُمْ فِيهِ تَخْتَلِفُونَ

Ertinya:”Katakanlah: "Apakah aku akan mencari Tuhan selain Allah, padahal Dia adalah Tuhan bagi segala sesuatu. Dan tidaklah seorang membuat dosa melainkan kemudharatannya kembali kepada dirinya sendiri; dan seorang yang berdosa tidak akan memikul dosa orang lain. Kemudian kepada Tuhanmulah kamu kembali, dan akan diberitakan-Nya kepadamu apa yang kamu perselisihkan". Al-Anam:164


Ini membawa maksud bahawa seseorang yang melakukan dosa sendiri akan menanggung dosa itu sendiri, dan orang lain tidak akan bertanggungjawab terhadap dosanya.

Hukum menderma darah

Hukum menderma darah

Hukumnya di'boleh'kan

Dibolehkan berubat dengan sesuatu yang haram dan najis didalam keadaan darurat atau tiada ubat yang harus untuk merawat sesuatu penyakit. Apatah lagi dibolehkan dalam keadaan hanya dengan satu-satunya cara itulah untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Bahkan digalakkan menurut syarak. Seperti firman Allah swt dalam surah al-Maidah 5:32,

وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَآ أَحْيَا ٱلنَّاسَ جَمِيْعًا

Ertinya:”Dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seseorang manusia, maka dia seolah-olah telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya”.

Berdasarkan mafhum ayat di atas, bahawa penderma darah adalah orang yang berusaha menjaga dan menyelamatkan nyawa orang lain. Penderma darah juga mempunyai sikap mengutamakan kepentingan orang lain dan sikap ini bersesuaian dengan kaedah fiqah,

الْمَصْلَحَةُ الْعَامَّةُ  مُقَدَّمَةٌ عَلَى الْمَصْلَحَةِ  الْخَاصَّةِ٠

Ertinya:”kepentingan awam mendahului kepentingan peribadi”

Firman Allah swt:

وَ تَعاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَ التَّقْوى

Ertinya:”dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa. Al-Maidah:2
Daripada Ibnu Umar ra.huma:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ  قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يُسْلِمُهُ، وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ

Artinya: “Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, tidak boleh ia menzalimi dan membiarkannya (dalam bahaya), siapa yang memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi kebutuhannya”. (HR. Bukhari dan Muslim).

Daripada Abu Hurairah ra.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمـِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّـرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فيِ الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ .

Artinya: “Siapa yang menyelesaikan masaalah seorang mukmin di Dunia maka Allah SWT. akan menyelesaikan masalaahnya di Akhirat, siapa yang memudahkan orang yang kesulitan maka Allah SWT. akan memberikan kemudahan kepadanya di Dunia dan Akhirat, siapa yang menutupi aib saudaranya se-iman maka Allah SWT. akan menutupi aibnya di Dunia dan Akhirat, dan Allah SWT. senantiasa akan menolong hambanya selama ia menolong saudaranya”. (HR. Muslim).

Berdasarkan ayat dan hadith-hadith di atas bahawasanya Allah dan RasulNya sentiasa menganjurkan umat Islam agar mengamalkan sikap tolong menolong sesama saudaranya dalam apajua ruang dan keadaan yang dapat memberikan kemaslahatan kepada manusia, samaada yang bersifat duniawi ataupun ukhrawi. Selaras dengan dasar syariat Islam iaitu meraikan  kemaslahatan  (رعاية المصالح). 

Justeru itu diantara tujuan utama disyariatkan hukum adalah diatas berikut:
1-      Mencari kemaslahatan  (جلب مصلحة)
2-      Mencegah kemudaratan  (دفع  مضرة)
3-      Mencari kemaslahatan dan mencegah kemudaratan serentak  ( جلب مصلحة ودفع  مضرة)

Dalam konteks mendermadara pula:

Aspek mencari kemaslahatan:
Iaitu dapat meringankan beban pesakit dan seterusnya dapat menyelanatkan nyawa pesakit.

Aspek mecegah kejahatan pula:

Iaitu dapat mencegah pesakit menanggung derita yang berterusan.

Walaubagaimanapun, keharusan menderma darah terikat ddengan syarat-syarat tersebut:

·         Tidak mendatangkan kemudaratan kepada penderma.

·         Pemindahan darah itu pada had darurat dan kadar yang diperlukan sahaja.

Dengan erti kata lain, tidak boleh sama sekali membuat kerosakan dan kemudaratan terhadap diri sendiri dan juga tidak boleh melakukan bahaya dan kemudaratan terhadap orang lain. Selaras dengan pesanan Allah swt. dan juga pesanan Rasulullah  saw:

Firman Allah swt,:
وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا

Ertinya:”Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan”. Al-A’raf ,7: 56

Dari Ibnu Abbas ra.huma,”Sabda Rasulullah saw:

لَا ضَرَرَ وَلَاضِرَارَ

Ertinya:”Tidak mudarat(bahaya) dan tidak memudaratkan”, HR Ibnu Majah,Musnad al-Syafi’i dan Ahmad.

Yang membentuk suatu kaedah yang terkenal iaitu:

الضَّرر يزل

Ertinya:”Bahaya mesti dihapuskan”

Wednesday 22 March 2017

Hukum mewarnakan rambut dengan warna hitam

Hukum mewarnakan rambut dengan warna hitam

Hadith Riwayat Thabrani (al-Mu’jam al-Aswat)
Hasyiah al-Bujairimi

Daripada Abu Hurairah ra, katanya:

لَمَّا فَتَحَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم مَكَّةَ، وَأَبُوْ بَكْرٍ قَاءِمٌ عَلَى رأْسِهِ، قَالَ بَابِيْ أَنْتَ وَأُمِّيْ يَا رَسُوْلَ الله، إِنَّ أَبَا قُهَافَةَ شَيْجٌ كَبِيْرٌ، وَإِنَّهُ بِنَاحِيَةِ مَكَّةَ، فَقَالَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم قُمْ بِنَا إِلَيْهِ، فَقَالَ: يَا  رَسُوْلُ اللهِ، هُوَ أَحَقٌّ أَنْ يَأْتِيَكَ، فَجِيْءَ بِأَبِيْ قُهَافَةَ، كَأَنَّ لِحْيَتَهُ وَرَأْسَهُ ثَغَامَةٌ بَيْضَاءَ، فَقَالَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم: غُيِّرُوْهُ، وَجَنِّبُوْهُ السَّوَادَ٠

Ertinya:”Semasa Rasulullah saw. membuka Makkah,ketika itu Abu Bakar sedang berdiri disisinya dan berkata,’Demi ayah dan ibu engkau wahai Rasulullah,sesungguhnya Abu Quhafah seorang yang telah tua dan dia berada di sudut Makkah,’maka Nabi saw. bersabda,’Mari kita pergi kepadanya.’Balasnya,’Wahai Rasulullah saw. dia lebih berhak untuk datang bertemumu,’maka didatangilah Abu Quhafah dalam keadaan rambut dan janggutnya sudah putih bagaikan bunga tsaghamah, kemudian Nabi saw. bersabda,’Ubahlah olehmu semua warna putih ini, tetapi jauhilah daripada (mewarnakan dengan) warna hitam. HR al-Thabrani

Catitan: Warna hitam tidak sesuai dengan Abu Quhafah kerana dia tersangat tua ketika itu.

Daripada Ibnu ‘Abbas ra. diriwayatkan dari Nabi saw,

يَكُوْنُ فِيْ آخِرِ الْزَّمَانِ قَوْمٌ يُسَوِّدُوْنَ أَشْعَارَهُمْ، لَا يَنْظُرُ اللهُ إِلَيْهِمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ٠

Ertinya: “Akan tiba pada akhir zaman nanti satu kaum yang mewarnakan rambut mereka dengan warna hitam, Allah tidak akan melihat kepada mereka pada hari Qiamat. HR al-Thabarani.

Daripada Anas bin Malik ra. katanya:

كُنَّ يَومً النّبِيِّ صلى الله عليه وسلم فَدَخَلَتْ عَلَيْهِ الْيَهُودُ، فَرَآهُمْ بِيْضَ اللِّحَى، فَقَالَ: مَالَكُمْ لَا تُغَيِّرُوْنَ؟ فَقِيْلَ: إِنَّهُمْ يَكْرَهُونَ٠ فَقَالَ النّبِيِّ صلى الله عليه وسلم: لَكِنَّكُمْ غَيِّرُوا، وَإِيَّايَ وَالسَّوَادَ٠

Ertinya:”Pada suatu hari kami bersama Rasulullah saw. kemudiannya masuk seorang Yahudi, maka dilihat janggut mereka putih. Maka Nabi saw. bertanya,’Kenapa kamu tidak mengubahnya? ‘Dikatakan,’Mereka (Yahudi) tidak menyukainya.’Kata Nabi saw. ‘Namun kamu semua (para sahabat), tukarkan ia. Awasilah akan daku daripada warna hitam. HR al-Thabarani

Fuqaha berselisih pendapat kepada dua pendapat dalam perkara ini.

Pendapat pertama:
Mazhab Syafi’i(pendapat yang terkenal dalam mazhab Syafi’i) menyatakan haram mewarnakan rambut dengan menggunakan warna hitam.Mereka berdalilkan hadis-hadis di atas, bahawa Nabi saw. melarang mewarnai rambut dengan warna hitam dan menjauhi dari warna hitam. Dan mereka memahami menjauhi itu menunjukkan ianya adalah haram.

Pendapat kedua:
Mazhab Hanafi,Maliki,Syafi’i dan satu riwayat Mazhab Hambali berpandangan bahawa makruh mewarnakan dengan warna hitam.

Jumhur ulama(kebanyakkan ulama) berhujah bahawa hadith-hadith yang menggalakkan supaya mewarnai rambut adalah bersifat mutlak,iaitu ditanggung dengan hukum harus. Dan nas dari hadis yang mengikat dengan seumpama larangan, mereka melihat sebagai makruh.Ini kerana mereka beranggapan bahawa nas-nas tersebut zhan tsubut ( tidak pasti kebenaran sumber).


Dalam konteks lain dibolehkan mewarnai rambut dengan warna hitam kerana tujuan untuk peperangan.

Tuesday 21 March 2017

Hukum lelaki menggunakan inai

Hukum lelaki menggunakan inai

Hadith Riwayat Abu Daud
Hadith Riwayat Muslim
Al-Majmu
Ibn Hazm

Daripada Abu Hurairah ra,

أَنَّ النًبِيَّ صلى الله عليه وسلم أُتِيَ بِمُخَنَّثٍ قَدْ خَضَّبَ يَدَيْهِ وَرِِجْلَيْهِ بِالْحِنَّاءِ، فَقَالَ أَنَّ النًبِيَّ صلى الله عليه وسلم : مَا بَالُ هَذَا ؟ فَقِيْلَ: يَا رَسُوْلُالله، يَتَشَبَّهُ بِالنِّسَاءِ، فَأَمَرَ بِهِ فَنُفِيَ إِلَى النَّقِيْعِ٠

Ertinya:” Bahawasanya Nabi saw telah didatangi oleh seorang pondan yang mengecat kedua-dua belah tangan dan kakinya dengai inai, maka Nabi saw bertanya,’kenapa halnya ini? Dikatakan kepada Nabi saw.’Wahai Rasulullah saw dia menyamai perempuan.’Lalu Nabi saw mengarahkan supaya dihalau ke paya(tempat yang mempunyai banyak air).HR Abu Daud

Hadits ini menunjukkan bahawa amalan mewarna merupakan perhiasan wanita. Ini bermakna bagi lelaki yang menggunakannya menunjukkan persamaan dengan wanita, dan Nabi saw melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan juga sebaliknya.

Daripada Anas ra,
نَهَى رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم أَنَّ يَتَزَعْفَرَالرَّجُلُ٠

Ertinya:”Nabi saw melarang lelaki memakai(atau melumur) za’faran. HR Muslim

Za’faran: sejenis tumbuhan berwarna kuning kemerahan dan digunakan sebagai ubat-ubatan dan dalam masakan.

Nabi saw melarang memakai za’faran (warna kuning kemerahan), begitu juga hukum yang sama diambil bagi mewarnai kedua-dua tangan dengai inai bagi lelaki.

Kebanyakan fuqaha dari kalangan mazhab Hanafi, Maliki dan satu riwayat daripada Syafi’i, Hambali dan Zhahiri berpendapat bahawa makruh mewarnai kedua-dua belah tangan dan kaki bagi lelaki.

Kesimpulan:

Amalan mengunakan inai untuk berubat adalah harus bagi lelaki dan wanita. Adapun untuk perhiasan adalah harus bagi wanita berdasarkan pendapat yang rajih dan makruh bagi lelaki berdasarkan kesepakatan fuqaha

Hukum menggunakan inai bagi wanita (الْخِضَابَ / الْحَنَّاءِ)

Hukum menggunakan inai bagi wanita (الْخِضَابَ / الْحَنَّاءِ)

Sumber rujukan:
Hadith Riwayat al-Nasai
Hadith Riwayat Ahmad
Hadith Riwayat Abu Daud

Daripada Aisyah r.aha bahawa seorang wanita telah menghulurkan tangannya kepada Nabi saw lantas baginda saw bersabda:
لوَكُنْتِ امْرَأَةً، لَغَيَّرْتِ أَظْفَارَكِ بِالْحَنَّاءِ٠

Ertinya: “kalaulah kamu perempuan,nescaya kamu ubahkan kukumu dengan inai”. HR al-Nasai

Daripada Dhamrah bin Said daripada datuknya daripada seorang perempuan dalam kalangan wanita dan ia bersolat dua kiblat (Bait al-Maqdis dan Kaabah) bersama Nabi saw. kata perempuan tersebut:

دَخَلَ عَلَيَّ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وسلم، فَقَالَ: إِخْتَضِبِيْ، تَتْرُكُ إِحْدَاكُنَّ الْخِضَابَ حَتَّى تَكُوْنَ يَدُهَا كَيَدِ الْرَّجُلِ٠ قَالَتْ: فَمَا تَرَكَتِ الْخِضَابَ حَتَّى لَقِيَتِ اللهَ تَعَالَى وَإِنْ كَانَتْ لَتَخْتَضِبُ وَهِيَ بِنْتُ ثَمَانِيْنَ٠
Ertinya:”Rasulullah saw. telah datang menemuiku dan bersabda, ‘Warnakanlah, kamu meninggalkan khidhab hingga tangan kamu menyamai tangan lelaki ‘ Kata salah seorang perawi, ‘Prempuan tersebut tidak meninggalkan khidhab hingga bertemu Allah Ta’ala, sekalipun telah menjangkau usia 80 tahun”. HR Ahmad

Daripada Aisyah ra.aha katanya:
أَنَّ هِنْدَ بِنْتَ عُتْبَةَ قَالَتْ: يَانَبِيَّ اللهِ، بَايِعْنِيْ، قَالَ: لَا أُبَايِعُكِ حَتَّى تُغَيِّرِيْ كَفَّيْكِ، كَأَنَّهُمَا كَفَّ سَبُعِ٠
Ertinya: “Sesungguhnya Hindun binti ‘Utbah berkata, ‘Berbai’ahlah (berjanji setia) denganku wahai Rasulullah,’Nabi saw bersabda, ‘Aku tidak akan berjanji setia denganmu hingga kamu mengubah tapak tanganmu  (yakni dengan inai) seolah-olah kedua-duanya tapak tangan singa (perumpamaan kedua-dua tapak tangannya yang tidak berinai seperti tapak singa pada kebencian kerana menyamai lelaki)”. HR Abu Daud

Hadith-hadith di atas menunjukkan bahawa khidhab adalah sunah kerana Nabi saw. menyarankan kepada kaum wanita agar mengamalkannya tanpa mengkhususkan samaada sudah berkahwin atau tidak.

Pandangan ulama dalam perkara ini:

Pendapat petama:
Jumhur ulama dari kalangan mazhab Hanafi, Maliki dan Syafi berpendapat bahawa penggunaan khidhab adalah harus dan merupakan perhiasan dan kecantikan wanita tanpa mengkaitkannya samaada belum berkahwin atau sudah berkahwin serta mendapat keizinan suami.Para fuqaha berdalilkan hadith-hadith diatas.

Pendapat kedua:
Mazhab Sayfi’i dalam pendapat kedua menyatakan bahawa menginai hanya dibolehkan untuk wanita yang sudah berkahwin dengan syarat memperolehi keizinan daripada suaminya, jika tidak diizinkan maka hukumnya adalah makruh.


Sunday 19 March 2017

Hukum mencelak mata

Hukum mencelak mata

Sumber rujukan:
Hadith riwayat Ibnu Majah
Hadith riwayat al-Tirmizi
Ibnu Qudamah
Al-Mawardi

Abu Hurairah ra. meriwayatkan daripada Nabi saw:

مَنِ اكْتَحَلَ، فَلْيُوتِرْ٠ مَنْ فَعَلَ، فَقَدْ أَحْسَنَ٠ وَمَنْ لَا، فَلَا حَرَجَ٠

Ertinya:“Barangsiapa yang bercelak,maka hendaklah dengan bilangan yang ganjil.Barangsiapa yang melakukannya, sesungguhnya ia baik. Dan sesiapa yang tidak bercelak, maka tiada halangan”. HR Ibnu Majah

Ibnu Abbas ra. meriwayatkan daripada Nabi saw:

إِكْتًحِلُوْا بِالْإِثْمِدِ٠ فَإِنَّهُ يَجْلُو الْبَصَرَ، وَيُنْبِتُ الُشَّعْرَ٠
Ertinya:”Bercelaklah dengan batu celak kerana ia menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu”. HR al-Tirmizi

Bercelak dilakukan oleh lelaki dan perempuan dengan dua keadaan, samaada dengan tujuan perubatan atau dengan tujuan untuk berhias. Berdasarkan hadith Nabi saw yang bermaksud bahawa bercelak menguatkan penglihatan dan menumbuhkan bulu. Dalam perkara ini ulama berselisih pandangan dalam menentukan hukum becelak.

Pendapat pertama:
Fuqaha Mazhab Hanafi membezakan antara niat bercelak: Jika kerana tujuan untuk perhiasan maka hukumnya adalah makruh dan jika untuk perubatan maka kebanyaknya menghukumkannya tidak makruh. Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah

Pendapat kedua:
Mazhab Syafi’i dan Hambali menyatakan bahawa penggunaan celak pada mata adalah disunatkan sama sekali. Samaada diniatkan untuk perhiasan dan perubatan, kerana bercelak dengan mengunakan batu celak dapat menguatkan penglihatan dan melebatkan bulu mata. Pendapat ini berdasarkan hadith-hadith di atas.

Memahami hadith-hadith di atas menunjukkan bahawa hukum bercelak adalah harus dan perbuatan ini adalah merupakan sunah Rasulullah saw. Kesemua dalilnya bersifat mutlak dan tidak dikaitkan dengan niat tertentu tanpa boleh menghususkan dalil-dalil tersebut, melainkan ada dalil-dalil yang menghususkannya. Hukum harus secara mutlak kerana berdasarkan penilain berikut:

1-      Kuatnya hujah menyatakan ianya adalah mutlak(tidak dikhususkan). Oleh kerana itu hukumnya adalah baik samaada bercelak kerana perhiasan mahupun tujuan perubatan kerana tiada dalil yang menghususkannya.

2-      Penggunaan celak tidak mengubah ciptaan Allah swt. dan tiada unsur penipuan, kerana  ia tidak kekal dan boleh dihilangkan dengan mudah, malahan ia mendatangkan munafaat kepada mata sebagaimana yang disebut didalam hadith-hadith diatas.

3-      Menggunakan celak dan menghilangkannya tidak mengatangkan mudharat pada tubuh badan.

Perhatian:
Penggunaan peralatan celak dan trend celak oleh kebanyakkan wanita pada masa sekarang yang mengandungi garisan pada mata dari bahagian luar dan berekor di sisi mata, ia termasuk dalam perkara pendedahan dan menarik perhatiaan yang ditegah oleh syarak.

Tuesday 14 March 2017

Hukum mencantikkan rambut

Hukum mencantikkan rambut

Sumber rujukan:
Hadith riwayat Abu Daud
Hadith riwayat al-Thabrani
Hadith riwayat Ahmad
Mencantikkan rambut bermaksud mengemaskan rambut tanpa membiarkan rambut tidak terurus serta kelihatan kusut masai,berbau hapak, menjadi sarang kutu dan beterbangan apabila ditiup angin. Islam mengalakkan agar seseorang itu supaya menjaga rambutnya. Nabi saw. menyuruh dan menunjukkan contoh tauladan supaya manusia mencontohinya dalam hal menjaga sifat luaranya agar manusia lain suka da gemar untuk mendekati dan memuliakannya.
Abdullah bin Mas’ud ra meriwayatkan,sabda Nabi saw.

إِنَّ اللهَ جَمِيْلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ.


Ertinya:”Sesungguhnya Allah itu cantik dan suka akan kecantikan” HR Muslim

Terdapat banyak hadith berkenaan dengan penjagaan rambut, antaranya:

Daripada Abu Qatadah ra. Rasulullah saw. bersabda:

مَنِ اتَّخَذَ شَعْرًا، فَليُحْسِنُ إِلَيْهِ

Ertinya:”Barangsiapa yang menyimpan rambut, maka hendaklah dia memperelokkannya”.HR Thabrani.

Daripada Abu Hurairah ra. Rasulullah saw. bersabda:

مَنْ كَانَ لَهُ شَعْرً، فَلْيُكْرِمْهُ

Ertinya:”Barangsiapa yang mempunyai rambut, maka hendaklah dia mengemaskannya”.

Dari Anas bin Malik ra, katanya:
سَدَلَ رَسُولُ الله صلى الله عليه وسلم نَاصِيَتَهُ مَا شَاءَ اللهُ أَن يَسْدُلَهَا، ثُمَّ فَرَّقَ بَعْدُ.

Ertinya”Nabi saw. mengurai rambutnya hingga ke depan dan kemudiannya membelahnya kepada dua bahagian”. HR Ahmad


Oleh kerana itu harus menjaga rambut dengan menyikatnya secara membelahnya, iaitu dengan menjadikan rambut kepada dua bahagian, dan menguraikannya, menyikat kesemua rambut ke belakang tanpa membelahnya. Maka amalan ini adalah sebagaimana yang dijelaskan dalam hadith di atas.

Sunday 12 March 2017

Hukum mengupas kulit agar kelihatan cantik

Hukum mengupas kulit agar kelihatan cantik

Sumber rujukan,
Hadith riwayat Ahmad

Sabda Rasulullah saw. sebagaimana yang di riwayatkan oleh Aisyah ra.huma:

لَعَنَ اللهُ الْقَاشِرَةَ  وَالْمَقْشُورَةَ.
Ertinya:”Allah melaknat orang yang mengupas kulitnya dan yang mengupas”.HR Ahmad

Dan juga daripada Ikrimah binti Hammam, Aisyah ra,huma juga diriwayatkan menyebut:
يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ، إِيَّاكُنَّ وَقَشْرَ الْوَجْهِ.
Ertinya: “Wahai golongan wanita,awasilah kamu daripada mengupas kulit wajah”. HR Ahmad

Hadis-hadis di atas menunjukkan pengharaman mengupas kulit dengan apa jua alat termasuk juga ubat-ubatan yang digunakan untuk mengupas kulit, dan menghilangkan lapisan luarnya agar kulit kelihatan cantik.

-Isyarat daripada hadis di atas menunjukkan pengharaman kerana mendapat laknat daripada Allah swt. (لَعَنَ اللهُ) dan terkeluar daripada batasan hukum-hakam Allah, melainkan ada keperluan yang dibenarkan syarak.

-Perbuatan ini pula mengubah ciptaan Allah swt., yang dimaksudkan mengubah ciptaan Allah ialah kerana perbuatan itu bersifat kekal, seperti firman Allah swt.

وَلَأُضِلَّنَّهُمْ وَلَأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الْأَنْعَامِ وَلَآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِنْ دُونِ اللَّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُبِينًا




Maksudnya: "Dan demi sesungguhnya, aku akan menyesatkan mereka (dari kebenaran), dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong, dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang ternak), lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; dan aku akan menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah. Dan (ingatlah) sesiapa yang mengambil Syaitan menjadi pemimpin yang ditaati selain dari Allah, maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang nyata”. (Surah al-Nisa’:119)

-Amalan mengupas kulit membawa kemudaratan dan kesakitan pada tubuh badan dan pada umumnya ditegah oleh syarak, sebagaimana firman Allah swt. dalam surah al-Baqarah:195

وَلَاتُلْقُواْ بِأَيْدِيْكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ
Ertinya: "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan".

Dan juga seperti kaedah syarak yang tidak membenarkan mengambil kemudaratan,
اَلضَّرَرُ يُزَالُ
Ertinya: Kemudaratan dihilangkan