Saturday 25 March 2017

Hukum menderma darah

Hukum menderma darah

Hukumnya di'boleh'kan

Dibolehkan berubat dengan sesuatu yang haram dan najis didalam keadaan darurat atau tiada ubat yang harus untuk merawat sesuatu penyakit. Apatah lagi dibolehkan dalam keadaan hanya dengan satu-satunya cara itulah untuk menyelamatkan nyawa seseorang. Bahkan digalakkan menurut syarak. Seperti firman Allah swt dalam surah al-Maidah 5:32,

وَمَنْ أَحْيَاهَا فَكَأَنَّمَآ أَحْيَا ٱلنَّاسَ جَمِيْعًا

Ertinya:”Dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seseorang manusia, maka dia seolah-olah telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya”.

Berdasarkan mafhum ayat di atas, bahawa penderma darah adalah orang yang berusaha menjaga dan menyelamatkan nyawa orang lain. Penderma darah juga mempunyai sikap mengutamakan kepentingan orang lain dan sikap ini bersesuaian dengan kaedah fiqah,

الْمَصْلَحَةُ الْعَامَّةُ  مُقَدَّمَةٌ عَلَى الْمَصْلَحَةِ  الْخَاصَّةِ٠

Ertinya:”kepentingan awam mendahului kepentingan peribadi”

Firman Allah swt:

وَ تَعاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَ التَّقْوى

Ertinya:”dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebaikan dan taqwa. Al-Maidah:2
Daripada Ibnu Umar ra.huma:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ  قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يُسْلِمُهُ، وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ

Artinya: “Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, tidak boleh ia menzalimi dan membiarkannya (dalam bahaya), siapa yang memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi kebutuhannya”. (HR. Bukhari dan Muslim).

Daripada Abu Hurairah ra.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَنْ نَفَّسَ عَنْ مُؤْمـِنٍ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا، نَفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّـرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ فيِ الدُّنْيَا وَاْلآخِرَةِ، وَاللهُ فِي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيْهِ .

Artinya: “Siapa yang menyelesaikan masaalah seorang mukmin di Dunia maka Allah SWT. akan menyelesaikan masalaahnya di Akhirat, siapa yang memudahkan orang yang kesulitan maka Allah SWT. akan memberikan kemudahan kepadanya di Dunia dan Akhirat, siapa yang menutupi aib saudaranya se-iman maka Allah SWT. akan menutupi aibnya di Dunia dan Akhirat, dan Allah SWT. senantiasa akan menolong hambanya selama ia menolong saudaranya”. (HR. Muslim).

Berdasarkan ayat dan hadith-hadith di atas bahawasanya Allah dan RasulNya sentiasa menganjurkan umat Islam agar mengamalkan sikap tolong menolong sesama saudaranya dalam apajua ruang dan keadaan yang dapat memberikan kemaslahatan kepada manusia, samaada yang bersifat duniawi ataupun ukhrawi. Selaras dengan dasar syariat Islam iaitu meraikan  kemaslahatan  (رعاية المصالح). 

Justeru itu diantara tujuan utama disyariatkan hukum adalah diatas berikut:
1-      Mencari kemaslahatan  (جلب مصلحة)
2-      Mencegah kemudaratan  (دفع  مضرة)
3-      Mencari kemaslahatan dan mencegah kemudaratan serentak  ( جلب مصلحة ودفع  مضرة)

Dalam konteks mendermadara pula:

Aspek mencari kemaslahatan:
Iaitu dapat meringankan beban pesakit dan seterusnya dapat menyelanatkan nyawa pesakit.

Aspek mecegah kejahatan pula:

Iaitu dapat mencegah pesakit menanggung derita yang berterusan.

Walaubagaimanapun, keharusan menderma darah terikat ddengan syarat-syarat tersebut:

·         Tidak mendatangkan kemudaratan kepada penderma.

·         Pemindahan darah itu pada had darurat dan kadar yang diperlukan sahaja.

Dengan erti kata lain, tidak boleh sama sekali membuat kerosakan dan kemudaratan terhadap diri sendiri dan juga tidak boleh melakukan bahaya dan kemudaratan terhadap orang lain. Selaras dengan pesanan Allah swt. dan juga pesanan Rasulullah  saw:

Firman Allah swt,:
وَلَا تُفْسِدُوا فِي الْأَرْضِ بَعْدَ إِصْلَاحِهَا

Ertinya:”Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan”. Al-A’raf ,7: 56

Dari Ibnu Abbas ra.huma,”Sabda Rasulullah saw:

لَا ضَرَرَ وَلَاضِرَارَ

Ertinya:”Tidak mudarat(bahaya) dan tidak memudaratkan”, HR Ibnu Majah,Musnad al-Syafi’i dan Ahmad.

Yang membentuk suatu kaedah yang terkenal iaitu:

الضَّرر يزل

Ertinya:”Bahaya mesti dihapuskan”

No comments:

Post a Comment